Monday, February 23, 2009

Tag 7

Berhutang tag ngan Aween.. So here it goes!


Law and Order:
1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!
2. DON'T change your clothes and DON'T fix your hair. Just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with the picture.
5. Tag 10 people to do this: -None-

1. If your lover betrayed you, how will you react?
I'll go to lab, and doing some chemical reaction experiment.. o__O


2. If you can have a dream come true, what it would be?
I want to be genius, so i dun have to studi.. Ahahahaha..


3. Whose butt would you like to kick?
Israel army


4. What would you do with a billion dollar?
I'll enter OIAM to win another one million dollar.. Hohoho..


5. Would you fall in love with a best friend?
Not sure.. Maybe yea, maybe not..


6. Which do you think is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Both!


7. How long do you intend to wait for someone you really love?
Suddenly, this dangdut song come over cross my mind..

"Cepatlah abang cepat pinang, bulanlah depan kita bersanding.."

Aha! =P


8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

Do nothing..


9. If you were to act with someone, who would it be? Your bf/gf/ or actor/actress?

Johny Deep in movie Astronaut Wife 2


10. Would you invite your ex bf/gf to your wedding?
Wow! Maybe not..


11. How would you see yourself in 10 years time?
Someone's wife, someones' mother, weight increasing but body is still slim.. Hahahaha..


12. What's your greatest fear?
Choosing the wrong decision


13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Love Siti Nurhaliza very2 much!


14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Married and Rich.. Hoho..


15. What's the first thing you do when you wake up?
See next to my bed and ask a question to myself, "Where is my rumet/ lil sis?"

Or maybe, check nset and ask the requently ask question to myself, "What time is it?"

Ciri2 org ber"Subuh Gajah"


16. Would you give all in a relationship?
Of course!


18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing someone has done?
I'll forgive; but to forget, it depends..


19. Do you prefer being single or having a relationship?
Being married.. o__O


Yeay! Finally, done it!

Tag 6

Kena tag ngan Patt.. Jadi, inilah dia!!! Ehehehehe.. Taraaaaaaa!!!!

Ready??

Set.. Go!

The Rules:
It’s harder than it looks. Copy to your own note, erase my answer, enter yours and TAG 10 people. Use the first letter of your name to each answer of the following questions. They have to be real, nothing made up!

If the person before you had the same initial, you must use different answers. You cannot copy any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.
Have fun!

1. What is your name: Azira

2. A four letter word: Ayah

3. A boy’s name? Adi

4. A girl’s name? Amira

5. An occupation: Actress

6. A color: Amethyst

7. Something you wear: Apron

8. A food: Asam Pedas (Nyum.. Nyum..)

9. Something found in the bathroom: Ampaian

10. A place: Africa

11. A reason for being late: Alarm clock tak berbunyi (Ke aku yg tak dengau??)

12. Something you shout: Alamak!!

13. A movie title: Anak Halal

14. Something you drink: Apple Juice

15. A musical group: Alvin and The Chipmunks ( Can arr? Hahaha..)

16. A street name: Asahan

17. A type of car: Avanza

18. A song title: Aku Punya Kamu by Faizal Tahir

19. A verb: Adorable

And now I'll tag:
1) Wan Ika
2) Kak Bie
3) Kak Ila
4) Asma
5) Aween
6) MeeMa
7) Alee
8) Anee
9) O__0 Kak Sakinah (Sila wat dalam ruangan komen yea! Hehehehe..)
10) o__O Faizal Tahir

Hahahahaha...

P/s: Ramai giler org nak tgk cite Upin dan Ipin.. Arghhh!!

Sunday, February 22, 2009

Sedih dan Kecewa

Aku rasa pagi nie ingat nak wat tag yg diberi oleh Patt, tetapi setelah baca blog Mazidul mengenai Blog Kurang Ajar, sense of humor aku telah hilang dan membuatkan pagi aku menjadi kurang ceria..

Apa yang aku harapkan, pandangan penulis pada blog tersebut tidak mewakili pandangan seluruh rakyat Indonesia khasnya.. Tulisan umpama pedang.. Boleh mempengaruhi hala tuju dan pemikiran seseorang.. Oleh kerana itu, kita tidak boleh membaca dari satu sumber sahaja.. Bacalah dari banyak sumber.. Kerana jika kita bertuankan pada satu orang sahaja, kemungkinan untuk sesat adalah besar.. Membaca dari byk sumber tidak merugikan.. Malah, mungkin kita boleh membuat perbandingan pro-kontra sesuatu topik itu..

Sewaktu menulis jugak, elakkan diri dari dikuasai emosional.. Kerana emosional untuk boleh diumpamakan seperti toxic substance yang mampu melepasi blood brain barrier dan seterusnya menghilangkan pertimbangan akal yang waras.. [Asainmen Toksik.. Hehehehe..] Ye, emosi yang baik seperti sifat romantik, kasih sayang biarlah dikekalkan.. Tapi, emosi yang buruk perlulah dikawal..

Aku pun pernah menulis ketika emosi tak stabil.. Bila baca balik tulisan/ post tue, rasa buruk betul.. Nyampah! Dan bagi aku, tulisan pada blog tersebut amatlah buruk! Maaf! Tetapi, itu pendapat aku yang pernah dikacau oleh pekerja2 negara tersebut ketika melalui satu jalan yang sedang dalam pembinaan.. Rasa seperti mahu tunjukkan "my beautiful Fu*king finger" tapi tak sampai ati dan masa tue aku bukan dikuasai emosional... Owh.. Owh.. Owh..

Sebelum aku dikuasai emosional, baek aku beredar.. Dan aku menghormati negara jiran kerana aku juga mempunyai kawan dari negara tersebut dan kerana kita adalah serumpun..

Sekian, Terima Kasih..

P/s: Aku mahu menari!

Wednesday, February 4, 2009

Anak Betong

Bila orang tgk cite Kekasihku Seru, aku plak menyeru2 katil aku nak tido tapi tak dapat tido sebab area tv dok nya atas katil aku.. Hebat sungguh daya tarikan Waris..

Bila org tgk cite Puaka Niyang Rapik, aku dengar lagu2 yg ada dalam laptop aku, lagu2 yg merepek.. Hebat sungguh daya tarikan Ustaz Amirul..

Tapi maaf Waris.. Maaf Ustaz Amirul.. Walaupun kamu berdua berjaya menarik penonton lain untuk menonton citer2 kamu, tapi saya tidak.. Saya cuma menontonnya sekali dua dengan alasan, "Aisyyy.. Malas aku nak layan cite hantu.." Ke sebab aku penakut? Hehehehehe..

Tapi bila tiba cita Anak Betong, aku macam tak sabar2 nak tgk cite tue.. Siap dah dok ngadap depan tv lg, padahal cite lum stat lg.. Ntah apa jampi serapah ntah aku dah kena.. Tapi, aku rasa aku suka tgk cite nie.. Mungkinkah kerana ada Shiela Rusli a.k.a Malika atau mungkinkah kerana ada Hairi Othman a.k.a Hassan?

Kenapa aku suka tgk cite nie?

Ada beberapa sebab aku rasa.. Antaranya ialah, setiap kali abes cite nie, para pelakon akan berselawat.. Mereka akan membawakan tasbih atau selawat shifa'.. Cumey.. Bila tgk tue, rasa cam diorg nie penasyid plak.. Cumey sgt2.. I like! Aku yg daripada tak-berapa-hafal-sangat-selawat-shifa' telah bertukar menjadi telah-hafal-selawat-shifa'-tapi-still-tak-tau-terjemahannya..

Sebab yg lain plak, aku rasa bacaan Quran Hairi Othman dalam cite Anak Betong adalah amat baik.. Bagi aku la.. Mungkin aku salah dengar + tak tau pjg pendek bacaan.. Huhuhuhu.. Tapi, aku rasa bacaan dia bagus.. Bagus yg bagus.. (",)

Aku lebih suka Hassan dari Waris.. Walaupun watak kedua2nya dibawakan oleh pelakon yg sama.. Tahniah Hairie Othman!

Mungkin perkara yg sama perlu dilakukan oleh rancangan2 tv yg laen.. Contohnya, kalu cite pasal kenderaan (Cth cam Impak Maksima, Remp-It), maka akhirkan cite tue dengan para pelakonnya membaca doa naek kenderaan.. Doa, jika dibaca dalam nada berlagu (seperti selawat td) pasti akan mudah diingat dan dihafal.. Cadangan ini diberikan sempena aku-yg-masih-tak-hafal-doa-naek-kenderaan.. Heeeee.. *malunya*

Atau mungkin dalm rancangan2 masakan, boleh diakhirkan dengan bacaan doa sebelum dan selepas makan.. Cadangan lagu adalah lagu daripada Kumpulan Raihan.. Sodap didengar, simple dan siap ada terjemahannya sekali.. Mungkin lagu nie boleh dikeudarakan di kafe2 terutamanya kafe kejut sebab aku adalah orang-yang-hafal-doa-makan-tapi-bila-nak-makan-baca-Bismillah-je-atau-kadang2-terus-ngap-masuk-makanan-dalam-mulut-sebab-lapo-sangat.. Huhuhuhuhuhu.. Teruk betul! *malu lagi* =(

Apa2 aje cadangan aku, itu hanyalah cadangan yg datang dari seorang hamba Allah yg masih lagi byk doa dan selawat yg masih tidak dihafalnya.. Maaf, kerana memberikan cadangan yg mementingkan diri sendiri.. Akhir kata, jom hafal doa dan selawat sama2! (",)

Selamat Menonton cerita Anak Betong!

P/s: Kepada yg dah akil baligh, jangan lupa hafal doa mandi wajib.. Peace!

Tuesday, February 3, 2009

LePaKinG

Shareen bosan.. Tersangatlah bosan pada hari tue.. BerS.M.S dengan Syafa, katanya nak datang ke bilik.. Tapi, seperti biasala.. Disebabkan Syafa memang rajin giler melepak bilik aku, maka dapat dibuat kesimpulan bahawa bilik aku adalah bilik Syafa.. Bilikku bilikmu jua.. =P Maka datanglah Shareen ke bilikku a.k.a bilik setinggan Che Pa..

Cite kat TV pun xde yg best ari tue.. Xtau nak wat ape.. Maka Shareen telah berkongsi dengan kami videoklip2 yg klako.. Xmau citer pjg arr.. Tgk sendiri.. Hehehehehehehe...



:: 1 :: Sometimes, guys didnt get it.. We do it for you.. (",)








:: 2 :: Usually people will say, "Dun drink and drive". I think, "Dun drink and flirt" must be take into d consideration too.. =P





Lirik turut disertakan pada sidebar!




:: 3 :: You wanna be a model? Think twice!






P/s: Shareen suruh aku promote nama dia dalam blog.. Nah, amek nie!


Shareen Grunsin



Tag 5

Have been tageed by Asma Jafar. This nice girl is one of my coursemate in UK Malaysia.. Dan setiap orang yg men"tag" saya, pasti akan dapat ayat nie.. Tanpa ada pilih kasih mahupun kasihan, saya tujukan ayat yang sama wat beliau.. "Asma, nakai ek ko tag aku! Cubit kang!"

Heeeee... =P

-----------------------------------------------------------------------------------

describe 7 things about the person who tagged you...

1) My coursemate
2) Kami gi ice skating sama2
3) Kami dak kelas bioproses yg ahlinya adalah seramai 8 org sahaja (luv dat class!)
4) Dia wat tesis yg berkaitan ngan programming
5) Saiz badan yg kecik, memudahkan utk dibuli =P
6) Lemah lembut orgnya..
7) Seorang blogger..

-----------------------------------------------------------------------------------

describe 7 things about yourself...

1) Walaupun muka saya nampak cam berani, tetapi sebenarnya saya takut2 berani jah
2) Walaupun muka saya nampak cam seorang yg kuat, tetapi sebenarnya saya seorg yg mudah menangis..
3) Walaupun muka saya nampak cam xde perasaan, tapi sebenarnya saya seorang yg sangattttttttttt pemalu..
4) Walaupun muka saya nampak cam selamba, saya sebenarnya tidak tahu menari samba.. Hahahaha..
5) Walaupun muka saya nampak cam org kuat studi, tapi sebenarnya saya seorang yang sangat kuat stido.. Eh silap.. Tido!
6) Walaupun muka saya nampak cam orang yang banyak bercakap pok-pek-pok-pek-pok-pek, tapi sebenarnya saya seorg yg xtau nak cakap bila ada masalah.. Diam2, ngadap dinding bilik tido, layan perasan.. Huhuhuhuhu...
7) Walaupun muka saya nampak garang, tapi sebenarnya saya adalah seorang yang gila2 (jika anda kenal saya) dan seorang yang garang juga.. Heeeee..

Sebagai kesimpulannya,

Dun Judge The Book By Its Cover

Sunday, February 1, 2009

Tag 4

Di tag oleh Wan Zulaikha Wan Hamidon, Matrik Nombor A10--- (tak ingat), pelajar biochem eng di salah sebuah universiti tempatan terkenal di Malaysia.. Hehehehehe.. Cewah!!

:: 1 :: I am a...

Muslimah
:: 2 :: I want to go here..
Japan

:: 3 :: Favourite place..

Home Sweet Home


:: 4 :: Favourite colour..

Violet


:: 5 :: Favourite food..

Kuew Teow Kung Fu.. Wacha!!



:: 6 :: Favourite drink..

Fresh orange



:: 7 :: My school..

MRSM Terendak, Melaka




:: 8 :: Favourite story..

Hana Kimi (Japan)




:: 9 :: Born in..

Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan
(Now, known as Hosp. Tunku Ampuan Najihah)




:: 10 :: My hobby..

Tido.. Heeeee...




:: 11 :: Live in..

College




:: 12 :: I wish for a..

Happiness in this world and in the world here after.. Amiiin..


P/s: Best gila naek banana bot.. (",)

Friday, January 30, 2009

Mati itu pasti..

Aku terburu2 pulang ke rumah ari Khamis (22 Jan 2009, 25 Muharam 1430) yg lalu.. Xtau kenapa.. Tanpa alasan.. Tapi hati nie begitu meronta2 nak jugak balik ke rumah.. (background music: Aku ingin pulang; dari iklan Petronas)

Sesampai di stesyen komuter UKM, aku tipon mak aku..

Aku: Salam ibu.. Along balik tau ari nie..
Ibu: Ha?? Balik?? Dah katne nie??
Aku: Baru kat stesyen komuter UKM nie.. Ibu katne tue?
Ibu: Kat hospital ni ha.. Wan Ngah sakit.. Ibu tolong jaga..
Aku: Bla.. Bla.. Bla..
Ibu: Bla.. Bla.. Bla..

Aku sampai kat umah kol 2.30 petang.. Mak aku pun dah ade kat umah waktu tue.. Baru balik dari sepital katanya.. Aku pun tanya bila lagi mak aku nak lawat Wan Ngah.. Petang tue jugak pegi dalam kol 6.30 petang, mak aku nak suapkan makanan untuk Wan Ngah..

Kenapa aku nak sangat lawat? Sebab dulu, pernah masa kat matrik, masa tue Wan Ngah sakit masuk sepital jugak tapi aku tak gi lawat.. Bajet bagus aku nie!! Huh!! Bila mak ayah aku datang lawat aku, Tok Ngah ada sekali.. Rupa2nya mereka sume baru lepas lawat Wan Ngah kat sepital.. Tok Ngah, umur dah masuk 90 waktu tue; pendengaran pun tak berapa baek.. Pertuturan pun tak berapa lancar.. Orang akan kurang paham sket apa yang dia cakapkan..

Tapi, ntah nape tiba2.. Bila aku salam Tok Ngah dia pandang aku dan cakap sesuatu.. Pertuturannya memang aku tak berapa faham, tapi aku dapat tangkap apa yang dia cuba nak sampaikan.. "Kenapa tak gi lawat Wan Ngah?"

Aku terkelu.. Wajah aku mungkin dah semacam waktu tue.. Aku rasa sedih... Aku rasa aku jahat sangat waktu tue.. Aah, kenapa aku tak gi lawat?? Budus! Bajet bagus!

Sebab tue la, bila Wan Ngah sakit kali nie, aku betul2 teringin nak gi melawat.. Aku tak mau jadi orang budus, aku tak mau jadi orang bajet bagus.. Aku nak pegi lawat! Dan aku pegi..

Sesampai di sepital, aku tengok Wan Ngah.. Susut badannya.. Susah dia nak menghadamkan makanannya.. Mengalir air dari matanya..

Orang yang melawat di sebelah katil Wan Ngah berpesan, "Jangan ditinggalkan Wan nie.. Tanda2 dah ada.. Telinga dah rapat, hidung dah jatuh.."

Aku lihat Wan Ngah.. Aku berdoa dalam hati.. "Ya Allah, jika umurnya panjang lagi, maka Kau kembalikanlah kesihatannya.. Tetapi jika telah ditakdirkan tiba masanya untuk pergi, maka Kau ambillah dia.."

Sebelum balik, aku salam Wan Ngah.. Aku tahu, bukannya dia kenal aku pun waktu tue.. Ibu aku? Tinggal di sepital menjaga Wan Ngah..

Tanggal 25 Januari 2009, 28 Muharam 1430; Wan Ngah telah kembali ke rahmatullah.. Kami sekeluarga balik ke kampung.. Bacaan Quran dan Yasin dialunkan untuk arwah.. Serius.. Itu pertama kali aku melihat jenazah.. Ada sedikit perasaan takut dan cemas.. Tapi, aku lawan juga.. Aku bacakan Yasin buatnya.. Aku duduk di hadapan bahagian kepalanya..

Kami sekeluarga turut pergi sehingga ke majlis pengebumian yang berlaku keesokan harinya.. Itulah jugak pertama kali aku melihat jenazah dikebumikan (jauh sedikit), itulah jugak kali pertama aku mendengar talkin secara live..

Adek aku berkata, "Insaf dan tersedar aku tengok tadi.. Ko Long?".. Aku diam.. Aku rasa seperti mau demam..

Walaupun dah balik ke kolej, aku masih terkesan lagi dengan peristiwa yang baru berlaku.. Setiap kali tidur pada malam hari, aku pasti akan terjaga dengan tiba2.. Masih hidupkah aku? Owh.. Jika diambil nyawa aku ketika ini, sudah pasti amalan belum cukup untuk membela diri di alam yang satu lagi.. Akulah umat akhir zaman, yang cintakan dunia dan takutkan mati.. Owh..

Aku berdoa pada Allah agar aku mati dalam Iman.. Agar kedua ibu bapaku dan adek beradekku juga mati dalam Iman.. Penamat hidup penuh kebaekan.. Amiin..

"Aku diam" - Ye Angah, Alang and Adi.. Aku rasa insaf.. Aku rasa sedar.. Aku tak mampu nak luahkan..

Wan = Nenek
Tok = Atuk
Ngah = Angah = Anak ke-2

Wat rakan2 Muslim, mohon jasa baek sedekahkan Al-Fatihah wat beliau yang bernama Halimah Abd Majid.. Terima Kasih..

Palestin

Mungkin pos nie akan dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh sesetengah pihak, tapi arghhh.. Peduli apa.. Nak juga publish! Hee.. Bacalah dengan hati terbuka.. Semoga ianya dapat menjadi peringatan buat diri ini dan semua.. Peace No War!!

Sedang seluruh dunia bergembira menyambut suasana tahun baru 2009 dengan percikan bunga api, rakyat Palestin pula sedang berusaha mempertahankan tanah air mereka daripada percikan dan bedilan peluru bertubi-tubi daripada tentera Israel.. Sungguh kejam tindakan mereka itu.. Kenapa perlu kanak2 dikorbankan juga? Tidak terbayangkah mereka akan apa perasaannya jika perkara yg sama terjadi kepada anak2 mereka? Kepada ahli keluarga mereka? Sesungguhnya, bangsa Yahudi adalah bangsa yg sombong dan bongkak.. Cuba untuk menuntut sesuatu yg bukan hak iaitu tanah Palestin, dan cuba untuk meruntuhkan sesuatu yang mulia iaitu Masjid Al-Aqsa..





Sebagai seorang yg beragama Islam, pasti akan terbit perasaan marah, sedih, benci terhadap segala apa yg berlaku terhadap rakyat Palestin kerana mereka adalah saudara seagama kita.. Dan bagi orang yg bukan beragama Islam, pasti mereka juga akan turut merasai perasaan yg sama kerana tebalnya sifat kemanusiaan dalam diri mereka.. Semua agama mengajar penganutnya mencintai kebaekan.. Tiada agama yang mengajar penganutnya mencintai keburukan.. Itu sudah pasti.. Melaenkan penganut itu sendiri merosakkan ajaran yg dianuti..

Zionist – Yahudi yang merasakan hanya diri mereka yang terbaek, hanya diri mereka yang layak berada di tempat yang tertinggi dan mulia.. Yang laen? Hanya bagaikan anjing suruhan mereka.. Lihatlah Amerika.. Betapa Amerika telah berjaya menjadi anjing suruhan mereka yang paling taat setia tidak berbelah bahagi.. Sungguh malang.. Sungguh sia2.. Sedang seluruh dunia bersorak-sorai meraikan kemenangan Obama, aku hanya berpegang kepada tunggu dan lihat.. Apalah guna kalu pemimpin bertukar warna kulit tetapi warna hati tetap sama.. Peperangan perlu dihentikan.. Apakah akan ada perubahan?

Perubahan


Lihat sahaja barang2 yg berada di dalam bilik/rumah kita.. Daripada barang makanan, pakaian, barang mandian sehinggalah barang2 asas; semuanya telah memberikan sumbangan berupa sebutir peluru kepada saudara2 kita di Palestin.. Mungkin kita tidak dapat membantu dari segi tenaga untuk melawan tentera Zeonis kejam yg dilaknat Allah itu di dalam medan peperangan.. Tetapi ada satu perkara yg boleh kita lakukan – boikot.. Ya, BOIKOT!



Jadi, aku yang beragama Islam, yg mempunyai rasa perikemanusiaan dengan rasa rendah diri dan penuh simpati menyeru dan mengingatkan kepada diri aku dan semua yang sudi diingatkan dan sudi berjihad agar memboikot segala barangan keluaran atau yang ada kaitan dgn Israel dan Amerika.. Jika tidak mampu untuk berjihad secara besar2an (iaitu boikot semua produk sekaligus), maka boikotlah secara perlahan2 dan kecil2an tetapi kekal dan berpanjangan (boikot sikit2 lama2 jadi bukit).. Perjuangan ini tidak tertumpu kepada orang Islam sahaja, malah orang bukan Islam juga memainkan peranan.. Ini merupakan salah satu cara untuk menunjukkan bahawa tidak kira apa agama dan bangsa, kita membencikan peperangan.. Peperangan yg mengorbankan anak2 kecil yg tak berdosa.. Masih adakah rasa kemanusiaan dalam diri kita?

Boikot sahaja tidak mencukupi.. Bagi golongan yang cerdik pandai dan professional, inilah masanya untuk menghasilkan produk keluaran Negara sendiri.. Kita sekarang terlampau bergantung kepada Israel dan Amerika.. Segala barangan adalah buatan mereka.. Bukankah itu menyedihkan??







Gambar2 tersebut sudah cukup untuk membuktikan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.. Tersangatlah kejam kerana hospital juga turut dijadikan tempat sasaran yang “tersasar”. Jika gambar2 dan tulisan pada post kali ini tidak berjaya menyentuh sedikit pun hati yg membacanya, maka ianya adalah kerana kekurangan diri aku sendiri.. Maaf dipohon.. Akhir kata, marilah kita sama2 berjuang, biarpun sedikit dan kecil, ia tetap digelar perjuangan jika dibandingkan dengan tanpa berbuat apa2.. JOM BOIKOT!!!!!!

“We do the best, Allah do the rest”


Berikut merupakan antara laman2 web yg boleh diikuti untuk mengetahui apakah barangan yg perlu diboikot:

Boikot 1


P/s: Ye.. Ye.. Aku pun rasa cam susah nak boikot barang2 tertentu.. Tp kita kena wat jugak.. Itulah jihad kecil yg mampu kita lakukan.. Huhuhuhu.. Selamat tinggal Kotex..

[Pos ini ditulis pada hari ke-23 tentera Israel menceroboh Gaza]

Tuesday, January 6, 2009

Tag 3

Hv been tagged by Wan Ika.. Nakai ek??!! Cubit kang.. =P

1) Do you think you’re hot?
Of course, I do.. *dgn mimik muka tak konfiden*

2) Upload your favourite picture of you.




3) Why do you like that picture?
Coz its not the real me?? Hahaha..

4) When was the last time u ate pizza?
Hujung bulan Oktober 2008, juz b4 final exam.. Makan kat foyer fak kejut.. Eh silap.. FKAB

5) The last song u listened to?
Situasi by Bunkface

6) What are u doing right now besides this?
Makan jambu batu cicah serbuk asam.. Nyum3..

7) What name would u prefer besides yours?
Ek?? *konpius*

P/s: Saya ada cita2 baru.. Saya ingin menjadi pengacara rancangan "Jalan2 Cari Makan". Ada bakat tak?? =P

Friday, January 2, 2009

Selamat Datang


Selamat Datang Tahun 1430 Hijriah

Selamat Datang Tahun 2009 Masehi

---------------------------------------------------------------------------------

Macam mana tahun 2008?? Ade yang kata, "Manyak ong punya!", dan tak kurang pula ada yang kata sebaliknya.. Bagi aku, 2008 merupakan satu tahun yang menguji kekuatan zahir dan batin aku.. Eeh.. Cam porno plak pernyataan tue.. Tapi, zahir di sini bermaksud kekuatan fizikal dan batin plak kekuatan emosi.. Ketahanan fizikal dalam menaiki tangga ke bilik aku di aras 4 dan ketahanan emosi aku dalam menangani stress.. Hehehehe.. *poyo je*

Dalam kita bersuka-suki, jangan lupa ada yang berduka-daki.. *sesuka hati buat imbuhan*

Buat yg muslim, jangan lupa doakan kesejahteraan muslim yang laen.. Yang teraniaya, terkorban, menjadi mangsa pihak yg tak bertanggungjawab.. (sila tgk ruangan berita dunia, jgn asek tgk ruangan hiburan je..) Tidak takutnya orang kafir kepada orang Islam kerana tidak takutnya orang Islam kepada Tuhan..

Mungkin kata2 "Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman" boleh ditukar kepada "Kurangkan maksiat dalam kehidupan, tambahkan amal untuk ketenangan"

*Poyo lagi*
Akhir kata,
Aim for something..
Do not aim for nothing..

STRIKE!!!!

P/s: Jom gi maen bowling! =P

Thursday, December 25, 2008

Gila Kentang!

Yoshhh!! Tak lama lagi dah nak stat sem.. *doa*
Doa ape?
Rahsia (",)

--------------------------------------------------------------------------------
Waktu cuti2 nie, sambil wat lab aku gila bermaen mende ini di dalam Facebook setelah digoda oleh Irina..
Pet Society


Baek korang jgn maen jugak.. Nanti gian.. Cam aku.. Huhuhuhu.. Mende nie tak berfaedah, tapi menyeronokkan.. Heeee... Maen hias2 rumah, hias2 diri, tambah2 trofi, cari2 duit dan macam2 lagi la.. Jgn kata permaenan nie permaenan dak pompuan plak.. Dak laki pun ada maen tau.. Haha.. =P


Tapi kalu nak maen mende berfaedah ada jugak.. Contohnya macam, Words Challange.. Kena cipta perkataan daripada huruf2 yg diberi.. Masa terhad.. Hentam je la Labu.. Nak tgk kamus mmg takkan sempatnya.. =P

Words Challange

Nak lagi mencabar, cuba maen Who Has The Biggest Brain.. Pergh!! Walaupun soklan yg diberi senang, tapi sebab masa sgt2 terhad, jadi otak terpaksa berfikir dgn cepat.. Permaenan nie menguji kecekapan ingatan, kira2 dll..

Who Has The Biggest Brain

Tak pun, wat korang yg rasa cam terer je bab2 Geografi, Peta2 Dunia (Bukannya peta2 atas bantal), ley maen Geo Challange.. Best! Ley kenal bendera negara laen, peta dunia, tempat pelancongan dll.. Sebab aku buta peta dunia, pas maen mende nie, baru aku tau Brazil katne, Mexico katne.. Hehehehehe.. Jadi, untuk memastikan aku tidak lagi Buta Peta Dunia; maka aku terus maen game nie untuk tambah pengetahuan + tambah markah.. Hehehehehe..


Geo Challange

Dan sesungguhnya, aku tidak dibayar oleh mana2 agensi atau rangkaian Facebook sendiri untuk mempromosikan mende nie dalam blog.. Juz suka-suki nak kongsi kegilaan maen mende nie dgn korang yg nak cuba-try-test! Heeeee.. Selamat Mencuba!

P/s: Den domam laie sobolum naek sem..