Aku rasa pagi nie ingat nak wat tag yg diberi oleh Patt, tetapi setelah baca blog Mazidul mengenai Blog Kurang Ajar, sense of humor aku telah hilang dan membuatkan pagi aku menjadi kurang ceria..
Apa yang aku harapkan, pandangan penulis pada blog tersebut tidak mewakili pandangan seluruh rakyat Indonesia khasnya.. Tulisan umpama pedang.. Boleh mempengaruhi hala tuju dan pemikiran seseorang.. Oleh kerana itu, kita tidak boleh membaca dari satu sumber sahaja.. Bacalah dari banyak sumber.. Kerana jika kita bertuankan pada satu orang sahaja, kemungkinan untuk sesat adalah besar.. Membaca dari byk sumber tidak merugikan.. Malah, mungkin kita boleh membuat perbandingan pro-kontra sesuatu topik itu..
Sewaktu menulis jugak, elakkan diri dari dikuasai emosional.. Kerana emosional untuk boleh diumpamakan seperti toxic substance yang mampu melepasi blood brain barrier dan seterusnya menghilangkan pertimbangan akal yang waras.. [Asainmen Toksik.. Hehehehe..] Ye, emosi yang baik seperti sifat romantik, kasih sayang biarlah dikekalkan.. Tapi, emosi yang buruk perlulah dikawal..
Aku pun pernah menulis ketika emosi tak stabil.. Bila baca balik tulisan/ post tue, rasa buruk betul.. Nyampah! Dan bagi aku, tulisan pada blog tersebut amatlah buruk! Maaf! Tetapi, itu pendapat aku yang pernah dikacau oleh pekerja2 negara tersebut ketika melalui satu jalan yang sedang dalam pembinaan.. Rasa seperti mahu tunjukkan "my beautiful Fu*king finger" tapi tak sampai ati dan masa tue aku bukan dikuasai emosional... Owh.. Owh.. Owh..
Sebelum aku dikuasai emosional, baek aku beredar.. Dan aku menghormati negara jiran kerana aku juga mempunyai kawan dari negara tersebut dan kerana kita adalah serumpun..
Sekian, Terima Kasih..
P/s: Aku mahu menari!
No comments:
Post a Comment