(Kredit to Flickr)
Padam pos terdahulu ke, mintak maaf secara terbuka ke, saman-menyaman ke, tuntutan cerai atau fasakh ke, statement takkan maafkan orang sampai mati ke.. Lakukanlah apa saja untuk menyedapkan hati mengenai apa sahaja perkara yang berlaku.. Tapi apa yang pasti, bubur takkan berubah menjadi nasik!
Matlamat tidak menghalalkan sebarang cara.. "Azira, awak mempertahankan apa yang hak dan betul.. Tapi, cara awak salah..", ujar Ustazah Azizah sewaktu aku masih di zaman remaja.. Zaman jahiliah ku.. Terlampau mengikut emosi dan kebudak2an.. Terima kasih ustazah.. Kerana sampai sekarang, kata2 itu masih berbekas dan berkesan di hati saya.. Berkesan menjadikan saya berusaha untuk tidak menggunakan cara yang salah dalam mencapai apa yang saya hajati.. May Allah bless my lovely Ustazah Azizah always!
Cara Yang Salah??
Ya.. Kadang2 utk mencapai satu cita2 atau matlamat yg kita inginkan, kita sanggup berbuat apa saja, asalkan apa yang dicita atau dihajati tercapai tanpa memikirkan kesan dan akibat pada masa akan datang..
Sebagai contoh, seorang budak kecil yang melihat kawannya makan aiskrim yang sodap dan berwarna-warni.. Arghh.. Dia pun pasti teringin untuk menikmati dan memilikinya.. Justeru, beliau akan berusaha mendapatkan wang bagi memenuhi hajatnya tue.. Tapi, adakah wang yang diperolehinya itu dengan cara yang benar? Menolong ibu bapanya melakukan kerja rumah, lantas mendapat ganjaran berbentuk kewangan.. Lalu aiskrim dapat dimiliki.. Atau adakah dengan cara yang salah? Adakah dengan mencuri?? Berbohong?? "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 jadi pencuri".. Heh! Lagi satu peribahasa timbul.. Maka peluang perlu diberikan kepada budak kecil tersebut untuk memperbetulkan keadaan.. Mungkin dia tidak tahu yang mencuri itu salah.. Mungkin dia tidak tahu yang berbohong itu berdosa.. Yang lebih dewasa, yang lebih matang; tunjukkan jalan.. Jalan yang lebih jelas mengenai apa yang benar..
Peluang??
Sungguh bernasib baik seseorang itu apabila dia diberikan peluang untuk memperbetulkan apa yang salah.. Bukan semua orang diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan.. Itu menunjukkan masih ada yang sayang.. Masih ada yang memerhatikan.. Siapa?? Tuhan!
Kekadang, kita selalu melihat setiap dugaan yang datang dari sudut yang negatif.. Lalu timbul perasaan patah hati, lalu nekad bunuh diri.. Owh! [Opps! Sori Radja.. Lagi skali aku curi lagu kau..]
Kenapa nie berlaku?? Sebab mungkin kerana kita tidak memanjatkan keyakinan kita pada Allah, tapi pada makhluk.. Hipotesis: Semakin banyak makhluk, semakin hebat lah kita.. Hipotesis apakah ini?? Kepada Allah jualah kita mohon perlindungan, dan kepada Allah jualah kita mohon kekuatan..
Asek2 fikir negatif je, apa kata fikir positif plak.. Anggap apa yang berlaku sebagai cubaan pertama untuk menghadapi hari mendatang.. Bak kata ibuku terchenta, "Ni baru masa belajar, kalu masa kerja nanti, lagi jumpa macam2.." [Dalam loghat n9 campur Melaka.. Hehehehehehe..]
Orang yang bodoh adalah orang yang tidak belajar apa2 dari pengalaman..
Orang yang bijaksini adalah orang yang belajar dari pengalaman sendiri..
Orang yang bijaksana adalah orang yang belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman "sana" (pengalaman orang lain)..
Manakah tahap kita?? Eh, maksud aku.. Mana tahap aku?? Tepuk dada tanya iman.. Jangan tanya Aiman..Nanti dia jawab, "Aiman tak kisah.." Arghh, sudah.. Payah..
Apa yang dah terjadi, itulah realitinya.. Itulah keadaannya.. Air dah terlebih sukat.. Bubur la jadinya.. Uwaa.. Aku tak mau masak bubur..Aku nak masak nasik!!
Bubur2, ley tak ko jadi nasik semula??
P/s: Didnt like the fact dat Im d femes blogger in this....... world?? Heh!
2 comments:
zira..
nice post. memang cover semua isu yang dah berlaku kebelakangan ni ;) updatela lagi.. hehe, padahal org pon jarang update.. :P
Wan Ika,
Orang update bila ada idea je..
Yang baek dari Allah,yang buruk dari diri orang sendiri..
Thanks singgah baca! (",)
Post a Comment