Wednesday, March 26, 2008

Kedekut..???!

Jika korg tanye pada aku, sapa org yang aku paling benci di dunia nie.. Jawapannya adalah --> Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!!

Opps!! Sori.. Sedikit kasar.. Apa nak wat.. Aku memang kasar.. Sekarang nie pun dah kira lembut sket.. Ahaks! Ye ke? Hehehe.. Tapi, memang ye.. Aku benci gile ngan org2 yg mempunyai sifat di atas.. Maaf, jika anda mempunyai kriteria di atas, sila jd hipokrit sedikit di depan aku.. Urghhh!!!

Apa ciri2 "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuuttt!!" ?

1) Mereka, apabila tidak siap sesuatu kerja, maka mereka akan meminta bantuan kita.. Dan sebagai seorg yg tidak mahu bergelar dan bersikap seperti "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! ", maka kita akan membantu mereka setakat terdaya.. Tetapi, mereka apabila siap sesuatu kerja dan kita pula memerlukan bantuan mereka; maka secara automatik, mereka2 ini akan memberi seribu satu alasan.. Sebagai contoh: Owh, tak siap lagi.. @ Owh, tak complete sangat.. Dan macam2 lg alasan.. Tetapi sebenarnya mereka telah pun siap tugasan tersebut, tinggal nak hantar je dan kita yang tidak mempunyai sifat "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! " tertipu dengan alasan mereka yg nampak sungguh benar lg meyakinkan itu.. Alangkah kedekut dan busuknya hati mereka2 itu.. Dan org2 seperti ini, jika aku jumpa mereka; mood aku sehari tue boleh rosak! Jadi, sebab itu aku minta kamu2 yg mempunyai sifat tersebut, please jadi hipokrit sket depan aku! Sebab aku memang benci gile org camtue! Serius!!

2) Mereka yang apabila kita membuat sesuatu tugasan agak awal sedikit daripada mereka (konon2 xmau jadi penangguh) tetapi pada akhirnya kita tersedar bahawa tugasan yang kita lakukan ada sedikit kesalahan, therefore (ceh2.. pengaruh ayat2 asainmen.. huh!) kita terpaksa membuat semula tugasan tersebut dari peringkat awal.. Dan mereka2 plak yang memulakan tugasan agak sedikit lambat, mentertawakan kita.. Memang konfem org tue mempunyai sifat "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! " Tapi apa yang membuatkan aku sedikit kelakar dengan org2 camtue, mereka gelakkan kita sekali, tapi diorg lupe org laen akan gelakkan mereka 100 kali.. Sebabnya? Dah nama baru nak stat wat keje, konfem diorg lg byk wat kesilapan kerana tergesa2 + mengejar dateline.. Dan aku yang bajet2 xmau digelar sebagai "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! ", maka aku tidak ketawakan kamu.. Kerana aku tahu, Tuhan Maha Adil.. Ataupun konsep agama laen: Karma.. Jadi, jika kamu2 ada sifat seperti ini, please be hipokrit in front of me!

3) Mereka yang apabila terdapat pesaingan yang amat dahsyat dalam merebut sesuatu, maka mereka2 yg mempunyai sifat "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! " akan menggunakan cara psikologi.. Hampeh!! Mereka2 ini berjaya menggugat keyakinan diri aku.. Tapi, maaf! Aku yang boleh diibaratkan seperti extraction column setinggi 12 meter manakala diameter plak 1.2 meter sahaja tetapi mempunyai skirt support beserta flange yang kukuh untuk mengelakkan aku daripada tumbang.. Aku terlupa beritahu kamu2, aku ade 12 bolt pada support yang mengelakkan aku tumbang.. Walaupun kamu2 yang mempunyai sifat seperti di atas berjaya menggoyahkan keyakinan aku (Owh, mungkin aku terlupa melakukan pengiraan bg upwind and downwind serta bending moment stress = a.k.a combined loading), maka sedikit sebanyak aku akui, kamu berjaya membuatkan aku tidak stabil seketika.. Huh! Dan jika kamu tergolong dalam golongan2 "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! ", maka silalah JANGAN secara terang2an menunjukkan sifat itu.. Tolong jadi hipokrit sket depan aku! Tolong la!

Sekian, terima kaseh bebelan aku pada kali ini..

4 comments:

Anonymous said...

he2 zira.. sabor bebanyak ye.. ;)

AziRa AziZ said...

Wan Ika,
Hehehe..
Sedang bersabar dan akan terus bersabar selagi terdaya..
InsyaAllah.. Ganjaran sabar kan Tuhan yg bg.. Hehehe..
Tq!! =)

Anonymous said...

eyp..
awat emo sgt???
haha...saje je bace blog aj nie
tak ble tdo la mlm nie...
btw...slamat menyiapkan assignment!!

AziRa AziZ said...

Anee,
Hahaha..
Aku memang kdg2 teremo la Anee...
Huhuhu..
Ko pun tau..
Cian dia xdapat tido..
Nway.. Thanks sbb sudi jenguk blog aku.. =)
Take Care yaa...