Finally.. [22 Febuari 2008]
Fiuh!!! Alhamdulillah.. Finally, mid-sem exam dah abes.. Tapi kena sambg studi jugak untuk final exam.. Uwaa.. Bile nak abeh belajo nie? Tapi, for dis week, nampaknye kena concentrate untuk 2 asainmen: Problem Base Learning (PBL) dengan pollution control.. Dah la asainmen pollution control nie cam PBL, tp kena wat individually.. Anta pada minggu yg sama plak tue.. Lg sekali.. Uwaaaaaaaaaaa...
Dan aku pelik... Nape banyak yg perlu dibuat, tapi aku masih lg mampu menulis kat sini? Hehehe.. Saje lepas tensen.. Nak mengelak kena barah.. Hehehe.. Alasan yg saja dibuat2.. Ceh! Nak tulih pasal ape ek ari nie? ntah la.. Hmm.. Jom maen teka-teki nak? Teka-teki nie boleh digunakan sbg modal untuk beramah mesra ngan ahli kelurga korg atau keluarga mertua korg nnti.. Hehehe.. Ready? GO!
1: Dalam banyak2 tempat, tempat mana yang kalu kite duduk dekat pun tetap jauh.. Jauh sgt.. Tempat ape ek?
Cepat teka! Masa dah nak abeh..
Tittt!!! Dah abeh dah masa.. Apela lambat..
Jawapannya adalah SOFA (so-far). Hehehe.. Kan jauh tue.. Dan untuk memberikan teka-teki nie, pastikan mereka tau istilah2 bahasa Inggeris yg digunakan bg mengelakkan anda dicop sebagai, nak wat lawak tp x jd.. Ngeh3..
2: Dalam sebuah hutan, ada macam2 haiwan.. Tapi pada suatu hari, ntah nape tiba2 sume haiwan nak jd ikan.. Burung nak jd ikan, gajah nak jd ikan, harimau nak jd ikan.. abeh tue, kalu sume nak jd ikan, ikan nak jd ape?
Cepat-cepat!
3
2
1
Titt!! abeh masa lg.. haih..
Jawapannya, ikan jadi BANYAK laa.. Hahahaha.. dan korg skg mesti tgh bengang ngan aku.. Hehehe.. Jgn.. Meh lg kite bermaen teka-teki.. Ready?
3: Dalam banyak2 huruf JAWI, huruf2 ape yg byk angin? Blurp!!
Cepat teka..
Cepat laa..
Weh, khatam tak blaja ngaji? Hehehe..
Tiittt! Masa dah tamat, sebab korg terganggu dgn gangguan2 aku tue.. Laen kali abaikan gangguan tue.. Fokus! Hehehe..
Jawapannya adalah huruf TA YA (tayar).. Depends on wat tayar laa u hv.. Semakin besar saiz tayar itu, semakin banyakla kandungan angin kus2 di dalamnya.. Hehehe.. NEXT!
4: Kalu kapal terbang, terbang dengan kuasa enjinnya; burung2 terbang dgn gunakan kepaknya; layang2 terbang bila terputus talinya; dan macam2 lg mende yg ley terbang kat dunia nie dengan caranya masing2; GAJAH terbang dengan ape plak ek?
Ape?
Gajah tak ley terbang?
Bleh la.. Cube pikir baek2..
Oit! Tgh pikir lg ke?
Pikir, jgn tak pikir..
Pikir lagi?
Isy2.. cukup.. aku takut didakwa bersalah kerana menyebabkan org byk berfikir... Hehehe..
Jawapannya adalah, mestilah gajah terbang dengan SUSAH PAYAHNYA.. Hehehe.. Gajah kan besau.. Berat plak tue.. Hahahaha..
>>End of Teka-teki session<<
Dan kalu korg ade teka-teki best, ley laa kongsi ek.. Aku banyak dah lupe r.. Ngeh3..
Actually, ingat nak tulih pasal fotogenik.. Tapi, later2 la eh.. lum dapat idea bernas lg.. K la.. Thanks sbb baca blog nie.. Have a nice day!! =)
43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki [15 Febuari 2008]
43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki. Oleh ImamKhalid 5 bacaan khusyuk
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al- Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
43 perkara tersebut ialah:
1. tidak sembahyang atau solat
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan
3. makan atas pinggan yang terbalik;
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri;
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan;
6. berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil;
7. suka bersandar pada pintu rumah;
8. suka duduk di atas tangga;
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan;
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung;
11. tidak membersihkan rumah;
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain;
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam;
14. suka tidur di atas muka;
15. membakar kulit bawang;
16. menjahit baju yang sedang dipakai;
17. mengelap muka dengan baju;
18. berdiri sambil bercekak pinggang;
19. tidur tidak memakai baju;
20. makan sebelum mandi hadas;
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh;
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit;
23. lambat pulang dari masjid;
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak;
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan;
26. suka memadam pelita dengan nafas;
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup;
28. membasuh kaki dengan tangan kanan;
29. membuang air kecil pada air yang mengalir;
30. memakai seluar sambil berdiri;
31. memakai serban sambil duduk;
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis;
33. makan dengan menggunakan dua jari;
34. berjalan di antara kambing;
35. berjalan di antara dua perempuan;
36. suka mempermainkan janggut;
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut;
38. meletakkan tapak tangan pada hidung;
39. suka menggigit kuku dengan mulut;
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan;
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil;
42. menguap ketika solat; dan
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Mudah mudahan kita semua dimurahkan rezeki, amin. Wallahu a’lam.
Im so tired, special request and pay it forward.. [13 Februari 2008]
Aku dah penat.. Sgt2 penat dgn karenah org yg suke amek kesempatan di atas sikap aku yg pura2 malas nak amek tahu walaupun aku tahu sebenarnya tapi wat2 tak tahu semata2 untuk mengelak pergaduhan..
Aku dah penat.. Sbb korg tahu aku akan wat tak kisah bile korg dah wat salah kat aku, dengan harapan akibat sikap aku tue korg akan berubah dan tak rasa terlampau bersalah bile dah wat jahat kat aku..
Aku dah penat.. Aku bukannya Aiman, seorg yg mempunyai pegangan hidup 'Aiman tak kisah' sepanjang zaman.. Aku Azira, bukan Aiman!
Aku dah penat.. Sehingga mula datang penyakit tekanan mental, sakit jiwa, gangguan saraf, hati gelisah, rasa hidup derita.. Dan aku berlindung dengan yang Esa agar penyakit nie tak bawa sampai bunuh diri akibat patah hati.. [sori Radja.. aku curi lagu kau!]
Aku selalu cakap kat diri aku, takpe org bg kite tahik.. kite terus bagi bunga kat diorg dengan ikhlas kerana Allah.. Sebab lambat laun, aku yakin dan percaya bahawa satu ari nanti aku akan dapat bunga tue balik, kalu bukan kat dunia kat akirat nnti.. [tahik monyet kat kolej Burhan busuk gler.. aku lupe, monyet takde akal.. nak suruh dia eet kat jamban pun bukannya dia paham.. kesian mak cik cleaner..]
Dan ye.. limpahan tahik2 yg aku terima buat aku penat nak bersihkannya setiap kali aku kena.. Penyakit hati mula datang.. setan dah berjaya membuat aku bersangka buruk.. tapi, kojap yo setan.. ko jgn ngado2 nak pogang trophy.. No way I'll let setan win.. May Allah bless us always..
Pakcik blogger kereta mayat tergerak hati tulis pasal special request dan pay it forward.. aku? tergerak hati nak buka n baca walaupun aku tgh sakit jiwa..
Dan kat bawah nie, aku just copy n paste ape yg dia tulis.. Aku maleh nak tulis lebih2 sbb skg emo menguasai diri.. aku takut aku akan tulis perkara2 yg aku akan kesal.. Pada Allah kita mohon perlindungan.. Bacala.. Dan renung2kan.. aku tak mintak korg sume jd baek shgga terlampau baek dan lurus bendul.. aku pun tak mintak korg jadi jahat sehingga jahat nyer korg umpama jalan yg bengkang-bengkok byk selekoh mcm jalan dari seremban ke kuala pilah.. Tak.. Cuma aku mintak, pikir ape yg terbaek.. Hidup di dunia kerana nak dapat yg terbaek di akhirat..
Aku cume nak ajak, jom sama2 kita bg bunga dan bukannya tahik.. Jgn korg rasa penat bg bunga biarpun org asek bg korg tahik, sbb masa tue setan tgh menjalankan tugas2 penghasutannya.. jgn tertipu.. jgn bagi setan pegang trophy.. jgn..
From kereta mayat:
i) bout special request
“Special Request” di tujukan kepada orang yang bernasib malang, atau orang yang kemalangan, atau orang yang menderita, dan yang semakna dengannya, manakala perubahan kepada dunia bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana anda memandang nasib malang dengan cara memurnikannya... Lalu timbul soalan...
Request daripada siapa?"Dari Allah...
"Sebab?"dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji”
Apa yang Allah request?"Sabar, redha, dan Sangka baik...
"Jika tidak?"Hidup akan menderita, sakit jiwa, ganguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri... Dan akhirnya kat akhirat pulak kena masuk Neraka...
"Apa yang Special?"Special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk di uji, bukan semua orang dapat..,
dan Special sebab bila kamu penuhi request ini hati akan tenang, hidup akan bahagia dan bila mati masuk shurga..
"Baiklah, senang cam gini:-'Special Request' bermaksud:-Janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji, Dan kerana itu Allah menguji kamu, kerana Allah sayang pada kamu, kerana kamu ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kamu dari azab api neraka yang panas membara dan beginilah caranya untuk masukkan kamu ke dalam shurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?
Jadi panjang sangat penerangan itu, aku guna istilah "special Request”Mungkin kerana itu para Sahabat dan ulamak rasa 'Special’ apabila di uji atau menderita kerana faham hakikat ini..Balik pada aku, ini hanyalah istilah yang tercetus selepas tengok Filem ”Pay it forward’, dengan membayangkan diri aku berumur 10 tahun, maka edia "special request” pula muncul sebagai tugasan untuk di bentangkan kat sekolah (Baca: 10 tahun-cover line he he he)Lagipun 'special request’ dalam hidup kami adalah belum sampai tahap yang menggoncangkan iman, kami bermohon daripada Allah akan perlindungan dari sebarang bala bencana.., tapi jika di takdirkan, itu adalah special request, apa lagi nak di kata? Allah knows best!
ii) bout pay it forward
Aku bukak TV 8, (siaran yang paling jarang aku bukak), dan tiba-tiba tengok satu pelokon kanak-kanak yang aku kenal, iaitu Haley Joel Osment yang pernah berlakon dalam The Sixth Sense, buat aku terus nak menonton..,Maaflah kerana aku memang dah ketinggalan zaman, kerana baru la ni aku tengok cerita ni dan teruja pula dengan teori yang di ketengahkan dalam filem ini.
Ceritanya bermula apabila seorang cikgu sekolah rendah lakonan.., hey! Aku kenal mamat ni, Kevin Spacey, berlakon sebagi Lex luthor yang jahat dalam filem Superman.Sambung balik, jadi cikgu sekolah ni telah bagi satu tugasan kepada budak budak dalam kelas dia supaya buat sesuatu yang boleh mengubah dunia.Maka hero cerita ni, iaitu seorang budak lelaki telah kenalkan satu konsep yang bakal mengubah dunia yang di kenali sebagai ”Pay it Forward”.
Maksud Pay it Forward adalah, apabila seseorang berbuat baik pada anda, maka sebagai balasan, jangan Pay it back, tapi Pay it Forward iaitu buat baik pula kepada tiga orang yang lain, dan tiga orang lain yang di buat baik itu, kena pulak buat baik kepada tiga orang lain dan begitulah seterusnya sehinggga dunia akan terus berubah!
>end of copy n paste<
P/S: Satu pengajaran yg aku dapat dr makcik cleaner kat Burhan nie.. Mereka tetap membersihkan kawasan2 yg dicemari tahik monyet setiap kali dan setiap hari kerana aku percaya mereka tahu itu mmg dah tugas dan tanggungjawab mereka sbg makcik cleaner kat kolej nie.. Terima kasih makcik.. Walaupun makcik2 sume bukan Islam, tapi makcik2 ajar saya erti tanggungjawab.. Ye! saya terlupe seketika tanggungjawab saya sebagai org Islam.. Redha dengan ketentuan dan ujian dari Allah.. Semoga Allah ampunkan dosaku.. Ampunkan dosaku Ya Allah.. Aku terlupa yg aku sdg menerima ujian dariNya.. Semoga aku dapat terus menjadi dan tergolong dalam golongan hamba2Nya yang sabar dan redha.. Ape yg membuatkan aku gembira adalah, aku merupakan antara org2 yg SPECIAL yang dipilih olehNya.. Alhamdulillah.. Korg?
Breast Cancer Wa('and' in Arabic Language) Open Dis Ganda Nakakatawa.. [27 Januari 2008]
Aku boring.. xtau nak watpe.. dah 2 minggu cari maklumat pasal asainmen.. xsiap2 jugak.. penat laa.. jd aku merehatkan diri dan menghilangkan kebosanan dengan menulis kat blog frenster nie.. hehehe.. sejak bila aku suka menulis nie? sejak aku belaja subjek kemahiran menulis (wajib universiti) laa.. Alhamdulillah.. Hehehe..
Aku nak citer pasal breast cancer.. sebab aku cam yakin ngan konfiden je xde dak laki akan baca blog aku nie.. tapi, kalu ade yg baca pun wat i care!ape aku peduli-bak kata adek aku.. hehehe.. kongsi ilmu la kan.. at least nnti golongan adam nie tau la jugak sket2 ttg breast cancer nie.. xde la nnti tercengang2 ble mak citer ke, akak citer ke, adek citer ke, aweks citer ke.. ke diorg lg expert? ntah.. hehehe..
aku pun tak tau sgt pasal breast cancer nie.. tp kanser nie sgt bahaya.. kalu lambat dikesan, ley hilang salah satu mahkota wanita n yg lebih teruk lg ley membawa maut.. Camne nak kenalpasti kalu korg ade breast cancer ke tak? salah satu cara adalah setiap kali lebih kurang seminggu lepas period, cuba cek breast korang (to those sensitif person, sori if dis sounds kasar.. huhuhu.. open sket ek?), if ade sebrg keganjilan or perubahan cthnye terasa cam ade ketulan ke, cepat2 cek jumpa doktor.. jgn jumpa aku plak.. aku gelakkan je nnti.. hehehe.. walaupun >80% ketulan pada payudara remaja/remaja dewasa bkn kanser, tapi kena berjaga2 jugak.. skg mcm2 ley jd.. one of my fren, sebaya umor ngan aku/kite, disahkan penghidap kanser payudara tahap pertama.. gulp!! takut kan.. laki pun tak ley tarik nafas lega.. sbb kanser nie pun ley menyerang lelaki jugak.. huhuhu..
byk sebab laen jugak.. antaranya keturunan.. penyakit nie genetik.. tp aku tak sure if sume org dlm famili akan kena or tak.. juz probability untuk kena penyakit nie tinggi.. kena tanye doktor or bakal doktor laa yg blaja mende nie.. aku bakal engineer (InsyaAllah..) yg sibuk nak tau tugas doktor.. takut salah info plak.. hehehe.. antara langkah berjaga2 (cam wat report rasanya..) untuk elak penyakit nie adalah:
1) Jgn guna bekas air mineral untuk isi air yg dimasak.. guna sekali sekala tak pe.. guna sepanjang idup, isy2.. nak kena ka? nak terangkan secara saintifik, camne ek? hmm, bekas air mineral tue mmg dicipta khas untuk air mineral.. nama mineral tue pun dah menggambarkan byknye mineral dalam air tue.. hehehe.. tp bile korg isi air masak/jerang/kosong/ape2 lg la yg korg slalu panggil, mb klorin yg ade dalam air tue akan melakukan tindakbalas kimia bersama2 dgn dinding botol mineral tue, maka lahirlah satu hasil tindak balas yg berbahaya kpd umat manusia dan ley mengundang kanser.. mende nie bkn terus kena, tp ley berlaku dalam jangka masa panjang.. ade paham? hehehe.. kalu korg nak isi air dalam tupperware air, cari bekas yg ade nombor dr 4/5(aku tak ingat) hingga 11.. nombor nie ley dapat kat bawah bekas air tue.. [err..pada sape2 yg baca dan lebih tau dari aku, pas2 korg rasa aku ada salah, aku mintak tolong sgt2 betulkan aku ye.. thanks!]
2) ibu muda yg tidak menyusukan anak.. haih, cian anak.. bg la susu ibu.. kan byk khasiat.. nie bg susu dalam botol.. susu dalam botol tue plak slalunya susu lembu.. nnti anak korg pun konpius.. mana satu mak aku nie? hehehe.. pasal breast feeding nie aku tak ingat sgt.. tp sebab sepatutnye setiap ibu kena menyusukan anak, jd ble tak wat, tue yg ade kemungkinan besar ley kena tue..
3) genetik/keturunan.. dah mention kat atas.. wpun keluarga jauh.. contohnya makcik korg ke yg kena, korg still kena berjaga2 sbb probability nak kena tue tetap ade..
4) stress.. waa.. kalu korg slalu stress pun ley kena.. so, jgn cepat stress k.. kalu stress sgt, wat la ape2 yg patut (yg dihalalkan Tuhan..) untuk hilangkan stress tue.. g blaja boxing ke.. g joging satu taman ke.. g maen basikal ke.. g jerit kuat2 kat gua ke.. g baca Quran ke.. g solat sunat ke.. g tulis blog ke.. g maen facebook ke.. (do add me kat azira0903@yahoo.com.. sempt promote plak.. hehehe..) wat ape2 je untuk kurangkan stress.. nak hilangkan terus stress mmg tak ley, tp masing2 ade cr sendiri untuk kurgkan stress kan? kan? kan? kalu tak kedek (kedekut..) meh la kongsi sm2 cr korg tue.. hehehe..
tue je setakat yg aku ingat & tahu.. kalu salah sila betulkan.. aku tak kecik ati pun kalu korg tegur.. lg aku suka.. tue tandanya korg prihatin.. hehehe.. i like! moga kita sama2 dapat kesan dan elak penyakit nie dr awal untuk elak perkara lbih buruk terjadi.. kite merancang, Allah menetukan.. wallahua'lam..
Next Hot Story:
Haa.. nie aku nak citer pasal open dis ganda nakakatawa plak.. wah! nak ketawa sungguh aku dengar bunyinya.. tp ble kena, ley nangis beb! hehehe.. mula2 aku ingat menda nie cam laman web MLM, sbb aku dapat through YM.. aku pun ignore je laa.. malas aku nak kasi korg kaya cepat.. tp disebabkan perasaan ingin tahu a.k.a penyibuk a.k.a sangka baek, aku pun search through Yahoo! Korg tau ape menda ble sebut, nak ketawa tue? tue virus.. huhuhu.. ntah ape ntah virus nie ley wat.. korg search n baca sendiri laa.. so, sbg peringatan to those yg rajin berYM.. alert! jgn bg virus nie masuk PC or laptop korg.. bile dah kena virus, mula la nak reformat.. haih.. cube la update antivirus tue.. (aku tgh membebel kat diri sendiri..) kalu reformat byk2 kali, ley rosak hard disk korg tue.. huhuhu.. mahalnye nak ganti.. baek beli laptop br lg canggih.. uwaa..
Fiuh.. dah panjang rasanya nie.. k la.. nak tangguh dulu.. ade rezeki, umur panjang, kesihatan baek, InsyaAllah aku menulis lg dalam blog nie.. sok kelas kol 8.00 pagi.. liatnye aku nak g kelas pg.. huhuhu.. k la.. selamat menjaga kesihatan diri dan komputer anda dari diserang sebarang virus yg merbahaya.. Take Care! Salam..
Ustaz Akhil Hay dan Tukang Karut yg mengarut.. [19 Januari 2008]
17hb Januari 2008 ari tue ade satu forum Maal Hijrah kat dataran depan Panggung Seni.. Mula2 xtau nak g ke tak.. Tapi, sebab malam tue rasa mcm urusan sgt2la mudahnya utk aku g, jadi aku pun g ngan Liza.. Naek motor.. preng, preng.. kami pun merempit g ke c2, dgn aku selambanye tidak memakai helmet.. (rosak tudung beb! hehehe.. syukur pak cik guard tak tahan..)
Sblm forum, ade satu persembahan dikir barat.. yg geramnye, kalu setakat satu lagu xpe lg.. nie 2,3 buah lagu.. angin jugak aku.. dah laa dtg nak dgr forum, bkn nak tgk dikir barat.. huh!
Forum malam tue berkisarkan ttg heidonisme iaitu kehidupan yg berunsurkan hiburan semata2.. Hiburan tue plak tak semestinya muzik, filem, dll tapi termasuk jugak berchatting, berdating, melepak n mcm2 lg laa.. mcm2 ada dalam heidonisme nie..
Antara yg aku ingat perbincangan yg ada dalam forum tue aku akan tulis kat sini.. Al-maklumla, g berlenggang je.. xbwk pen n kertas.. pas2 terpaksa berdiri dgr ceramah sbb org ramai sgt.. tak cukup tempat duduk.. lenguh kaki den.. tp nak ilmu nye pasal, sabo je la ek.. kan ganjaran sabar Allah yg bg.. hehehe..
1st : cite pasal chatting.. Ustaz Akhil Hay ade bg satu pantun spontan yg sgt best n klaka tp ade mcm2 maksud yg tersirat.. terasa jugak.. walaupun aku sgt2 jrg chatting, tp ble boring sgt aku layan je.. huhuhu.. nie pantunnya..
Mula2 kita berchatting,
Pastue kite berdating,
Bile dating duduk rapat2,
Bile duduk rapat2, nafas tersekat2,
Tak cukup nafas tersekat buat plak maksiat,
Pastu lahir anak tak cukup sifat..
n so on.. aku tak ingat lg.. huhuhu..
Err.. amacam pantin tue? Ade kebenaran gak kan?
2nd: Ustaz cakap pasal perlunya tahu ilmu pasal fardhu ain nie waktu usia masih muda.. jgn dah otai baru nak blaja.. sbb masa tue, ssh sikit ilmu nak masuk.. almaklumlaa, mcm2 penyakit datang.. dgn nyanyuk nye.. mcm2 lg laa.. takut2 bila blaja ngaji nnti mula laa melatah2.. bila dah otai baru laa nak blaja alif atas aa, alif bawah ee, alif depan uu.. pastue smbg lg.. ba atas ba, ba bawah bi, ba depan bu.. tak pasal2 terlepas plak ta atas taa.. smbg sume jd ba bi bu ta.. hahaha..
Tapi, aku ade sorg kawan yg agak merangkak2 sket baca Quran.. aku dapat kenalpasti masa dia tak ley baca tulisan jawi.. mak aku cakap kalu org tak pandai baca Quran, org tue pun ssh nak baca tulisan jawi.. yup!! dan aku tak tau nak wat camne.. ye la.. takut mende nie sensitif, tapi nak tak nak kena amek tau sbb perkara nie fardhu ain.. kalu tak aku berdosa.. huhuhu.. dan..
Alhamdulillah, akhirnya kawan nie mengaku kat aku yg dia tak berapa pandai mengaji Quran.. dan yg wat aku amat2 terharu, dia nak blaja ngan aku walaupun stat ngan iqra 1.. alhamdulillah.. at least, dia ngaku kelemahan diri dan cube perbaikinya.. better late then never.. rite?
3rd: mengenai niat pada setiap perbuatan kita.. innamal a'malu binniat.. Dr. Harlina Siraj yg bg ceramah pasal nie.. glamer jugak ustazah or Dr. nie kat tv.. Doktor sentuh pasal ape niat sbnr kite sume dtg forum malam tue.. nak perbaiki diri sempena maal hijrah kaa atau nak jumpa Ustaz Akhil Hay kaa?
Tp, Alhamdulillah.. time kasih pada Ustazah Azizah, my warden kat Talib Karim dulu.. dia selalu sentuh pasal mende nie.. dan memeng, niat aku g forum tue sbb nak betulkan diri dan nak ilmu baru sbb aku mmg dah lama tak hadiri majlis ilmu.. alhamdulillah.. syukran ya ustazah!! Dan setiap ape yg kita lakukan pun mesti ade niat kerana Allah.. tp wat yg baek2 je la ye.. hehehe.. semoga sumenye dapat ganjaran dari Allah.. InsyaAllah..
Tapi, aku ade dengar satu ceramah.. dari Dr. Fadzilah Kamsah.. dia kata, kalu kita terpaksa wat jahat/nakal sket kat seseorg utk sedarkan perbuatan salah diorg tue, insyaAllah, kita dapat pahala.. sbb nape? sbb niat kita td.. kan? kan? kan? hehehe..
4th: A.D.K.A.R.. Ustazah tue kata lg, kdg2 org tak berubah sbb dia tak tau nape dia kena berubah.. org2 tak sedar diri nie.. hehehe.. and A.D.K.A.R is stands for Awareness.Desire.Knowledge.Ability.Reinforcement.. Aware ttg kelemahan diri yg patut diubah.. Mempunyai Desire yg sungguh2 utk berubah.. Mempunyai pengetahuan (agama terutamanya) untuk berubah pada perkara yg lebih baek agar tak terpesong.. Mempunyai ability/keupayaan untuk berubah.. dan paksa diri berubah sbb kdg2 untuk berubah dari satu kebiasaan pada satu habit/perkara yg baru, kite perlukan paksaan..
5th: Masalah sosial.. Tak ingat ape nama rumah kebajikan Ustazah nie usahakan.. tp tujuan rumah kebajikan tue adalah untuk bentuk semula akhlak remaja perempuan yg mengandung di luar nikah.. dan yg sedihnya adalah lebih krg 13% penghuni rumah kebajikan tue adalah dak2 IPTA/IPTS.. Mereka yg bermasalah kena dok kat situ dalam tempoh setahun untuk diskrew ape yg longgar dan untuk direformat ape yg dah diviruskan.. bknnye one stop center.. lahir anak pastue blah..
satu cite yg sedih Ustazah nie gtau, ade sorg remaja perempuan nie, dia dah gugurkan kandungan 2 kali tp kali ke-3 dah tak sggp.. terus datang rumah kebajikan tue.. bile ustazah tue tanye nape yg sblm nie gugurkan, dia gtau salah sorg parent pompuan or laki2 nie (tak ingat) yg bg duit kat dia srh gugurkan.. padahal diorg nak kawen.. huhuhu.. cian dak tue.. korang2 yg dah ada calon tue, cepat2la kawen yer.. berkat tue.. pastue jgn lupe jemput aku.. hehehe.. InsyaAllah, aku dtg..
Pergh.. dah panjang nie.. dan tue je yg aku masih ingat.. forum tue ade 3 round.. tp aku dgr sampai round ke 2 je.. tak sure round ke 3 ade ke tak, sbb agak lewat jugak forum tue stat.. aku plak tak larat + pening + penat diri + ngantuk + ade kelas pagi.. sbb tue balik awal tue.. hehehe.. byk gile alasan..
InsyaAllah, umur panjang aku tulis lagi.. semoga tulisan nie beri peringatan pada diri aku yg slalu terleka nie.. dan juga korg2 yg rajin baca.. err.. ade ke???
ALLAH sayang pada kita.. Adakah kita juga menyayangiNya? [3 November 2007]
Alhamdulillah.. Gembira sgt2 ari nie.. Sebab.. Dapat jumpa Dr. S.M.S secara life.. Tuhan kabulkan permintaan aku yang satu nie.. Alhamdulillah.. Terima kasih sgt2 wahai Allah.. Terima kasih jugak wat Alee yg sudi dan terbuka hatinya untuk gtau aku ttg kedtgn Sheikh tue.. Bukankah Allah yang memegang hati2 manusia? Lantas Allah bukakan pintu ati Alee untuk gtau aku ttg kemunculan Sheikh yg sekadar singgah sebelum pergi ke majlis laen kat Times Square..
Allah sgt2 sayangkan kita.. manakan tidak.. Dia beri kita udara agar dapat bernafas dan teruskan hidup.. Dia berikan kita ni'mat untuk tggl di bumi yg bernama Malaysia, aman lg damai nie.. Allah juga beri rezeki kepada kita yg sgt melimpah ruah.. Bukankah itu tanda Allah sayangkan kita? Tapi dah ke kita ucapkan syukur padaNya? Kalu sudah, berapa kali? Adakah sebanyak ni'mat yg diberi itu? Tidak.. Dan takkan dapat kita samakan ucapan syukur kita tue dengan ni'mat yg Tuhan bg selama ini.. Bersyukurlah selagi masih bernafas.. dan bersyukurlah selagi masih bernyawa..
Alhamdulillah dapat jumpa my husband.. =) hehehe... Alhamdulillah dapat jumpa semula rakan2 sekolah rendah yg dah lama lost contact.. Alhamdulillah untuk segala2nya.. Akan ku berusaha hingga ke akhir hayat untuk menjadi hambaNya yg bersyukur.. InsyaAllah.. Walaupun pelbagai kegembiraan aku dapat terima sem nie, ade jugak kehilangan yg harus aku tempuhi dengan redha.. Pemergian Wan Cu dan Tok Cik ke rahmatullah.. Al-Fatihah buat mereka.. Semoga mereka tergolong dalam golongan2 org yg soleh dan solehah.. Bukankah setiap kesusahan akan ada kesenangan. Pasti setiap kesusahan akan ada kesenangan? Itu janji Tuhan.. Allah tidak akan sekali2 memungkiri janjiNya.. Hanya kita, hambaNya seringkali mungkir janji dan mungkir taubat terhadapNya..
Semoga Tuhan meredhai kehidupan kita semua.. Jadilah hambaNya yg bersyukur... Jadikan cinta kita kepada Allah melebihi segala2nya.. InsyaAllah.. Semoga Allah sentiasa makbulkan hajat2 yg baek yg datang dari hati nurani kita.. Jika tidak terkabul, jgnlah merintih dan merungut kerana mungkin hajat itu lebih byk membawa keburukan dari kebaikan? Redhalah dgn segala takdirNya.. Sesungguhnya Allah sgt2 menyayangi kita.. berlipat kali ganda dari kasih sayang seorg ibu terhadap anaknya.. Tapi adakah kita juga menyayangiNya?
Antara Raja S.M.S dan Dr. S.M.S? Manakah Pilihan Hatiku... [2 November 2007]
Hehehe... Berat sebelah kan tajuk nie? Dah tentu2 aku pilih Dr. S.M.S.. Banyak sebabnye... Bg kebykn wanita2 n dak2 pompn, pastilah suke sebab dia nie encem! Mmg betul.. encem.. tp ada byk lg sbb nape org suka dia.. Encem tue satu bonus wat dia.. Dan ape yg aku dapat lihat, dia adalah antara org yg boleh dikatakan full of blessed people sbb byk kelebihan2 yg dia ada.. Pendek kata, dia adalah antara anugerah dan keindahan ciptaan Allah yg syahdu lah.. hehehe...
Antara sebab2 laen yg mb sebabkan org suka dia adlh kebijaksanaan yg dia ada.. ilmu yg dia ada.. kalu tak, camne dia dapat jd doktor kan? Dengan semangat2 yg dia beri, menyebabkan ramai orang2 melayu khususnya mula meminati dan ingin mendalami ilmu sains.. alhamdulillah.. sains sgt dekat dgn Islam sebenarnya.. cuma kita terleka dan lepaskan peluang tue untuk mengkajinya.. padahal, org2 Barat amek kesempatan nie dan antaranya peluk Islam kerana kagum dgn kebesaran Illahi.. Subhanallah... Kalu Dr. muncul awal sket, mesti aku minat subjek biologi tue.. Aku tak suka sgt subjek tue masa kat sekolah.. 'Biol' rasanya belajar 'biol'ogi nie.. hehehe... Ngado2 bunyi eh.. =P
Lagi satu aku suka dia nie, dia bukak perniagaan. Restoren plak tue.. huhuhu.. Aku pernah borak2 ngan mak aku dulu.. aku gtau bondaku, yg aku kalu nak wat perniagaan, aku nak bukak restoren, kedai makan.. walaupun aku tak pandai masak, tp aku suka tgk org masak.. hehehe... aku mintak mak aku jd tauke.. tp mak aku tak nak.. dia cakap penat.. alo.. jadi tauke je.. huhuhu.. proposalku direjek.. Tapi, memandangkan Dr. S.M.S nie pun suka wat perniagaan restoren.. tak mustahil satu ari nanti akan ade Restoren Rebung 2.. partner dia adalah AKU!! hehehe... Mari2 jemput makan.. Sudah makan sila bayar ye.. =P
Mungkin korg yg minat dia ade sbb tersendr jgk kan? Kite amek perkara2 yg positif dari dia.. Semangat dia ingin berjaya, maju dan pada masa yg sama nak lihat org laen jugak sama2 maju dengan dia.. Teringat aku satu ceramah yg aku dgr dulu.. Penceramah gtau, selama mana kita bantu org laen untuk berjaya, selama itulah Allah akan bantu kita.. MasyaAllah.. Tgk Dr.? Berjaya tak dia? Jadi, pada yg pandai2 dalam pelajaran tue, jgn lupa bantu kami2 yg kureng nie.. Janganlah kedekut ilmu ye.. Mari kita sama2 berjaya.. Nanti bley bkk perniagaan sama2.. Meh2 dtg Restoren Rebung 2.. hehehe... (Eh, lauk dah abes? hehehe..)
K la.. Nak sambung studi numerical method balik.. Kita semua kena kuatkan semangat.. pada masa yg sama kena kekalkan smgt tue agar tak luntur.. InsyaAllah.. Doa.. tak mau la jd cam hangat2 ...... korg smbg sendiri le.. Kata BM SPM dapat A.. hehe.. Gud Luck 4 Everyone and A Very Special Good Luck For Me!! May Allah bless us always.. salam.. da..
3 Kategori Manusia[31 Oktober 2007]
Pertama:BERJAYA - hari ini lebih baik darisemalam..
Kedua:TERPEDAYA - hari ini sama sepertisemalam..
Ketiga:CELAKA - hari ini lebih teruk darisemalam..
Sekadar peringatan buat diri sendiridan juga insan2 lain yg sudidi'ingat'kan ..
Dimanakah kita? Tepuk dada, tanyaiman.. Jangan tanye aiman, mesti diajawab 'aiman tak kisah..' [huhuhu..aku merepek..]
Semoga kita semua sentiasa berada dibawah rahmat kasih sayangNya..Insya Allah.. Amin..
Lakukan Di Waktu Senang..[31 Oktober 2007]
'Ingatlah Aku di waktu senang, nescaya Aku akan mengingatmu di waktu susah..'
solat sunat istikharah - solat ygdilakukan bg meminta petunjk Tuhandalam membuat pilihan..
diharap dengan melakukan solat ini,kita sentiasa berada di atas landasanyang betul dan diredhaiNya..Ins yaAllah..
andainya, ada ketikanya pilihan yangkita buat itu adalah salah.. dgn solatyg telah dilakukn itu, diharap sebrgpilhan yg salah itu tidak membawasebrg kemudharatan pd kita.. hanyaAllah adlh sebaek2 tempat berlindung..
[p/s:betulkan aku jika aku salah...hanya ingin berkongsi sedikit ilmu dan mempelajarinya dr org2 yg lebih tau..k..]
Tuhan, berikan daku kesabaran..[31 Oktober 2007]
Doa seorang kawan kepada kawannya yglaen adalah antara doa2 yg dimakbulkanTuhan ...
Tapi hati yang jahat ini pernahterdetik sekali, mengapa perlu akudoakan mereka, setelah apabila akudoakan yang terbaik buat mereka,mereka menunjuk2 pula.. Isy, menyesal plak rasenye..
Lalu, datang petunjuk Tuhanmemberitahu bahawa 'Selama mana kitamembantu saudara2 kita dengan ikhlas,selama itulah juga Allah akan membantukita.' Astaghfirullahalazim ... Terimakasih Tuhan.. Muahh!!!
Semua amalan diberi ganjaranberdasar kan niat.. Ikhlaskan dirikerana Allah.. InsyaAllah..
Sesuatu yang bermula dengan paksaan,akan menjadi kebiasaan dan lama2 akanterbit keikhlasan dalam melakukannya.
Dimanakah Kita? [31 Oktober 2007]
kebijaksanaan itu adalah apabila kitabijak menggunakan akal yang datangdari hati yang bersih bagi mengawalnafsu dan emosi...kebodohan pula akan terserlah apabilanafsu dan emosi yang mengawal dirikita..
Sesungguhnya; hati mengawal minda,minda mengawal tindak tanduk dantindak tanduk mengawal hasil..Pilih an di tangan kita.. Tepuk dada,tanyalah iman..
Allah sebaek2 tempat berlindung.. [31 Oktober 2007]
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya,untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih tunduk, lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA...
No comments:
Post a Comment