Wednesday, March 31, 2010

Perasan, Kasihan dan Berangan..

Err.. Semenjak dah tua nie, suka pulak guna perkataan saya.. Maka, biarlah saya guna lagi perkataan "saya" untuk pos kali nie ye..



Banyak perkara yang hendak saya tuliskan, terutama sekali perkara yang saya buat selepas grad.. Tapi, tak tahu lah bila kerajinan tue nak datang.. Heeee... Jadi, pos kali nie, saja saya nak menulis perkara2 yg berlaku sepanjang perjalanan saya ke Klang pada hari ini.. Saya tak mahu bercerita mengenai apa yang saya buat di sana, tak perlu rasanya..



------------------------------------------------------------------------------------------



1 :: Telefon Berkamera ::



Saya bukan nak perasan, tapi memang dah perasan.. Sewaktu dalam komuter hendak ke Klang, ada dua org lelaki nie duduk di hadapan saya.. Telefon bimbit mereka canggih daripada saya.. Ada kamera tue!! Curi ambil gambar, kemudian tunjuk kat kawan sebelah dia.. Kemudian gelak2.. Saya tak heran pun kalu awak2 gelakkan tudung saya yang senget benget tue.. Saya pun tak heran kalu awak2 gelakkan muka saya yang "minyak"nya cukup dibuat utk menggoreng pisang.. Tak tau la kalu awak gelakkan mengenai "benda" lain.. Saya rasa, saya dah tutup.. Tapi, tolong cover sikit perlakuan anda boleh tak..?



Selaku pengguna telefon cap pisang, maka sudah terang lagi ber"spot light" lah bahawa telefon bimbit saya tidak mempunyai kamera.. Kalu ye pun nak amek gambar, sila secara professional ye.. Buat2 awak tue rabun, terpaksa taip tinggi2 untuk dekatkan penglihatan awak dengan skrin telefon awak, then snap the picture.. Korang nak saya posing ke? Tapi, disebabkan saya rimas diperlakukan sebegitu rupa, maka pada ketika salah seorang antara mereka mahu "snap the picture", saya pandang kamera tue.. Hahahaha.. Terus turun handset dari tangan.. Ambek kau! Dengan aku jangan maen2 arr.. Hahahaha.. *Devil laugh* ~ Reaksi saya pada menda2 macam nie, bergantung kepada mood dan situasi dan si perlaku~





------------------------------------------------------------------------------------------



2 :: Pak Cik Teksi ::



Terima kasih lah kerana sudi menunggu.. Katanya, setiap jam menunggu dicaj RM 10. Tapi, bila saya tanya kembali harga yang perlu dibayar, hanya dicaj RM 5 untuk menunggu selama 1 jam lebih.. Saya tahu, tambang yang saya bayar padanya berbaloi2 untuk mengisi semula minyak kereta untuk beberapa kali perjalanan ke tempat yang sama.. Dan saya sedar juga, menyuruh dia menunggu, bermakna rezekinya di tempat lain mungkin tiada.. Maka, saya lebihkan sahaja RM 5 (Maaf, saya masih lagi tak dapat gaji, itu saja yang termampu..) apabila membayar sambil berkata, "Pak Cik, nie duit kopi..". Hahahaha.. Selamba "kodok ngorok rukutuk-rukutuk, di pinggir kali rikitik-rikitik" je saya nie.. Pak Cik nie kesian kan saya.. Mungkin sbb dia berfikir, "Kalu kena kat anak aku camne? Harap ada la yg buat baek kat anak aku, macam aku buat baek kat anak org nie..". Hehehehe.. Terima kasih la ye..



--------------------------------------------------------------------------------------------



3 :: Kakak Cantik dan Abang Hensem ::



Err.. Saya normal.. Saya bukan homo, gay, apatah lagi pengkid.. Bukan, bukan. Tapi, bila nampak perempuan cantik, saya suka tengok.. Hehehehe.. Semasa dalam perjalanan pulang pula (dalam komuter juga), asek TERsama je dengan kakak cantik nie.. Mungkin pada pandangan orang laen dia biasa, tapi saya rasa dia cantik.. Saya asek pandang dia je.. Saya rasa dia rimas.. Hahahaha.. "Akak nie cantik la.. Parutkan la muka tue, biar hodoh sket.. Takde la saya nak pandang2..", kata saya dalam hati.. =P Disebabkan saya dah dapat rasa aura2 kerimasan kakak cantik tersebut, maka saya luaskan lagi pandangan.. Ha! Ada abang hensem rupanya berdekatan saya nie.. Mungkin pada org laen juga, dia biasa2 saja.. Tapi bagi saya, dia ada rupa la.. Tengok kali pertama rezeki. Saya tgk abg hensem nie. Tapi, alamak! Mata dah terkedip.. Kalu tgk lagi, dosa.. Hahahaha.. Dan tiba2 saya berangan2, macam cumey je kalu kakak cantek dan abang hensem nie jadi pasangan.. Eh, eh.. Suka-suki je saya nak menjodohkan orang.. Nak tau satu menda?



-

-

-

-

-

-

-



Rupa2nya kami bertiga turun di tempat yang sama.. Hahahaha.. Saya nampak abang hensem dan kakak cantek berada di hadapan saya.. Kami berjalan dalam kesesakan.. Nak tau apa lagi saya nampak? Saya nampak, bila kakak cantek tue dah mendahului abang hensem, abang hensem tue pun pandang kakak cantek tue.. Hahahahaha.. *gembira dalam jeles* Gila genius saya punyer instinct.. "Abang hensem, test kita sama la.. Syukur aku perempuan.. Kalu tak, kita kena fight arr!". Hehehehe.. Nak tau lagi satu benda?



-

-

-

-

-

-

-



Kan bagus, abang hensem tue pandang kakak cantek tue sbb abg hensem tertanya2, "Mana adek manis tue?". Tapi, itu adalah berangan tahap maksima-gila-memang-takkan-berlaku-arr punya berangan.. Heeee~~~ (>_<) Malu!


---------------------------------------------------------------------------------------------



Perkara yang berlaku dalam diri saya sepanjang hidup ini, saya hanya serahkan pada Dia. Dia sahaja. Apa saya mampu lakukan, Doa-Usaha-Ikhtiar-Tawakal. Dialah sebaik-baik penjaga.. Dialah yang Maha Mengetahui apakah yang termampu di dalam lingkungan saya.. Siapa Dia??



ALLAH S.W.T.



P/s: Penat. Tapi tak pernah sesal.

Friday, March 19, 2010

Tag 12

Ini adalah tag dari Alee..

1. Adakah anda rasa HOT?
Saya adalah Red Hot Power Ranger. Jadi saya memang HOT. Harap maklum.

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!


3. Cerita pasal gambar ni..
Gambar ini saya jadikan wallpaper masa saya tgh emo waktu tue.. Jadi saya rasa seperti mahu jadi jahat, dan aura hitam banyak mengelilingi saya.. Sungguhpun begitu, cara duduk tersebut menunjukkan bahawa, saya sedang muhasabah diri dan cuba tidak melakukan sebarang kejahatan.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata atau perbuatan...? Sambung sondiri.. Nampak tak ada cahaya tue? Tue adalah cahaya keinsafan dan kemusabahan diri yg mulai menyinar.. Ecececewah!

4. Kali terakhir makan pizza..
Errr.. Dah lama tak makan.. Lupa sudah bila kali terakhir..

5. Lagu terakhir anda dengar..
Nur Kasih from Yasin (OST Nur Kasih)

6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ni..
Tunggu air masak, tunggu waktu solat Maghrib, tunggu bila la selesai nak wat tag nie.. ~Heeeeee...

7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
Along, Aj, Akak,Zira, Kak Azie, Noor, Xira.. *Auwwwww!!*

8. Tag lagi 5 orang..
1 - Roslilah a.k.a Angah
2 - Wan Ika
3 - Aween
4 - Lisa
5 - Anee

9. Siapakah orang no.1 kepada anda..
Adek saya yang nombor 2..

10. Katakan sesuatu kepada orang no.5..
Belajar rajin2.. Jaga diri bebaek.. Dah balik Malaysia gtau aku.. Jgn senyap je.. Nanti aku kompang kan karang.. Hehehehe.. =P

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Dengan Tomok.. Eh, tak tak.. Tomok aku nyer.. Dengan Aweera.. Yo yo je.. Haha..

12.Bagaimana pula dengan no.2
Kami berada dalam situasi yang hampir sama.. *Sambil terngiang2 lagu Situasi dari Bunkface*

14. Kata2 cinta untuk orang no.4
I like ur poem.. It have a very deep meaning.. =D

15. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
1 - Sengal =D
2 - Sweet Pink Power Rangers (>_<)
3 - Berdiri di atas kaki sendiri. Campak la dia kat mana2 pun, dia boleh hidup..
4 - Pandai cakap Cina
5 - Kidal
Hahahahahaha.. =P

P/s: Ntah.. Tapi nak jugak letak P/s... Hehehehe.. =P

Friday, March 12, 2010

Sambungan "Repekan"... (",)

Sebelum baca pos nie, saya nak tanamkan unsur2 keceriaan dengan memberikan kepada anda lirik lagu nyanyian Kris Allen "Live Like We're Dying".

Bila saya dengar lagu nie, perkara pertama yang saya teringat adalah satu ungkapan yang saya tidak pasti sama ada datang daripada Baginda atau sahabat Baginda iaitu:

"Berusahalah (atau bekerjalah) kamu seperti kamu akan hidup untuk selama-lamanya, dan Beribadatlah kamu seperti kamu akan mati pada keesokan harinya.."

Pergilah download sendiri lagu nie kat mana2 ye.. Tak kuasa saya nak jadikan blog saya nie tapak mendownload lagu.. Cukup-cukuplah sebagai tapak luahan kalbu.. Hahaha.. =D

----------------------------------------------------------------------------------------------

Live Like We're Dying (official website)
Kris Allen

Sometimes we fall down, can't get back up
We're hiding behind skin that's too tough
How come we don't say I love you enough?
Til it's to late, it's not too late

Our hearts are hungry for a food that won't come
And we could make a feast from these crumbs
And we're all staring down the barrel of a gun
So if your life flashed before you
What would you wish you would've done?

Yeah, we gotta start
Lookin' at the hands of the time we've been given
If this is all we got, then we gotta start thinkin'
If every second counts on a clock that's tickin'
Gotta live like we're dying

We only got 86 400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all away
We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say
Gotta live like we're dying

And if your plane fell out of the skies
Who would you call with your last goodbye?
Should be so careful who we left out of our lives
And when we long for absolution, there will be no one on the line

Yeah, we gotta start
Lookin' at the hands of the time we've been given it
If this is all we got, then we gotta start thinkin' it
If every second counts on a clock that's tickin'
Gotta live like we're dying

We only got 86 400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all away
We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say

Gotta live like we're dying,
Oh, like we're dying,
Oh, like we're dying
Like we're dying,
Oh, like we're dying

We only got 86 400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all away
We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say
Gotta live like we're dying

You never know a good thing 'til it's gone
You never see a crash 'til it's head on
Why do we think we're right when we're dead wrong?
You never know a good thing 'til it's gone

Yeah, we gotta start
Lookin' at the hands of the time we've been given
If this is all we got, then we gotta start thinkin'
If every second counts on a clock that's tickin'
Gotta live like we're dying

We only got 86 400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all away
We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say

Gotta live like we're dying,
oh, like we're dying,
oh, like we're dying
Like we're dying,
oh, like we're dying

We only got 86 400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all
We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say
Gotta live like we're dying

------------------------------------------------------------------------------------------

Dah lama nak tulis pasal nie, tapi tak pernah berkesempatan..

Kejadian ini berlaku selepas tamat Majlis Konvokesyen.. Sewaktu tgh mengemas barang2 kolej yg dok terperuk kat sudut bilik rumah di Jemapoh, saya terjumpa satu surat yang masih tersimpan rapi dalam dompet yang bersifat kewanitaan di mana saya jarang menggunakannya..

Buat sahabatku ZIRA…
Kuatkan semangat, tabahkan hati.. Jangan putus asa.. Hehe..
Org pun slalu sdey lately. Kte kena slalu ingat, dalam Al-Quran, Allah berfirman: Sesungguhnya selepas setiap kesusahan ada kesenangan..
Menangislah sbb nangeh tue x salah sbb bak kata Firdaus: Untuk apa air mata dicipta..
Tapi jangan terus menangis. Senyumlah lepas tue. Camni -> =)
Thx Zira sbb jadi sahabat saya.. Persahabatan tue memang satu ni’mat yang perlu disyukuri..
Hehe, pela org membebel ni ek :p
Ngadulah kat Allah + sandarkan harapan padanya.. InsyaAllah, itu boleh jadi sumber kekuatan utk kita teruskan HIDUP =)
Doakan org k.. Luv ya.. :X

*Budak comengga,
Wan Ika
20:11 pm, makmal HYSYS
22/08/08


*Trademark Wan Ika dalam menyatakan ’Comey nya !!!!!’ tetapi sebutan dalam Bahasa Cina yang bermaksud ‘Help !!’.. Faham ke? Hahahaha..

Ya.. Surat tersebut adalah 2 tahun dahulu.. Saya masih lagi menyimpannya.. Walaupun surat tersebut hanyalah satu keratan kertas yang kecil, tapi ianya sungguh bermakna buat saya.. Saya rasa Tuan punya diri pun dah lupa yang dia pernah bg surat nie kat saya.. Maksud saya, bagi secara sembunyi2.. OoooOOoo.. You selit kat dompet I ye.. Hahahaha.. Okey.. Hehehehe..

Post sebelum-sebelum ini,ada saya ucapkan terima kasih kepada sahabat2 yang membantu saya dalam menyiapkan tesis tue.. Mereka-lah tue!

Wan Zulaikha Binti Wan Hamidon:
Seorang sahabat yang baik, pendengar yang baik serta mampu memberikan semangat dan keceriaan kepada sahabat2nya yang lain.. Kami antara insan2 yang sangat dan paling lambat viva tesis.. Semangat ada sedikit jatuh waktu itu.. Tetapi, bersama Wan Ika, kami sama2 dapat mengharunginya.. Dia banyak memberikan kata2 semangat pada saya sepanjang perkenalan kami.. Sahabat susah dan senang.. Saya sangat menyenanginya.. Seorang yang menjaga hati sahabatnya, dan berhati2 dalam melakukan perkara2 agar tidak melukakan hati mereka.. Dan ye, betul.. Persahabatan itu adalah satu ni’mat yang perlu dan sangat2 disyukuri.. Terima Kasih Wan Ika..

Syafawati Binti Ahmad Kamal:
Seorang sahabat yang sangat terbuka dalam membicarakan mengenai apa perkara sekalipun.. Membuatkan perkara yang sulit jadi mudah dengan sifat keterbukaannya itu.. Seorang yang sangat petah dan laju dalam menuturkan perkataan.. Loghat Kedah tak pernah hilang, apatah lagi di kala marah.. Hahahaha.. Sahabat yang banyak sangat2 membantu saya susah dan senang.. Seorang yang terbuka juga dalam menyatakan perasaan. Pernah satu ketika, saya sedang menangis, dan tiba2 dia kata, ”Syafa sayang Zira tau”.. Tapi saya tak pernah bagitau dia perkara yang sama.. Kerana saya seorang yang malu dalam menyatakan perasaan.. Tapi, saya nak dia tahu, ”Syafa, orang pun sayang Syafa..” ~sebelum update post, kena bagitahu dia dulu neh.. Hehehe..~ Terima Kasih Syafa..

Irina Binti Harun:
Seorang sahabat yang sangat tenang dalam segala hal yang dia lakukan.. Kadang2, saya teringin menjadi seperti dia.. Tenang, bijak, teratur, penyabar.. Perahsia juga ye.. :P Tapi, kalu saya jadi dia, siapa plak nak jadi saya..? Hehehehe.. Sahabat yang sentiasa membantu sahabatnya yang lain sama ada dalam kesusahan atau kesenangan.. Penuh dengan sifat keibuan.. Saya selalu panggil dia Ketua Darjah, bila kami merancang sebarang program2 lagha antara kami 10 kawanan Power Rangers untuk melepaskan tekanan.. Walaupun dia antara yang lahir pada hujung tahun, tetapi dia lebih bersifat seperti seorang kakak.. Berbanding saya, yang lahir pada awal tahun, tetapi lebih gedik2-manja macam seorang adek bongsu.. Huhuhuhu.. Terima Kasih Irina Harun..

Wong Wai Yin:
Prof. R gelar kami "twin scientist". Hahahaha.. Dia banyak membantu saya dalam menyiapkan tesis.. Bukan tesis sahaja okay, projek rekabentuk pun.. Kami antara yang terAWAL start lab, dan antara yang terAKHIR viva tesis.. Gila arr bila dikenang semula.. Tapi, itulah yang memberikan kami pengalaman dan membuatkan kami lebih kenal antara satu sama laen.. Hahahaha.. Jodoh kami memang panjang.. Bertemuuuu sahaja.. Sehingga sekarang pun, bertemuuuuu lagi... Saya bagitahu dia, "Kawen jangan lupa ajak tau!". Dan dia angguk sahaja.. Tak lama lagi la tue.. =D Dan Terima Kasih Wai Yin

Saya juga turut ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat2 kawanan Power Rangers yang laen seperti ’Abidah Md. Noh, Hannem Fadzllin Poniron, Siti Nur Fadhilah Zainuddin, Patricia Lering Daniel, Shareen Grunsin dan Alifah Amelya Abd. Latif kerana membantu dan menjadi sahabat yang baik sepanjang perkenalan berada di UKM.. Banyak kenangan indah bersama.. Sukar untuk dilupakan.. Rindu dalam kenangan indah persahabatan kembali menjengah.. Universiti Kenangan Manis, itu nama uni kita.. Hahaha..

Mereka selalu menceriakan hari2 saya.. Saya tahu, bila saya murung, sedih, muka saya sangatlah ’cantik’, berkerut2, sehingga kalu nenek kebayan tgk pun mintak petua daripada saya.. Mereka simpati dan kasihan dan kasih pada saya yang penuh kekerutan itu..

Saya bukanlah sahabat yang sempurna.. Saya ada kekurangan diri yang saya sedari.. Dan mungkin juga yang saya tidak sedari.. Saya mohon kemaafan, dan saya mahu sahabat2 10 kawanan Power Rangers tahu bahawa saya sayang anda semua..

Dan untuk KELUARGA saya, merekalah pendorong terbaek buat saya.. Saya SAYANG sangat2 pada mereka walaupun selalu gaduh2.. Hahaha.. ;P

"We gotta tell 'em that we love 'em while we got the chance to say,
Gotta live like we're dying..."


Salam kasih sayang dari ’bajet’ Adek Bongsu,
Noor Azira Binti Aziz
~Hahahahahaha

P/s: Mahu letak gambar, tapi keadaan internet dan laptop tidak mengizinkan.. Tengoklah nanti kalu rajin update.. Heeee..

Wednesday, March 10, 2010

Tua Sudah...

Alhamdulillah.. Dah tue dah saya.. Dah 24 tahun dah.. Dan dalam usia ketua-an ini, saya pun lupa birthday saya.. Sehinggalah ex-rumet saya iaitu Ina di KMNS dulu mengingatkan saya di Facebook..

Sungguh! Walaupun dia dah ingatkan saya, tapi malam tetap berlalu seperti biasa.. Sehinggalah saya rasa semacam.. Seperti.. "Hey perempuan muda, bukankah handset mu sepatutnya tidak seberhenti berbunyi?"

Berada di rumah sewa Abid, menyebabkan handset hanya terperosok di bawah bantal dalam bilik manakala saya terlentang di hadapan tv.. Bila sudah mahu tidur, baru perasan ada mesej.. Huhuhuhuhu.. Sengalkah saya? Atau nyanyuk kah saya? Atau sudah kembangkah magee saya? (Irina org pertama yg mesej.. Takut tertidur katanya.. Heeee..)

Keesokan harinya, saya sama kali tidak menyangka bahawa sahabat2 saya iaitu Irina, Wan Ika, Syafa, Abid dan Dilla membuat satu kejutan buat saya.. Ini kerana, saya faham situasi kewangan yang setiap seorang antara kami hadapi.. Termasuklah saya.. Walau apapun, lakonan mereka amatlah mantap, sehingga Sandra Bullock pun boleh tabik spring toing-toing pada mereka..

Irina datang ke lab dengan berpakaian cantek2.. Meletakkan barang di mejanya (yang saya tumpang duduk) kemudian terus keluar.. Saya tanya, "Irina, nak gi mana?". "Keluar..", jawabnya ringkas.. "Jumpa siapa? Dr. J? Dr. N?", saya bertanya lagi.. "Dating..", jawabnya senyum2.. Dan saya percaya, dia mungkin sedang dating dengan salah seorang pensyarah tersebut berdasarkan penampilannya yg cun siap dengan handbag sekali tue.. O_o *tertipu*

Kemudian Dilla.. Meminta untuk saya menemankannya ke PKNS untuk shopping dan makan2.. Katanya mahu membeli barang.. Saya tanyakan padanya, "Kau dah gaji ke?". Dia geleng2.. "Kau stress ke?". Dia geleng lagi.. Kemudian berkata, "Kita dah lama tak keluar sama2..". Ceh! Bukan pernah keluar ke sebelum ini.. Alasan yang kurang meyakinkan, tetapi lakonan adalah mantap.. Shopping konon.. O_o *tertipu lagi*

Si Abid nie lagi best.. Saya tumpang rumahnya, saya tido tidak setilam di biliknya, tetapi dia orang terakhir yang wish saya.. Lagi Mantop! Hahahaha.. ;P

Dalam usia saya yang semakin muda ini, saya sangat2 bersyukur pada Allah dalam banyak perkara..
Alhamdulillah.. Allah kurniakan keluarga yang sangat penyayang dan memahami diri saya.. Saya adalah seorang yang sengal bila tiba kesengalan itu.. Perkara yang patut nangis, saya tak nangis.. Perkara yang tak patut nangis, saya nangis.. Perkara yang patut gembira, saya sedih.. Perkara yang patut menceriakan, saya takut.. Gila kah? Atau magee saya sudah terlebih kembang? Tetapi mereka ada untuk menceriakan dan memberikan kekuatan pada diri saya..

Alhamdulillah.. Allah kurniakan sahabat2 yang sangat baek terhadap saya.. Berkali2 saya mengucapkan syukur di atas kurniaan ini.. Hanya Allah sahaja yang layak membalas budi, jasa dan kebaekan mereka.. Hanya Allah sahaja..

Terima Kasih kepada semua atas doa, kasih sayang, penghargaan dan perhatian yang diberikan pada insan bernama Noor Azira Binti Aziz ini..

Terima Kasih!!!!!!!!!

P/s: Sungguh tidak menyangka dengan kejutan tersebut.. Terima kasih pada Wan Ika yang sudi turun dari Serdang.. Saya gembira dan bersyukur dalam "kelecakan".. (",)

Friday, March 5, 2010

2010

Lama giler tak update.. Takpe2.. Nak wat come back la nie..

P/s: 1st post for 2010 on March? Lambat sungguh..