Friday, October 10, 2008

9 OkToBeR

Jika Fasha Sandha berlakon dalam filem 9 September, maka pada hari ini saya juga turut ingin menulis mengenai kisah hidup saya pada 9hb jugak.. Tapi 9 Oktober..

Filem 9 September
Pada hari kejadian bertarikh 9 Oktober 2008, sebahagian isi kandungan blog ini [sila klik sini] telah disiarkan di dewan kuliah besar.. Sewaktu kejadian tersebut, saya tidak berada di tempat kejadian kerana menunaikan solat Zohor lewat waktu.. Huhuhu..

Tapi, Alhamdulillah.. Wan Ika telah memaklumkan kepada saya mengenai perkara tersebut, dan reaksi saya pada kali pertama mengetahuinya adalah..

Wan, orang nak balik skg jugak.. Uwaaa...

"Alaa.. Bukannya orang tau pun sapa yang tulis.. Wat tak tau je la.."
Ujar kawan saya yang laen..

Wan Ika plak mencadangkan..
"Azira stay je.. Nanti nampak sangat macam wat salah.."

Saya stay dan berfikir2.. Perlukah saya mintak maaf.. ? Bukannya kenal muka pun.. Eeh.. Kenal2.. Saya dah letak gambar betul kat blog.. Perlukah saya mintak maaf..? Pos tersebut adalah mengenai kutukan pada diri saya sendiri, bukan pada pensyarah yang telah banyak berjasa menaburkan ilmu.. Perlukah...? Perlukah..?

Hmm.. Malaikat kata pergi (pergi mintak maaf), syaitan kata cabut lari..

Akhirnya, setelah menimbang2 dan berfikir bulat2, saya pun membuat satu keputusan.. Keputusan yang dibantu oleh Wan Ika dan Abid setelah mereka berfikir secara rasional kerana saya sedang dikuasai emosional.. (Mekaseh wat mereka berdua..!)

Setelah abes waktu kuliah dan semua pun beransur pulang.. Saya pun pergi berjumpa dengan pensyarah tersebut untuk meminta maaf dengan ditemani oleh Wan Ika.. Saya memaklumkan pada beliau bahawa bukan niat saya untuk berkata2 yg tak baek mengenai beliau, tetapi lebih kepada mengutuk diri saya sendiri.. Hati saya risau.. Risau sekiranya tidak dimaafkan.. Risau sekiranya kandungan pos tersebut disalah ertikan..

Tapi, Alhamdulillah.. Bila mendengar perkataan kemaafan dari pensyarah, saya rasa lega.. Walaupun tidak sepenuhnya, tapi saya rasa lega.. 50% kelegaan saya perolehi.. Mana lagi 50%? Saya pun tak pasti.. Bercampur baur dengan perasaan serba salah.. Serba salah sekiranya perbuatan yang tidak disengajakan itu meninggalkan kesan pada hati pensyarah.. Hati manusia siapa yang tahu..

Saya tidak mahu menjadi orang yang nomad pada hatinya.. Yang berpindah randah atau lari dari satu tempat kepada tempat yang laen akibat perbuatan sendiri.. Lantas, itu perkara terbaek yang saya fikirkan patut dilakukan..

Ada kawan bertanya, ”Haa.. Azira, ko ke yang kantoi tue!??!”

Heh! Saya yang mengkantoikan diri saya sendiri.. Saya yang dengan rela hati (sebenarnya memaksa hati untuk menguatkan diri) untuk pergi berjumpa pensyarah dan mengakui bahawa blog tersebut adalah kepunyaan saya.. Hanya Allah saja yang tau perasaan saya ketika itu.. Bergelora tsunami..

Pensyarah tersebut memberikan nasihat, bahawa apa yang berlaku memberikan pengajaran pada yang laen.. Benar.. Kerana kadang2 kita menulis mengenai perihal orang laen yang secara tak langsung menyentuh hidup peribadi mereka..

Tulisan itu pedang.. Jika tidak, bagaimana ada penulis2 blog yang dimasukkan ke dalam ISA akibat hasil tulisan mereka.. Jika tidak, bagaimana pula pihak polis sanggup bersusah payah menubuhkan skuad pemantau blog akibat hasil tulisan ini.. Dan jika tidak, bagaimana pula sesetengah negara mencapai kemerdekaan melalui tulisan2 yang menaekkan semangat untuk menuntut kemerdekaan.. Tidak dinafikan, tulisan itu pedang.. Terbukti!

Terima kasih Dr. kerana sudi memaafkan saya.. Akan menjadi satu kerugian pada saya sekiranya saya tak memperolehi kemaafan dari pensyarah, kerana merekalah yang memberi ilmu pada saya.. Gusar, perkara tersebut akan megundang ketidakkeberkatan dan ketidakkerahmatan pada ilmu yang diperolehi..

Sekiranya saya tidak meletakkan gambar saya, tapi gambar kartun ataupun sekiranya saya tidak meletakkan nama saya tapi nama yang laen, saya tetap akan berjumpa dengan Dr. pada waktu itu.. Walaupun Dr. berulang kali mengatakan bahawa tiada kesalahan apa2 yang perlu dimaafkan, tapi terima kasih sekali lagi kerana sudi memaafkan saya.. (”,) Terima kasih!

P/s:
1) Wat Alee: Sebagai seorang yang pelupa pasal tarikh2 birthday nie, sure pasni aku akan ingat gila2 birthday ko.. Kalu aku lupa jugak, sila miskol aku.. Hehe.. Hepi Birthday My Dear! (“,)
2) Wat Unknown: Someone is promoting my blog to the others. (That is how Dr. knows bout my blog). Whatever ur intention it is, juz wanna say thank you..
3) Wat Silence Reader: Thanks for reading.. Semoga dapat meninggalkan jejak satu hari nanti.. Betul ke bubur ayam McD sodap..?
4) Wat Kawan2 Blogger yg laen: Berhati2 di jalan raya.. Eh silap.. Berhati2.. Apa yang perlu di”berhati2”kan..? Bak kata Nabil, ”Fikirlah sendiri..”. Bley..?
5) Wat Wan Ika: Thanks! (”,)

No comments: