Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

Tua Sudah...

Alhamdulillah.. Dah tue dah saya.. Dah 24 tahun dah.. Dan dalam usia ketua-an ini, saya pun lupa birthday saya.. Sehinggalah ex-rumet saya iaitu Ina di KMNS dulu mengingatkan saya di Facebook..

Sungguh! Walaupun dia dah ingatkan saya, tapi malam tetap berlalu seperti biasa.. Sehinggalah saya rasa semacam.. Seperti.. "Hey perempuan muda, bukankah handset mu sepatutnya tidak seberhenti berbunyi?"

Berada di rumah sewa Abid, menyebabkan handset hanya terperosok di bawah bantal dalam bilik manakala saya terlentang di hadapan tv.. Bila sudah mahu tidur, baru perasan ada mesej.. Huhuhuhuhu.. Sengalkah saya? Atau nyanyuk kah saya? Atau sudah kembangkah magee saya? (Irina org pertama yg mesej.. Takut tertidur katanya.. Heeee..)

Keesokan harinya, saya sama kali tidak menyangka bahawa sahabat2 saya iaitu Irina, Wan Ika, Syafa, Abid dan Dilla membuat satu kejutan buat saya.. Ini kerana, saya faham situasi kewangan yang setiap seorang antara kami hadapi.. Termasuklah saya.. Walau apapun, lakonan mereka amatlah mantap, sehingga Sandra Bullock pun boleh tabik spring toing-toing pada mereka..

Irina datang ke lab dengan berpakaian cantek2.. Meletakkan barang di mejanya (yang saya tumpang duduk) kemudian terus keluar.. Saya tanya, "Irina, nak gi mana?". "Keluar..", jawabnya ringkas.. "Jumpa siapa? Dr. J? Dr. N?", saya bertanya lagi.. "Dating..", jawabnya senyum2.. Dan saya percaya, dia mungkin sedang dating dengan salah seorang pensyarah tersebut berdasarkan penampilannya yg cun siap dengan handbag sekali tue.. O_o *tertipu*

Kemudian Dilla.. Meminta untuk saya menemankannya ke PKNS untuk shopping dan makan2.. Katanya mahu membeli barang.. Saya tanyakan padanya, "Kau dah gaji ke?". Dia geleng2.. "Kau stress ke?". Dia geleng lagi.. Kemudian berkata, "Kita dah lama tak keluar sama2..". Ceh! Bukan pernah keluar ke sebelum ini.. Alasan yang kurang meyakinkan, tetapi lakonan adalah mantap.. Shopping konon.. O_o *tertipu lagi*

Si Abid nie lagi best.. Saya tumpang rumahnya, saya tido tidak setilam di biliknya, tetapi dia orang terakhir yang wish saya.. Lagi Mantop! Hahahaha.. ;P

Dalam usia saya yang semakin muda ini, saya sangat2 bersyukur pada Allah dalam banyak perkara..
Alhamdulillah.. Allah kurniakan keluarga yang sangat penyayang dan memahami diri saya.. Saya adalah seorang yang sengal bila tiba kesengalan itu.. Perkara yang patut nangis, saya tak nangis.. Perkara yang tak patut nangis, saya nangis.. Perkara yang patut gembira, saya sedih.. Perkara yang patut menceriakan, saya takut.. Gila kah? Atau magee saya sudah terlebih kembang? Tetapi mereka ada untuk menceriakan dan memberikan kekuatan pada diri saya..

Alhamdulillah.. Allah kurniakan sahabat2 yang sangat baek terhadap saya.. Berkali2 saya mengucapkan syukur di atas kurniaan ini.. Hanya Allah sahaja yang layak membalas budi, jasa dan kebaekan mereka.. Hanya Allah sahaja..

Terima Kasih kepada semua atas doa, kasih sayang, penghargaan dan perhatian yang diberikan pada insan bernama Noor Azira Binti Aziz ini..

Terima Kasih!!!!!!!!!

P/s: Sungguh tidak menyangka dengan kejutan tersebut.. Terima kasih pada Wan Ika yang sudi turun dari Serdang.. Saya gembira dan bersyukur dalam "kelecakan".. (",)

Friday, October 23, 2009

Pemergian

Salam..

Pada tanggal 30 Syawal yang lalu, nenek ku di sebelah emak telah pergi ke rahmatullah..

Mohon jasa baik bagi pembaca yang beragama Islam khususnya, dapat menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada beliau yang bernama Jamaliah Hamid..

Terima Kasih..

P/s: Moga Allah membalas jasa kalian yang bersedekah.. Amiin...