Err.. Semenjak dah tua nie, suka pulak guna perkataan saya.. Maka, biarlah saya guna lagi perkataan "saya" untuk pos kali nie ye..
Banyak perkara yang hendak saya tuliskan, terutama sekali perkara yang saya buat selepas grad.. Tapi, tak tahu lah bila kerajinan tue nak datang.. Heeee... Jadi, pos kali nie, saja saya nak menulis perkara2 yg berlaku sepanjang perjalanan saya ke Klang pada hari ini.. Saya tak mahu bercerita mengenai apa yang saya buat di sana, tak perlu rasanya..
------------------------------------------------------------------------------------------
1 :: Telefon Berkamera ::
Saya bukan nak perasan, tapi memang dah perasan.. Sewaktu dalam komuter hendak ke Klang, ada dua org lelaki nie duduk di hadapan saya.. Telefon bimbit mereka canggih daripada saya.. Ada kamera tue!! Curi ambil gambar, kemudian tunjuk kat kawan sebelah dia.. Kemudian gelak2.. Saya tak heran pun kalu awak2 gelakkan tudung saya yang senget benget tue.. Saya pun tak heran kalu awak2 gelakkan muka saya yang "minyak"nya cukup dibuat utk menggoreng pisang.. Tak tau la kalu awak gelakkan mengenai "benda" lain.. Saya rasa, saya dah tutup.. Tapi, tolong cover sikit perlakuan anda boleh tak..?
Selaku pengguna telefon cap pisang, maka sudah terang lagi ber"spot light" lah bahawa telefon bimbit saya tidak mempunyai kamera.. Kalu ye pun nak amek gambar, sila secara professional ye.. Buat2 awak tue rabun, terpaksa taip tinggi2 untuk dekatkan penglihatan awak dengan skrin telefon awak, then snap the picture.. Korang nak saya posing ke? Tapi, disebabkan saya rimas diperlakukan sebegitu rupa, maka pada ketika salah seorang antara mereka mahu "snap the picture", saya pandang kamera tue.. Hahahaha.. Terus turun handset dari tangan.. Ambek kau! Dengan aku jangan maen2 arr.. Hahahaha.. *Devil laugh* ~ Reaksi saya pada menda2 macam nie, bergantung kepada mood dan situasi dan si perlaku~
------------------------------------------------------------------------------------------
2 :: Pak Cik Teksi ::
Terima kasih lah kerana sudi menunggu.. Katanya, setiap jam menunggu dicaj RM 10. Tapi, bila saya tanya kembali harga yang perlu dibayar, hanya dicaj RM 5 untuk menunggu selama 1 jam lebih.. Saya tahu, tambang yang saya bayar padanya berbaloi2 untuk mengisi semula minyak kereta untuk beberapa kali perjalanan ke tempat yang sama.. Dan saya sedar juga, menyuruh dia menunggu, bermakna rezekinya di tempat lain mungkin tiada.. Maka, saya lebihkan sahaja RM 5 (Maaf, saya masih lagi tak dapat gaji, itu saja yang termampu..) apabila membayar sambil berkata, "Pak Cik, nie duit kopi..". Hahahaha.. Selamba "kodok ngorok rukutuk-rukutuk, di pinggir kali rikitik-rikitik" je saya nie.. Pak Cik nie kesian kan saya.. Mungkin sbb dia berfikir, "Kalu kena kat anak aku camne? Harap ada la yg buat baek kat anak aku, macam aku buat baek kat anak org nie..". Hehehehe.. Terima kasih la ye..
--------------------------------------------------------------------------------------------
3 :: Kakak Cantik dan Abang Hensem ::
Err.. Saya normal.. Saya bukan homo, gay, apatah lagi pengkid.. Bukan, bukan. Tapi, bila nampak perempuan cantik, saya suka tengok.. Hehehehe.. Semasa dalam perjalanan pulang pula (dalam komuter juga), asek TERsama je dengan kakak cantik nie.. Mungkin pada pandangan orang laen dia biasa, tapi saya rasa dia cantik.. Saya asek pandang dia je.. Saya rasa dia rimas.. Hahahaha.. "Akak nie cantik la.. Parutkan la muka tue, biar hodoh sket.. Takde la saya nak pandang2..", kata saya dalam hati.. =P Disebabkan saya dah dapat rasa aura2 kerimasan kakak cantik tersebut, maka saya luaskan lagi pandangan.. Ha! Ada abang hensem rupanya berdekatan saya nie.. Mungkin pada org laen juga, dia biasa2 saja.. Tapi bagi saya, dia ada rupa la.. Tengok kali pertama rezeki. Saya tgk abg hensem nie. Tapi, alamak! Mata dah terkedip.. Kalu tgk lagi, dosa.. Hahahaha.. Dan tiba2 saya berangan2, macam cumey je kalu kakak cantek dan abang hensem nie jadi pasangan.. Eh, eh.. Suka-suki je saya nak menjodohkan orang.. Nak tau satu menda?
-
-
-
-
-
-
-
Rupa2nya kami bertiga turun di tempat yang sama.. Hahahaha.. Saya nampak abang hensem dan kakak cantek berada di hadapan saya.. Kami berjalan dalam kesesakan.. Nak tau apa lagi saya nampak? Saya nampak, bila kakak cantek tue dah mendahului abang hensem, abang hensem tue pun pandang kakak cantek tue.. Hahahahaha.. *gembira dalam jeles* Gila genius saya punyer instinct.. "Abang hensem, test kita sama la.. Syukur aku perempuan.. Kalu tak, kita kena fight arr!". Hehehehe.. Nak tau lagi satu benda?
-
-
-
-
-
-
-
Kan bagus, abang hensem tue pandang kakak cantek tue sbb abg hensem tertanya2, "Mana adek manis tue?". Tapi, itu adalah berangan tahap maksima-gila-memang-takkan-berlaku-arr punya berangan.. Heeee~~~ (>_<) Malu!
---------------------------------------------------------------------------------------------
Perkara yang berlaku dalam diri saya sepanjang hidup ini, saya hanya serahkan pada Dia. Dia sahaja. Apa saya mampu lakukan, Doa-Usaha-Ikhtiar-Tawakal. Dialah sebaik-baik penjaga.. Dialah yang Maha Mengetahui apakah yang termampu di dalam lingkungan saya.. Siapa Dia??
ALLAH S.W.T.
P/s: Penat. Tapi tak pernah sesal.
No comments:
Post a Comment