Wednesday, March 10, 2010

Tua Sudah...

Alhamdulillah.. Dah tue dah saya.. Dah 24 tahun dah.. Dan dalam usia ketua-an ini, saya pun lupa birthday saya.. Sehinggalah ex-rumet saya iaitu Ina di KMNS dulu mengingatkan saya di Facebook..

Sungguh! Walaupun dia dah ingatkan saya, tapi malam tetap berlalu seperti biasa.. Sehinggalah saya rasa semacam.. Seperti.. "Hey perempuan muda, bukankah handset mu sepatutnya tidak seberhenti berbunyi?"

Berada di rumah sewa Abid, menyebabkan handset hanya terperosok di bawah bantal dalam bilik manakala saya terlentang di hadapan tv.. Bila sudah mahu tidur, baru perasan ada mesej.. Huhuhuhuhu.. Sengalkah saya? Atau nyanyuk kah saya? Atau sudah kembangkah magee saya? (Irina org pertama yg mesej.. Takut tertidur katanya.. Heeee..)

Keesokan harinya, saya sama kali tidak menyangka bahawa sahabat2 saya iaitu Irina, Wan Ika, Syafa, Abid dan Dilla membuat satu kejutan buat saya.. Ini kerana, saya faham situasi kewangan yang setiap seorang antara kami hadapi.. Termasuklah saya.. Walau apapun, lakonan mereka amatlah mantap, sehingga Sandra Bullock pun boleh tabik spring toing-toing pada mereka..

Irina datang ke lab dengan berpakaian cantek2.. Meletakkan barang di mejanya (yang saya tumpang duduk) kemudian terus keluar.. Saya tanya, "Irina, nak gi mana?". "Keluar..", jawabnya ringkas.. "Jumpa siapa? Dr. J? Dr. N?", saya bertanya lagi.. "Dating..", jawabnya senyum2.. Dan saya percaya, dia mungkin sedang dating dengan salah seorang pensyarah tersebut berdasarkan penampilannya yg cun siap dengan handbag sekali tue.. O_o *tertipu*

Kemudian Dilla.. Meminta untuk saya menemankannya ke PKNS untuk shopping dan makan2.. Katanya mahu membeli barang.. Saya tanyakan padanya, "Kau dah gaji ke?". Dia geleng2.. "Kau stress ke?". Dia geleng lagi.. Kemudian berkata, "Kita dah lama tak keluar sama2..". Ceh! Bukan pernah keluar ke sebelum ini.. Alasan yang kurang meyakinkan, tetapi lakonan adalah mantap.. Shopping konon.. O_o *tertipu lagi*

Si Abid nie lagi best.. Saya tumpang rumahnya, saya tido tidak setilam di biliknya, tetapi dia orang terakhir yang wish saya.. Lagi Mantop! Hahahaha.. ;P

Dalam usia saya yang semakin muda ini, saya sangat2 bersyukur pada Allah dalam banyak perkara..
Alhamdulillah.. Allah kurniakan keluarga yang sangat penyayang dan memahami diri saya.. Saya adalah seorang yang sengal bila tiba kesengalan itu.. Perkara yang patut nangis, saya tak nangis.. Perkara yang tak patut nangis, saya nangis.. Perkara yang patut gembira, saya sedih.. Perkara yang patut menceriakan, saya takut.. Gila kah? Atau magee saya sudah terlebih kembang? Tetapi mereka ada untuk menceriakan dan memberikan kekuatan pada diri saya..

Alhamdulillah.. Allah kurniakan sahabat2 yang sangat baek terhadap saya.. Berkali2 saya mengucapkan syukur di atas kurniaan ini.. Hanya Allah sahaja yang layak membalas budi, jasa dan kebaekan mereka.. Hanya Allah sahaja..

Terima Kasih kepada semua atas doa, kasih sayang, penghargaan dan perhatian yang diberikan pada insan bernama Noor Azira Binti Aziz ini..

Terima Kasih!!!!!!!!!

P/s: Sungguh tidak menyangka dengan kejutan tersebut.. Terima kasih pada Wan Ika yang sudi turun dari Serdang.. Saya gembira dan bersyukur dalam "kelecakan".. (",)

4 comments:

Rina said...

Salam..

Zira ku sayang.. Cewah.. Hehe.. Alhamdulillah surprise menjadi.. Bila baca post Zira tentang ni, orang pulak yg jadi terharu.. Hehe..

Tu la, mcm2 yang kte semua dah lalui bersama.. Kontroversi demi kontroversi, itu dan ini, semua tu jadi sesuatu yang lebih merapatkan kte..

Apa2 pun, semoga persahabatan ni berkekalan hingga ke akhir hayat. =)

ps : da bukak ke hadiah? lol

AziRa AziZ said...

Semoga doa kita dimakbulkan Tuhan..

Persahabatan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Amiiinn..

InsyaAllah..

P/s: Dah bukak dah hadiah.. Terus gelak sorang2 bila dah bukak tue.. Hahahaha.. ;P

Anonymous said...

Hehe, terima kasih kepada cik Rina yang menjadi informer bahawa ada orang tu update :p

Kontroversi demi kontroversi!! Suka bangat ayat ni :) I HEART you guys loads :')

Sila update lagi, saya sungguh terhibur baca post anda. Header tu pun sungguh kreatif sekali. Saya bagi markah 85% ye :p

Cik Wan Ika ni dapat turun Bangi pun sebab ada lesen & kereta :D Cuba kalau tak ada lesen & kereta ;)

BTW, sangat9 seronok dapat hangout dengan korang :)

AziRa AziZ said...

Wan Ika,

85% je ke? Bagi la 100%.. Kedek la Wan nie.. Hahaha.. ;P

Terima kasih kerana terhibur membaca pos saya.. Dan terima kasih kepada informer tersebut.. Jasa beliau amat saya hargai.. Cewahh!!

Dan saya lagi lah.. Berunuk-runuk gila dapat hangout dgn kamu semua! =D