'Keep Ur Fren Close, Keep Ur Enemy Closer..', Itu adalah dialog yang dituturkan oleh John Abruzzi selaku ketua mafia yg masuk dalam penjara dalam siri Prison Break.. Dan ape yg dituturkan itu mmg benar.. Walaupun itu hanyalah dialog, tetapi cuba lihat dr sudut maknanya.. Mungkin setiap dari kita akan memberikan pendapat masing2 mengenai dialog tersebut.. Tapi apa yang pasti, pendapat itu tidak ada yang benar tidak ada yang salah.. Masing2 bebas menyatakan pendapat mereka asalkan tidak menyentuh sensitiviti seseorg.. Dan cara untuk menyatakan pendapat itu, perlulah dengan cara yang teratur dan berhemah..
Kawan.. Mereka ini adalah org2 yang sentiasa ada di sekeliling kita.. Jika kita adalah seorg yang dirahmati, kita akan mendapat seorg kawan yang akan sentiasa bersama kita dalam keadaan susah dan senang.. Apabila kita telah berjumpa dengan kawan seperti ini, janganlah dilepaskan.. Kerana kebarangkalian untuk berjumpa dengan pengganti, adalah sukar sama sekali.. Tetapi, mungkin juga ada antaranya adalah kawan yang yang hanya berkawan untuk mendapatkan sesuatu.. 'Frens with Benefit..', itu plak adalah dialog yang terdapat dalam siries one tree hill.. [Hehehe.. Kerja aku adalah pencuri dialog pada hari ini.. Harap maklum.. =P] Kawan jenis ini, akan menghilangkan diri tatkala kita menghadapi kesukaran, tetapi akan tiba2 muncul 'toinggg' bila kita dalam kesenangan,kemahsyuran, dan apa2 lg 'ke' yang membuatkan kite glamer dan hidup senang..
Siapa plak musuh? Musuh plak adalah org yang sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan kita.. Sentiasa mencari kelemahan kita.. Sentiasa ingin bersaing dengan kita, tidak kira apa jenis persaingan.. Kalu kita terjumpa dengan musuh yang berbudi bahasa, mungkin persaingan adalah dari sudut yang sihat.. Bagitu jugak sebaliknya.. Apa yang pasti, musuh yang paling bahaya adalah musuh dalam selimut.. Diluar seperti kawan, tetapi didalam sebenarnye penuh dengan hasad donkey, dan berusaha menjatuhkan kita secara senyap2.. Berdoalah kita agar tidak bertemu atau tertemu dengan kawan seperti ini.. Tetapi yang paling utama, berdoalah kita agar tidak menjadi kawan seperti itu.. Nauzubillahiminzalik..
Kenapa la ketua mafia tue cakap macam tue? Kalu nak tahu kisah selanjutnya, jgn lupe tonton Prison Break.. Hehehe.. Ini adalah pendapat, dan sekadar pendapat.. Walaubagaimana banyak pun kebaikan kawan, dan bagaimana buruk pun kelemahan musuh; harus kita ingat bahawa setiap antara mereka perlu kita beri layanan yang baek.. Kerana ape? Kerana mereka juga adalah makhluk Allah yang perlu kita hormati..
Musuh - mereka nie 24/7 akan sentiasa tunjuk kelemahan kita.. Bagusla.. Sebab tue kite kena keep our enemy closer.. Maksudnya, daripada musuh la kita tahu akan kesilapan dan kelemahan kita kerana mereka2 nie secara terang2an menyatakannya.. arghh.. Memang tensen.. Tapi cube tgk dari sudut positif.. Dari situ la, mungkin kita akan mula muhasabah diri.. Dan mula berubah pada perkara2 yang lebih baek.. Bestnya kalu kita dapat tukar si musuh nie menjadi sahabat.. Tak gitu? =)
Kawan - mereka sukar untuk memberitahu kelemahan kita.. Takut kira2 putus hubungan silaturrahim yang selama ini terjalin antara mereka.. Itu adalah sifat yang baek wahai kawan.. Kerana aku tahu, engkau sedang cuba menjga hati sahabatmu.. Tapi, tahukah engkau wahai kawan, bahawa adalah lebih baek jika engkau menegur kesalahan itu, kerana itu menunjukkan bahawa yang kau sangat cintakan dan sayangkan dan kasihkan sahabatmu.. Jesteru itu, kau tidak mahu melihat dia terus-menerus melakukan kesilapan.. Bukankah begitu? Lantas, satu lg persoalan diajukan.. Hmm.. Bagaimana harus menegur kesilapan itu dengan cara yang paling berhemah, dan pada masa yang sama si yang kena tegur dapat menerimanya, dan pada masa yang sama persahabatan terus mekar, dan seterusnya bersahabatlah kita hingga akhir hayat.. Insyaallah.. Ini hanyalah pendapat.. Aku pernah menghadapi situasi itu.. Setiap antara kita pun pernah menghadapinya.. No doubt.. Cuma mungkin cara kita menyelesaikannya adalah berbeza..
Antaranya ialah:
Melaser dengan julat adalah diantara paling minimum sehingga ke tahap paling maksimum.. Urghh.. Tak pasti sama ada cara ini berjaya atau tidak.. Mungkin sesuai digunakan bagi mereka yang psiko, di mana mereka perlu dinasihati secara reverse psikologi.. Kuang3.. Risiko : bakal berjumpa dia ampaian untuk bergaduh bertumbuk.. Huahuahua..
Menasihat dengan cara melawak.. Indirect.. Urghh.. Cara ini pun tidak diketahui sama ada berkesan atau tidak.. Takut2 yang ingin diberi nasihat tidak mengerti.. Nasihatkah ini atau ko ingin menghiburkan hati? Kuang3.. Tapi, ini adalah cara yang ok untuk digunakan sebab dalam lawak2 pun, nasihat dapat disampaikan.. Itupun kalu org yang nak ditujukan nasihat tue paham.. Xdela perasaan kecik2 ati, perasaan diaibkan, atau macam2 perasaan negatif timbul jika menggunakan cara nie.. Maybe.. Insyaallah..
Selain itu, menasehat dengan cara memerli.. Hmm.. Ragu2 dengan keberkesanan cara ini.. Laen org yang ingin ditegur, laen org plak yang terasa.. sesuai untuk mereka yang sensitif tapi kurang sesuai untuk mereka yang menamalkan sikap wat 'dek' jaa.. Perli camne pun, dia tetap wat dek.. Tak paham2.. Hehehe.. [akukah si 'dek' itu? Ontah la Labu..]
Tapi, cara yang paling berkesan sekali adalah sebelum tegur seseorg tue buat solat sunat dulu.. Mintak petunjuk Tuhan.. Wahai Tuhan, perlu ke aku tegur mamat/minah nie.. Aku konpius.. Tolongla aku Tuhan.. Aku takut, kalu aku tegur putus sahabat, kalu aku tak tegur aku masuk neraka.. Aku tak mau masuk neraka.. Aku takut.. Sob.. Sob..'
Nak wat solat sunat ape? Mungkin bley wat solat sunat Istikharah dulu.. InsyaAllah, akan datang suatu kekuatan pada diri selepas melakukannya.. InsyaAllah, akan datang satu petunjuk sama ada perlu terus lakukan atau tidak.. Dan jika dua2 perkara itu tidak hadir (kekuatan atau/dan petunjuk) maka teruskanlah apa yang dirasakan benar.. Kerana solat sunat istikharah nie bkn sahaja untuk mendapatkan petunjuk, tapi juga untuk mengelakkan musibah.. Elakkan musibah dari segi, contohnya kalu kita pilih nak tegur.. Dan kemudia kita tegur tentang kesilapan itu dengan cara paling berhemah.. Mungkin juga boleh mengaplikasikan kacukan cara2 seperti sebelum nie.. InsyaAllah, musibah seperti putus sahabat ke, masam2 muka ke tak berlaku.. Kerana ape? Kerana kita telah serahkan segala2nya pada Allah.. Allah bantu kita.. Jangan sekali2 buruk sangka pada Allah.. Sesungguhnya, si anak syaitan yang bernama Wathiin sedang menghasut kita.. Syuhh.. Syuh.. Maen jauh2.. Owh, anak syaitan tue tak mau maen jauh2.. Beristighfarlah kita.. Biar terbakar si anak syaitan itu.. Muahahahaha..
Itu la beruntungnya jadi org Islam.. Kita ada doa yang menjadi senjata dan kekuatan kita.. Tapi seringkali kita tidak menggunakan senjata itu.. Kita sombong.. Umpama di medan perang.. Bila diberikan dua pilihan: Berperang dengan senjata api atau guna kekuatan fizikal? Dan askar itu seorg yang sengal kalu dia pilih kekuatan fizikal.. Org bg senjata tak nak.. Sombong.. Huh.. Dan aku juga begitu.. Huhuhu.. Lepas sembahyang, kadang2 tak doa.. Terus lipat sejadah.. Buummm.. sambung tido.. Huhuhuhu.. Jahilnya aku.. Semoga Allah ampunkan dosa aku.. Semoga Allah ampunkan dosa kedua ibu bapaku.. Semoga Allah ampunkan dosa ahli keluargaku.. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.. Amiin..
P/s: Ade satu lagi yang boleh menyebabkan pergaduhan.. Tahukah kita semua, atau mungkin kita lupa bahawa sesungguhnya di setiap pintu rumah kita akan duduk seekor lagi anak syaitan bernama Daasim(sila rujuk post 9 Jenis Anak Syaitan).. Syaitan ini akan menghasut dan terus menghasut agar timbul pergaduhan, tak puas hati, ragu2 dan sebagainya pada setiap penghuni rumah tersebut sekiranya sebelum masuk rumah, kita tak bagi salam.. Mulalah, suami isteri bercakaran dan sudah pasti itu bukan cakar harimau.. Mulalah rumet gaduh ngan rumet pasal perkara kecik.. Urfff.. Sila bagi salam, even takde org pun.. Bukannya bermaksud kita gile bg salam kat rumah sendiri yang dah tentu2 xde org(if tinggal sensorang).. Tapi, sebab ada malaikat dalam rumah tue.. If, ade org dalam rumah, sila jawab salam ye.. Hukum bg salam sunat, tapi hukum jawab salam wajib.. Hehehehe..
Tambahan lg satu perkara, yang boleh menyebabkan pergaduhan berlaku antara sahabat.. ada 3 perkara.. aku tak ingat aku baca dari mana.. Tapi aku agak setuju dengan pendapat nie..
1) Berkenaan perbezaan agama
2) Berkenaan perbezaan bangsa
3) Berkenaan perbezaan politik
Fikir2kan lah..
6 comments:
nice post :)
fitrahnya, memang manusia Allah ciptakan pelbagai bukan satu jenis jek. fitrah juga perbezaan pendapat berlaku. yang jd pelik bila perbezaan pendapat dianggap mustahil berlaku. sedangkan mazhab pun ada empat, lagikan pula lautan manusia secara amnya yang pelbagai latar belakang.
solution? hadapi perbezaan itu dengan penuh hikmah dan raikan ia selagi mana tak melanggar dasar dan prinsip islam.
Wan,
Thanks.. =)
Benar ape yang diperkatakan..
Tapi ada antara manusia membincangkan perbezaan pendapat menggunakan lebih emosi tapi cetek pengetahuan..
Org jenis ini, wajar mengelakkan diri dr membicarakan topik2 tue..
Hehehe..
Really appreciate ur opinion..
Setuju dengan wan..
: hadapi perbezaan itu dengan penuh hikmah dan raikan ia selagi mana tak melanggar dasar dan prinsip islam.
itulah yang membezakan kita semua..perspektif hidup kita dibentuk oleh pelbagai pengalaman dan ilmu, sudah tentu berbeza bagi setiap orang.
contoh: anem takut kepada monyet kerana monyet telah menceroboh biliknya tetapi irina menyayangi monyet kerana ia kelihatan naif dan comel ;)
semoga dengan perbezaan pendapat ketika satu perbincangan dapat menimbulkan satu kesedaran baru bagi kedua-dua pihak yang bertentangan pendapat. itulah objektif yang paling utama sebuah mesyuarat..
To Irina n Anem..
Jika anda baca, sila beri komen.. =)
Saya? xde perasaan terhadap monyet kerana telah menghadapi monyet yg lebih ganas dan gatai di Terendak..
Cume kdg2 ble sifat kewanitaan terserlah, maka akan terdengarlah jeritan ayu dari diri ini..
Maka, akan berlaku la dialog manusia-monyet seperti ini:
Syuh3.. g maen jauh2.. g maen kat bilik Anem.. ngeh3.. =P
Wan, thanks! =)
Ble kite nak stat usrah?
Hatiku sudah hitam bangat nie..
Slalu sgt cuci mata..
Sampai lupa cuci hati.. Huhuhuhu..
huhu...meh i komen pasal monyet tu eh.
bukan setakat monyet tu ceroboh bilik jerk,malahan dia telah mencabul kesucian betis ku!!!
~ak x maafkan ko,monyet!!!~
huhu...alangkan nabi pon maafkan umat,lagikan kte nih. disini saya ingin memberi kemaafan kpd smue yg de wat salah samada scre sngja ataupon tidak.
~memaafkan org lain adalah salah satu cara untk mendapat redhaNYA. insyaALLAH...ameen~
Anem,
Owh.. Tidak ku sangka kamu membaca blog ku.. Hehehe.. Tq!
Kesian betis kamu..
Sudah tiada dara/teruna lg..
Ngeh3..
Gatai nyer monyet!!!
Tq for this:
~memaafkan org lain adalah salah satu cara untk mendapat redhaNYA. insyaALLAH..
=)
Post a Comment