Seringkali kita suka menyalahkan orang laen tanpa cuba mengkaji dan meneliti bahawa kemungkinan kesalahan tersebut adalah berpunca dari diri sendiri..
Seringkali juga kita memandang rendah keupayaan orang laen sedangkan orang tersebut mempunyai kelebihan serta kebolehan yang jauh lebih baek dari diri kita..
Seringkali juga kita memandang terlampau tinggi akan keupayaan dan kebolehan seseorg tetapi padahal kita dan mereka, sama sahaja..
Semua peristiwa itu memang seringkali terjadi dalam kehidupan kita di dunia ini.. Kehidupan yang merupakan pentas lakonan.. Setiap seorang memaenkan peranan dan watak masing2.. Pelakon yang berpewatakan antagonis.. Pelik dan menjelikkan.. Jika dilihat-lihat semula dalam kehidupan kita yang sebenar, memang ada segelintir manusia yang berpewatakan begitu.. Apa nak di kata.. Memang dunia adalah pentas lakonan.. Sebagaimana setiap pelakon yang melakonkan watak dalam filem/drama akan diberi ganjaran; begitu juga dengan lakonan kita di dunia yang sebenar ini.. Semuanya akan diberi ganjaran berupa balasan syurga atau neraka di akhirat nanti.. Pilihan di tangan kita.. Apa yang kita pilih? Tepuk dada, tanya iman..
Fitnah2 dan umpatan2 berleluasa di sana sini.. Mudah benar mulut menyebarkan umpat.. Lancar benar mulut menyatakan fitnah.. Semuanya dibuat tanpa rasa sedikit takut pun pada balasan akhirat.. Ada yang mengetahui mengenai pembalasan tersebut, tetapi terus-terusan juga melakukan perbuatan munkar tersebut akibat rasa seronok dan keghairahan dalam menceritakan perihal orang laen.. Lebih2 lagi perihal yang memburukkan.. Owh.. Hentikanlah perbuatan yang sia2 itu.. Tidak mendatangkan faedah.. Malah merosakkan hubungan sesama insan.. Tidak kira apa bangsa, apa agama.. Tidakkah kita sedar..?
Jauhkanlah diri dari sifat suka menyalahkan orang laen..
Jauhkanlah diri dari sifat suka memandang rendah pada orang laen..
Jauhkanlah diri dari sifat suka menyebarkan keburukan orang laen..
Kerana sifat2 ini tak memberikan sedikit faedah pun.. Bahkan merugikan..
Di sini, aku belajar erti "talam dua muka" yang sebenar..
Disini jugak, aku belajar apa erti "kambing hitam"..
Disini jugak, aku belajar erti "loves everyone, trust a few"..
Disini jugak, aku belajar erti "never neither overestimate nor underestimate people around u"..
Aku belajar segala2nya disini..
Bodoh la aku sekiranya aku tidak mengambil sebarang pengajaran daripada apa yang telah aku pelajari selama ini.. Mempelajari sesuatu yang tidak ada di dalam buku.. Mempelajari sesuatu yang seringkali kita dengar ianya merupakan guru yang TERHEBAT! Apa ia? Pengalaman..
Aku ingin sekali menjadi orang yang bijaksana.. Iaitu orang yang sentiasa memandang ke 'sana'.. Orang yang belajar daripada pengalaman orang laen.. Agar dapat menjadi lebih berhati2, agar kesilapan tidak terjadi pada diri sendiri..
Tetapi, seringkali aku menjadi orang yang bijaksini.. Iaitu orang yang sentiasa memandang di 'sini' tanpa mahu memandang ke 'sana'.. Orang yang belajar daripada pengalaman diri sendiri.. Atau dengan kata laennya, " Sudah terhantuk, baru terngadah".. Bilakah aku mahu mengangkat mukaku lalu memandang ke 'sana'..? Sendiri mau ingat! Allah takkan mengubah naseb sesuatu kaum, melaenkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka..
Aku khuatiri, aku sangsi, aku jadi takut.. Andai2 waktu dan tika ini aku tergolong dalam golongan ini.. Golongan orang2 yang bodoh.. Kenapa begitu? Ini kerana, org2 yang termasuk dalam golongan ini tidak memandang ke 'sini' apatah lagi ke 'sana'.. Tidak belajar apa2 melaenkan terus-terusan melakukan kesalahan.. Paling buruk, melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali.. Itulah yang dinamakan bodoh.. Bodoh kerana tidak mahu belajar.. Bodoh kerana tidak mahu di ajar.. Dan maafkan aku sekiranya perkataan ini berbunyi kasar bagi sesetengah orang.. Bukan maksud menyinggung sesiapa.. Tetapi lebih kepada memperingatkan diri sendiri.. Dan sekiranya ada yang tersinggung, MAAFKAN aku.. Ini bukan untuk kamu.. Ini untuk aku..
Hentikanlah menjadi bodoh, beralihlah kepada bijaksini.. Tetapi, jangan terus-terusan berpuas hati dengan diri sendiri.. Dari bijaksini pula, upgrade lah ia dengan kebijaksanaan..
Hentikanlah dari menjadi bodoh dengan asyik menyalahkan orang laen.. Satu jari kita tuding pada orang laen, ada 4 jari lagi yang menuding ke arah diri sendiri..
Hentikanlah menjadi bodoh dengan selalu memandang rendah orang laen.. Kerana mungkin orang itu, jika diberi peluang dan ruang membuat perubahan, maka mereka boleh menjadi lebih hebat dari diri kita sendiri..
Hentikanlah menjadi bodoh dengan selalu mengagung-agungkan kehebatan serta kebijaksanaan orang laen.. Mereka juga manusia biasa.. Apa yang di atas, pasti akan merasa keadaan dibawah suatu hari nanti.. Apa yang dibawah, pasti akan merasa keadaan di atas suatu hari nanti.. Ada perkara yang membezakan apa yang di atas dan apa yang di bawah.. Beza itu adalah usaha.. Ye, usaha!
Sayangnya Tuhan pada aku, kerana masih lagi memberikan aku kesempatan untuk membetulkan diri sendiri.. Berlipat kali ganda kasih Allah pada seorg hambaNya berbanding kasih seorg ibu pada anaknya.. Owh.. Maafkan aku Tuhan kerana seringkali terleka.. Maafkan aku.. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat kasih sayangNya.. Amiin.. InsyaAllah..
4 comments:
ya..aku tak suka orang yang suka melemparkan segala kesalahan pada aku. tapi yang sedihnya ada pula third party kata aku pulak yang melemparkan segala kesalahan pada seseorang ni. apa2 pun, terima je la hakikat memang ada manusia sebegini. kita pun tak terkecuali juga..
Fidzam,
Sebab tue la kita perlu muhasabah diri..
Memperbaiki diri menjadi lebih baek..
InsyaAllah..
Tq.. =)
zira..
wah, mendalam betul post ni.. adakah saya pun tergolong dalam golongan yang zira tegur? kalau ye, tolong ingatkan kerana kadang-kadang kita tak sedar. kawan kitalah yang jadi cermin untuk kita.
betul pe yang zira cakap.. jangan terlalu pandang rendah diri sendiri dan jangan pula terlalu mendabik dada. kalau dari segi amalan, pandanglah orang yang lebih baik dari kita, kalau dari segi harta, pandanglah orang yang lebih susah dari kita. moga itu jadi panduan untuk kita terus berusaha perbaiki diri dan bersyukur dengan nikmat yang Allah beri..
Wan Ika,
Thanks for reading and kongsi pendapat..
Actually, post nie untuk diri sendiri..
Dan juga org laen yang sudi berkongsi untuk muhasabah diri..
Huhuhu..
Post a Comment