Bukan jenama kertas yg dimelayukan, bukan juga saiz bateri boleh cas atau pakai buang..
Friday, October 23, 2009
Pemergian
Pada tanggal 30 Syawal yang lalu, nenek ku di sebelah emak telah pergi ke rahmatullah..
Mohon jasa baik bagi pembaca yang beragama Islam khususnya, dapat menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada beliau yang bernama Jamaliah Hamid..
Terima Kasih..
P/s: Moga Allah membalas jasa kalian yang bersedekah.. Amiin...
Monday, July 6, 2009
Repekan
Aha!!! Sementara masih ada kesempatan nie, saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih pada semua yang telah membantu saya menyiapkan tesis saya tue.. Hehehehe..
Saya akan tulis lagi kalu ada kesempatan.. Terpaksa balik skg nie.. Hehehehehe.. InsyaAllah.. Mungkin juga blog nie akan berhabuk giler-ahh sebelum sempat diupdate..
Ngeh3.. Okay.. Daaa..
Monday, June 1, 2009
Ibu Berkerjaya?
Thursday, May 28, 2009
Pesanan Rasulullah
Allah Hu Alam.
Saturday, May 23, 2009
Tag 11
5. Are you in love?
- Nope.. Still single n available.. (Promote2..)
6. Where was the last restaurant you had dinner?
- BBB with Dotty or Rashid..
7. Name the latest book that you bought?
- Book? Principles of Fermentation Technology.. (Im not a bookworm..)
8. What is your full name?
- Noor Azira Aziz
9. Do you prefer your mother or father
- What the
11. Christina or Britney?
- Sorry..
12. Do you do your own laundry?
- Of kos!
14. Hugs or kisses?
- Both! (Ehehehehe.. Tamak2..)
15. Point out 5 things about the person who tagged you.
- JKMB student
- Orang Melaka
- Elder than me.. *Suspect2* Eh, silap! *Respect2!*
- Looks like Chinese girl
- We went to d same training place..
16. 3 things I am passionate about
- Finish my thesis and grad on time!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
- Kerje! Kerje! Kerje!
- KAHWIN! Hahahaha..
17. 3 things I say too often
- Bongok!
- Kecewa (lately..)..
- Doakan..
18. Book I’ve read recently
- Book again?? Mastika magazine..
20. 3 things I learned last year
- Kuatkan semangat! Hati kena JANTAN walaupun fizikal ku PEREMPUAN!
- Usah pedulikan org yg sengal.. Emosi mesti stabil..
- Menggedik2 dan melawa2 cam pompuan.. Eh, lupa.. Aku memang pompuan..
P/s: Aku suka "Aku" yang dulu..
Thursday, May 21, 2009
Hahaha..
P/s: Kerajinan, datanglah! Huhuhuhuhuhu..
Tuesday, May 19, 2009
Tag 10
So, here it goes..
5 tempat membeli-belah yang wajib dikunjungi
- Mana2 pun bley asal jumpa apa yg aku nak beli.. Dan harga mestilah MURAH dan BERPATUTAN..
5 benda yang wajib anda beli
i) Makanan.. Aku memang suka makan.. Terutama skali cokelat.. Nyum3..
ii) Ehem2.. You doesnt need to know.. Only certain people know wat dis ehem2..
iii) Perfume.. Belum abes lagi, dah membeli lagi satu.. Suka dgn bau yg wangi dan bentuk botol yg unik..
iv) Majalah Mastika.. Sebab aku tak suka membaca, jadi tak tau nak beli majalah apa.. Mastika - majalah yg ley wat kita risau dan berusaha menjaga msykt dan diri sendiri..
v) Apa lagi ea?? Ntah.. Hehehehehehe.. ;P
5 benda wajib dalam dompet anda
i) Duit2.. Bukan pokok duit2..
ii) Ic ler.. Karang ada plak yg cop aku PATI..
iii) Gambar famili.. Kalu andai kata mati tgh jalan, ada jugak org kenal famili aku wpun muka aku dah reput..
iv) Kad bank.. Sebab aku xde kad kredit.. Bawak satu kad yg masih berisi.. Yang xde isi, dok diam2 kat umah..
v) Lesen memandu.. Hahahahahaha.. Bawak ke hulu ke hilir.. Tapi, kenderaan yg digunakan bas jugak.. Huhuhuhu..
5 gaya pemakaian yang anda gemari semasa membeli-belah/bersiar-siar
i) t-shirt and jeans..
ii) blouse and slack..
iii) Arghh.. Enough!! Aku buta fesyen!! Hahaha..
5 tempat yang anda gemari untuk bersantai dengan teman anda
i) Bowling
ii) Panggung Wayang *Opps!! Sowi..*
iii) Tasik2 atau Tepi2 laut
iv) Bilik di kolej
v) Foyer dan Dewan Kuliah di Fakulti
5 topik yang anda gemari semasa bersama teman anda
i) Macam Kak Ila --> Topik "Facebook"
ii) Topik "Kita suka siapa, Siapa suka kita".. Hahahaha.. Dimana topik "Siapa suka kita" adalah rekaan dan syok sendiri semata-mata..
iii) Topik "Jalan2 cari pasal"
iv) Topik "Bila mau wat kerja gila?"
v) Topik "Sapa kawen dulu"
5 mangsa tagg yang anda gemari
- Anyone who feel free to do dis tag..
(",)
P/s: Pilihan Allah adalah yang terbaik..
Negatif
Aku rasa sedih
Aku rasa stress
Aku rasa bengang
Aku rasa risau
Kan bagus takde perasaan.. Huhuhuhu..
Menci.. Menci.. Menci..
Hanya pada Allah aku bergantung harapan dan pertolongan..
Saturday, May 16, 2009
Marah-Marah Sayang
1) Doa anak yang soleh dan solehah
2) Sedekah jariah
3) Ilmu yang bermanfaat
Tak ke untung jadi cikgu..?
Tuesday, May 12, 2009
Tag 9
Sebelum aku wat tag nie, baek aku ceritakan sket sejarah hitam di sebalik tulisan tanganku ini.. Owh..
Masa sekolah dulu, tulisan aku selalu kena kutuk.. Tulisan "doktor" laa.. Itu laa.. Ini laa.. Bila ada kawan2 yang nak pinjam buku masa sekolah dulu, diorg akan terperanjat sambil membesar2kan mata diorg.. Pandang buku, pastue pandang aku.. Pandang buku, pastue pandang aku lagi.. Nak kutuk tulisan aku la tue.. Tapi aku dah lali.. Lantak laa.. So, kalu korang tgk tulisan aku nie dan nak kutuk2, ruangan komen ada disediakan untuk anda k.. Fiuuhhh!!
This tag needs you to write on a piece of paper to show how your handwriting look likes and fit your own personality.
So, here goes:
1. Write down who tagged you.
2. Answer these:
- Your name/username/pseudo
- Right-handed or left-handed?
- Your favorite letters to write?
- Your least favorite letters to write?
- Write “The quick brown fox jumps over the lazy dog”
Sunday, May 10, 2009
Wednesday, May 6, 2009
Sakit dan Ragut
Musim kesakitan melanda aku sekarang nie.. dapat sakit 3 in 1.. sakit 2 in 1.. Macam2 ada.. Tapi, aku redha.. Menerimanya kesakitan sebagai penebus kesalahan.. Tue la.. Masa sihat melantak banyak sangat.. Bila sakit, makan pun tak abes.. Beli sekali je nasi, boleh makan 2/3 round.. Tapi, bagus jugak.. Nie la dinamakan diet.. Ohohoho..
Ahaaa!! Tapi, bukan pasal sakit aku yang aku nak ceritakan.. Aku cuma nak kongsikan sikit pasal ragut nie..
Kalu kita tgk berita skg nie, ada kes ragut sehingga menyebabkan kematian ibu mengandung.. Na'uzubillahiminzalik.. Kesian.. Bersimpati..
Dan yang selalu kena kes2 ragut nie adalah kaum perempuan.. Kat sini, aku ada sikit pendedahan yg diberikan oleh ayahku terchenta dan kawan2 tentang camne peragut meragut..Jadi, di hujung post mungkin aku boleh share sikit pendapat macam mana nak elak diragut nie.. Adalah perlu bertawakal setelah berusaha, bukannya hanya bertawakal tanpa usaha..
Pertama:
Yes3.. Wanita memang suka memakai handbag kepit di ketiak.. Huduh betul nama yg aku berikan pada handbag tersebut.. Maaf.. Tapi betulkan.. aku pun ada handbag nie.. Tapi, kalu gi jalan2 terutamanya bersama famili, aku jarang sangat pakai.. Ini kerana, handbag sebegini la yg menarik perhatian peragut2 durjana itu.. Zaappp!!! Ditariknya handbag yang kita kepit tue.. Hilang la sume duit, ic, handset cap pisang, handset cap dewa, kunci2 dll.. Bahaya.. Memang bahaya..
Kalu terkena ragutan macam nie, biarkan je.. Derma je la handbag kepit di ketiak dan segala isi kandungannya.. Daripada maen tarik2 handbag ngan peragut yg bermotor.. Tue lagi bahaya.. Silap hari bulan, terseret sekali si kena ragut ke tengah jalan dan berakhir plak dgn dot dot dot.. Tak ke naya? Ingatlah orang tersayang sebelum maen tarik2 handbag tue.. Betul3.. Dah lama tak maen tarik2 tali.. Tapi tak sama tue maen tarik2 handbag ngan tarik2 tali.. Nyawa jadi taruhan nie.. Owh..
Kedua:
Yesz3.. Wanita juga suka pakai bag yang bertali panjang.. Dulu ada cadangan agar memakai tali bag selimpang ke badan.. Sebenarnya, cara tue lagi bahaya.. Kalu peragut rentap beg tue, kita memang takde peluang larikan diri, dan terperangkap.. Kemudian terseret tengah jalan dan bla bla bla (sambung sendiri).. Bahaya tue.. Takpun, peragut akan menggunakan pisau untuk memutuskan tali bag tersebut.. Kalu silap potong, melayang la nyawa si kena ragut.. Kan bahaya tue..
Ketiga:
Kalu naek motor, jangan sesekali letak barang berharga dalam bakul/ raga motosikal.. Peragut nie dia kira apa.. Nampak mende baek punya, panjang je tangan dia nak amek barang dalam raga motosikal orang laen.. Biarpun, motosikal tengah bergerak masa tue.. Kalu melawan, ditendangnya plak motor orang yg diragut tue.. Tak ke bahaya? Tak ke hampeh? Haih..
Cara aku?
Aku lebih suka pakai dompet (memang dompet pun, bukan purse) sebab boleh simpan kat poket seluar.. Aku rasa selamat sket.. Dan tak sume duit simpan dalam dompet.. Simpan kat poket seluar sket.. Atas nasihat ayah aku.. Selalu bebeno dia pesan.. Ikut jah.. Logik gak tue.. Faedah laen plak, bila tgh xde duit, tetiba raba poket seluar dan "Owh, aku kaya lagi rupanya.." punya ungkapan keluar.. Hehehehehe..
P/s: Sakit Diragut - Elakkan..
Diragut kesihatan, lalu datang kesakitan - Renung2kan..
Tuesday, April 28, 2009
Aplikasi
Owh... *Sedang mengutuk diri sendiri*
Keadaan 1:
Syareen: Irina, pinjam tanah..
Irina: Jap ek.. *sambil cari2 nota kanun tanah*
Aku: Pinjam? Urusniaga tanah ada 4.. Pindahmilik, pajakan dan tenansi, gadaian dan lien, ismen.. Pinjam dalam kategori apa ye? *Tanya aku yg tak faham BI yg diBMkan* Owh.. Sengal..
Keadaan 2:
Syafa: Irina jadi saksi ye Syafa dah bg duit kat Azira.. Kalu dia tak amanah, nanti bley saman dia..
Irina: *Angguk2, senyum2*
Aku: Eh, mana boleh.. Untuk perjanjian berkontrak, mesti ada balasan.. *Sambil wat mata gatal* Haa.. Apa balasan nye utk amanah?
Syafa: Tue, dah bg pinjam nset tue.. Balasan la tue..
Aku: Urghhh.. Baek!!! *Gaya Shin Chan*
P/s: Poning palo den baco.. Good Luck Everyone!
Tuesday, April 14, 2009
Kesulitan Perhubungan
Sume bz wat keje ye??
Sila2.. Bz kan diri anda..
Disini saya hanya ingin wat satu pengumuman..
Jika anda mesej saya di Maxis, dan saya tidak membalasnya sama ada menerusi Maxis atau Celcom; Maka saya berharap sgt2 anda akan mesej saya semula di nombor Celcom..
Ini berikutan kerana nset yg saya gunakan untuk Maxis (iaitu nset Cap Pisang) telah mengalami gangguan Parkinson dan kerabunan yg kronik di mana sebarang tulisan tidak dapat di baca..
Kalu ada orang call pun, saya akan main angkat saja dan jawab tanpa mengetahui sapa yg call.. *Cetttt!!*
Selain daripada itu, saya terpaksa menekan2 skrin nset saya dengan ibu jari saya yg tembam ini sehingga ibu jari saya mengadu kesakitan akibat dikenakan kerahan tenaga.. Kerana tidak mahu menyiksa ibu jari saya secara zahir dan batin, maka kadang2 saya akan ignore je mesej yg sampai sebab dah tak larat nak tekan skrin sampai boleh nampak tulisan..
Maafkan saya di atas keuzuran nset tersebut yang mana ianya telah menyusahkan urusan anda bersama saya..
Maafkan saya juga di atas kelemahan ibu jari saya yang tidak mampu lagi menerima tekanan dan memindahkannya pada skrin nset demi untuk saya membaca mesej2 yg diterima..
Maafkan saya atas segalanya..
Saya mohon kerjasama anda semua, jika tiada balasan di Maxis, silalah forward semula mesej yg sama tersebut ke Celcom.. Maaf di atas segala kesulitan yang terpaksa anda tempuhi..
Saya tak mampu beli nset baru.. Ada sesapa mahu tolong belikan? Ohohoho...
P/s: Aku yang dah tak larat nak tekan skrin nset, salahkan ibu jari plak.. Sengal!!
"Hidup jangan suka menyalahkan orang laen!!!!!"
Monday, March 16, 2009
Tag 8
Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it’s because I want to know more about you.
1) Wanna studi coz hv bioprocess exam on this Wednesday..
2) Loves chocolate to the maximum! I can finish one large bar of chocolate
3) You can call me "Melaka Celup" because I dunno lagu Negeri Sembilan since all my schools (primary and secondary) is located in Malacca:
- Sek. Keb. Tebong, Melaka (Tadika ~ standard 6)
- Sek. Keb. Othman Syawal, Melaka (Standard 6 for 2 months only)
- Sek. Men. Keb. Dato' Haji Talib Karim, Melaka (Form 1 ~ 3)
- Canossa Convent, Melaka (Form 4 for 2 months only)
- MRSM Terendak, Melaka (From 4 ~ 5)
See.. see? Ehehehehehe.. ;-P
4) Loves to watch people cooking, but still dunno how to cook.. Kurang garam arr, kurang tue arr, kurang nie arr.. Macam2 kurang.. Huhuhuhu.. =(
5) Suke dengau lagu kuat2.. If I got interested in one new song, I will replay it till I can memorize the lyric.. Kan bagus kalu belajau macam nie.. Baca banyak2 kali sampai hafal.. Owh! =(
6) Im the eldest in my family..
7) Now listening to "Ada Untukmu" sang by Nubhan, org Juasseh.. Kampong den tuh!
6) 19 more to go! Hohoho.. Kering idea dah..
7) My hobby? Tido! ;-P
8) Ada penyakit
9) Not an animal lover.. Im Sorry.. *gaya Amir Raja Lawak 3*
10) Masih lagi memakai hanphone
11) Aku telah perasan, aku sudah mula menulis dalam BM.. Ohoho.. Tak konsisten sungguh! T__T
12) The biprocess text book calling my name to
13) But my bed is also calling my name..
14) And this tag hasn't finish yet..
15) I am confius.. What should I do.. Read or sleep or blog?
16) Then, I realize it is number 16 now! 9 more to go! Hehehehe.. *Peace*
17) Aku agak gayat.. Tapi, masih lagi ley maen roller coaster, flying fox.. Cume, mata akan bergenang menahan pengeluaran air mata selepas tamat permaenan.. Owh!
18) Aku rasa syiok naek banana bot
19) Umur masuk UKM ~ 19 tahun
20) Aku sedang menulis blog dalam keadaan menahan pembuangan toksik.. Perit2.. Cepat la abes
21) Usia yang dah layak kawen (kalu ikut zaman mak aku), tapi aku.. Masih belajar.. "Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad
22) Laptop kata pergi, buku kata mari..
23) Katil juga kata "Meh la sini
24) Toilet kata, "Kemari.. Kemari
25) Yeay! Finally done
- Bye2 Laptop..
- Sat lagi ea Katil...
- Toilet, Im coming!!
Fiuhhhhhh!!!! Hehehehehehehe.. (",)
P/s: Mengarut jah aku wat tag kali nie.. Im sorry..
Saturday, March 14, 2009
Al-Mu'allim
--------------------------------------------------------------------------------
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One O intercessor of the worlds)
Dari Wan Ika dan Anem
Doa top untuk aku yang dah tua nie adalah, "Cepat dapat JODOH"
Amiiin.. (",)
Kalu ikut umur nie, masa versi zaman mak aku dulu, dah ada dua orang anak dah nie.. Ikut versi aku plak, masih blajar lagi.. Berbeza, memang berbeza.. =)
Dimanakah Jodoh?
Batu kat atas tue aku jumpa masa berfoya2 di Sg. Congkak dengan Rashid dan kekasih gelapnya.. Ingat nak rembat bawak balik, tapi bila pikir balik, takut ada plak mende2 halus yang mengikut.. Tak pasai2 ja.. Hanya gambar saja dapat ditatap.. Jadilah Labu... Ehehehehe.. Tue saja untuk kali nie.. Banyak cerita yang ingin dikongsi.. Tapi, jari yg semakin menembam dan malas nie tak dapat menzahirkannya.. Nantikanlah kemunculan post seterusnya dengan sabar ea.. (",) Thanks for reading!
P/s: Mekaseh sume! (",)
Monday, March 2, 2009
Gangguan Seksual T___T
Monday, February 23, 2009
Tag 7
1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!
2. DON'T change your clothes and DON'T fix your hair. Just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with the picture.
5. Tag 10 people to do this: -None-
1. If your lover betrayed you, how will you react?
I'll go to lab, and doing some chemical reaction experiment.. o__O
2. If you can have a dream come true, what it would be?
I want to be genius, so i dun have to studi.. Ahahahaha..
3. Whose butt would you like to kick?
Israel army
4. What would you do with a billion dollar?
I'll enter OIAM to win another one million dollar.. Hohoho..
5. Would you fall in love with a best friend?
Not sure.. Maybe yea, maybe not..
6. Which do you think is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Both!
7. How long do you intend to wait for someone you really love?
Suddenly, this dangdut song come over cross my mind..
8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
9. If you were to act with someone, who would it be? Your bf/gf/ or actor/actress?
10. Would you invite your ex bf/gf to your wedding?
Wow! Maybe not..
11. How would you see yourself in 10 years time?
Someone's wife, someones' mother, weight increasing but body is still slim.. Hahahaha..
12. What's your greatest fear?
Choosing the wrong decision
13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Love Siti Nurhaliza very2 much!
14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Married and Rich.. Hoho..
15. What's the first thing you do when you wake up?
See next to my bed and ask a question to myself, "Where is my rumet/ lil sis?"
16. Would you give all in a relationship?
Of course!
18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing someone has done?
I'll forgive; but to forget, it depends..
19. Do you prefer being single or having a relationship?
Being married.. o__O
Tag 6
Ready??
Set.. Go!
The Rules:
It’s harder than it looks. Copy to your own note, erase my answer, enter yours and TAG 10 people. Use the first letter of your name to each answer of the following questions. They have to be real, nothing made up!
If the person before you had the same initial, you must use different answers. You cannot copy any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.
Have fun!
1. What is your name: Azira
2. A four letter word: Ayah
3. A boy’s name? Adi
4. A girl’s name? Amira
5. An occupation: Actress
6. A color: Amethyst
7. Something you wear: Apron
8. A food: Asam Pedas (Nyum.. Nyum..)
9. Something found in the bathroom: Ampaian
10. A place: Africa
11. A reason for being late: Alarm clock tak berbunyi (Ke aku yg tak dengau??)
12. Something you shout: Alamak!!
13. A movie title: Anak Halal
14. Something you drink: Apple Juice
15. A musical group: Alvin and The Chipmunks ( Can arr? Hahaha..)
16. A street name: Asahan
17. A type of car: Avanza
18. A song title: Aku Punya Kamu by Faizal Tahir
19. A verb: Adorable
And now I'll tag:
1) Wan Ika
2) Kak Bie
3) Kak Ila
4) Asma
5) Aween
6) MeeMa
7) Alee
8) Anee
9) O__0 Kak Sakinah (Sila wat dalam ruangan komen yea! Hehehehe..)
10) o__O Faizal Tahir
Hahahahaha...
P/s: Ramai giler org nak tgk cite Upin dan Ipin.. Arghhh!!
Sunday, February 22, 2009
Sedih dan Kecewa
Apa yang aku harapkan, pandangan penulis pada blog tersebut tidak mewakili pandangan seluruh rakyat Indonesia khasnya.. Tulisan umpama pedang.. Boleh mempengaruhi hala tuju dan pemikiran seseorang.. Oleh kerana itu, kita tidak boleh membaca dari satu sumber sahaja.. Bacalah dari banyak sumber.. Kerana jika kita bertuankan pada satu orang sahaja, kemungkinan untuk sesat adalah besar.. Membaca dari byk sumber tidak merugikan.. Malah, mungkin kita boleh membuat perbandingan pro-kontra sesuatu topik itu..
Sewaktu menulis jugak, elakkan diri dari dikuasai emosional.. Kerana emosional untuk boleh diumpamakan seperti toxic substance yang mampu melepasi blood brain barrier dan seterusnya menghilangkan pertimbangan akal yang waras.. [Asainmen Toksik.. Hehehehe..] Ye, emosi yang baik seperti sifat romantik, kasih sayang biarlah dikekalkan.. Tapi, emosi yang buruk perlulah dikawal..
Aku pun pernah menulis ketika emosi tak stabil.. Bila baca balik tulisan/ post tue, rasa buruk betul.. Nyampah! Dan bagi aku, tulisan pada blog tersebut amatlah buruk! Maaf! Tetapi, itu pendapat aku yang pernah dikacau oleh pekerja2 negara tersebut ketika melalui satu jalan yang sedang dalam pembinaan.. Rasa seperti mahu tunjukkan "my beautiful Fu*king finger" tapi tak sampai ati dan masa tue aku bukan dikuasai emosional... Owh.. Owh.. Owh..
Sebelum aku dikuasai emosional, baek aku beredar.. Dan aku menghormati negara jiran kerana aku juga mempunyai kawan dari negara tersebut dan kerana kita adalah serumpun..
Sekian, Terima Kasih..
P/s: Aku mahu menari!
Wednesday, February 4, 2009
Anak Betong
Bila org tgk cite Puaka Niyang Rapik, aku dengar lagu2 yg ada dalam laptop aku, lagu2 yg merepek.. Hebat sungguh daya tarikan Ustaz Amirul..
Tapi maaf Waris.. Maaf Ustaz Amirul.. Walaupun kamu berdua berjaya menarik penonton lain untuk menonton citer2 kamu, tapi saya tidak.. Saya cuma menontonnya sekali dua dengan alasan, "Aisyyy.. Malas aku nak layan cite hantu.." Ke sebab aku penakut? Hehehehehe..
Tapi bila tiba cita Anak Betong, aku macam tak sabar2 nak tgk cite tue.. Siap dah dok ngadap depan tv lg, padahal cite lum stat lg.. Ntah apa jampi serapah ntah aku dah kena.. Tapi, aku rasa aku suka tgk cite nie.. Mungkinkah kerana ada Shiela Rusli a.k.a Malika atau mungkinkah kerana ada Hairi Othman a.k.a Hassan?
Kenapa aku suka tgk cite nie?
Ada beberapa sebab aku rasa.. Antaranya ialah, setiap kali abes cite nie, para pelakon akan berselawat.. Mereka akan membawakan tasbih atau selawat shifa'.. Cumey.. Bila tgk tue, rasa cam diorg nie penasyid plak.. Cumey sgt2.. I like! Aku yg daripada tak-berapa-hafal-sangat-selawat-shifa' telah bertukar menjadi telah-hafal-selawat-shifa'-tapi-still-tak-tau-terjemahannya..
Sebab yg lain plak, aku rasa bacaan Quran Hairi Othman dalam cite Anak Betong adalah amat baik.. Bagi aku la.. Mungkin aku salah dengar + tak tau pjg pendek bacaan.. Huhuhuhu.. Tapi, aku rasa bacaan dia bagus.. Bagus yg bagus.. (",)
Aku lebih suka Hassan dari Waris.. Walaupun watak kedua2nya dibawakan oleh pelakon yg sama.. Tahniah Hairie Othman!
Mungkin perkara yg sama perlu dilakukan oleh rancangan2 tv yg laen.. Contohnya, kalu cite pasal kenderaan (Cth cam Impak Maksima, Remp-It), maka akhirkan cite tue dengan para pelakonnya membaca doa naek kenderaan.. Doa, jika dibaca dalam nada berlagu (seperti selawat td) pasti akan mudah diingat dan dihafal.. Cadangan ini diberikan sempena aku-yg-masih-tak-hafal-doa-naek-kenderaan.. Heeeee.. *malunya*
Atau mungkin dalm rancangan2 masakan, boleh diakhirkan dengan bacaan doa sebelum dan selepas makan.. Cadangan lagu adalah lagu daripada Kumpulan Raihan.. Sodap didengar, simple dan siap ada terjemahannya sekali.. Mungkin lagu nie boleh dikeudarakan di kafe2 terutamanya kafe kejut sebab aku adalah orang-yang-hafal-doa-makan-tapi-bila-nak-makan-baca-Bismillah-je-atau-kadang2-terus-ngap-masuk-makanan-dalam-mulut-sebab-lapo-sangat.. Huhuhuhuhuhu.. Teruk betul! *malu lagi* =(
Apa2 aje cadangan aku, itu hanyalah cadangan yg datang dari seorang hamba Allah yg masih lagi byk doa dan selawat yg masih tidak dihafalnya.. Maaf, kerana memberikan cadangan yg mementingkan diri sendiri.. Akhir kata, jom hafal doa dan selawat sama2! (",)
Selamat Menonton cerita Anak Betong!
P/s: Kepada yg dah akil baligh, jangan lupa hafal doa mandi wajib.. Peace!
Tuesday, February 3, 2009
LePaKinG
Cite kat TV pun xde yg best ari tue.. Xtau nak wat ape.. Maka Shareen telah berkongsi dengan kami videoklip2 yg klako.. Xmau citer pjg arr.. Tgk sendiri.. Hehehehehehehe...
:: 1 :: Sometimes, guys didnt get it.. We do it for you.. (",)
:: 2 :: Usually people will say, "Dun drink and drive". I think, "Dun drink and flirt" must be take into d consideration too.. =P
Lirik turut disertakan pada sidebar!
:: 3 :: You wanna be a model? Think twice!
P/s: Shareen suruh aku promote nama dia dalam blog.. Nah, amek nie!
Shareen Grunsin
Tag 5
Heeeee... =P
-----------------------------------------------------------------------------------
describe 7 things about the person who tagged you...
1) My coursemate
2) Kami gi ice skating sama2
3) Kami dak kelas bioproses yg ahlinya adalah seramai 8 org sahaja (luv dat class!)
4) Dia wat tesis yg berkaitan ngan programming
5) Saiz badan yg kecik, memudahkan utk dibuli =P
6) Lemah lembut orgnya..
7) Seorang blogger..
-----------------------------------------------------------------------------------
describe 7 things about yourself...
1) Walaupun muka saya nampak cam berani, tetapi sebenarnya saya takut2 berani jah
2) Walaupun muka saya nampak cam seorang yg kuat, tetapi sebenarnya saya seorg yg mudah menangis..
3) Walaupun muka saya nampak cam xde perasaan, tapi sebenarnya saya seorang yg sangattttttttttt pemalu..
4) Walaupun muka saya nampak cam selamba, saya sebenarnya tidak tahu menari samba.. Hahahaha..
5) Walaupun muka saya nampak cam org kuat studi, tapi sebenarnya saya seorang yang sangat kuat stido.. Eh silap.. Tido!
6) Walaupun muka saya nampak cam orang yang banyak bercakap pok-pek-pok-pek-pok-pek, tapi sebenarnya saya seorg yg xtau nak cakap bila ada masalah.. Diam2, ngadap dinding bilik tido, layan perasan.. Huhuhuhuhu...
7) Walaupun muka saya nampak garang, tapi sebenarnya saya adalah seorang yang gila2 (jika anda kenal saya) dan seorang yang garang juga.. Heeeee..
Sebagai kesimpulannya,
Sunday, February 1, 2009
Tag 4
:: 1 :: I am a...
:: 3 :: Favourite place..
:: 4 :: Favourite colour..
:: 5 :: Favourite food..
:: 6 :: Favourite drink..
:: 7 :: My school..
:: 8 :: Favourite story..
:: 9 :: Born in..
:: 10 :: My hobby..
:: 11 :: Live in..
:: 12 :: I wish for a..
Friday, January 30, 2009
Mati itu pasti..
Sesampai di stesyen komuter UKM, aku tipon mak aku..
Aku: Salam ibu.. Along balik tau ari nie..
Ibu: Ha?? Balik?? Dah katne nie??
Aku: Baru kat stesyen komuter UKM nie.. Ibu katne tue?
Ibu: Kat hospital ni ha.. Wan Ngah sakit.. Ibu tolong jaga..
Aku: Bla.. Bla.. Bla..
Ibu: Bla.. Bla.. Bla..
Aku sampai kat umah kol 2.30 petang.. Mak aku pun dah ade kat umah waktu tue.. Baru balik dari sepital katanya.. Aku pun tanya bila lagi mak aku nak lawat Wan Ngah.. Petang tue jugak pegi dalam kol 6.30 petang, mak aku nak suapkan makanan untuk Wan Ngah..
Kenapa aku nak sangat lawat? Sebab dulu, pernah masa kat matrik, masa tue Wan Ngah sakit masuk sepital jugak tapi aku tak gi lawat.. Bajet bagus aku nie!! Huh!! Bila mak ayah aku datang lawat aku, Tok Ngah ada sekali.. Rupa2nya mereka sume baru lepas lawat Wan Ngah kat sepital.. Tok Ngah, umur dah masuk 90 waktu tue; pendengaran pun tak berapa baek.. Pertuturan pun tak berapa lancar.. Orang akan kurang paham sket apa yang dia cakapkan..
Tapi, ntah nape tiba2.. Bila aku salam Tok Ngah dia pandang aku dan cakap sesuatu.. Pertuturannya memang aku tak berapa faham, tapi aku dapat tangkap apa yang dia cuba nak sampaikan.. "Kenapa tak gi lawat Wan Ngah?"
Aku terkelu.. Wajah aku mungkin dah semacam waktu tue.. Aku rasa sedih... Aku rasa aku jahat sangat waktu tue.. Aah, kenapa aku tak gi lawat?? Budus! Bajet bagus!
Sebab tue la, bila Wan Ngah sakit kali nie, aku betul2 teringin nak gi melawat.. Aku tak mau jadi orang budus, aku tak mau jadi orang bajet bagus.. Aku nak pegi lawat! Dan aku pegi..
Sesampai di sepital, aku tengok Wan Ngah.. Susut badannya.. Susah dia nak menghadamkan makanannya.. Mengalir air dari matanya..
Orang yang melawat di sebelah katil Wan Ngah berpesan, "Jangan ditinggalkan Wan nie.. Tanda2 dah ada.. Telinga dah rapat, hidung dah jatuh.."
Aku lihat Wan Ngah.. Aku berdoa dalam hati.. "Ya Allah, jika umurnya panjang lagi, maka Kau kembalikanlah kesihatannya.. Tetapi jika telah ditakdirkan tiba masanya untuk pergi, maka Kau ambillah dia.."
Sebelum balik, aku salam Wan Ngah.. Aku tahu, bukannya dia kenal aku pun waktu tue.. Ibu aku? Tinggal di sepital menjaga Wan Ngah..
Tanggal 25 Januari 2009, 28 Muharam 1430; Wan Ngah telah kembali ke rahmatullah.. Kami sekeluarga balik ke kampung.. Bacaan Quran dan Yasin dialunkan untuk arwah.. Serius.. Itu pertama kali aku melihat jenazah.. Ada sedikit perasaan takut dan cemas.. Tapi, aku lawan juga.. Aku bacakan Yasin buatnya.. Aku duduk di hadapan bahagian kepalanya..
Kami sekeluarga turut pergi sehingga ke majlis pengebumian yang berlaku keesokan harinya.. Itulah jugak pertama kali aku melihat jenazah dikebumikan (jauh sedikit), itulah jugak kali pertama aku mendengar talkin secara live..
Adek aku berkata, "Insaf dan tersedar aku tengok tadi.. Ko Long?".. Aku diam.. Aku rasa seperti mau demam..
Walaupun dah balik ke kolej, aku masih terkesan lagi dengan peristiwa yang baru berlaku.. Setiap kali tidur pada malam hari, aku pasti akan terjaga dengan tiba2.. Masih hidupkah aku? Owh.. Jika diambil nyawa aku ketika ini, sudah pasti amalan belum cukup untuk membela diri di alam yang satu lagi.. Akulah umat akhir zaman, yang cintakan dunia dan takutkan mati.. Owh..
Aku berdoa pada Allah agar aku mati dalam Iman.. Agar kedua ibu bapaku dan adek beradekku juga mati dalam Iman.. Penamat hidup penuh kebaekan.. Amiin..
"Aku diam" - Ye Angah, Alang and Adi.. Aku rasa insaf.. Aku rasa sedar.. Aku tak mampu nak luahkan..
Wan = Nenek
Tok = Atuk
Ngah = Angah = Anak ke-2
Wat rakan2 Muslim, mohon jasa baek sedekahkan Al-Fatihah wat beliau yang bernama Halimah Abd Majid.. Terima Kasih..
Palestin
Sedang seluruh dunia bergembira menyambut suasana tahun baru 2009 dengan percikan bunga api, rakyat Palestin pula sedang berusaha mempertahankan tanah air mereka daripada percikan dan bedilan peluru bertubi-tubi daripada tentera Israel.. Sungguh kejam tindakan mereka itu.. Kenapa perlu kanak2 dikorbankan juga? Tidak terbayangkah mereka akan apa perasaannya jika perkara yg sama terjadi kepada anak2 mereka? Kepada ahli keluarga mereka? Sesungguhnya, bangsa Yahudi adalah bangsa yg sombong dan bongkak.. Cuba untuk menuntut sesuatu yg bukan hak iaitu tanah Palestin, dan cuba untuk meruntuhkan sesuatu yang mulia iaitu Masjid Al-Aqsa..
Sebagai seorang yg beragama Islam, pasti akan terbit perasaan marah, sedih, benci terhadap segala apa yg berlaku terhadap rakyat Palestin kerana mereka adalah saudara seagama kita.. Dan bagi orang yg bukan beragama Islam, pasti mereka juga akan turut merasai perasaan yg sama kerana tebalnya sifat kemanusiaan dalam diri mereka.. Semua agama mengajar penganutnya mencintai kebaekan.. Tiada agama yang mengajar penganutnya mencintai keburukan.. Itu sudah pasti.. Melaenkan penganut itu sendiri merosakkan ajaran yg dianuti..
Zionist – Yahudi yang merasakan hanya diri mereka yang terbaek, hanya diri mereka yang layak berada di tempat yang tertinggi dan mulia.. Yang laen? Hanya bagaikan anjing suruhan mereka.. Lihatlah Amerika.. Betapa Amerika telah berjaya menjadi anjing suruhan mereka yang paling taat setia tidak berbelah bahagi.. Sungguh malang.. Sungguh sia2.. Sedang seluruh dunia bersorak-sorai meraikan kemenangan Obama, aku hanya berpegang kepada tunggu dan lihat.. Apalah guna kalu pemimpin bertukar warna kulit tetapi warna hati tetap sama.. Peperangan perlu dihentikan.. Apakah akan ada perubahan?
Perubahan
Lihat sahaja barang2 yg berada di dalam bilik/rumah kita.. Daripada barang makanan, pakaian, barang mandian sehinggalah barang2 asas; semuanya telah memberikan sumbangan berupa sebutir peluru kepada saudara2 kita di Palestin.. Mungkin kita tidak dapat membantu dari segi tenaga untuk melawan tentera Zeonis kejam yg dilaknat Allah itu di dalam medan peperangan.. Tetapi ada satu perkara yg boleh kita lakukan – boikot.. Ya, BOIKOT!
Jadi, aku yang beragama Islam, yg mempunyai rasa perikemanusiaan dengan rasa rendah diri dan penuh simpati menyeru dan mengingatkan kepada diri aku dan semua yang sudi diingatkan dan sudi berjihad agar memboikot segala barangan keluaran atau yang ada kaitan dgn Israel dan Amerika.. Jika tidak mampu untuk berjihad secara besar2an (iaitu boikot semua produk sekaligus), maka boikotlah secara perlahan2 dan kecil2an tetapi kekal dan berpanjangan (boikot sikit2 lama2 jadi bukit).. Perjuangan ini tidak tertumpu kepada orang Islam sahaja, malah orang bukan Islam juga memainkan peranan.. Ini merupakan salah satu cara untuk menunjukkan bahawa tidak kira apa agama dan bangsa, kita membencikan peperangan.. Peperangan yg mengorbankan anak2 kecil yg tak berdosa.. Masih adakah rasa kemanusiaan dalam diri kita?
Boikot sahaja tidak mencukupi.. Bagi golongan yang cerdik pandai dan professional, inilah masanya untuk menghasilkan produk keluaran Negara sendiri.. Kita sekarang terlampau bergantung kepada Israel dan Amerika.. Segala barangan adalah buatan mereka.. Bukankah itu menyedihkan??
Gambar2 tersebut sudah cukup untuk membuktikan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.. Tersangatlah kejam kerana hospital juga turut dijadikan tempat sasaran yang “tersasar”. Jika gambar2 dan tulisan pada post kali ini tidak berjaya menyentuh sedikit pun hati yg membacanya, maka ianya adalah kerana kekurangan diri aku sendiri.. Maaf dipohon.. Akhir kata, marilah kita sama2 berjuang, biarpun sedikit dan kecil, ia tetap digelar perjuangan jika dibandingkan dengan tanpa berbuat apa2.. JOM BOIKOT!!!!!!
Berikut merupakan antara laman2 web yg boleh diikuti untuk mengetahui apakah barangan yg perlu diboikot:
Boikot 1
Tuesday, January 6, 2009
Tag 3
1) Do you think you’re hot?
Of course, I do.. *dgn mimik muka tak konfiden*
2) Upload your favourite picture of you.
3) Why do you like that picture?
Coz its not the real me?? Hahaha..
4) When was the last time u ate pizza?
Hujung bulan Oktober 2008, juz b4 final exam.. Makan kat foyer fak kejut.. Eh silap.. FKAB
5) The last song u listened to?
Situasi by Bunkface
6) What are u doing right now besides this?
Makan jambu batu cicah serbuk asam.. Nyum3..
7) What name would u prefer besides yours?
Ek?? *konpius*
P/s: Saya ada cita2 baru.. Saya ingin menjadi pengacara rancangan "Jalan2 Cari Makan". Ada bakat tak?? =P
Friday, January 2, 2009
Selamat Datang
STRIKE!!!!
P/s: Jom gi maen bowling! =P