Sudahkah anda berselawat hari ini?
Rasulullah s.a.w bersabda:
'Barangsiapa (umatku) membaca selawat ke atasku satu kali, Allah menetapkan baginya 10 kebaikan, menghapuskan 10 keburukan dan mengangkat baginya 10 darjat..'
[Hadis Riwayat Ahmad]
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin kite terlupe bilakah kelahiran Baginda kita yang tercinta.. Baginda lahir pada 12 Rabiulawal bersamaan dengan 20 April (Tahun Gajah).. Pada tahun ini, 12 Rabiulawal jatuh pada 20 Mac 2008. Alhamdulillah.. Seronok dapat lihat perarakan sempena Maulid Nabi kat UKM walaupun dari dalam bilik.. Hehehe.. Cantek baju2 mereka, kuat dan bersemangat selawat2 mereka.. Syukur.. Bgn je pagi nie, tertunggu2 mesej kalu2 ade yang nak ajak g dengar ceramah.. Huhuhu.. Kecewa.. Tunggu2, xde.. Tapi, kepenatan menunggu berbaloi.. Wan Ika mesej ajak g ceramah bertajuk 'Pemergian yang dirindui..' Ceramah disampaikan oleh Ustazah Halijah Abdan.. Masih muda dan manis orgnye.. =) Alhamdulillah.. Syukur.. Dapat gak g dengar ceramah.. Hehehe.. Tiba2 rasa nak cubit diri sendiri.. Hati berkata2; Ape daa.. Nak tunggu org ajak baru nak pergi.. Huhuhu.. Maaf.. Saya masih lemah imannya.. =(
Mungkin juga kita terlupa siapakah nama ayah dan ibu baginda.. Nama ayah baginda adalah Abdullah Bin Abdul Mutalib, manakala nama ibu baginda pula ialah Aminah Binti Abdul Wahab.. Ingat ye.. *hafal2*
Pemergian siapa yang kita rindui? Sudah semestinya tidak laen dan tidak bukan adalah junjungan kita Rasulullah s.a.w. Baginda sangat2 mencintai kita sehingga di akhir kehidupan baginda pun baginda menyebut2 umatnya.. Ummati.. Ummati.. Ummati.. (Umatku..)
Jika direnung semula kisah2 kehidupan nabi, banyak perkara yang boleh diambil iktibar dan pengajaran dalam mengharungi kehidupan.. Antaranya ialah bagaimana cara Rasulullah s.a.w tawar-menawar, bergurau senda, kemurahan hati Baginda, keadilan dan pengorbanan Baginda dalam menegakkan Islam..
Jika Rasulullah mencintai umatnya dengan memberikan syafaat di akhirat nnti, bagaimana pula kita melahirkan rasa cinta kita pada Baginda? Antaranya ialah dengan mengikut sunnah Nabi, berselawat ke atas Nabi, mempertahankan sunnah/hadis Nabi, serta menyayangi ulamak yang mengikut dan mempertahankan sunnah/hadis Nabi.. Sentiasa memasang niat dan berdoa agar satu hari nnti dapat berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. Salah satunya ialah dengan dapat menziarahi pusara Baginda.. Rasulullah bersabda: 'Barangsiapa yang menziarahiku selepas kewafatanku, samalah dia seperti menziarahiku sewaktu hayatku'[maaf, x diberitahu Hadis Riwayat siapa.. siapa tahu gtau ok?] Perbanyakkanlah berselawat kerana dengan selawat itu dapat membantu memberatkan timbangan kebaikan di akhirat kelak.. InsyaAllah.. Betapa sungguh2 Rasulullah mencintai umatnya sehingga sanggup membantu kita di akhirat nnti.. Kita bagaimana pula?
No comments:
Post a Comment