Friday, April 4, 2008

Bersangka Baek..

Aku dapat merasakan aura ini.. Aura yang aku tak sukai.. Aura negatif.. Aura berwarna hitam.. Aura sisi gelap.. Dan juga aura2 yang seangkatan dengannya.. Bukannye nak mempromosikan Aura Seri mahupun Aura Genius keluaran syarikat2 tertentu, tapi nak memperkenalkan kepada aura2 yang terdapat di sekeliling aku pada kali ini..

Dengan sebab itu, aku teringin nak menulis tentang bersangka baek.. Mungkin ramai antara kita tak tahu bahawa bersangka buruk itu adalah berdosa.. Jika aku salah, maafkanlah aku dan perbetulkanlah aku.. Aku cuma mendengar.. Mungkin apa yang aku dengar silap, dek lantaran tidak membuang najis telinga terlebih dahulu sebelum pergi mendengar ceramah.. Ataupun mungkin kerana mata yang begitu layu dek kerana syaitan2 gemuk berjaya duduk di atas mata aku.. Ataupun mungkin kerana sibuk mencuci mata dan tersalah pasang niat sebelum pergi menimba ilmu.. Owh.. Maafkan aku.. Aku manusia biasa, yang kalah pada nafsu.. =(

Bersangka baek.. Aku cuba membentuk diri aku ke arah itu.. Berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang diredhaiNya.. Aku jadi pening2 lalat bila mendengar org laen memburukkan org laen.. Aku jadi mual2 bila org laen menceritakan keburukan org laen.. Mungkin kerana aku dalam proses nak memperbaiki diri, jadi bila perkara2 seperti penceritaan kisah negatif org laen diceritakan pada aku, simptom2 seperti org mengandung gamaknya itu datang kepada aku... Dan aku tak suka rasa mual2 dan pening lalat tue.. Huhuhu..

Menjadi pelajar harus belajar.. Bukan sahaja belajar dari buku, tetapi juga belajar dari sekeliling.. Mungkin ramai org tidak mahu melaksanakan konsep bersangka baek ini sebab bagi mereka tak ada faedah.. Tapi harus diingatkan.. Bukan faedah dunia yang kita cari, tapi faedah akhirat sayang.. Err.. Aku sedang mengungkapkan kata2 sayang pada diri aku sendiri.. Jgn perasan ye..

Satu pengalamn yang aku alami sendiri.. Seseorg bertanya pada aku, "Azira, ko satu group ngan Sipolan B/Bt Sipolan ek sem nie? Berhati2 sket ngan dia.. Dia tue pemalas sket.. Suka suruh org wat keje dia.." Kemudian aku mula mengalami simptom2 seperti yang disebut sebelum nie.. Aku cuma cakap, "Owh.." sebab aku dah tak tahu nak cakap ape.. Cuma, aku berusaha bersangka baek terhadap Sipolan B/Bt Sipolan tersebut dan berdoa agar itu hanya gosip2 yang tak masuk dalam Melodi aje.. "Aku tak kena, watpe aku nak percaya..?" Itu yang aku cakap dalam hati.. " Bukannya nak mengamalkan konsep "Dah terhantuk baru nak terngadah" tapi, aku lebih kepada kepercayaan doa itu senjata umat Islam.. Dan oleh kerana aku org Islam, maka aku berdoa dan aku lahirkannya dengan bersangka baek..

Maka, lahirlah post bertajuk Bersangka Baek ini kerana aku dan korg sume pun tahu bahawa Allah Maha Mendengar.. Maka dalam diam aku bersangka baek terhadap mamat/minah ini.. Alhamdulillah.. Setelah aku bekerjasama dengan dia, aku lihat dia ok.. Bagus.. Lebih bagus dari aku.. Aku plak yang sengal sebab K.O sem tue.. Wat keje yang senang2 je.. Asal susah sket, mamat/minah nie yang wat.. Allah tahu aku sedang sangka baek dengan mamat/minah nie.. Maka Allah kabulkan sangka-sangki aku tue..

Alhamdulillah.. Allah Maha Mendengar.. Walau dalam ceruk mana pun aku sembunyikan perasaan aku, Dia tetap dengar.. Walau macam mana hebat pun aku kutuk korang dalam hati aku, Dia juga Maha Mendengar.. So, daripada aku kutuk2 selaen menambahkan jumlah kerutan dimuka serta memburukkan lagi simptom2 penyakit yang sedia ada, lebih baek aku bersangka baek.. Tak rugi pun.. Tak kena bayar duit tol.. Dan itu adalah mengenai bersangka baek..

Mungkin juga kita terlupa, kalu kita bersangka buruk kat seseorg tue, takut2 lambat laun nanti benar sangkaan buruk kita itu.. Kerana Allah boleh ubah hati org yang kita sangka buruk tue menurut apa yang kita sangka.. Owh.. Kejamnya kita kerana bersangka buruk..

Sebab tue la wahai insan yang ceritakan keburukan Sipolan B/Bt Sipolan pada aku sebentar tadi, bila mamat/minah nie satu group ngan ko, dia jadi tak berapa segar.. Dia jadi sedikit sengal.. Kerana kau yang minta dia jd begitu.. Tak gitu? Dan aku bukan nak menunjuk2.. Aku menceritakannya lebih kepada niat supaya semua orang percaya pada faedah kebaekan dan pahala bersangka baek nie.. Macam aku tulis kat entri sebelum nie "Orang bagi kita tahi, kita terus bagi orang bunga.." Err.. Sila rujuk post CTRL C + CTRL V (previous post.. Tajuk: Im tired, Pay It Forward..)

Dan aku dapat merasakan aku mempunyai aura hitam.. Hitam pekat seperti kopi cap Kapal Api.. Aura negatif yang sungguh aktif sehingga aku tak mampu mempasifkannya.. Adakah ada antara kamu2 yang sedang bersangka buruk terhadap aku..? Owh.. Jangan.. Tolong hentikan.. Aku bukan sahaja mengalami pening2 lalat dan juga mual2, malah sekarang terasa seperti mau pitam.. Owh.. Hentikan.. Tolong.. Im begging u.. Betul.. Please.. =(

Seseorg tak mahu berkongsi apa yang dia dapat dengan aku.. Dah aku mesej + YM.. Tetap wat2 tak tahu.. Dah aku berkunjung ke kediaman rasmi beliau mengambil apa yang patut.. Tapi aku tersilap.. Aku telah mengambil sesuatu yang salah.. Sesuatu yang tak sepatutnya aku ambil kerana rupa2nya kamu telah memulangkan apa yang patut pada tempatnya sebelum aku sepatutnya mengambil apa yang patut itu.. Kamu berpura2 dengan aku.. Kamu berpura2 amanah dengan memulangkan perkara yang sepatutnya itu pada tempat yang patut sebelum aku mengambilnya.. Padahal, kamu telah berjanji hendak memberikannya pada aku.. Owh.. Aku terlupakah atau kamu yang terlupa..? Kamu sengaja berbuat begitu agaknya kerana mahu mengurangkan markah 10% aku untuk final exam nnti.. Aku, pada ketika itu memang sedang bersangka buruk.. Sangat buruk mengalahkan kaen buruk..

Tapi aku tepis cepat2.. Jahat nye syaitan.. Syaitan2 tersebut hampir berjaya memegang trophy akibat dari kegagalan aku pada awalnya dalam mengawal nafsu marah.. Cube untuk bersabar dan mencari initiatif laen.. Alhamdulillah.. Allah Maha Besar.. Dapat jugak apa yang aku nak.. Thanks untuk **** kerana bantu aku.. Allah Maha Adil.. Kalu ade 1 org cuba nak jatuhkan aku, Allah bagi 100 org untuk tolong aku.. Kena mintak.. Dengan doa.. Kalu tak mintak camne nak dapat kan..? Alhamdulillah sgt2.. Inilah dugaan yang datang dalam bentuk kebaikan.. Bersyukur dalam menerimanya..

Dan pada waktu laen, aku pula melakonkan watak kamu.. Dan kamu melakonkan watak aku.. Aku dapat lihat ketakutan pada wajahmu itu.. Ketakutan kerana mungkin kamu sdg fikir aku akan wat perkara yang sama kamu wat pada aku.. Owh beb.. Kita berbeza.. Aku tidak mahu menjadi seperti kamu.. Aku ingat kata2 Rasulullah bila sahabat bertanya pada Baginda " Kenapa perlu kita buat kebaekan pada org2 yang membuat kejahatan dan kezaliman terhadap kita..?".. Kamu tahu apa Rasulullah cakap? Baginda kata, "Adakah perlu aku membuang kebaekan ku semata2 kerana keburukan yang meraka lakukan terhadap aku..?" [Lebih kurang.. Tak berapa ingat sgt.. ] Owh.. Alangkah indahnya jawapan itu.. Dan jawapan itu juga aku tujukan pada kamu..

Aku sedikit jahat.. Aku biarkan kamu sedikit ketakutan.. Aku biarkan kamu sedikit was2..Aku biarkan kamu sedikit cemas.. Kerana aku mahu kamu tahu apa perasaanya diperlakukan begitu dan setelah kamu merasainya secara life, maka kamu tidak melakukannya lagi pada org laen.. Kerana kamu dah tahu, betapa susahnya dan sakitnya dan ngerinya berperasaan begitu.. Kamu mencari2 benda yang sepatutnya itu dari aku.. Aku cuba wat2 tak tahu.. Betapa serba salahnya hati aku wat2 tak tahu.. Aku bukan ingin mengurangkan 10% kamu itu.. Tidak! Takde niat.. Aku cuma ingin lihat kesungguhan kamu dalam mengambil benda yang sepatutnya itu daripada aku dan bagaimana reaksi kamu ketika itu..

Dan aku dapat rasai aura kemarahan kamu itu sewaktu mengambil perkara sepatutnya itu dari aku.. Dan aku sebenarnya boleh je nak memulangkan perkara sepatutnya pada tempat sepatutnya sebelum kamu sempat mengambilnya dari aku.. Sebagaimana kamu lakukan pada aku dulu.. Tak ingatkah kamu? Tapi aku tak mahu wat begitu.. Kerana aku khuatir, jika aku seorg cuba menjatuhkan kamu, akan ada 100 org plak cuba menjatuhkan aku.. Nauzubillahiminzalik.. Aku tidak mahu begitu.. Kerana aku pernah melihat kejatuhan tersebut di hadapan mata aku.. Aku cuba untuk menjadi bijaksana wahai kamu.. Dan aku juga berharap kamu juga cuba untuk menjadi bijaksana juga.. Er.. Jadi sila rujuk Post: Seringkali.. Hehehe.. =)

Jadi, aku sebenarnya ingin mengajak aku sendiri dan kamu yang terlibat serta kamu yang tak terlibat mengamalkan sikap bersangka baek.. Jangan terus percaya gosip2 yang datang.. Tak semestinya betul.. Lakukan ujikaji sebelum mempercayainya.. Cewah.. =P

Dan aku juga sebenarnya ingin mengajak aku sendiri dan kamu yang terlibat serta kamu yang tak terlibat agar jangan mengamalkan sikap dengki-mendengki sehingga berdaki.. Yeehaa!! Kerana bagi aku, kalu nak dengki2, jadi donkey laa.. Muahaha.. =X

Dan aku akhiri post kali ini dengan ucapan.. Maaf!

P/s: Dan memang ada satu keadaan atau tempat yang mana kita memang perlu bersangka buruk.. Keadaan apa tue? Keadaan bila lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua-duaan.. Maka yang ketiga adalah syaitan.. Macam2 ley terjadi.. Elakkan.. Cuba bersangka buruk dalam keadaan sedemikian.. Walau macam mana rapat atau kenalnya kita denga Sipolan tersebut, tetapi disebabkan perbezaan cas (jantina) yang nyata dan tiada hubungan kekeluargaan yang mengharamkan perkahwinan, maka elakkan.. Khuatir ada garpu terbang dari pinggannya.. *kerut2*

2 comments:

Anonymous said...

nice story, cuma tak berapa faham melainkan orang yang makan cili tersebut. thanx for sharing because you care ;)

AziRa AziZ said...

Wan Ika,
Hehehe..
Tak tau la org yg makan cili tue akan terasa pedas atau tak..
Sebab ayat2 yg digunakan sggh akustik dan romantik..
Ngeh3.. =P