Renung kembali kejadian diri sendiri.. Mengapa Allah menciptakan pada tubuh setiap manusia, punyai dua telinga dan satu mulut.. Mengapa tidak dijadikan dua mulut dua telinga.. Atau satu mulut satu telinga.. Kelihatan lebih adil dari segi bilangannya, bukan? Tapi, Allah Maha Bijaksana.. Setiap kejadian ada hikmahnya.. Setiap kejadiannya tidak ada yang sia-sia.. Ilmu Allah adalah sangat luas berbanding dengan ilmu manusia.. Allah tidak berhak untuk disamakan dengan makhluk ciptaanNya..
Jika ada yang merasakan bahawa ilmu yang telah diperolehi mereka sudah mencukupi dan menggunung tinggi.. Beristighfarlah.. Rendahkan hati mengagumi ilmu Illahi, kerana sesungguhnya ilmu yang kita perolehi di dunia ini hanya boleh diibaratkan seperti setitis air laut berbanding lautan-lautan ilmu Allah yang luas.. Bahkan jika ada manusia merasakan ilmu mereka tinggi sehingga boleh mencipta makhluk, maka sesungguhnya manusia itu tidak dapat mencipta suatu makhluk yang sama dengan ciptaan Illahi walaupun ianya adalah seekor nyamuk!
Dan setelah direnungi hikmah kejadian diri, cuba fahami pula fungsi-fungsi setiap anggota yang telah Allah beri pinjam kepada kita di dunia ini.. Gunakan setiap satu daripadanya ke arah kebaekan semaksimum yang mungkin.. Khuatir jika disalahgunakan, kelak di akhirat nanti setiap tubuh anggota kita akan menjadi saksi setiap perbuatan salah kita sewaktu di dunia..
Seorang kawan berkata pada aku, "Kesian Azira.. Selalu jadi tempat luahan masalah.."
Aku tersenyum.. Tiada apa yang perlu dikasihankan.. Aku puas jika dapat membantu orang laen.. Dan aku lakukannya untuk mendapat ganjaran dari Allah.. Apa ganjaran Allah? Allah akan terus membantu seorang hambaNya selama dia masih terus membantu orang laen.. Hebat bukan? Dan aku berdoa semoga Allah akan terus membantu aku dalam menjalani kehidupan di dunia dan lebih2 lagi di akhirat dengan rahmat dan kasih sayangNya.. InsyaAllah.. Amiin.. Marilah kita sama2 saling bantu-membantu.. Cewah! Hehehe..
Mungkin aku bukan pemberi nasehat yang baek.. Tapi, InsyaAllah.. Aku cuba menjadi pendengar yang baek.. Jika keluar idea2 bernas dari aku yang membawa kepada jalan penyelesaian sesuatu masalah tersebut, maka sesungguhnya yang baek itu datang dari Allah.. Jika tidak, yang buruk itu datang dari diri aku sendiri..
Dan aku yakin, pasti kita semua mengetahui sebab kenapa telinga itu dijadikan dua, tetapi mulut itu satu sahaja.. Telinga dijadikan fungsinya untuk mendengar.. Jadi, berikutan bilangan telinga adalah majoriti dari bilangan mulut, secara mudah yang dapat diungkapkan adalah keutamaan mendengar itu lebih utama dari bercakap.. Dan sesungguhnya tahik telinga itu tidak membatalkan air sembahyang sebagaimana tahik hidung juga.. Hehehe..
Walaupun tahik gigi tidak membatalkan solat, tetapi jika ada makanan yang terselit di celah gigi, dan kita terus menelan makanan tersebut sewaktu sedang solat, maka solat kita akan batal.. Owh.. [Hint: Betapa bahayanya isi kandungan mulut!]
Maka oleh kerana itu, mulut dijadikan satu sahaja bilangannya.. Antara fungsinya adalah untuk makan makanan yang halal, bercakap perkara2 yang baek dan sebagainya..
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Berkatalah kamu tentang perkara2 yang baek, dan jika kamu tidak mahu, maka diamlah.."
Jadi, apabila terasa nak mengumpat.. Maka, tahanlah diri dari perbuatan mengumpat.. Apabila terasa nak memfitnah pula, tahanlah diri dari melakukannya.. Jadikan balasan neraka di akhirat sebagai motivasi bagi menghindari perbuatan2 munkar tersebut..
Tapi kebanyakan manusia (termasuklah diri aku sendiri.. Huhuhu..) lebih suka menjadi pen'cakap' yang baek.. Lebih suka bercakap dari mendengar.. Cikgu mengajar di depan, kita bercakap di belakang.. Ataupun, orang laen belum habes menyatakan pendapat atau pandangan mereka, kita dah terus menyampuk.. Owh.. Apa nak jadi nie..? Huhuhu..
Aku mungkin terlupa tentang adab2 untuk bercakap dalam Islam.. Jadi, mari kita ingat semula.. Mungkin banyak yang dah lupa.. Jika ada yang tertinggal, dan sesiapa boleh bantu aku untuk top-up kekurangan adab2 itu, bantulah ye.. Semoga Allah merahmatimu.. (",)
>>Begin of Adab2 Bercakap<<
Apa yang kita perlu lakukan ketika seorang sedang bercakap dan pada masa yang sama kita juga turut ingin bercakap?
Adab pertama:
Pendengar perlu mendengar dengan baek, manakala pencakap perlu bercakap dengan jelas, terang dan nyata.
Adab kedua:
Tunggu sehingga si pencakap yang pertama habes bercakap dahulu, kemudian minta keizinannya untuk kita bercakap pula..
Adab ketiga:
Sekiranya kita ingin menyampuk sewaktu si pencakap sedang bercakap, maka mencelahlah dahulu dengan minta keizinan si pencakap agar kita boleh bercakap.. Dan jika si pencakap membenarkan, maka bercakaplah kita tentang apa yang ingin dicakapkan.. [Kap.. Kap.. Sawadikap! Haih!]
Adab keempat:
Jika kita tidak setuju dengan apa yang diperkatakan oleh si pencakap dan ingin mengkondemnya pada waktu itu juga, maka janganlah terus2 memberi kritikan yang mungkin boleh menyebabkan air mukanya jatuh..
Mulakan dengan memberikan pujian pada diri si pencakap dulu.. Memuji tentang perkara2 yang baek yang telah dicakapkan olehnya sebelum ini.. Selepas itu, gunakan ayat "Tapi".. Dan kemudian nyatakan tentang apa yang si-pendengar-yang-ingin-jadi-si-pencakap nie tentang perkara2 yang kurang dipersetujui menggunakan bahasa yang hormat..
Perlu kepada pentingnya menjaga aib dan maruah orang laen kerana salah satu dosa yang tidak diampunkan oleh Allah adalah dosa memalukan orang laen.. Ini kerana dosa tersebut hanya akan terhapus jika kita mendapat kemaafan dari orang yang dimalukan itu sahaja.. Owh.. Huhuhu..
Adab kelima:
Si pencakap dan si-pendengar-yang-ingin-jadi-si-pencakap perlulah mengetahui apa yang dipercakapkan dan tidak bercakap semata2 kerana ingin bercakap dan kemudian merasa bagus kerana pandai bercakap.. Ataupun, seperti kata pepatah alaf baru, "Cakap lebih, habuk pun tarak!". Perlulah bercakap mengenai perkara2 yang tahu dan mengakui tentang perkara2 yang tidak tahu..
Adab keenam:
Berlapang dadalah ketika mendengar dan bercakap dalam menerima dan meluahkan pendapat dan pandangan masing2..
>>End of Adab2 Bercakap<<
Teringat tentang suatu cerita di mana seorang rakyat Malaysia pergi ke luar negara.. Kemudian, datang seorang rakyat tempatan yang berwajah muram duduk berdekatan dengan rakyat Malaysia tersebut lantas mula menceritakan tentang sesuatu dalam bahasa yang tidak difahami olehnya.. Disebabkan rakyat Malaysia ini takut sesuatu buruk akan terjadi, maka dia hanya mendengar sahaja sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda mendengar..
Sejurus selepas itu, rakyat tempatan tersebut beredar dengan wajah yang sedikit ceria.. Kemudia rakyat tempatan yang laen pula bertanyakan kepada rakyat Malaysia tersebut tentang adakah dia faham tentang apa yang diperkatakan oleh orang itu sebentar tadi..
Menggelengkan kepala tanda tidak faham, rupa2nya apa yang diperkatakan oleh rakyat tempatan yang pertama tadi adalah keinginannya tentang membunuh diri.. Mencari seorang yang boleh dijadikan pendengar setia, maka dia menceritakan masalahnya pada rakyat Malaysia ini.. Seolah2 seperti masalahnya telah didengari, beban yang dirasakan adalah seperti sangat ringan lebih ringan dari sebelum ini.. Rakyat tempatan yang pertama tadi lantas membatalkan niatnya untuk membunuh diri..
Hanya dengan anggukan tanda mendengar dengan prihatin itu telah menyelamatkan satu nyawa.. Tidak perlulah kita berlumba2 menjadi pencakap yang sempurna jika kita tidak dapat menjadi pendengar yang cemerlang.. Mulakan dengan menjadi pendengar yang baek dahulu, pasti lambat laun akan menjadi orang yang bijak dalam kata2nya.. InsyaAllah..
P/s: Sesungguhnya Allah adalah pendengar yang paling terbaek.. Walaupun kita tidak bercakap, tetapi Dia boleh mendengar apa yang ada di dalam hati.. Luahkan segala masalah padaNya.. InsyaAllah, akan dipermudahkan segala urusan.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.. (",)
No comments:
Post a Comment