Hmmm.. Aku ade exam esok.. Kawalan Pencemaran dan Pengeluaran Bersih.. atau nama orang putihnya Pollution Control and Cleaner Production.. Harap2 dapat jawab dengan baek esok.. InsyaAllah.. Takut.. Cuak.. Sebab tak paham sangat subjek nie.. Tajuk memang menarik.. Tapi, belajarnya.. Perghhhh... Berdengung-dengung kepala dibuatnya.. *dengung2*
Memandangkan musim peperiksaan nie, ramai yang stay up sampai lewat pagi.. Ade tue pulak yang dah terbalik sistem tido mereka.. Siang membuta, malam berjaga.. Jadi burung hantu gamaknya.. Hehehe.. Walau apapun cara studi kita sume, diharap semuanya berjaya dan dapat jawab soklan peperiksaan dengan baek.. Termasuklah aku! Hehehe.. Gambate ne! (",)
Walaupun ade exam sok, nak jugak tulis blog.. Ngeh3.. Saje je.. Salah satu cara melepas tensen.. Kan? =P
Disebabkan ramai yang suka stay up malam2, maka aku nak bawakkan beberapa cerita hantu yang aku dengar daripada aku kecik sampai aku besau gedabak skg nie.. Memandangkan aku dok asrama dari form 1, meh kita ulangkaji semula cerita2 hantu yang sering dialami di kawasan2 asrama yang sering dikatakan keras... Hihihihi.. *gelak hantu*
>>Begin of Ghost Stories<<
Cerita 1:
Pada satu malam yang sangat lewat, seorang budak perempuan bersendirian di bilik belajar yang disediakan di asrama.. Sedang khusyuk menelaah pelajaran, tiba2 kawannya masuk lalu duduk berhadapan dengannya.. Mereka berborak2 seperti biasa, berbincang mengenai pelajaran.. Tiba2, pensel budak perempuan ini terjatuh ke bawah meja.. Dengan perasaan mengantuk dan malasnya, dia pun mengambil pensel tersebut.. Tiba2, jantung dia seakan berhenti berdegup kerana amat terkejut dengan apa yang disaksikannya.. Rupa2nya, kawan yang duduk dihadapannya tidak berkaki! Atau dengan kata laennya ia adalah hantu! Cuba pura2 seperti tiada apa berlaku.. Budak perempuan tersebut memberanikan diri.. Berpelakuan seperti biasa.. Buat2 mengulangkaji pelajaran walaupun dia sangat takut.. Tidak lama selepas itu, budak perempuan tersebut berkata pada rakannya yang tidak berkaki itu (hantu yang menjelma dalam rupa kawan dia..), bahawa hari telah lewat malam benar dan dia sudah mengantuk.. Dah nak masuk tidur.. 'Kawan'nya tersebut hanya tersenyum.. Dengan senyuman yang sungguh menyeramkan mata2 yang memandangnya.. Lalu berkata, "Dah ngantuk ke, dah tahu?"... Uwaaaaaaaaaaaa... Debummmm.. Budak perempuan itu jatuh pengsan..
Cerita 2:
Sebelum masuk tidur, adalah menjadi kebiasaan Mizuki (bukan nama sebenar) untuk menggosok gigi dan mencuci muka sebelum tidur.. Tapi, pada malam tersebut Mizuki masuk tidur dengan sangat lewat akibat mengulangkaji pelajaran.. Memandangkan kawan2 Mizuki lebih selesa tidur tanpa menggosok gigi dan mencuci muka terlebih dahulu, maka terpaksalah Mizuki bersendirian ke bilik air tanpa sesiapa menemaninya.. Setelah mencuci muka dan ingin memberus gigi pula, tiba2 salah seorang kawan Mizuki masuk ke dalam bilik air.. Juga mahu membersihkan diri sedikit sebelum masuk tidur.. Bagi menghilangkan kebosanan, mereka berborak2 sewaktu membersihkan diri masing2.. Sewaktu Mizuki sedang berkumur2, dan hampir habis membersihkan dirinya.. Alangkah terkejutnya Mizuki apabila mendapati kawan yang disebelahnya itu memberus gigi menggunakan pisau! Sinki di bilik air asrama tersebut dipenuhi dengan darah.. Mengumpul segala kekuatan, Mizuki melarikan diri ke dormnya dan terus berselimut ketakutan.. Leganya Mizuki kerana memikirkan dia telah selamat kerana telah masuk ke dorm.. Sedang cuba untuk menghilangkan ketakutan itu, Mizuki mengejutkan rakan sebelah katilnya untuk menceritakan peristiwa tersebut.. "Bangun2..", desak Mizuki pada rakannya.. "Kenapa?", tanya rakannya kembali dalam keadaan separuh sedar mengantuk.. Mizuki pun mula menceritakan, "Tadi, masa aku ke bilik air, aku nampak hantu.. Aku tahu dia hantu sebab dia gosok gigi guna pisau.. Darah sampai keluar membuak2 dari mulut dia.. Aku takut..".. Kawannya lantas tersenyum dengan senyuman yang paling mengerikan.. Lalu Mizuki bertanya, "Kenapa nie?". Lalu kawan Mizuki menjawab, "Maksud kau, gosok gigi macam nie?" *sambil menggosok gigi menggunakan pisau sehingga mengeluarkan darah* Uwaaaaaaaaaaaaaaaa... Debummmmm... Mizuki jatuh pengsan..
Cerita 3:
Maria (bukan nama sebenar) merupakan seorang gadis yang sangat penakut lebih2 lagi apabila mendengar cerita hantu.. Memandangkan dia adalah seorang yang penakut, Maria selalu meletakkan surah Yaa-Sinn di bawah bantalnya kerana baginya surah Yaa-Sinn tersebut dapat menjadi pendiding bagi dirinya dari hantu.. Umpama tangkal, surah Yaa-Sinn tersebut selalu diletakkan di bawah bantal Maria yang tinggal di asrama yang seringkali dikatakan tempat keras.. Tiba2 pada suatu malam, sedang enak lena dibuai mimpi, Maria dikejutkan oleh seorang perempuan tua.. Sangat menakutkan.. Mengejutkan Maria di kala tengah malam sedang kawan2nya yang laen sedang lena tidur.. Orang tua itu mengejutkan Maria lantas membuat permintaan.. "Anak, boleh tak berikan surah Yaa-Sin itu padaku??" Uwaaaaaaaaaaaa.... Maria terkejut kerana ketakutan.. Lantas, pengsan..
Cerita 4:
Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.. Shizuka (bukan nama sebenar) masih belum tidur lagi kerana sibuk menyiapkan tutorial yang perlu dihantar pada keesokan harinya.. Sedang cuba berusaha menyiapkan tutorial tersebut, tiba2 pintu biliknya diketuk oleh seseorang.. Memandangkan rumet2 Shizuka seramai 3 orang yang laen telah lama tidur, maka Shizuka terpaksa membuka pintu itu bersendirian.. Memandangkan jam telah menunjukkan pukul 3 pagi, Shizuka sedikit khuatir untuk membuka pintu tersebut kerana takut sesuatu akan berlaku.. Lantas, Shizuka mendapat idea.. "Siapa tue?", tanya Shizuka kepada Sang Pengetuk Pintu.. "Orang sebelah..", jawabnya kembali.. Maka, Shizuka tersenyum.. Lantas berkata dalam hati.. "Owh.. Orang sebelah rupanya.. Ingatkan siapa la tadi.. Nak apa la diorg nie pagi2 buta nie ek? Camne diorg tau aku lum tido lagi.. Hmm.." Lalu pintu pun dibuka.. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa... Debummmmm... Shizuka jatuh pengsan.. Apa yang dilihatnya bukanlah jiran sebelah biliknya, tetapi benar2 adalah orang sebelah.. Ya, sebelah! Iaitu orang yang berbadan sebelah sahaja!
Cerita 5:
Nobita (bukan nama sebenar) memang suka mengulangkaji pelajaran menghadap tingkap.. Walaupun studi sehingga larut malam, Nobita tetap membuka tingkapnya kerana baginya dia memperolehi sedikit ketenangan dan keselesaan apabila studi menghadap tingkap yang terbuka.. Dapat menikmati keindahan malam, fikirnya dalam hati.. Duduk di aras 5 (bukan aras sebenar) di asrama adalah sangat disukainya kerana dapat menikmati pemandangan asrama keseluruhannya dari bilik tersebut.. Sedang sibuk mengulangkaji pelajaran, tiba2 tumpuan Nobita terganggu.. Dia melihat seorang perempuan tua terbongkok-bongkok membawa sebuah bakul berjalan melintasi kawasan tingkapnya.. Adalah mustahil begitu kerana Nobita duduk di paras 5.. Manakan boleh orang berjalan2 di situ.. Nobita berpura2 tidak nampak sedangkan beliau sungguh takut sebenarnya.. Tak semena2, perempuan tua itu menegur, "Dik, nak karipap?" Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Debummmmm.. Nobita jatuh pengsan..
>>End of Ghost Stories<<
Haaa!! Camne ngan cite2 hantu tersebut.. Seram tak? Ke aku tak reti nak tulis dia jadi seram.. Apa2 je laa.. Mesti korang pun pernah dengar kan..? Hmm.. Bagi yang dah biasa dok asrama dulu, nie la cerita2 yang akan selalu diceritakan oleh senior tentang keseraman sesebuah asrama tersebut.. Tapi napa la setiap kali ending cerita hantu, mesti jatuh pengsan.. Tiba2 aku teringat cerita kawan aku.. Dia tonton satu cerita nie.. Disebabkan takut ngan hantu tue, pelakon tue pura2 pengsan.. Tapi hantu tue tetap dok kat dia jugak.. Tak berganjak.. Disebabkan takut sangat, pelakon tue melafazkan skrip dia yang berbunyi:" Hey hantu.. Pergilah.. saya dah pengsan nie.... pergilah.. pergilah.. saya dah pengsan..". Muahahahahaha.. Ape cer?
Tapi, apa yang nak dibincangkan disini adalah perkara2 di sebalik cerita2 hantu tersebut:
Perkara dari Cerita 1:
Dak pompuan tue.. Kenapa la dia suka studi sorang2.. Kan bagus studi ramai2.. Wat studi group.. Boleh kita tahu camne orang laen punya cara belajar di samping kita juga dapat tahu tentang kesalahan kecil yang selalu kita lakukan pada waktu peperiksaan.. Kita juga mungkin akan dapat ilmu baru dan menambahkan lagi pemahaman kita tentang sesutau subjek tue sebab laen orang, laen cara pikirnya.. Patut dilakukan di awal2 tahun/ semester pembelajaran.. Hehehe.. Cakap orang je lebih.. Tengah perli diri sendiri sebenarnya.. Aku pun wat last2 minit.. Cet! Cet! Cet! *tarik telinga sendiri*
Perkara dari Cerita 2:
Haih Mizuki nie.. Tau tak amek supper yang berat pada lewat malam tak baek untuk kesihatan.. Boleh jejaskan sistem pencernaan kerana makanan belum habis tercerna sepenuhnya lagi, tapi kita dah baring dan tidur.. Ini perlakuan yang tak baek untuk kesihatan.. Tue la pasal Mizuki nie kena gosok gigi semula sebab dia dah makan sedangkan kawan2 dia yang laen sume nak jaga kesihatan.. Tak amek supper.. Ke diet? Ape2 je laa.. Sayangi diri anda jika anda sayangi keluarga anda.. Cewah!! Berkempen plak..
Perkara dari Cerita 3:
Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, Maria adalah seorang yang tidur dengan sangat lasak.. Maria akan membuat bermacam2 aksi sewaktu tidur seperti berenang, bersilat, bertaekwando dan laen2 lagi.. Memandangkan dia seorang yang tido lasak, maka tak mustahil segala yang berada di atas katilnya kan tercampak di sana sini.. Termasuklah surah Yaa-Sinn itu.. Adalah tidak baek kerana kita patut memuliakan ayat2 suci Al-Quran dan bukan meletakkan atau menyepahkannya di merata2 tempat.. Justeru itu, perempuan tua itu adalah mak cik jaga yang garang yang terdengar Maria mengigau lantas masuk ke dalam asrama tempat Maria dibuai mimpi.. Ternampak surah Yaa-Sinn tersebut yang hampir terjatuh, tetapi tidak dapat mengambilnya di bawah bantal kerana kepala Maria yang sangat berat.. Lantas, mak cik jaga mengejutkan Maria meminta surah tersebut.. Maria.. Maria.. Heh!
Perkara dari Cerita 4:
Haih.. Shizuka..Shizuka.. Tue la.. Napa tak wat awal2.. Suka sangat wat kerja last minit.. Tak bagus tau.. Tengok! Terpaksa stay up sampai lewat2 malam untuk siapkan kerja.. Huhuhu.. Shizuka.. Shizuka.. *tgh nasehat diri sendiri*
Perkara dari Cerita 5:
Kalu suka makan karipap, beli la karipap.. Kalu tak suka, beli kueh laen k! Err.. Dek, nak karipap?? Yee-Haa!
Hehehe.. Itu la perkara2 yang dapat ditafsir dari cerita2 nie.. Secara simplenya:
1) Studi berjemaah adalah lebih baek dimulakan dari awal
2) Jaga kesihatan diri
3) Meletakkan ayat2 suci di tempat yang mulia
4) Elakkan wat kerja last minit
5) Kalu suka cakap suka, kalu tak suka cakap tak suka
Itulah yang aku terpikir... Laen orang, laen tafsirannya mengenai cerita2 hantu tersebut.. Aku cuba memandang dari perspektif yang positif serta kurang menakutkan.. Hehehe..
Walau apapun, sebagai seorang muslim.. Apa yang paling kita perlu takutkan adalah Allah.. Ya, takut pada Allah.. Takut untuk melakukan perkara yang dilarang olehNya.. Allah nampak segala perlakuan dan perbuatan kita walau di mana pun kita berada.. Hatta di tempat yang kita rasakan paling tersorok dan dilindungi oleh tembok2 tebal yang sudah pastinya mungkin tidak dapat dilihat oleh mata sharingan Sasuke sekalipun.. Tapi, ketahuilah, bahwa Allah Maha Melihat.. Allah tidak sama dengan makhluk.. Tidak sama sekali!
Tapi, apa yang pelik.. Orang sekarang lebih takutkan hantu dari Tuhan.. Pengalaman aku, duduk bersama dengan budak2 kecik memang memerlukan kesabaran.. Ye la.. Mereka baru nak kenal dunia.. Nakal memanjang.. Penat nak melayan.. Tanya tue la.. Tanya nie laa.. Jahit mulut kang! Baru tahu.. Ngeh3.. Bila ditegah wat sesuatu menda/perkara.. Mesti tanya kenapa.. Kenapa? Kenapa? Haishhh.. Naseb baek anak orang.. =P
Lalu aku pun jawab, tak baek wat camtue nnti Tuhan marah.. Mereka dengar.. Tapi, tak lama lepas tue wat nakal balik.. Aku dengan geram tiba2 tercakap: "Hah! sapa wat nakal hantu suka kat dia! Cekik dia.. Hisap darah dia.. Hihihihi.. " Aku marah sambil wat gelak hantu.. Takut gile dak2 nie.. Aku pun terpikir, sifat apakah ini..? Lebih takutkan makhluk melebihi Pencipta Makhluk? Hmm.. Perlu diperbetulkan semula pemikiran ini.. Allah marah masuk neraka, Allah sayang masuk syurga.. Neraka sangat dahsyat siksaanya, syurga sangat ni'mat ganjarannya.. Boleh?
Sebagai rujukan, boleh baca artikel dari laman web
Saiful Islam nie.. Artikel berkenaan takut Tuhan atau takut hantu? Sebuah laman web yang menarik.. Hehehe.. Jadi promoter plak.. =P
Memang benar, kita perlu beriman dan yakin dengan perkara2 ghaib.. Tetapi haruslah diterapkan keimanan dan keyakinan itu kena pada tempatnya.. Takut dan yakin pada Allah harus melebihi segala2nya.. Bukan pada makhluk.. Bukankah begitu?