Friday, August 22, 2008

Keep Moving Foward

Gila lama dah tak menulis.. Dah bulan Ogos dah.. Ataupun Bahasa Arab disebut Agustus.. Tak lama lagi dah nak pose.. Dah abes ganti belum? Hehehe.. Aku baru lepas.. Alhamdulillah.. Sempat.. =)

"Keep Moving Foward"

Perkataan nie terlintas dalam kepala aku (Ilham dari Yang Maha Esa) bila aku nak update blog nie, tapi aku tak tau nak tulis pasal apa.. Perkataan nie kita biasa dengar.. Sape2 yang ada tgk cerita Meet The Robinsons, pasti akan selalu dengar ayat tue..

Meet The Robinsons Movie
Tapi, post kali nie bukanlah nak tulis pasal movie nie.. Tapi pasal kehidupan kita di atas pentas dunia nie.. Nama pun adalah pentas.. Pentas yang merupakan pertandingan bagi setiap manusia untuk melakukan yang terbaek dan seterusnya berharap agar selepas turun dari pentas, kita dapat anugerah yang diidamkan..


Kenapa kiasan selalu mengaitkan kehidupan dunia dengan pentas? Sebab, secara analoginya pentas itu sendiri merupakan dunia.. Di mana dunia pula banyak pertandingan2 sama ada secara sihat atau tidak sihat yang dialami oleh manusia itu sendiri bagi menghadapi kehidupan kat dunia ini..


Final year.. Memenatkan.. Menyedihkan.. Menyakitkan.. Segala2 yang negatif ada pada "final year" nie.. Alhamdulillah.. Allah telah mengurniakan pada aku, insan2 yang bersama aku susah dan senang.. Terus memberikan motivasi pada aku yang telah hilang kekuatan tak tau ke mana.. Keep Moving Foward, Azira! Syukur pada Allah.. Hanya pada Allah aku mohon segala kekuatan..


Seorang pensyarah ada menyatakan pendapatnya mengenai suasana sewaktu kerja.. Dia kata, lebih rela sakit kepala dari sakit hati.. Jadi dia tukar kerja.. Dari menjadi Engineer, kepada pensyarah.. Takpe sakit kepala baca tulisan pelajar, tapi jangan sakit hati sebab kena tindas/ dipermaenkan/ ditikam belakangkan/ dan segala apa kan.. Aku setuju! Kerana aku sendiri mengalami keadaan sakit hati tue.. Bila sakit kepala, kita masih boleh hilangkan dengan tidur, maen bowling, tengok tv.. Tapi sakit hati? Bila sakit hati, satu kerja pun tak ley wat.. Semangat luntur, hilang ntah ke mana..


Camne plak nak rawat sakit hati nie? Hmm... Motivasi dan perhatian dari orang sekeliling amat penting sebenarnya.. Tapi jika itu tiada, apa yang lebih penting adalah merawat hati dengan meminta bantuan Yang Esa.. Serahkan segala urusan padaNya.. Allah knows the best!


"Dan sesiapa yang bertakwa padaNya, maka Allah akan mempermudahkan jalan keluar baginya dan memberi padanya ni'mat yang tidak disangka2.. Dan sesiapa yang bertawakal padaNya, maka Allah akan mencukupkan segala keperluan baginya.."


Last but not least, Keep Moving Foward Everyone!


P/s: Keep Moving Foward - No need to run away from our own problem.. Face it!
Tak sabar nak abes belajar, nak pergi tempat baru, nak mulakan hidup baru.. ~~~~