Sekadar ingin menyampaikan apa yang didengar dan apa yang dibaca.. Khuatir andai hilang kesempatan ini untuk menyampaikan sesuatu yang sangat2 berharga dek kerana umur, kesihatan atau masa yang tidak mengizinkan.. Jadi, pada kali ini bacalah post ini dengan hati yang terbuka dan buatlah pertimbangan yang sewajarnya.. Semoga menjadi peringatan buat diri sendiri dan mereka2 yg sudi diingatkan.. InsyaAllah..
Semua orang ada nafsu.. Begitu juga dengan diri ini.. Kalu takde nafsu, itu malaikat.. Binatang pun ade nafsu.. Tapi ada batas2 yang perlu dipatuhi umat manusia agar nafsu itu terkawal dan seterusnya manusia dan binatang dapat dibezakan.. Dan jika ada hati yang berkata: Peraturan itu dibuat adalah untuk dilanggar... Maka itu adalah cerita laen..
ilustrasi dari: http://www.iluvislam.com/
Roh apabila ditanya oleh Allah: Siapakah engkau? Maka roh pun menjawab: Aku hambaMu manakala Engkau adalah Tuhanku.. Tetapi, apabila nafsu ditanya oleh Allah: Siapakah engkau? Maka nafsu menjawab: Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau.. Allah tanya sekali lagi pada nafsu: Siapakah engkau? Nafsu tetap menjawab: Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau.. Kali ketiga pun begitu juga.. Tetapi setelah Allah didik, maka akhirnya nafsu pun mengaku: Allah adalah Tuhanku, manakala aku adalah HambaMu.. Macam mana nak didik nafsu? Salah satunya adalah dengan berpuasa.. Sebab itulah, kita digalakkan berpuasa sunat.. Selaen dapat membersihkan perut yang mana berpuasa adalah baek dari sudut kesihatan, tidak lupa juga yang berpuasa adalah baek dari sudut kerohanian kerana dapat membersihkan hati.. InsyaAllah..
Sebenarnya, apa yang ingin disampaikan ada kaitan dengan nafsu.. Jadi, untuk bacaan selanjutnya silalah berlapang dada agar tiada sangka buruk dan permusuhan berlaku.. Kita elakkan.. Kadang2 manusia itu tidak tahu, lantas dia perlu mencari untuk tahu.. Wujud juga manusia yang tahu, tetapi buat2 tak tahu.. Tetapi selalunya manusia itu tahu, tetapi dia lupa.. Indahnya Islam kerana menekankan konsep ingat-mengingatkan ke arah kebaekan.. Sekadar menyampaikan.
>>Begin of copy paste<<
Kisah Saya dan Awak:
Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita. Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya.
Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar.
Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”.
Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya.
Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya
[dari laman web I Luv Islam
>>>End of copy paste<<
'Zina hati sememangnya nampak kecil, namun dosanya tetap sama..'
Tulisan itu benar2 merentap hati kerana sejujurnya diakui diri ini sering melakukannya.. Bukan sahaja zina hati, tetapi juga zina mata..
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti
Itulah yang dimaksudkan 'nampak kecil, namun dosanya tetap sama..'
Dan satu lg tulisan yang benar2 merentap jiwa ini bila membacanya ialah tentang Couple Itu HARAM! Ye, haram.. Jangan takut untuk mengetahui kebenaran.. Beranilah.. Jangan tunggu berani itu hadir dalam diri, tetapi binalah ia.. Binalah keberanian itu.. Keberanian untuk mengetahui kebenaran.. Keberanian untuk menegakkan kebenaran.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Kat sini adalah post2 yang boleh dibaca untuk mengetahui tentang perkara2 nie.. Sila klik sini. Sekadar menyampaikan.. Buatlah pertimbangan yang bijak!
P/s: Andaikata suatu hari nnti, kwn2 lihat aku buat maksiat.. Janganlah teragak2 untuk menegur aku.. Manusia itu lupa.. Perlu diingatkan.. Ingatkanlah aku.. Andainya aku menolak peringatanmu itu, janganlah dicaci maki aku.. Doakanlah aku agar hati kembali bertaut pada Allah yang satu.. Jangan benci aku, tapi benci maksiat yang aku buat.. Doakan aku agar kembali ke jalan yang diredhai Allah.. Itu adalah 'Andai aku..' Aku tak mintak.. Cume memberi keizinan awal pada kawan2 untuk menegur.. Sekali air bah, sekali pantai berubah.. Nauzubillahiminzalik.. Semoga kita semua dilindungi Allah.. InsyaAllah.. Doa!!
No comments:
Post a Comment