Bukan jenama kertas yg dimelayukan, bukan juga saiz bateri boleh cas atau pakai buang..
Wednesday, March 26, 2008
Kedekut..???!
Opps!! Sori.. Sedikit kasar.. Apa nak wat.. Aku memang kasar.. Sekarang nie pun dah kira lembut sket.. Ahaks! Ye ke? Hehehe.. Tapi, memang ye.. Aku benci gile ngan org2 yg mempunyai sifat di atas.. Maaf, jika anda mempunyai kriteria di atas, sila jd hipokrit sedikit di depan aku.. Urghhh!!!
Apa ciri2 "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuuttt!!" ?
1) Mereka, apabila tidak siap sesuatu kerja, maka mereka akan meminta bantuan kita.. Dan sebagai seorg yg tidak mahu bergelar dan bersikap seperti "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! ", maka kita akan membantu mereka setakat terdaya.. Tetapi, mereka apabila siap sesuatu kerja dan kita pula memerlukan bantuan mereka; maka secara automatik, mereka2 ini akan memberi seribu satu alasan.. Sebagai contoh: Owh, tak siap lagi.. @ Owh, tak complete sangat.. Dan macam2 lg alasan.. Tetapi sebenarnya mereka telah pun siap tugasan tersebut, tinggal nak hantar je dan kita yang tidak mempunyai sifat "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! " tertipu dengan alasan mereka yg nampak sungguh benar lg meyakinkan itu.. Alangkah kedekut dan busuknya hati mereka2 itu.. Dan org2 seperti ini, jika aku jumpa mereka; mood aku sehari tue boleh rosak! Jadi, sebab itu aku minta kamu2 yg mempunyai sifat tersebut, please jadi hipokrit sket depan aku! Sebab aku memang benci gile org camtue! Serius!!
2) Mereka yang apabila kita membuat sesuatu tugasan agak awal sedikit daripada mereka (konon2 xmau jadi penangguh) tetapi pada akhirnya kita tersedar bahawa tugasan yang kita lakukan ada sedikit kesalahan, therefore (ceh2.. pengaruh ayat2 asainmen.. huh!) kita terpaksa membuat semula tugasan tersebut dari peringkat awal.. Dan mereka2 plak yang memulakan tugasan agak sedikit lambat, mentertawakan kita.. Memang konfem org tue mempunyai sifat "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! " Tapi apa yang membuatkan aku sedikit kelakar dengan org2 camtue, mereka gelakkan kita sekali, tapi diorg lupe org laen akan gelakkan mereka 100 kali.. Sebabnya? Dah nama baru nak stat wat keje, konfem diorg lg byk wat kesilapan kerana tergesa2 + mengejar dateline.. Dan aku yang bajet2 xmau digelar sebagai "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! ", maka aku tidak ketawakan kamu.. Kerana aku tahu, Tuhan Maha Adil.. Ataupun konsep agama laen: Karma.. Jadi, jika kamu2 ada sifat seperti ini, please be hipokrit in front of me!
3) Mereka yang apabila terdapat pesaingan yang amat dahsyat dalam merebut sesuatu, maka mereka2 yg mempunyai sifat "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! " akan menggunakan cara psikologi.. Hampeh!! Mereka2 ini berjaya menggugat keyakinan diri aku.. Tapi, maaf! Aku yang boleh diibaratkan seperti extraction column setinggi 12 meter manakala diameter plak 1.2 meter sahaja tetapi mempunyai skirt support beserta flange yang kukuh untuk mengelakkan aku daripada tumbang.. Aku terlupa beritahu kamu2, aku ade 12 bolt pada support yang mengelakkan aku tumbang.. Walaupun kamu2 yang mempunyai sifat seperti di atas berjaya menggoyahkan keyakinan aku (Owh, mungkin aku terlupa melakukan pengiraan bg upwind and downwind serta bending moment stress = a.k.a combined loading), maka sedikit sebanyak aku akui, kamu berjaya membuatkan aku tidak stabil seketika.. Huh! Dan jika kamu tergolong dalam golongan2 "Orang-yang-kedekut-ilmu-gile-babeng-hati-busuk-bau-cam-tuutttt!!! ", maka silalah JANGAN secara terang2an menunjukkan sifat itu.. Tolong jadi hipokrit sket depan aku! Tolong la!
Sekian, terima kaseh bebelan aku pada kali ini..
Sunday, March 23, 2008
Sekadar Menyampaikan
Sekadar ingin menyampaikan apa yang didengar dan apa yang dibaca.. Khuatir andai hilang kesempatan ini untuk menyampaikan sesuatu yang sangat2 berharga dek kerana umur, kesihatan atau masa yang tidak mengizinkan.. Jadi, pada kali ini bacalah post ini dengan hati yang terbuka dan buatlah pertimbangan yang sewajarnya.. Semoga menjadi peringatan buat diri sendiri dan mereka2 yg sudi diingatkan.. InsyaAllah..
Semua orang ada nafsu.. Begitu juga dengan diri ini.. Kalu takde nafsu, itu malaikat.. Binatang pun ade nafsu.. Tapi ada batas2 yang perlu dipatuhi umat manusia agar nafsu itu terkawal dan seterusnya manusia dan binatang dapat dibezakan.. Dan jika ada hati yang berkata: Peraturan itu dibuat adalah untuk dilanggar... Maka itu adalah cerita laen..
ilustrasi dari: http://www.iluvislam.com/
Roh apabila ditanya oleh Allah: Siapakah engkau? Maka roh pun menjawab: Aku hambaMu manakala Engkau adalah Tuhanku.. Tetapi, apabila nafsu ditanya oleh Allah: Siapakah engkau? Maka nafsu menjawab: Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau.. Allah tanya sekali lagi pada nafsu: Siapakah engkau? Nafsu tetap menjawab: Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau.. Kali ketiga pun begitu juga.. Tetapi setelah Allah didik, maka akhirnya nafsu pun mengaku: Allah adalah Tuhanku, manakala aku adalah HambaMu.. Macam mana nak didik nafsu? Salah satunya adalah dengan berpuasa.. Sebab itulah, kita digalakkan berpuasa sunat.. Selaen dapat membersihkan perut yang mana berpuasa adalah baek dari sudut kesihatan, tidak lupa juga yang berpuasa adalah baek dari sudut kerohanian kerana dapat membersihkan hati.. InsyaAllah..
Sebenarnya, apa yang ingin disampaikan ada kaitan dengan nafsu.. Jadi, untuk bacaan selanjutnya silalah berlapang dada agar tiada sangka buruk dan permusuhan berlaku.. Kita elakkan.. Kadang2 manusia itu tidak tahu, lantas dia perlu mencari untuk tahu.. Wujud juga manusia yang tahu, tetapi buat2 tak tahu.. Tetapi selalunya manusia itu tahu, tetapi dia lupa.. Indahnya Islam kerana menekankan konsep ingat-mengingatkan ke arah kebaekan.. Sekadar menyampaikan.
>>Begin of copy paste<<
Kisah Saya dan Awak:
Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita. Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya.
Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar.
Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”.
Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya.
Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya
[dari laman web I Luv Islam
>>>End of copy paste<<
'Zina hati sememangnya nampak kecil, namun dosanya tetap sama..'
Tulisan itu benar2 merentap hati kerana sejujurnya diakui diri ini sering melakukannya.. Bukan sahaja zina hati, tetapi juga zina mata..
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti
Itulah yang dimaksudkan 'nampak kecil, namun dosanya tetap sama..'
Dan satu lg tulisan yang benar2 merentap jiwa ini bila membacanya ialah tentang Couple Itu HARAM! Ye, haram.. Jangan takut untuk mengetahui kebenaran.. Beranilah.. Jangan tunggu berani itu hadir dalam diri, tetapi binalah ia.. Binalah keberanian itu.. Keberanian untuk mengetahui kebenaran.. Keberanian untuk menegakkan kebenaran.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Kat sini adalah post2 yang boleh dibaca untuk mengetahui tentang perkara2 nie.. Sila klik sini. Sekadar menyampaikan.. Buatlah pertimbangan yang bijak!
P/s: Andaikata suatu hari nnti, kwn2 lihat aku buat maksiat.. Janganlah teragak2 untuk menegur aku.. Manusia itu lupa.. Perlu diingatkan.. Ingatkanlah aku.. Andainya aku menolak peringatanmu itu, janganlah dicaci maki aku.. Doakanlah aku agar hati kembali bertaut pada Allah yang satu.. Jangan benci aku, tapi benci maksiat yang aku buat.. Doakan aku agar kembali ke jalan yang diredhai Allah.. Itu adalah 'Andai aku..' Aku tak mintak.. Cume memberi keizinan awal pada kawan2 untuk menegur.. Sekali air bah, sekali pantai berubah.. Nauzubillahiminzalik.. Semoga kita semua dilindungi Allah.. InsyaAllah.. Doa!!
Friday, March 21, 2008
Salam Maulidur Rasul (",)
Rasulullah s.a.w bersabda:
'Barangsiapa (umatku) membaca selawat ke atasku satu kali, Allah menetapkan baginya 10 kebaikan, menghapuskan 10 keburukan dan mengangkat baginya 10 darjat..'
[Hadis Riwayat Ahmad]
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin kite terlupe bilakah kelahiran Baginda kita yang tercinta.. Baginda lahir pada 12 Rabiulawal bersamaan dengan 20 April (Tahun Gajah).. Pada tahun ini, 12 Rabiulawal jatuh pada 20 Mac 2008. Alhamdulillah.. Seronok dapat lihat perarakan sempena Maulid Nabi kat UKM walaupun dari dalam bilik.. Hehehe.. Cantek baju2 mereka, kuat dan bersemangat selawat2 mereka.. Syukur.. Bgn je pagi nie, tertunggu2 mesej kalu2 ade yang nak ajak g dengar ceramah.. Huhuhu.. Kecewa.. Tunggu2, xde.. Tapi, kepenatan menunggu berbaloi.. Wan Ika mesej ajak g ceramah bertajuk 'Pemergian yang dirindui..' Ceramah disampaikan oleh Ustazah Halijah Abdan.. Masih muda dan manis orgnye.. =) Alhamdulillah.. Syukur.. Dapat gak g dengar ceramah.. Hehehe.. Tiba2 rasa nak cubit diri sendiri.. Hati berkata2; Ape daa.. Nak tunggu org ajak baru nak pergi.. Huhuhu.. Maaf.. Saya masih lemah imannya.. =(
Mungkin juga kita terlupa siapakah nama ayah dan ibu baginda.. Nama ayah baginda adalah Abdullah Bin Abdul Mutalib, manakala nama ibu baginda pula ialah Aminah Binti Abdul Wahab.. Ingat ye.. *hafal2*
Pemergian siapa yang kita rindui? Sudah semestinya tidak laen dan tidak bukan adalah junjungan kita Rasulullah s.a.w. Baginda sangat2 mencintai kita sehingga di akhir kehidupan baginda pun baginda menyebut2 umatnya.. Ummati.. Ummati.. Ummati.. (Umatku..)
Jika direnung semula kisah2 kehidupan nabi, banyak perkara yang boleh diambil iktibar dan pengajaran dalam mengharungi kehidupan.. Antaranya ialah bagaimana cara Rasulullah s.a.w tawar-menawar, bergurau senda, kemurahan hati Baginda, keadilan dan pengorbanan Baginda dalam menegakkan Islam..
Jika Rasulullah mencintai umatnya dengan memberikan syafaat di akhirat nnti, bagaimana pula kita melahirkan rasa cinta kita pada Baginda? Antaranya ialah dengan mengikut sunnah Nabi, berselawat ke atas Nabi, mempertahankan sunnah/hadis Nabi, serta menyayangi ulamak yang mengikut dan mempertahankan sunnah/hadis Nabi.. Sentiasa memasang niat dan berdoa agar satu hari nnti dapat berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. Salah satunya ialah dengan dapat menziarahi pusara Baginda.. Rasulullah bersabda: 'Barangsiapa yang menziarahiku selepas kewafatanku, samalah dia seperti menziarahiku sewaktu hayatku'[maaf, x diberitahu Hadis Riwayat siapa.. siapa tahu gtau ok?] Perbanyakkanlah berselawat kerana dengan selawat itu dapat membantu memberatkan timbangan kebaikan di akhirat kelak.. InsyaAllah.. Betapa sungguh2 Rasulullah mencintai umatnya sehingga sanggup membantu kita di akhirat nnti.. Kita bagaimana pula?
Tuesday, March 18, 2008
Kasar Bangatkah Aku??
Dah lama sangat tak belajar kete, selepas ~5/6 bln tinggalkan, aku belajar balik.. Hari pertama blaja, macam aku tulis kat entry lepas, cikgu nie terus suruh aku bawak.. Dia cakap nak tengok skil aku.. Ceh! Memang aku sangat berskil ari tue.. Skil mati enjin!! Muahahaha.. Ade ke patut! Tak patut kan? Kan? Kan? Hehehehe.. Tapi layan je la cikgu tue.. Aku dah gtau aku dah lama tak blaja kete, konfem lupe.. Tak ingat.. Tetap nak suruh aku bawak jugak.. Haa.. Amek ko! Asek mati enjin.. Hehehehe.. =P
Normal la (bg aku la kot! =P), dah lama tak belajar bile nak berhentikan kereta tue, ade la sket kejutan.. Terenjut2 laa.. Hehehe.. Pastue, cikgu nie selambe je sound aku.. Cube brek tue ROMANTIK sket.. Hello!! Ingat nie pilem ke nak brek romantik2.. Hehehe.. Tapi aku layan je.. Cikgu kan.. Aku pun cube le brek seromantik yang mungkin.. Dia pun puji.. Haa.. Brek camnie la bagus.. Kan romantik! Hampeh.. Kasar bangatkah aku sehingga brek pun tak romantik? Ontah la Labu.. Dah la suke nyanyi2 lagu rock dalam kete.. Tensen den.. Camne aku nak concentrate wat brek romantik? Camne tue? Gtau sket? Ngeh3.. Ceh! Aku yang hampeh, salahkan org plak.. Mekaseh cikgu!! Skg saya dah tau camne nak brek romantik.. *kerut2*
Ari berikutnya, cikgu yang laen plak ajar.. Cikgu Faizal.. Bagus cikgu nie.. Alert dia.. Dia tgk jadual belajar kete aku, pastue dia tanye aku ingat lg ke ape yang aku blajar dulu? Sebab dah lama berhenti.. Aku yang hampeh nie pun cakap, saya tak ingat la cikgu.. Maaf.. Dah lama tinggalkan.. Dia pun kata, xpe.. Ok.. Back to basic.. =) Dan ari tue, aku belajar parking dan bukit.. Mula2 wat bukit dulu.. Pastue, cikgu tgk aku dah okey, terus dia ajar parking.. Disebabkan aku tak dapat berfikir logik camne skil mem'parking'kan kete, masa cikgu tue ajar aku cakap; cikgu, saya tak ingatlaa dan tak dapat fikir logik secara spontan camne nak parking nie.. Ley tak saya tulis kat kertas skil mem'parking' nie? Cikgu tue gelak.. Dia suruh aku hafal jugak! Tapi aku tak hafal pun.. Aku nak jugak tulih.. Dia maleh nak layan aku yang hampeh nie, Dia terus cakap; Haa, amek kertas saya nie.. Hafal.. Tampal kat pintu.. Jangan tido ari nie.. Hafal sampai dapat.. Hahahaha.. Mekaseh cikgu.. Kalu tak mintak, sure tak dapat kan? Kan? Kan? =P
Cikgu nie plak tegur aku pasal cara tukar gear.. Dia suruh aku lembut2 sket masa tukar gear.. Bukannye mcm nak berkarate.. Muahahahaha.. Hello!! Kasar bangatkah aku sehingga nak tukar gear nampak macam karate..?? Dan aku cube berlembut dengan Encik Gear.. Maaf Encik Gear, saya berkasar dengan kamu.. Memang saya begitu orgnya.. Maaf ye... Dan skg, kdg2 aku terkasar jugak dgn Encik Gear.. Ape nak wat.. *karate diri sendiri*
Petangnye plak, pada ari yang sama.. Cikgu yang pertama kali ajar aku dulu, kembali mengajar semula.. Im Very2 Hepi =) Cikgu nie cool.. Maybe sebab dah berusia.. Maleh nak marah2.. Cikgu Hussin namanya.. Ajar satu2, walaupun dia ajar berlandaskan exam oriented, tapi mmg tue yg kita nak kan? Nak lulus ujian memandu nnti.. Betul tak? Mekaseh cikgu.. Walaupun cikgu nampak penat bangat petang tue, tapi dia sabar je ajar aku.. Masa bawak kete untuk cuba2 test jalan raya, dia suruh berhenti kat kedai makan sekejap.. Cian dia, tak makan lagi.. Dia tapau makanan.. Dah abes je kat jalan raya, terus balik ke tempat awal untuk cube parking ngan bukit plak.. Masa tue aku cakap kat cikgu; Cikgu, pergi la makan dulu.. Biar saya wat bukit ngan parking dulu.. Cikgu senyum je.. Pastue cakap; Awak nak makan sekali tak? Kalu nak, meh cikgu suapkan.. Aku kerut2.. Wat2 lumpy (lumbat pick-up) dan lempong (lembab tangkap, otak kosong).. Cikgu keluar je kete, aku terus Vrooom3.. Ngeh3..
Cikgu nie plak tegur aku atas sebab menjadi pemandu merbahaya terutama di kawasan simpang.. Maafkan saya cikgu.. Mungkin saya sdg berangan2 menjadi pemandu2 handal dalam cerita Fast And Furious atau Impak Maksima (xtgk pun).. Pasnie, saya janji, masa test saya akan berhati2 masa dekat simpang dan kat kawasan sekolah plak saya akan bawak 30km/j.. (Krn pada kebiasaannya aku hanya bawa 40km/j.. Ngeh3.. Aloo.. Sket je beza.. Tak ley diskaun ke? Huhuhuhu..)Okey? Hehehe..
Walaupun aku tak konfiden sgt nak test ari nie (Selasa, 18hb March 2008) tapi aku redah je la sebab Kak Iza(dr Pusat Latihan Memandu) dah lama cakap nak target aku test 18hb walaupun aku tempah nak 25hb.. Dia nak abeskan aku cepat2 atas sebab2 yg aku tak tahu.. Doa dan doa dan doa dan doa dan doa.. Banyak aku berdoa.. Mintak kat Tuhan, biar aku tenang sket masa test.. Tak gelabah.. Doa dan doa dan doa dan doa dan doa.. Mintak kat Tuhan biar aku ada rasa sket konfiden nak bawak kete masa test, walaupun sebenarnye aku rasa cam nak tambah masa belajar je.. Ape nak wat? Test telah ditempah.. Kalu aku cancel, Rm40 sure terbang.. Aku kedekut orgnye.. Doa dan doa dan doa dan doa dan doa lagi.. Agar segala urusan dipermudahkan Tuhan.. Agar org JPJ tue lembut hatinya.. Bagi aku lulus.. Aku doa lg.. Aku tipon mak aku malam sebelum test, mintak mak aku doakan aku.. Biar walaupun jalan byk selekoh, tapi biarlah aku bawak dgn mudahnya mcm jalan tue lurus.. Walaupun byk lori lalu, doalah Ibu, biar kurang sket kenderaan masa ari test nnti.. Lagi sekali, doa dan doa dan doa dan doa.. Mintak jugak tips2 dari kawan2 aku yg dah lulus.. Nafisah and Irina.. Kunci kejayaan mereka: tenang! Mekaseh korg! =)
Bermulalah test.. Argh.. Aku skema ari nie.. Betulkan tempat duduk, cermin, bla.. bla.. bla.. Hehehe.. Kete pun jalan.. Sampai atas bukit, sebelum nak keluar jalan raya.. Perkara buruk berlaku. Tempat yang aku tak pernah mati enjin, aku mati enjin.. Terkejut den.. Bertasbih aku.. Huhuhuhu.. Lulus kah aku? Atau sebaliknya..? Belum masuk jalan raya dah mati enjin.. Hmm.. Tapi, aku cube bertenang.. Tertunggu2 jugak, ble akak JPJ nie nak cakap; Okeh, tukar tempat duduk, awak ****! Argh.. Aku tak mau dengar.. Aku free gear, hidupkan enjin balik, masuk gear satu, jalan cam biasa.. Huhuhuhu.. Org selalu cakap, jgn sesekali mati enjin masa test jalan raya.. Nnti terus ****.. Tapi, akak JPJ nie tak cakap ape2 pun.. Aku pun meneruskan ujian ku..
Disebabkan aku pernah ditegur sebagai pemandu merbahaya, jadi masa test aku jadi teramat berhati2 teruamanya masa keluar simpang.. Terlampau berhati2 pun hampeh jugak.. Lalu akak JPJ nie pun berkata; Adik, ape yg ko tunggu lg nie? Hehehehe.. Aku cakap; Maaf kak.. Dan terus Vroooom3..
Selesai ujian jalan raya, terus g ujian bukit ngan parking.. Bukit terpaksa buat 2 kali.. Padan muka aku! Konfiden sgt.. Rupa2nya tarik handbrek tak abes.. Terundur kete aku.. Huhuhu.. Tapi, kali kedua, berjalan lancar.. Syukur.. Parking, Alhamdulillah.. Lancar.. Berkat nota yang cikgu Faizal bg dalam keterpaksaan dan ketertawaan.. Ngeh3..
Keputusan: Alhamdulillah!! Aku LULUS!! Tak percaya aku, nak2 lg ujian jalan raya tue.. Semuanya atas kehendak Allah jugak.. Alhamdulillah.. Syukur sgt2.. Allah jugak yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia.. Nak bg lulus ke tak mau? Nak bg lulus ke tak mau? Luluskan aje laa.. Maka, luluslah aku.. Hehehe.. Alhamdulillah.. Hepi =) Kalu kita tak mintak kat Tuhan, camne nak dapat? Kan? Kan? Kan? He knows the best! And the best for me is Lulus.. Ayah, bley la Along bawak kete ayah pasnie.. Hehehe.. =) Bile plak aku nak amek test motor nie? Maleh betul.. Dah la makin bz.. Huhuhuhu.. Terpaksa curi masa lg nampaknye.. Hmm.. Ape nak wat.. Inilah kesan akibat suka menangguh.. Huhuhuhu.. Dont try this at home, k!
Sekian sahaja rancangan realiti 'Kasar Bangatkah Aku?'.. Persoalannya; Kasar bangatkah aku?
Ontah la Labu..
Saturday, March 15, 2008
Doakan Guru..
Aku: Assalamualaikum bu.. Along nie.. Ibu sihat?
Ibu : Alhamdulillah, sihat.. Along sihat?
Aku: Alhamdulillah, sihat jugak.. Yang laen2? Ayah, Adi ngan Alang camne?
Ibu : Diorg sume sihat..
Aku: Bagus laa.. Ibu, nak bgtau.. Esok Along pergi Melaka.. Ada lawatan kat loji air..
Ibu : Owh.. Jalan baek2 nnti.. Jaga diri..
Aku: InsyaAllah..
(dalam hati, aku lega dah bgtau kat ibu aku.. mn tau kot2 ada ape2 terjadi.. Tapi Alhamdulillah.. Aku masih di sini.. Menghadap laptop, tulis post untuk blog..)
Ibu : Along, Hakimin anak Mak Ngah dapat sekian-sekian dalam SPM ari tue..
Aku: Owh.. Apa subjek yg dapat gred sekian? Dan apa plak subjek yang dapat gred sekian?
Ibu : Ntah.. Dia pun tak tau.. Result dia pun kawan dia yang gtau.. Dia tak pergi amek lg.. Tapi
dia amek subjek agama Long.. Xde subjek sains..
Aku: Owh.. Along pun tak tau nak bg cadangan kat dia amek kos ape.. Along tak tau sangat kos2
yg laen2 nie.. Maybe dia boleh tanye Abang Lang.. Mintak nasehat Abg Lang untuk
sambung kos ape lepas nie..
Ibu : Aah, betul tue.. Haa.. Baca surat khabar tak pasal dak2 SPM kali nie?
Aku: Err.. Tak.. Hehehe..
Ibu : Isy... Mana ley camtue.. Kena ikut perkembangan semasa..
Aku: Ngeh3.. TV xde.. Fulus nak beli surat khabar pun xde.. Lupe nak bukak online newspaper
ari tue.. Hehehe.. Nape bu?
Ibu : Budak skg nie makin lama makin pandai.. SPM kali ini, paling tinggi bdk lelaki Melayu
dapat 20A1 dan 1A2.. Yang kedua, dak Cina lelaki jugak, dapat 16A(aku tak
ingat..)..
Aku: Wah.. Banyaknye budak tue dapat.. Tak poning ko? Musim kebangkitan lelaki
nampaknye..
Ibu : Tua la.. Dia amek sume subjek agama ngan sains..
Aku: Wow! Pakej lengkap.. Hehehe..(ketawa ada unsur kemiangan..=P)
Ibu : Bila wartawan temuduga dia tanya apa secret recipe dia capai kecemerlangan,
dak laki tue cakap: solat jangan tinggal, banyakkan puasa sunat dll..
Aku: Bla.. Bla.. Bla..
Ibu : Bla.. Bla.. Bla..
Aku: Bla.. Bla.. Bla..
>>End of dialog seession<<
Dialog berterusan dan aku hanya amek yg penting je.. Kalu tulis sume krg, boring plak den baco nnti.. Hehehe..
Berkenaan dengan izin.. Aku jarang kalu g mana2 tempat mintak izin mak aku.. Kecuali kalu g jauh2.. Kalu g pasar malam ke, kedai ke.. Aku tak gtau.. Aku tak tau la sama ada wajib gtau mak ayah setiap kali keluar atau tak wajib.. Siapa yg tahu, tolong aku...? Sebab, bg perempuan, bile dia dah kawen nnti setiap pergerakan dia kena gtau suami dia.. Kalu tak dapat izin, berdosa.. Kalu lum kawen, peranan tue mak ayah yg maenkan.. Rite? Kalu salah, betulkan aku.. Aku tak tahu.. Jadi, disebabkan nak pergi jauh, Melaka (jauh ke?), aku mintak izin gtau mak ayah aku.. Mereka mmg izinkan punye.. Hehehe.. dan perjalanan Alhamdulillah.. Selamat pergi dan selamat pulang.. Skg nie, aku masih lg tertanya2, siapalah ehem2 tue? =) Serah segalanya pada Yang Esa..
Berkenaan dengan budak yang terer SPM tue.. Alhamdulillah.. Bagus adek nie.. Larat ek ko blaja byk2? Akak yg sembilan subjek tue pun tak larat.. Inikan 21.. Pergh.. akak memang tabik hormat kat ko la.. =) Tapi, dia memang berhak dapat tue berdasarkan usaha2 dia selama ini.. dia bukan je rajin, tapi ada hubungan baek dengan Allah dan juga hubungan baek dengan manusia.. Penting tue.. Usaha semata2 tidak memadai.. Perlu ada doa yang mengiringi.. Doa semata2 itu rugi, kerana Allah suka org yg berusaha dan berakhlak tinggi.. Kalu nak compare kehidupan dak tue dgn aku, punyelah jahilnya aku.. Selalu tertipu dengan nafsu.. Budak tue rajin solat dan tak tinggal solat.. Aku plak rajin solat akhir waktu dan memang ada kena tggl solat ble dapat MC.. Arghh.. Budak tue rajin pose sunat.. Aku? Puasa ganti pun tak stat lg.. Argh.. Beza sungguh!! =(
Hati makin keras dan hitam.. Ustazah aku kata,kalu dalam masa 3 hari tak dengar ceramah agama, hati akan ada satu titik hitam.. Skg dah msk thn ke-3 kat sini, brp sgt la ceramah agama yg aku pergi.. Bukan 3 hari sekali, tapi mungkin hanya 3tahun sekali je.. Argh.. =(
Ustazah jugak kata, hati akan semakin keras dan hitam kalu jarang baca Quran.. Ble dah msk Universiti, aku bajet bz.. Baca Quran hanya lepas tiap2 Maghrib je.. Kdg2 lebih teruk, tak baca langsung.. Kalu dulu, setiap kali lepas solat akan baca.. Walaupun 2/3 ayat.. Dulu aku istiqamah, sekarang tak.. Ape nak jd? Aku terlupa, Allah suka pada amalan baek yg dibuat berterusan walaupun sedikit.. Huhuhuhu.. Hati aku makin hitam.. =(
Cuci mata pun menghitamkan hati.. Pandangan tak dijaga.. Mata meliar2 memandang makhluk manusia yang berlainan jenis.. Konon2 nak cr pasangan hidup.. Tapi sebenarnya dah tertipu dengan syaitan.. Terlampau ikut nafsu.. Mata meliar.. Owh.. Bknkah Allah menyuruh kita menjaga pandangan? Tapi, kenapa mata tetap meliar? Nafsu owh nafsu.. Ikut nafsu, hati lesu..
Hati jadi hitam, keras cam batu.. =( Sebab tue, ble blaja ssh nak tgkap... Kan?
Tiba2 aku rindukan cikgu2 aku.. Tiba2 aku rindukan Ustazah aku.. Mereka semua sungguh baek terhadap aku dan kawan2 aku.. Mencurahkan ilmu, agar satu hari nnti kita jadi org yg mulia.. Taraf kehidupan lebih tinggi dari ibu bapa.. Pelbagai motivasi mereka berikan untuk naekkan semangat.. Dan akhirnya, aku di sini.. Menimba lg ilmu dgn harapan dapat meningkatkan taraf kehidupan kepada yg lebih baek satu hari nnti.. InsyaAllah..
Dulu doa aku hanya tertumpah buat aku dan keluargaku.. Mendengar satu ceramah tidak lama dahulu, rupa2nya kita kena doakan guru2 dan umat Islam yg laen jugak.. Mula2 aku hanya berdoa dan tak pasti kenapa perlu tambahkan guru dan umat Islam yg laen dalam doa aku.. Tapi aku hanya mengikut.. Doakan sahaja.. Tak rugi.. Tak keluar duit pun.. Xpayah isi minyak dan bayar duit tol pun bile berdoa.. Dan aku doa..
Tapi skg, matlamat semakin jelas.. Kita sentiasa membangga-banggakan pelajar ttg keputusan cemerlang yg mereka perolehi.. Tapi kita lupe membangga-banggakan cikgu2 ttg usaha mereka yg mereka beri.. Pelajar itu cemerlang, kerana cikgu juga cemerlang.. dan terima kasih cikgu! Tiada dapat ku membalas jasamu melaenkan doaku buat bekalanmu di akhirat kelak.. Insyaallah.. Amiin.. =)
P/s: Cerita nie ditulis bersempena hari pertama blaja memandu setelah lebih kurang 5 bln tgglkannya.. Mana aku ingat nak tekan ape dulu? Tiba2 dah suruh bawak.. Argh.. Aku rindu cikgu lama.. Yang ajar satu2 macam aku budak darjah satu.. Tak kesah! I Like!! Bkn niat nak membandingkan.. Tapi nak gtau, cikgu yg ajar satu2 tue la yg sekali je dia ajar aku dah bley faham.. Cikgu yang cemerlang! Dapat tangkap, yang aku adalah agak lembab.. Hahaha.. Cikgu!!
Friday, March 14, 2008
Pagi Yang Gelap..
Kerana itu saya suka bilik saya.. Dan perlu diingatkan bahawa saya mengagumi ciptaan Tuhan yang indah ini bersendirian.. Tidak bersama siapa2 terutama lg dgn yg berlainan jantina.. Kerana khuatir, suatu hari keluar paper terbuat maksiat sebab rasa romantik.. Argh.. Ape punye alasan.. Salahkan matahari terbenam plak.. Cian matahari.. Macam bulan jugak.. Berasmaradana di bawah bulan purnama, sambil menyatakan kata2 yg indah; bulan menjadi saksi ikatan cinta kita yg tak sah, bla.. bla.. bla.. Cian bulan.. Menangis dia ketakutan kerana terpaksa menjadi saksi perbuatan maksiat manusia.. Huhuhuhu..
Mane gambar matahari naek? Maaf, saya seorg yang seringkali subuhnya adalah subuh gajah.. Tidak dapat menikmati kecantikan matahari di waktu pagi akibat bergegas ingin menunaikan solat sebelum abes waktu.. Saya jahil.. Maafkan saya.. Tapi pagi ini, Alhamdulillah.. Dapat tgk, tapi xsempat amek gambar kerana bergegas pula ke fakulti untuk ikut lawatan ke Melaka.. Dan, pemandangan waktu matahari naek juga cantek.. Subhanallah.. Sume ciptaanNya indah2 belaka.. =)
Syarikat Air Melaka
Dah lame tak pergi Melaka.. Windu.. Masa tgh waktu refreshment, tiba2 ade sorg makcik yg jaga makanan dtg kat kitorg dan cakap: 'Hei budak! Kalu nak tambah lagi, amek laa..' Dan reaksi saya? Tergelak.. Mereka sedikit kasar tapi mesra.. Saya dibesarkan di Melaka.. Saya juga begitu orgnye.. Dan saya jawab balik kat mak cik tue: 'Hei mak cik! Terima kasih ye!'.. Tapi tue cakap dalam hati je laa.. Hehehehe..
Saya nak modify lagu pagi yg gelap bersempena pemandangan2 yg terdapat di bilik saya, kerana saya bakal merindui bilik ini.. Sila menyanyi bersama2 ye! =) Korus sahaja.. Sila nyanyi dalam hati jika anda yakin suara anda sesedap saya.. =P
Dari: Hujan Band
Waktu hujan di kolej saya..
Pagi yang gelap...
Gelap ke mendung nie?
Kini sudah terang..
Aku adekmu..
My adek dengan kucing KATInya (Kucing Asing Tanpa Izin)
Dan engkau abang.. ( In this case--> akak)
Ku amat merindui kamu...
Sekian kemerepekan saya pada kali ini.. Sekian, terima kasih =)
P/s: Apsal aku guna saya nie? Buang tebiat sket malam nie.. Hehehe.. Ape pun, aku akan merindui bilik nie.. Sebab next sem Burhan kena renovate.. Harapan nak dapat dok sini agak tipis.. Kalu dapat stay sini lg, Alhamdulillah.. Kalu tak, aku nak jd parasit.. Hehehehe..
Wednesday, March 12, 2008
Release Tensen.. =)
Watch this..
It's fun =)
1) Don't Judge Too Quickly..
http://www.slide.com/r/7350H_5a4z9aJSfIVR749vExf3CVLnbK
2) Telur2 tu..? dah..? dah..? Do not trust the subtitle.. =P
http://www.youtube.com/watch?v=eDJxgdCWzK8
3) Great Romantic Melody, But Bad Lyric! Huh!! Again : Do not trust the subtitle.. =P
http://www.youtube.com/watch?v=Mfs4vNasQA4
Release tensen sebentar bersama video2 yg tak berapa segar sempena 'Minggu Asainmen dan Hari Nak Dekat Exam Sedunia'..
Hope you guys enjoy =)
Tuesday, March 11, 2008
Keep Ur Fren Close, Keep Ur Enemy Closer
Kawan.. Mereka ini adalah org2 yang sentiasa ada di sekeliling kita.. Jika kita adalah seorg yang dirahmati, kita akan mendapat seorg kawan yang akan sentiasa bersama kita dalam keadaan susah dan senang.. Apabila kita telah berjumpa dengan kawan seperti ini, janganlah dilepaskan.. Kerana kebarangkalian untuk berjumpa dengan pengganti, adalah sukar sama sekali.. Tetapi, mungkin juga ada antaranya adalah kawan yang yang hanya berkawan untuk mendapatkan sesuatu.. 'Frens with Benefit..', itu plak adalah dialog yang terdapat dalam siries one tree hill.. [Hehehe.. Kerja aku adalah pencuri dialog pada hari ini.. Harap maklum.. =P] Kawan jenis ini, akan menghilangkan diri tatkala kita menghadapi kesukaran, tetapi akan tiba2 muncul 'toinggg' bila kita dalam kesenangan,kemahsyuran, dan apa2 lg 'ke' yang membuatkan kite glamer dan hidup senang..
Siapa plak musuh? Musuh plak adalah org yang sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan kita.. Sentiasa mencari kelemahan kita.. Sentiasa ingin bersaing dengan kita, tidak kira apa jenis persaingan.. Kalu kita terjumpa dengan musuh yang berbudi bahasa, mungkin persaingan adalah dari sudut yang sihat.. Bagitu jugak sebaliknya.. Apa yang pasti, musuh yang paling bahaya adalah musuh dalam selimut.. Diluar seperti kawan, tetapi didalam sebenarnye penuh dengan hasad donkey, dan berusaha menjatuhkan kita secara senyap2.. Berdoalah kita agar tidak bertemu atau tertemu dengan kawan seperti ini.. Tetapi yang paling utama, berdoalah kita agar tidak menjadi kawan seperti itu.. Nauzubillahiminzalik..
Kenapa la ketua mafia tue cakap macam tue? Kalu nak tahu kisah selanjutnya, jgn lupe tonton Prison Break.. Hehehe.. Ini adalah pendapat, dan sekadar pendapat.. Walaubagaimana banyak pun kebaikan kawan, dan bagaimana buruk pun kelemahan musuh; harus kita ingat bahawa setiap antara mereka perlu kita beri layanan yang baek.. Kerana ape? Kerana mereka juga adalah makhluk Allah yang perlu kita hormati..
Musuh - mereka nie 24/7 akan sentiasa tunjuk kelemahan kita.. Bagusla.. Sebab tue kite kena keep our enemy closer.. Maksudnya, daripada musuh la kita tahu akan kesilapan dan kelemahan kita kerana mereka2 nie secara terang2an menyatakannya.. arghh.. Memang tensen.. Tapi cube tgk dari sudut positif.. Dari situ la, mungkin kita akan mula muhasabah diri.. Dan mula berubah pada perkara2 yang lebih baek.. Bestnya kalu kita dapat tukar si musuh nie menjadi sahabat.. Tak gitu? =)
Kawan - mereka sukar untuk memberitahu kelemahan kita.. Takut kira2 putus hubungan silaturrahim yang selama ini terjalin antara mereka.. Itu adalah sifat yang baek wahai kawan.. Kerana aku tahu, engkau sedang cuba menjga hati sahabatmu.. Tapi, tahukah engkau wahai kawan, bahawa adalah lebih baek jika engkau menegur kesalahan itu, kerana itu menunjukkan bahawa yang kau sangat cintakan dan sayangkan dan kasihkan sahabatmu.. Jesteru itu, kau tidak mahu melihat dia terus-menerus melakukan kesilapan.. Bukankah begitu? Lantas, satu lg persoalan diajukan.. Hmm.. Bagaimana harus menegur kesilapan itu dengan cara yang paling berhemah, dan pada masa yang sama si yang kena tegur dapat menerimanya, dan pada masa yang sama persahabatan terus mekar, dan seterusnya bersahabatlah kita hingga akhir hayat.. Insyaallah.. Ini hanyalah pendapat.. Aku pernah menghadapi situasi itu.. Setiap antara kita pun pernah menghadapinya.. No doubt.. Cuma mungkin cara kita menyelesaikannya adalah berbeza..
Antaranya ialah:
Melaser dengan julat adalah diantara paling minimum sehingga ke tahap paling maksimum.. Urghh.. Tak pasti sama ada cara ini berjaya atau tidak.. Mungkin sesuai digunakan bagi mereka yang psiko, di mana mereka perlu dinasihati secara reverse psikologi.. Kuang3.. Risiko : bakal berjumpa dia ampaian untuk bergaduh bertumbuk.. Huahuahua..
Menasihat dengan cara melawak.. Indirect.. Urghh.. Cara ini pun tidak diketahui sama ada berkesan atau tidak.. Takut2 yang ingin diberi nasihat tidak mengerti.. Nasihatkah ini atau ko ingin menghiburkan hati? Kuang3.. Tapi, ini adalah cara yang ok untuk digunakan sebab dalam lawak2 pun, nasihat dapat disampaikan.. Itupun kalu org yang nak ditujukan nasihat tue paham.. Xdela perasaan kecik2 ati, perasaan diaibkan, atau macam2 perasaan negatif timbul jika menggunakan cara nie.. Maybe.. Insyaallah..
Selain itu, menasehat dengan cara memerli.. Hmm.. Ragu2 dengan keberkesanan cara ini.. Laen org yang ingin ditegur, laen org plak yang terasa.. sesuai untuk mereka yang sensitif tapi kurang sesuai untuk mereka yang menamalkan sikap wat 'dek' jaa.. Perli camne pun, dia tetap wat dek.. Tak paham2.. Hehehe.. [akukah si 'dek' itu? Ontah la Labu..]
Tapi, cara yang paling berkesan sekali adalah sebelum tegur seseorg tue buat solat sunat dulu.. Mintak petunjuk Tuhan.. Wahai Tuhan, perlu ke aku tegur mamat/minah nie.. Aku konpius.. Tolongla aku Tuhan.. Aku takut, kalu aku tegur putus sahabat, kalu aku tak tegur aku masuk neraka.. Aku tak mau masuk neraka.. Aku takut.. Sob.. Sob..'
Nak wat solat sunat ape? Mungkin bley wat solat sunat Istikharah dulu.. InsyaAllah, akan datang suatu kekuatan pada diri selepas melakukannya.. InsyaAllah, akan datang satu petunjuk sama ada perlu terus lakukan atau tidak.. Dan jika dua2 perkara itu tidak hadir (kekuatan atau/dan petunjuk) maka teruskanlah apa yang dirasakan benar.. Kerana solat sunat istikharah nie bkn sahaja untuk mendapatkan petunjuk, tapi juga untuk mengelakkan musibah.. Elakkan musibah dari segi, contohnya kalu kita pilih nak tegur.. Dan kemudia kita tegur tentang kesilapan itu dengan cara paling berhemah.. Mungkin juga boleh mengaplikasikan kacukan cara2 seperti sebelum nie.. InsyaAllah, musibah seperti putus sahabat ke, masam2 muka ke tak berlaku.. Kerana ape? Kerana kita telah serahkan segala2nya pada Allah.. Allah bantu kita.. Jangan sekali2 buruk sangka pada Allah.. Sesungguhnya, si anak syaitan yang bernama Wathiin sedang menghasut kita.. Syuhh.. Syuh.. Maen jauh2.. Owh, anak syaitan tue tak mau maen jauh2.. Beristighfarlah kita.. Biar terbakar si anak syaitan itu.. Muahahahaha..
Itu la beruntungnya jadi org Islam.. Kita ada doa yang menjadi senjata dan kekuatan kita.. Tapi seringkali kita tidak menggunakan senjata itu.. Kita sombong.. Umpama di medan perang.. Bila diberikan dua pilihan: Berperang dengan senjata api atau guna kekuatan fizikal? Dan askar itu seorg yang sengal kalu dia pilih kekuatan fizikal.. Org bg senjata tak nak.. Sombong.. Huh.. Dan aku juga begitu.. Huhuhu.. Lepas sembahyang, kadang2 tak doa.. Terus lipat sejadah.. Buummm.. sambung tido.. Huhuhuhu.. Jahilnya aku.. Semoga Allah ampunkan dosa aku.. Semoga Allah ampunkan dosa kedua ibu bapaku.. Semoga Allah ampunkan dosa ahli keluargaku.. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.. Amiin..
P/s: Ade satu lagi yang boleh menyebabkan pergaduhan.. Tahukah kita semua, atau mungkin kita lupa bahawa sesungguhnya di setiap pintu rumah kita akan duduk seekor lagi anak syaitan bernama Daasim(sila rujuk post 9 Jenis Anak Syaitan).. Syaitan ini akan menghasut dan terus menghasut agar timbul pergaduhan, tak puas hati, ragu2 dan sebagainya pada setiap penghuni rumah tersebut sekiranya sebelum masuk rumah, kita tak bagi salam.. Mulalah, suami isteri bercakaran dan sudah pasti itu bukan cakar harimau.. Mulalah rumet gaduh ngan rumet pasal perkara kecik.. Urfff.. Sila bagi salam, even takde org pun.. Bukannya bermaksud kita gile bg salam kat rumah sendiri yang dah tentu2 xde org(if tinggal sensorang).. Tapi, sebab ada malaikat dalam rumah tue.. If, ade org dalam rumah, sila jawab salam ye.. Hukum bg salam sunat, tapi hukum jawab salam wajib.. Hehehehe..
Tambahan lg satu perkara, yang boleh menyebabkan pergaduhan berlaku antara sahabat.. ada 3 perkara.. aku tak ingat aku baca dari mana.. Tapi aku agak setuju dengan pendapat nie..
1) Berkenaan perbezaan agama
2) Berkenaan perbezaan bangsa
3) Berkenaan perbezaan politik
Fikir2kan lah..
Sunday, March 9, 2008
Mekaseh Kawan2.. =)
Happy Birthday To You..
Happy Birthday To Azira..
Happy Birthday To You..
Kejutan.. Sambutan hari lahir aku yang ke-** dibuat kat bilik Anem.. Ade kek, ade keropok, ade air bergas yg ble ktorg minum, ade 2 org stat pening.. Anem dan Dilla.. Hahaha.. Dan, kawan2 aku mmg nakal orgnyer.. Hehehe.. Actually, i do not like suprise.. But, when it comes to my birthday.. Yeah, I do.. I really appreciate it! Thanks sume.. Patt, Syafa, Anem, Wan Ika, Dilla, Iera and Abid.. Abid? Yeah, Abid.. Iera? Aah, Iera pun ade.. Xsangka diorg datang.. Ye la.. Kitorg laen2 kolej.. Nak2 lg Abid.. Dia sudi datang untuk sama2 join majlis terkejut nie.. Ngeh3.. Thanks once again.. I Lap U All sampai Kering Laa.. Hahaha..
Pandai Wan berlakon ek??! Nak mintak suruh aku betulkan printer Anem konon.. Mmg la aku slalu g pomen barang2 letrik Anem.. Laptop laa.. Printer laa.. Tapi malam tue, aku maleh.. Bukan.. Aku sedih sebenarnye.. Mula2 hepi, sbb byk ucapan selamat hari lahir datang.. Lepas satu, datang lg satu.. Dan aku tak berhenti-henti tersengih.. Tapi pastue, tersedih sket sebab someone ask me bout something yg aku tak suka.. Uwaa.. Tapi tak pe.. Aku dah maafkan ko.. Sebab? Sebab naseb baek ko tanye masa birthday aku.. Kalu ko tanye masa waktu laen.. siap la ko.. Jom g ampaian.. Kite gaduh.. Hehehe.. Dan untuk Wan Ika.. Org bukan nangis sebab kecik ati ngan Wan laa.. Dont wori, be hapi k.. =)
Wan pandai berlakon? Ye, bakat terpendam tue.. Hehehe.. Bile aku cakap maleh.. Tunggu esok2.. Dia kata urgent.. Pasal PBL.. Nak gune printer kononnya.. Pandai.. I Like.. Hahaha.. Aper2 pung.. Thanks pada kawan2 yg sudi kuar duit untuk sambut birthday aku.. Aku tau korg sume masing2 tgh xberapa nak berduit.. Tapi ttp jugak wat.. Aku gembira + terharu.. Sayang korg sume.. Dan air mata yang tertumpah malam nie ade dua sebab.. sebab yg pertama pasal soalan yg seorg makhluk Allah tanyakan.. dan aku tak suka.. Tak suka tak suka pun, aku jawab gak.. Huhuhu.. Apa daa.. Sebab yang kedua adalah sebab korg.. Ye, korg la.. Hehehe.. Terharu beb! I shy2 cat laa.. LoL..
Dan itu adalah suprise birthday party ble aku di UKM.. Akan menjadi kenangan manis yang terpahat dalam memori.. Aku takkan lupe.. InsyaAllah.. Hargailah setiap kenangan manis yang kita ada, kerana dengan itu akan membuatkan kite terus bersemangat untuk berjuang meneruskan kehidupan di pentas dunia ini.. Kenangan pahit pula dijadikan sebagai pengajaran untuk hari mendatang, dan jangan sekali2 diperam menjadi dendam.. Tak baek dendam2.. Tuhan tak suka.. [Tapi pelik, seringkali golongan Pisces nie dikaitkan dengan dendam.. Tapi bg aku.. Tiada dendam.. Cume ingatan yg kuat dan kadang2 rasa fobia terhadap peristiwa lalu menyebabkan aku berhati2 atau kadang2 terover berhati2 menempuh masa sekarang.. Dan itu bukan dendam, itu fobia @ trauma namanya.. Hehehe..]
Kat bawah nie adalah antara nama2 yang berjaya membuatkan aku tersengih2 malam tue.. Hehehe..
1) IBU dan AYAH - Mereka mempunyai menifesto yg ade agenda tersembunyi.. salah satunya adalah moga dapat pakwe hensem.. Ape? Eleh.. cakap je la nak menantu kacak.. Muahaha.. Baek.. Akan ku usahakan pencarian menantu yg kacak akhlak budinya wat kedua ibu bapaku.. Amacam? Ngeh3.. Cayang Ibu ngan Ayah.. Muahhhh!!!!! =) Err.. dan tiba2 aku rasa homesick..
2) Angah + Alang + Adi - Weh, mana korg nie.. hampeh tol adek2 aku nie.. Takkan lupe kot.. Xpe2.. Tunggu sampai kol 12 malam sok.. Kalu xde jugak.. Mmg nak kena korg nie.. Lupekah korg pada kakak korg yg segak nie? Huhuhuhu.. Xde laa..Actually, adek2 aku bg MMS.. Tapi disebabkan handset aku cap pisang, dan kalu nak tgk kena bkk kat tenet, jd aku lum bukak lg.. Hehehe.. Tenet UKM tgh tenat laa.. Nnti aku bukak.. Ngeh3.. =P
3) Patt - Wish birthday sekali harung dalam blog dia.. Sume untuk kengkawan dia yg dalam bulan March.. Termasuk laa aku.. Patt!! Thanks untuk hadiah tue.. Wangi laa.. I Like.. =)
4) Shima - My Ex-Rumet aku masa kat Keris Mas.. Terawal sehari wish birthday.. Aku ucap thanks n cakap: weh, ko terawal sehari laa.. dan dia kata.. Owh, reminder aku silap.. Hahaha.. xpe2.. Asalkan ko ingat.. Semoga persahabatan kita kekal ke akhir hayat.. InsyaAllah.. =) Xde jingsaw puzzle ke kali nie? =P
5) Fiza - Kawan sekolah rendah aku.. Org pertama yg wish tepat pada waktunya.. Dia still lg ingat birthday aku.. Huhuhu.. Dan aku bukan kawan yg baek kerana aku dah lupe ble birthday dia.. Xpe2, ley tgk kat Frenster.. Muahahaha.. Thanks my fren.. =)
6) Wan Ika, Syafa, Anem, Dilla, Abid, Iera - My Coursemate.. Dak2 nakal yg wat suprise tue (+ Patt).. Dan suara mereka bile menyanyi.. Urff.. Xsedap.. Hahaha.. =) Anem + Wan = Thanks untuk hadiah bedsheet tue.. Cantikk.. Egelan gitu.. Eh, silap.. Elegen gitu.. Hehehe..
7) Tikah - Kawan masa kat Talib Karim dan skg dia kat UTM.. Persahabatan kembali mekar dan berputik lepas g UTM untuk NACES (National Chemical Engineering Symposium).. Mekaceh ye.. Nak keropok lekor.. Ley? Hahaha.. I Like Keropok Lekor.. =)
8) Ina + Ping = My ex-rumet masa kat matrik.. Love u all.. =) Mane liza nie? Dia lupe ke? Huhuhuhu..
9) Azliza - My best fren in Terendak + UKM.. Wish dulu, hadiah kemudian.. Itu adalah menifesto beliau.. Undilah Azliza.. Hehehe.. Aku tak kisah pun.. Ada hadiah ke, xde ke.. Asal ko wish, aku dah rasa bahagia dah.. Hepi.. Berbunga2 jantung den.. Tue tandanya ko ingat kat aku.. Kan? Kan? Kan? Muahaha.. =) Eit, mane dak2 Terendak yg laen.. Syima? Uwaaa.. Sibuk pasal reunion sampai lupa kat aku kaa? Tak kisah laa.. Asalkan diorg tak lupe kat aku.. Dan asalkan Liza wish.. Muahahaha..
9) Fidzam - Tahun lepas mamat nie lambat wish.. Tahun nie dia termasuk dalam kategori org2 yg awal wish.. Congrate2.. Bangga gile dia dapat wish awal.. siap tulis: Tahun nie aku xlambat.. Ape daa.. Hahaha..
10) Irina - My Department-mate.. Rugi laa Irina tak join malam tue.. Kalu ade, mesti lg beshh!! Semoga persahabtan kite kekal hingga akhir hayat.. InsyaAllah.. =) Lap u.. Ngeh3..
Err.. Dan mesti ade antara korg yg akan terpikir.. 'Laa, sket nyer org wish aku..' Sikit? Tak bg aku.. Sebab nama2 nie la yg slalu wish aku secara konsistennye setiap tahun.. Terima kaseh kawan2 sebab ingat kat aku.. Dan seandainya tiba hari lahirmu, dan kamu tidak mendapat sebarang khabar ucapan dariku, maka ada dua perkara yg korg perlu lakukan:
Pertama : Bagi laa msg kat aku.. Gtau 'Weh, birthday aku ari nie..' Terus aku bg ucapan Selamat Hari Lahir pada korg.. Hehehe.. Biar aku gatu korg yg bahawasanya, ingatan aku tak berapa kuat untuk ingat tarikh.. Walaupun aku dah taruk kat reminder, tapi kadang2 sengal gak aku.. Terlupe nak wish atau anta mesej.. Padahal punye laa prepare 2/3 hari, nak wat ucapan ape kat korg.. Dan aku, mmg hampeh orgnyer..
Kedua : Seandainya korg dah lakukan perkara yg Pertama (Bg mesej kat aku..) tapi still xdapat reply ape2.. Mungkin waktu dan ketika itu, aku telah tiada.. Awal2 lg aku nak cakap.. Maafkan aku kawan seandainya aku pernah menyakiti korg.. Dan aku mintak maaf sgt2 dari dalam hati aku.. Aku wat ucapan siang2: Selamat Hari Lahir, Sahabatku.. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.. Aku telah tiada kat dunia nie.. Maka, hanya kenangan bersama sj yang dapat menggantikan aku.. Ingat yg manis2 je tau.. Doa2kan aku ye.. Aku takut nie.. Huhuhu...
Kawan2 aku mb tak ramai cam kawan2 korg.. Tapi, yg sket nie laa slalu membahagiakan aku dan tolong aku di waktu susah.. Alhamdulillah.. Sume itu kurniaan dari Allah Yang Maha Esa.. Say, Thank You Allah.. Thank You Allah.. Thank You Allah.. [sori Raihan.. aku curi lagu mu.. ngeh3..] Alhamdulillah..
Jika engkau mencintai bunga,
Sedarlah engkau bunga itu akan layu..
Jika engkau cintakan manusia,
Sedarlah suatu hari dia akan pergi..
Jika engkau mencintai harta,
Harta itu nanti kau akan tinggalkan..
Jika engkau cintakan ILLAHI,
Hanya Dia yang akan kekal abadi..
Cintailah ILLAHI..
Friday, March 7, 2008
9 Jenis Anak Syaitan
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin:
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan:
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf:
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada ditempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah:
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud:
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim:
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk kerumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri,isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan:
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudukdan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus:
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Wednesday, March 5, 2008
CTRL + C and CTRL + V (previous posts..)
Fiuh!!! Alhamdulillah.. Finally, mid-sem exam dah abes.. Tapi kena sambg studi jugak untuk final exam.. Uwaa.. Bile nak abeh belajo nie? Tapi, for dis week, nampaknye kena concentrate untuk 2 asainmen: Problem Base Learning (PBL) dengan pollution control.. Dah la asainmen pollution control nie cam PBL, tp kena wat individually.. Anta pada minggu yg sama plak tue.. Lg sekali.. Uwaaaaaaaaaaa...
Dan aku pelik... Nape banyak yg perlu dibuat, tapi aku masih lg mampu menulis kat sini? Hehehe.. Saje lepas tensen.. Nak mengelak kena barah.. Hehehe.. Alasan yg saja dibuat2.. Ceh! Nak tulih pasal ape ek ari nie? ntah la.. Hmm.. Jom maen teka-teki nak? Teka-teki nie boleh digunakan sbg modal untuk beramah mesra ngan ahli kelurga korg atau keluarga mertua korg nnti.. Hehehe.. Ready? GO!
1: Dalam banyak2 tempat, tempat mana yang kalu kite duduk dekat pun tetap jauh.. Jauh sgt.. Tempat ape ek?
Cepat teka! Masa dah nak abeh..
Tittt!!! Dah abeh dah masa.. Apela lambat..
Jawapannya adalah SOFA (so-far). Hehehe.. Kan jauh tue.. Dan untuk memberikan teka-teki nie, pastikan mereka tau istilah2 bahasa Inggeris yg digunakan bg mengelakkan anda dicop sebagai, nak wat lawak tp x jd.. Ngeh3..
2: Dalam sebuah hutan, ada macam2 haiwan.. Tapi pada suatu hari, ntah nape tiba2 sume haiwan nak jd ikan.. Burung nak jd ikan, gajah nak jd ikan, harimau nak jd ikan.. abeh tue, kalu sume nak jd ikan, ikan nak jd ape?
Cepat-cepat!
3
2
1
Titt!! abeh masa lg.. haih..
Jawapannya, ikan jadi BANYAK laa.. Hahahaha.. dan korg skg mesti tgh bengang ngan aku.. Hehehe.. Jgn.. Meh lg kite bermaen teka-teki.. Ready?
3: Dalam banyak2 huruf JAWI, huruf2 ape yg byk angin? Blurp!!
Cepat teka..
Cepat laa..
Weh, khatam tak blaja ngaji? Hehehe..
Tiittt! Masa dah tamat, sebab korg terganggu dgn gangguan2 aku tue.. Laen kali abaikan gangguan tue.. Fokus! Hehehe..
Jawapannya adalah huruf TA YA (tayar).. Depends on wat tayar laa u hv.. Semakin besar saiz tayar itu, semakin banyakla kandungan angin kus2 di dalamnya.. Hehehe.. NEXT!
4: Kalu kapal terbang, terbang dengan kuasa enjinnya; burung2 terbang dgn gunakan kepaknya; layang2 terbang bila terputus talinya; dan macam2 lg mende yg ley terbang kat dunia nie dengan caranya masing2; GAJAH terbang dengan ape plak ek?
Ape?
Gajah tak ley terbang?
Bleh la.. Cube pikir baek2..
Oit! Tgh pikir lg ke?
Pikir, jgn tak pikir..
Pikir lagi?
Isy2.. cukup.. aku takut didakwa bersalah kerana menyebabkan org byk berfikir... Hehehe..
Jawapannya adalah, mestilah gajah terbang dengan SUSAH PAYAHNYA.. Hehehe.. Gajah kan besau.. Berat plak tue.. Hahahaha..
>>End of Teka-teki session<<
Dan kalu korg ade teka-teki best, ley laa kongsi ek.. Aku banyak dah lupe r.. Ngeh3..
Actually, ingat nak tulih pasal fotogenik.. Tapi, later2 la eh.. lum dapat idea bernas lg.. K la.. Thanks sbb baca blog nie.. Have a nice day!! =)
43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki [15 Febuari 2008]
43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki. Oleh ImamKhalid 5 bacaan khusyuk
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al- Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
43 perkara tersebut ialah:
1. tidak sembahyang atau solat
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan
3. makan atas pinggan yang terbalik;
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri;
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan;
6. berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil;
7. suka bersandar pada pintu rumah;
8. suka duduk di atas tangga;
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan;
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung;
11. tidak membersihkan rumah;
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain;
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam;
14. suka tidur di atas muka;
15. membakar kulit bawang;
16. menjahit baju yang sedang dipakai;
17. mengelap muka dengan baju;
18. berdiri sambil bercekak pinggang;
19. tidur tidak memakai baju;
20. makan sebelum mandi hadas;
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh;
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit;
23. lambat pulang dari masjid;
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak;
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan;
26. suka memadam pelita dengan nafas;
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup;
28. membasuh kaki dengan tangan kanan;
29. membuang air kecil pada air yang mengalir;
30. memakai seluar sambil berdiri;
31. memakai serban sambil duduk;
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis;
33. makan dengan menggunakan dua jari;
34. berjalan di antara kambing;
35. berjalan di antara dua perempuan;
36. suka mempermainkan janggut;
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut;
38. meletakkan tapak tangan pada hidung;
39. suka menggigit kuku dengan mulut;
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan;
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil;
42. menguap ketika solat; dan
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Mudah mudahan kita semua dimurahkan rezeki, amin. Wallahu a’lam.
Im so tired, special request and pay it forward.. [13 Februari 2008]
Aku dah penat.. Sgt2 penat dgn karenah org yg suke amek kesempatan di atas sikap aku yg pura2 malas nak amek tahu walaupun aku tahu sebenarnya tapi wat2 tak tahu semata2 untuk mengelak pergaduhan..
Aku dah penat.. Sbb korg tahu aku akan wat tak kisah bile korg dah wat salah kat aku, dengan harapan akibat sikap aku tue korg akan berubah dan tak rasa terlampau bersalah bile dah wat jahat kat aku..
Aku dah penat.. Aku bukannya Aiman, seorg yg mempunyai pegangan hidup 'Aiman tak kisah' sepanjang zaman.. Aku Azira, bukan Aiman!
Aku dah penat.. Sehingga mula datang penyakit tekanan mental, sakit jiwa, gangguan saraf, hati gelisah, rasa hidup derita.. Dan aku berlindung dengan yang Esa agar penyakit nie tak bawa sampai bunuh diri akibat patah hati.. [sori Radja.. aku curi lagu kau!]
Aku selalu cakap kat diri aku, takpe org bg kite tahik.. kite terus bagi bunga kat diorg dengan ikhlas kerana Allah.. Sebab lambat laun, aku yakin dan percaya bahawa satu ari nanti aku akan dapat bunga tue balik, kalu bukan kat dunia kat akirat nnti.. [tahik monyet kat kolej Burhan busuk gler.. aku lupe, monyet takde akal.. nak suruh dia eet kat jamban pun bukannya dia paham.. kesian mak cik cleaner..]
Dan ye.. limpahan tahik2 yg aku terima buat aku penat nak bersihkannya setiap kali aku kena.. Penyakit hati mula datang.. setan dah berjaya membuat aku bersangka buruk.. tapi, kojap yo setan.. ko jgn ngado2 nak pogang trophy.. No way I'll let setan win.. May Allah bless us always..
Pakcik blogger kereta mayat tergerak hati tulis pasal special request dan pay it forward.. aku? tergerak hati nak buka n baca walaupun aku tgh sakit jiwa..
Dan kat bawah nie, aku just copy n paste ape yg dia tulis.. Aku maleh nak tulis lebih2 sbb skg emo menguasai diri.. aku takut aku akan tulis perkara2 yg aku akan kesal.. Pada Allah kita mohon perlindungan.. Bacala.. Dan renung2kan.. aku tak mintak korg sume jd baek shgga terlampau baek dan lurus bendul.. aku pun tak mintak korg jadi jahat sehingga jahat nyer korg umpama jalan yg bengkang-bengkok byk selekoh mcm jalan dari seremban ke kuala pilah.. Tak.. Cuma aku mintak, pikir ape yg terbaek.. Hidup di dunia kerana nak dapat yg terbaek di akhirat..
Aku cume nak ajak, jom sama2 kita bg bunga dan bukannya tahik.. Jgn korg rasa penat bg bunga biarpun org asek bg korg tahik, sbb masa tue setan tgh menjalankan tugas2 penghasutannya.. jgn tertipu.. jgn bagi setan pegang trophy.. jgn..
From kereta mayat:
i) bout special request
“Special Request” di tujukan kepada orang yang bernasib malang, atau orang yang kemalangan, atau orang yang menderita, dan yang semakna dengannya, manakala perubahan kepada dunia bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana anda memandang nasib malang dengan cara memurnikannya... Lalu timbul soalan...
Request daripada siapa?"Dari Allah...
"Sebab?"dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji”
Apa yang Allah request?"Sabar, redha, dan Sangka baik...
"Jika tidak?"Hidup akan menderita, sakit jiwa, ganguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri... Dan akhirnya kat akhirat pulak kena masuk Neraka...
"Apa yang Special?"Special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk di uji, bukan semua orang dapat..,
dan Special sebab bila kamu penuhi request ini hati akan tenang, hidup akan bahagia dan bila mati masuk shurga..
"Baiklah, senang cam gini:-'Special Request' bermaksud:-Janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji, Dan kerana itu Allah menguji kamu, kerana Allah sayang pada kamu, kerana kamu ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kamu dari azab api neraka yang panas membara dan beginilah caranya untuk masukkan kamu ke dalam shurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?
Jadi panjang sangat penerangan itu, aku guna istilah "special Request”Mungkin kerana itu para Sahabat dan ulamak rasa 'Special’ apabila di uji atau menderita kerana faham hakikat ini..Balik pada aku, ini hanyalah istilah yang tercetus selepas tengok Filem ”Pay it forward’, dengan membayangkan diri aku berumur 10 tahun, maka edia "special request” pula muncul sebagai tugasan untuk di bentangkan kat sekolah (Baca: 10 tahun-cover line he he he)Lagipun 'special request’ dalam hidup kami adalah belum sampai tahap yang menggoncangkan iman, kami bermohon daripada Allah akan perlindungan dari sebarang bala bencana.., tapi jika di takdirkan, itu adalah special request, apa lagi nak di kata? Allah knows best!
ii) bout pay it forward
Aku bukak TV 8, (siaran yang paling jarang aku bukak), dan tiba-tiba tengok satu pelokon kanak-kanak yang aku kenal, iaitu Haley Joel Osment yang pernah berlakon dalam The Sixth Sense, buat aku terus nak menonton..,Maaflah kerana aku memang dah ketinggalan zaman, kerana baru la ni aku tengok cerita ni dan teruja pula dengan teori yang di ketengahkan dalam filem ini.
Ceritanya bermula apabila seorang cikgu sekolah rendah lakonan.., hey! Aku kenal mamat ni, Kevin Spacey, berlakon sebagi Lex luthor yang jahat dalam filem Superman.Sambung balik, jadi cikgu sekolah ni telah bagi satu tugasan kepada budak budak dalam kelas dia supaya buat sesuatu yang boleh mengubah dunia.Maka hero cerita ni, iaitu seorang budak lelaki telah kenalkan satu konsep yang bakal mengubah dunia yang di kenali sebagai ”Pay it Forward”.
Maksud Pay it Forward adalah, apabila seseorang berbuat baik pada anda, maka sebagai balasan, jangan Pay it back, tapi Pay it Forward iaitu buat baik pula kepada tiga orang yang lain, dan tiga orang lain yang di buat baik itu, kena pulak buat baik kepada tiga orang lain dan begitulah seterusnya sehinggga dunia akan terus berubah!
>end of copy n paste<
P/S: Satu pengajaran yg aku dapat dr makcik cleaner kat Burhan nie.. Mereka tetap membersihkan kawasan2 yg dicemari tahik monyet setiap kali dan setiap hari kerana aku percaya mereka tahu itu mmg dah tugas dan tanggungjawab mereka sbg makcik cleaner kat kolej nie.. Terima kasih makcik.. Walaupun makcik2 sume bukan Islam, tapi makcik2 ajar saya erti tanggungjawab.. Ye! saya terlupe seketika tanggungjawab saya sebagai org Islam.. Redha dengan ketentuan dan ujian dari Allah.. Semoga Allah ampunkan dosaku.. Ampunkan dosaku Ya Allah.. Aku terlupa yg aku sdg menerima ujian dariNya.. Semoga aku dapat terus menjadi dan tergolong dalam golongan hamba2Nya yang sabar dan redha.. Ape yg membuatkan aku gembira adalah, aku merupakan antara org2 yg SPECIAL yang dipilih olehNya.. Alhamdulillah.. Korg?
Breast Cancer Wa('and' in Arabic Language) Open Dis Ganda Nakakatawa.. [27 Januari 2008]
Aku boring.. xtau nak watpe.. dah 2 minggu cari maklumat pasal asainmen.. xsiap2 jugak.. penat laa.. jd aku merehatkan diri dan menghilangkan kebosanan dengan menulis kat blog frenster nie.. hehehe.. sejak bila aku suka menulis nie? sejak aku belaja subjek kemahiran menulis (wajib universiti) laa.. Alhamdulillah.. Hehehe..
Aku nak citer pasal breast cancer.. sebab aku cam yakin ngan konfiden je xde dak laki akan baca blog aku nie.. tapi, kalu ade yg baca pun wat i care!ape aku peduli-bak kata adek aku.. hehehe.. kongsi ilmu la kan.. at least nnti golongan adam nie tau la jugak sket2 ttg breast cancer nie.. xde la nnti tercengang2 ble mak citer ke, akak citer ke, adek citer ke, aweks citer ke.. ke diorg lg expert? ntah.. hehehe..
aku pun tak tau sgt pasal breast cancer nie.. tp kanser nie sgt bahaya.. kalu lambat dikesan, ley hilang salah satu mahkota wanita n yg lebih teruk lg ley membawa maut.. Camne nak kenalpasti kalu korg ade breast cancer ke tak? salah satu cara adalah setiap kali lebih kurang seminggu lepas period, cuba cek breast korang (to those sensitif person, sori if dis sounds kasar.. huhuhu.. open sket ek?), if ade sebrg keganjilan or perubahan cthnye terasa cam ade ketulan ke, cepat2 cek jumpa doktor.. jgn jumpa aku plak.. aku gelakkan je nnti.. hehehe.. walaupun >80% ketulan pada payudara remaja/remaja dewasa bkn kanser, tapi kena berjaga2 jugak.. skg mcm2 ley jd.. one of my fren, sebaya umor ngan aku/kite, disahkan penghidap kanser payudara tahap pertama.. gulp!! takut kan.. laki pun tak ley tarik nafas lega.. sbb kanser nie pun ley menyerang lelaki jugak.. huhuhu..
byk sebab laen jugak.. antaranya keturunan.. penyakit nie genetik.. tp aku tak sure if sume org dlm famili akan kena or tak.. juz probability untuk kena penyakit nie tinggi.. kena tanye doktor or bakal doktor laa yg blaja mende nie.. aku bakal engineer (InsyaAllah..) yg sibuk nak tau tugas doktor.. takut salah info plak.. hehehe.. antara langkah berjaga2 (cam wat report rasanya..) untuk elak penyakit nie adalah:
1) Jgn guna bekas air mineral untuk isi air yg dimasak.. guna sekali sekala tak pe.. guna sepanjang idup, isy2.. nak kena ka? nak terangkan secara saintifik, camne ek? hmm, bekas air mineral tue mmg dicipta khas untuk air mineral.. nama mineral tue pun dah menggambarkan byknye mineral dalam air tue.. hehehe.. tp bile korg isi air masak/jerang/kosong/ape2 lg la yg korg slalu panggil, mb klorin yg ade dalam air tue akan melakukan tindakbalas kimia bersama2 dgn dinding botol mineral tue, maka lahirlah satu hasil tindak balas yg berbahaya kpd umat manusia dan ley mengundang kanser.. mende nie bkn terus kena, tp ley berlaku dalam jangka masa panjang.. ade paham? hehehe.. kalu korg nak isi air dalam tupperware air, cari bekas yg ade nombor dr 4/5(aku tak ingat) hingga 11.. nombor nie ley dapat kat bawah bekas air tue.. [err..pada sape2 yg baca dan lebih tau dari aku, pas2 korg rasa aku ada salah, aku mintak tolong sgt2 betulkan aku ye.. thanks!]
2) ibu muda yg tidak menyusukan anak.. haih, cian anak.. bg la susu ibu.. kan byk khasiat.. nie bg susu dalam botol.. susu dalam botol tue plak slalunya susu lembu.. nnti anak korg pun konpius.. mana satu mak aku nie? hehehe.. pasal breast feeding nie aku tak ingat sgt.. tp sebab sepatutnye setiap ibu kena menyusukan anak, jd ble tak wat, tue yg ade kemungkinan besar ley kena tue..
3) genetik/keturunan.. dah mention kat atas.. wpun keluarga jauh.. contohnya makcik korg ke yg kena, korg still kena berjaga2 sbb probability nak kena tue tetap ade..
4) stress.. waa.. kalu korg slalu stress pun ley kena.. so, jgn cepat stress k.. kalu stress sgt, wat la ape2 yg patut (yg dihalalkan Tuhan..) untuk hilangkan stress tue.. g blaja boxing ke.. g joging satu taman ke.. g maen basikal ke.. g jerit kuat2 kat gua ke.. g baca Quran ke.. g solat sunat ke.. g tulis blog ke.. g maen facebook ke.. (do add me kat azira0903@yahoo.com.. sempt promote plak.. hehehe..) wat ape2 je untuk kurangkan stress.. nak hilangkan terus stress mmg tak ley, tp masing2 ade cr sendiri untuk kurgkan stress kan? kan? kan? kalu tak kedek (kedekut..) meh la kongsi sm2 cr korg tue.. hehehe..
tue je setakat yg aku ingat & tahu.. kalu salah sila betulkan.. aku tak kecik ati pun kalu korg tegur.. lg aku suka.. tue tandanya korg prihatin.. hehehe.. i like! moga kita sama2 dapat kesan dan elak penyakit nie dr awal untuk elak perkara lbih buruk terjadi.. kite merancang, Allah menetukan.. wallahua'lam..
Next Hot Story:
Haa.. nie aku nak citer pasal open dis ganda nakakatawa plak.. wah! nak ketawa sungguh aku dengar bunyinya.. tp ble kena, ley nangis beb! hehehe.. mula2 aku ingat menda nie cam laman web MLM, sbb aku dapat through YM.. aku pun ignore je laa.. malas aku nak kasi korg kaya cepat.. tp disebabkan perasaan ingin tahu a.k.a penyibuk a.k.a sangka baek, aku pun search through Yahoo! Korg tau ape menda ble sebut, nak ketawa tue? tue virus.. huhuhu.. ntah ape ntah virus nie ley wat.. korg search n baca sendiri laa.. so, sbg peringatan to those yg rajin berYM.. alert! jgn bg virus nie masuk PC or laptop korg.. bile dah kena virus, mula la nak reformat.. haih.. cube la update antivirus tue.. (aku tgh membebel kat diri sendiri..) kalu reformat byk2 kali, ley rosak hard disk korg tue.. huhuhu.. mahalnye nak ganti.. baek beli laptop br lg canggih.. uwaa..
Fiuh.. dah panjang rasanya nie.. k la.. nak tangguh dulu.. ade rezeki, umur panjang, kesihatan baek, InsyaAllah aku menulis lg dalam blog nie.. sok kelas kol 8.00 pagi.. liatnye aku nak g kelas pg.. huhuhu.. k la.. selamat menjaga kesihatan diri dan komputer anda dari diserang sebarang virus yg merbahaya.. Take Care! Salam..
Ustaz Akhil Hay dan Tukang Karut yg mengarut.. [19 Januari 2008]
17hb Januari 2008 ari tue ade satu forum Maal Hijrah kat dataran depan Panggung Seni.. Mula2 xtau nak g ke tak.. Tapi, sebab malam tue rasa mcm urusan sgt2la mudahnya utk aku g, jadi aku pun g ngan Liza.. Naek motor.. preng, preng.. kami pun merempit g ke c2, dgn aku selambanye tidak memakai helmet.. (rosak tudung beb! hehehe.. syukur pak cik guard tak tahan..)
Sblm forum, ade satu persembahan dikir barat.. yg geramnye, kalu setakat satu lagu xpe lg.. nie 2,3 buah lagu.. angin jugak aku.. dah laa dtg nak dgr forum, bkn nak tgk dikir barat.. huh!
Forum malam tue berkisarkan ttg heidonisme iaitu kehidupan yg berunsurkan hiburan semata2.. Hiburan tue plak tak semestinya muzik, filem, dll tapi termasuk jugak berchatting, berdating, melepak n mcm2 lg laa.. mcm2 ada dalam heidonisme nie..
Antara yg aku ingat perbincangan yg ada dalam forum tue aku akan tulis kat sini.. Al-maklumla, g berlenggang je.. xbwk pen n kertas.. pas2 terpaksa berdiri dgr ceramah sbb org ramai sgt.. tak cukup tempat duduk.. lenguh kaki den.. tp nak ilmu nye pasal, sabo je la ek.. kan ganjaran sabar Allah yg bg.. hehehe..
1st : cite pasal chatting.. Ustaz Akhil Hay ade bg satu pantun spontan yg sgt best n klaka tp ade mcm2 maksud yg tersirat.. terasa jugak.. walaupun aku sgt2 jrg chatting, tp ble boring sgt aku layan je.. huhuhu.. nie pantunnya..
Mula2 kita berchatting,
Pastue kite berdating,
Bile dating duduk rapat2,
Bile duduk rapat2, nafas tersekat2,
Tak cukup nafas tersekat buat plak maksiat,
Pastu lahir anak tak cukup sifat..
n so on.. aku tak ingat lg.. huhuhu..
Err.. amacam pantin tue? Ade kebenaran gak kan?
2nd: Ustaz cakap pasal perlunya tahu ilmu pasal fardhu ain nie waktu usia masih muda.. jgn dah otai baru nak blaja.. sbb masa tue, ssh sikit ilmu nak masuk.. almaklumlaa, mcm2 penyakit datang.. dgn nyanyuk nye.. mcm2 lg laa.. takut2 bila blaja ngaji nnti mula laa melatah2.. bila dah otai baru laa nak blaja alif atas aa, alif bawah ee, alif depan uu.. pastue smbg lg.. ba atas ba, ba bawah bi, ba depan bu.. tak pasal2 terlepas plak ta atas taa.. smbg sume jd ba bi bu ta.. hahaha..
Tapi, aku ade sorg kawan yg agak merangkak2 sket baca Quran.. aku dapat kenalpasti masa dia tak ley baca tulisan jawi.. mak aku cakap kalu org tak pandai baca Quran, org tue pun ssh nak baca tulisan jawi.. yup!! dan aku tak tau nak wat camne.. ye la.. takut mende nie sensitif, tapi nak tak nak kena amek tau sbb perkara nie fardhu ain.. kalu tak aku berdosa.. huhuhu.. dan..
Alhamdulillah, akhirnya kawan nie mengaku kat aku yg dia tak berapa pandai mengaji Quran.. dan yg wat aku amat2 terharu, dia nak blaja ngan aku walaupun stat ngan iqra 1.. alhamdulillah.. at least, dia ngaku kelemahan diri dan cube perbaikinya.. better late then never.. rite?
3rd: mengenai niat pada setiap perbuatan kita.. innamal a'malu binniat.. Dr. Harlina Siraj yg bg ceramah pasal nie.. glamer jugak ustazah or Dr. nie kat tv.. Doktor sentuh pasal ape niat sbnr kite sume dtg forum malam tue.. nak perbaiki diri sempena maal hijrah kaa atau nak jumpa Ustaz Akhil Hay kaa?
Tp, Alhamdulillah.. time kasih pada Ustazah Azizah, my warden kat Talib Karim dulu.. dia selalu sentuh pasal mende nie.. dan memeng, niat aku g forum tue sbb nak betulkan diri dan nak ilmu baru sbb aku mmg dah lama tak hadiri majlis ilmu.. alhamdulillah.. syukran ya ustazah!! Dan setiap ape yg kita lakukan pun mesti ade niat kerana Allah.. tp wat yg baek2 je la ye.. hehehe.. semoga sumenye dapat ganjaran dari Allah.. InsyaAllah..
Tapi, aku ade dengar satu ceramah.. dari Dr. Fadzilah Kamsah.. dia kata, kalu kita terpaksa wat jahat/nakal sket kat seseorg utk sedarkan perbuatan salah diorg tue, insyaAllah, kita dapat pahala.. sbb nape? sbb niat kita td.. kan? kan? kan? hehehe..
4th: A.D.K.A.R.. Ustazah tue kata lg, kdg2 org tak berubah sbb dia tak tau nape dia kena berubah.. org2 tak sedar diri nie.. hehehe.. and A.D.K.A.R is stands for Awareness.Desire.Knowledge.Ability.Reinforcement.. Aware ttg kelemahan diri yg patut diubah.. Mempunyai Desire yg sungguh2 utk berubah.. Mempunyai pengetahuan (agama terutamanya) untuk berubah pada perkara yg lebih baek agar tak terpesong.. Mempunyai ability/keupayaan untuk berubah.. dan paksa diri berubah sbb kdg2 untuk berubah dari satu kebiasaan pada satu habit/perkara yg baru, kite perlukan paksaan..
5th: Masalah sosial.. Tak ingat ape nama rumah kebajikan Ustazah nie usahakan.. tp tujuan rumah kebajikan tue adalah untuk bentuk semula akhlak remaja perempuan yg mengandung di luar nikah.. dan yg sedihnya adalah lebih krg 13% penghuni rumah kebajikan tue adalah dak2 IPTA/IPTS.. Mereka yg bermasalah kena dok kat situ dalam tempoh setahun untuk diskrew ape yg longgar dan untuk direformat ape yg dah diviruskan.. bknnye one stop center.. lahir anak pastue blah..
satu cite yg sedih Ustazah nie gtau, ade sorg remaja perempuan nie, dia dah gugurkan kandungan 2 kali tp kali ke-3 dah tak sggp.. terus datang rumah kebajikan tue.. bile ustazah tue tanye nape yg sblm nie gugurkan, dia gtau salah sorg parent pompuan or laki2 nie (tak ingat) yg bg duit kat dia srh gugurkan.. padahal diorg nak kawen.. huhuhu.. cian dak tue.. korang2 yg dah ada calon tue, cepat2la kawen yer.. berkat tue.. pastue jgn lupe jemput aku.. hehehe.. InsyaAllah, aku dtg..
Pergh.. dah panjang nie.. dan tue je yg aku masih ingat.. forum tue ade 3 round.. tp aku dgr sampai round ke 2 je.. tak sure round ke 3 ade ke tak, sbb agak lewat jugak forum tue stat.. aku plak tak larat + pening + penat diri + ngantuk + ade kelas pagi.. sbb tue balik awal tue.. hehehe.. byk gile alasan..
InsyaAllah, umur panjang aku tulis lagi.. semoga tulisan nie beri peringatan pada diri aku yg slalu terleka nie.. dan juga korg2 yg rajin baca.. err.. ade ke???
ALLAH sayang pada kita.. Adakah kita juga menyayangiNya? [3 November 2007]
Alhamdulillah.. Gembira sgt2 ari nie.. Sebab.. Dapat jumpa Dr. S.M.S secara life.. Tuhan kabulkan permintaan aku yang satu nie.. Alhamdulillah.. Terima kasih sgt2 wahai Allah.. Terima kasih jugak wat Alee yg sudi dan terbuka hatinya untuk gtau aku ttg kedtgn Sheikh tue.. Bukankah Allah yang memegang hati2 manusia? Lantas Allah bukakan pintu ati Alee untuk gtau aku ttg kemunculan Sheikh yg sekadar singgah sebelum pergi ke majlis laen kat Times Square..
Allah sgt2 sayangkan kita.. manakan tidak.. Dia beri kita udara agar dapat bernafas dan teruskan hidup.. Dia berikan kita ni'mat untuk tggl di bumi yg bernama Malaysia, aman lg damai nie.. Allah juga beri rezeki kepada kita yg sgt melimpah ruah.. Bukankah itu tanda Allah sayangkan kita? Tapi dah ke kita ucapkan syukur padaNya? Kalu sudah, berapa kali? Adakah sebanyak ni'mat yg diberi itu? Tidak.. Dan takkan dapat kita samakan ucapan syukur kita tue dengan ni'mat yg Tuhan bg selama ini.. Bersyukurlah selagi masih bernafas.. dan bersyukurlah selagi masih bernyawa..
Alhamdulillah dapat jumpa my husband.. =) hehehe... Alhamdulillah dapat jumpa semula rakan2 sekolah rendah yg dah lama lost contact.. Alhamdulillah untuk segala2nya.. Akan ku berusaha hingga ke akhir hayat untuk menjadi hambaNya yg bersyukur.. InsyaAllah.. Walaupun pelbagai kegembiraan aku dapat terima sem nie, ade jugak kehilangan yg harus aku tempuhi dengan redha.. Pemergian Wan Cu dan Tok Cik ke rahmatullah.. Al-Fatihah buat mereka.. Semoga mereka tergolong dalam golongan2 org yg soleh dan solehah.. Bukankah setiap kesusahan akan ada kesenangan. Pasti setiap kesusahan akan ada kesenangan? Itu janji Tuhan.. Allah tidak akan sekali2 memungkiri janjiNya.. Hanya kita, hambaNya seringkali mungkir janji dan mungkir taubat terhadapNya..
Semoga Tuhan meredhai kehidupan kita semua.. Jadilah hambaNya yg bersyukur... Jadikan cinta kita kepada Allah melebihi segala2nya.. InsyaAllah.. Semoga Allah sentiasa makbulkan hajat2 yg baek yg datang dari hati nurani kita.. Jika tidak terkabul, jgnlah merintih dan merungut kerana mungkin hajat itu lebih byk membawa keburukan dari kebaikan? Redhalah dgn segala takdirNya.. Sesungguhnya Allah sgt2 menyayangi kita.. berlipat kali ganda dari kasih sayang seorg ibu terhadap anaknya.. Tapi adakah kita juga menyayangiNya?
Antara Raja S.M.S dan Dr. S.M.S? Manakah Pilihan Hatiku... [2 November 2007]
Hehehe... Berat sebelah kan tajuk nie? Dah tentu2 aku pilih Dr. S.M.S.. Banyak sebabnye... Bg kebykn wanita2 n dak2 pompn, pastilah suke sebab dia nie encem! Mmg betul.. encem.. tp ada byk lg sbb nape org suka dia.. Encem tue satu bonus wat dia.. Dan ape yg aku dapat lihat, dia adalah antara org yg boleh dikatakan full of blessed people sbb byk kelebihan2 yg dia ada.. Pendek kata, dia adalah antara anugerah dan keindahan ciptaan Allah yg syahdu lah.. hehehe...
Antara sebab2 laen yg mb sebabkan org suka dia adlh kebijaksanaan yg dia ada.. ilmu yg dia ada.. kalu tak, camne dia dapat jd doktor kan? Dengan semangat2 yg dia beri, menyebabkan ramai orang2 melayu khususnya mula meminati dan ingin mendalami ilmu sains.. alhamdulillah.. sains sgt dekat dgn Islam sebenarnya.. cuma kita terleka dan lepaskan peluang tue untuk mengkajinya.. padahal, org2 Barat amek kesempatan nie dan antaranya peluk Islam kerana kagum dgn kebesaran Illahi.. Subhanallah... Kalu Dr. muncul awal sket, mesti aku minat subjek biologi tue.. Aku tak suka sgt subjek tue masa kat sekolah.. 'Biol' rasanya belajar 'biol'ogi nie.. hehehe... Ngado2 bunyi eh.. =P
Lagi satu aku suka dia nie, dia bukak perniagaan. Restoren plak tue.. huhuhu.. Aku pernah borak2 ngan mak aku dulu.. aku gtau bondaku, yg aku kalu nak wat perniagaan, aku nak bukak restoren, kedai makan.. walaupun aku tak pandai masak, tp aku suka tgk org masak.. hehehe... aku mintak mak aku jd tauke.. tp mak aku tak nak.. dia cakap penat.. alo.. jadi tauke je.. huhuhu.. proposalku direjek.. Tapi, memandangkan Dr. S.M.S nie pun suka wat perniagaan restoren.. tak mustahil satu ari nanti akan ade Restoren Rebung 2.. partner dia adalah AKU!! hehehe... Mari2 jemput makan.. Sudah makan sila bayar ye.. =P
Mungkin korg yg minat dia ade sbb tersendr jgk kan? Kite amek perkara2 yg positif dari dia.. Semangat dia ingin berjaya, maju dan pada masa yg sama nak lihat org laen jugak sama2 maju dengan dia.. Teringat aku satu ceramah yg aku dgr dulu.. Penceramah gtau, selama mana kita bantu org laen untuk berjaya, selama itulah Allah akan bantu kita.. MasyaAllah.. Tgk Dr.? Berjaya tak dia? Jadi, pada yg pandai2 dalam pelajaran tue, jgn lupa bantu kami2 yg kureng nie.. Janganlah kedekut ilmu ye.. Mari kita sama2 berjaya.. Nanti bley bkk perniagaan sama2.. Meh2 dtg Restoren Rebung 2.. hehehe... (Eh, lauk dah abes? hehehe..)
K la.. Nak sambung studi numerical method balik.. Kita semua kena kuatkan semangat.. pada masa yg sama kena kekalkan smgt tue agar tak luntur.. InsyaAllah.. Doa.. tak mau la jd cam hangat2 ...... korg smbg sendiri le.. Kata BM SPM dapat A.. hehe.. Gud Luck 4 Everyone and A Very Special Good Luck For Me!! May Allah bless us always.. salam.. da..
3 Kategori Manusia[31 Oktober 2007]
Pertama:BERJAYA - hari ini lebih baik darisemalam..
Kedua:TERPEDAYA - hari ini sama sepertisemalam..
Ketiga:CELAKA - hari ini lebih teruk darisemalam..
Sekadar peringatan buat diri sendiridan juga insan2 lain yg sudidi'ingat'kan ..
Dimanakah kita? Tepuk dada, tanyaiman.. Jangan tanye aiman, mesti diajawab 'aiman tak kisah..' [huhuhu..aku merepek..]
Semoga kita semua sentiasa berada dibawah rahmat kasih sayangNya..Insya Allah.. Amin..
Lakukan Di Waktu Senang..[31 Oktober 2007]
'Ingatlah Aku di waktu senang, nescaya Aku akan mengingatmu di waktu susah..'
solat sunat istikharah - solat ygdilakukan bg meminta petunjk Tuhandalam membuat pilihan..
diharap dengan melakukan solat ini,kita sentiasa berada di atas landasanyang betul dan diredhaiNya..Ins yaAllah..
andainya, ada ketikanya pilihan yangkita buat itu adalah salah.. dgn solatyg telah dilakukn itu, diharap sebrgpilhan yg salah itu tidak membawasebrg kemudharatan pd kita.. hanyaAllah adlh sebaek2 tempat berlindung..
[p/s:betulkan aku jika aku salah...hanya ingin berkongsi sedikit ilmu dan mempelajarinya dr org2 yg lebih tau..k..]
Tuhan, berikan daku kesabaran..[31 Oktober 2007]
Doa seorang kawan kepada kawannya yglaen adalah antara doa2 yg dimakbulkanTuhan ...
Tapi hati yang jahat ini pernahterdetik sekali, mengapa perlu akudoakan mereka, setelah apabila akudoakan yang terbaik buat mereka,mereka menunjuk2 pula.. Isy, menyesal plak rasenye..
Lalu, datang petunjuk Tuhanmemberitahu bahawa 'Selama mana kitamembantu saudara2 kita dengan ikhlas,selama itulah juga Allah akan membantukita.' Astaghfirullahalazim ... Terimakasih Tuhan.. Muahh!!!
Semua amalan diberi ganjaranberdasar kan niat.. Ikhlaskan dirikerana Allah.. InsyaAllah..
Sesuatu yang bermula dengan paksaan,akan menjadi kebiasaan dan lama2 akanterbit keikhlasan dalam melakukannya.
Dimanakah Kita? [31 Oktober 2007]
kebijaksanaan itu adalah apabila kitabijak menggunakan akal yang datangdari hati yang bersih bagi mengawalnafsu dan emosi...kebodohan pula akan terserlah apabilanafsu dan emosi yang mengawal dirikita..
Sesungguhnya; hati mengawal minda,minda mengawal tindak tanduk dantindak tanduk mengawal hasil..Pilih an di tangan kita.. Tepuk dada,tanyalah iman..
Allah sebaek2 tempat berlindung.. [31 Oktober 2007]
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya,untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih tunduk, lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA...