Monday, April 28, 2008

Ingatlah Pesanan Daku..

Faizal Tahir! Banyak kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini.. Telah melalui waktu berehat sebagai denda kepada perlakuannya membuka baju (atau istilah bahasa beritanya sebagai separuh bogel..) sewaktu konsert di TV8, dia kembali di khalayak ramai sewaktu Anugerah Planet Muzik (tak tengok & tak dengar pun..)

Dipromote oleh Cik Alee dan Cik Anem, maka inilah yang diperolehi..



Hahaha.. Yup! Tolong jangan bukak baju.. Tolong jangan dedah aurat pada org yg tak sepatutnya lihat.. Err.. Ayat2 yg slalu diungkapkan oleh rakan2 bagi menyedapkan diri dan hati daripada membuka aurat.. "Rugi suamiku nanti.."

Owh!

Mungkin boleh ditukar ayatnya bagi kaum Adam.. "Rugi isteriku nanti.."

Ada paham? Apa2 je laa..

P/s: Perlu mendengar lagu ini sehingga habes serta perlu tahu lirik yang sebenar..

Thursday, April 24, 2008

Di Sebalik Cerita Hantu

Hmmm.. Aku ade exam esok.. Kawalan Pencemaran dan Pengeluaran Bersih.. atau nama orang putihnya Pollution Control and Cleaner Production.. Harap2 dapat jawab dengan baek esok.. InsyaAllah.. Takut.. Cuak.. Sebab tak paham sangat subjek nie.. Tajuk memang menarik.. Tapi, belajarnya.. Perghhhh... Berdengung-dengung kepala dibuatnya.. *dengung2*

Memandangkan musim peperiksaan nie, ramai yang stay up sampai lewat pagi.. Ade tue pulak yang dah terbalik sistem tido mereka.. Siang membuta, malam berjaga.. Jadi burung hantu gamaknya.. Hehehe.. Walau apapun cara studi kita sume, diharap semuanya berjaya dan dapat jawab soklan peperiksaan dengan baek.. Termasuklah aku! Hehehe.. Gambate ne! (",)

Walaupun ade exam sok, nak jugak tulis blog.. Ngeh3.. Saje je.. Salah satu cara melepas tensen.. Kan? =P

Disebabkan ramai yang suka stay up malam2, maka aku nak bawakkan beberapa cerita hantu yang aku dengar daripada aku kecik sampai aku besau gedabak skg nie.. Memandangkan aku dok asrama dari form 1, meh kita ulangkaji semula cerita2 hantu yang sering dialami di kawasan2 asrama yang sering dikatakan keras... Hihihihi.. *gelak hantu*

>>Begin of Ghost Stories<<

Cerita 1:
Pada satu malam yang sangat lewat, seorang budak perempuan bersendirian di bilik belajar yang disediakan di asrama.. Sedang khusyuk menelaah pelajaran, tiba2 kawannya masuk lalu duduk berhadapan dengannya.. Mereka berborak2 seperti biasa, berbincang mengenai pelajaran.. Tiba2, pensel budak perempuan ini terjatuh ke bawah meja.. Dengan perasaan mengantuk dan malasnya, dia pun mengambil pensel tersebut.. Tiba2, jantung dia seakan berhenti berdegup kerana amat terkejut dengan apa yang disaksikannya.. Rupa2nya, kawan yang duduk dihadapannya tidak berkaki! Atau dengan kata laennya ia adalah hantu! Cuba pura2 seperti tiada apa berlaku.. Budak perempuan tersebut memberanikan diri.. Berpelakuan seperti biasa.. Buat2 mengulangkaji pelajaran walaupun dia sangat takut.. Tidak lama selepas itu, budak perempuan tersebut berkata pada rakannya yang tidak berkaki itu (hantu yang menjelma dalam rupa kawan dia..), bahawa hari telah lewat malam benar dan dia sudah mengantuk.. Dah nak masuk tidur.. 'Kawan'nya tersebut hanya tersenyum.. Dengan senyuman yang sungguh menyeramkan mata2 yang memandangnya.. Lalu berkata, "Dah ngantuk ke, dah tahu?"... Uwaaaaaaaaaaaa... Debummmm.. Budak perempuan itu jatuh pengsan..


Cerita 2:
Sebelum masuk tidur, adalah menjadi kebiasaan Mizuki (bukan nama sebenar) untuk menggosok gigi dan mencuci muka sebelum tidur.. Tapi, pada malam tersebut Mizuki masuk tidur dengan sangat lewat akibat mengulangkaji pelajaran.. Memandangkan kawan2 Mizuki lebih selesa tidur tanpa menggosok gigi dan mencuci muka terlebih dahulu, maka terpaksalah Mizuki bersendirian ke bilik air tanpa sesiapa menemaninya.. Setelah mencuci muka dan ingin memberus gigi pula, tiba2 salah seorang kawan Mizuki masuk ke dalam bilik air.. Juga mahu membersihkan diri sedikit sebelum masuk tidur.. Bagi menghilangkan kebosanan, mereka berborak2 sewaktu membersihkan diri masing2.. Sewaktu Mizuki sedang berkumur2, dan hampir habis membersihkan dirinya.. Alangkah terkejutnya Mizuki apabila mendapati kawan yang disebelahnya itu memberus gigi menggunakan pisau! Sinki di bilik air asrama tersebut dipenuhi dengan darah.. Mengumpul segala kekuatan, Mizuki melarikan diri ke dormnya dan terus berselimut ketakutan.. Leganya Mizuki kerana memikirkan dia telah selamat kerana telah masuk ke dorm.. Sedang cuba untuk menghilangkan ketakutan itu, Mizuki mengejutkan rakan sebelah katilnya untuk menceritakan peristiwa tersebut.. "Bangun2..", desak Mizuki pada rakannya.. "Kenapa?", tanya rakannya kembali dalam keadaan separuh sedar mengantuk.. Mizuki pun mula menceritakan, "Tadi, masa aku ke bilik air, aku nampak hantu.. Aku tahu dia hantu sebab dia gosok gigi guna pisau.. Darah sampai keluar membuak2 dari mulut dia.. Aku takut..".. Kawannya lantas tersenyum dengan senyuman yang paling mengerikan.. Lalu Mizuki bertanya, "Kenapa nie?". Lalu kawan Mizuki menjawab, "Maksud kau, gosok gigi macam nie?" *sambil menggosok gigi menggunakan pisau sehingga mengeluarkan darah* Uwaaaaaaaaaaaaaaaa... Debummmmm... Mizuki jatuh pengsan..


Cerita 3:
Maria (bukan nama sebenar) merupakan seorang gadis yang sangat penakut lebih2 lagi apabila mendengar cerita hantu.. Memandangkan dia adalah seorang yang penakut, Maria selalu meletakkan surah Yaa-Sinn di bawah bantalnya kerana baginya surah Yaa-Sinn tersebut dapat menjadi pendiding bagi dirinya dari hantu.. Umpama tangkal, surah Yaa-Sinn tersebut selalu diletakkan di bawah bantal Maria yang tinggal di asrama yang seringkali dikatakan tempat keras.. Tiba2 pada suatu malam, sedang enak lena dibuai mimpi, Maria dikejutkan oleh seorang perempuan tua.. Sangat menakutkan.. Mengejutkan Maria di kala tengah malam sedang kawan2nya yang laen sedang lena tidur.. Orang tua itu mengejutkan Maria lantas membuat permintaan.. "Anak, boleh tak berikan surah Yaa-Sin itu padaku??" Uwaaaaaaaaaaaa.... Maria terkejut kerana ketakutan.. Lantas, pengsan..


Cerita 4:
Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.. Shizuka (bukan nama sebenar) masih belum tidur lagi kerana sibuk menyiapkan tutorial yang perlu dihantar pada keesokan harinya.. Sedang cuba berusaha menyiapkan tutorial tersebut, tiba2 pintu biliknya diketuk oleh seseorang.. Memandangkan rumet2 Shizuka seramai 3 orang yang laen telah lama tidur, maka Shizuka terpaksa membuka pintu itu bersendirian.. Memandangkan jam telah menunjukkan pukul 3 pagi, Shizuka sedikit khuatir untuk membuka pintu tersebut kerana takut sesuatu akan berlaku.. Lantas, Shizuka mendapat idea.. "Siapa tue?", tanya Shizuka kepada Sang Pengetuk Pintu.. "Orang sebelah..", jawabnya kembali.. Maka, Shizuka tersenyum.. Lantas berkata dalam hati.. "Owh.. Orang sebelah rupanya.. Ingatkan siapa la tadi.. Nak apa la diorg nie pagi2 buta nie ek? Camne diorg tau aku lum tido lagi.. Hmm.." Lalu pintu pun dibuka.. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa... Debummmmm... Shizuka jatuh pengsan.. Apa yang dilihatnya bukanlah jiran sebelah biliknya, tetapi benar2 adalah orang sebelah.. Ya, sebelah! Iaitu orang yang berbadan sebelah sahaja!


Cerita 5:
Nobita (bukan nama sebenar) memang suka mengulangkaji pelajaran menghadap tingkap.. Walaupun studi sehingga larut malam, Nobita tetap membuka tingkapnya kerana baginya dia memperolehi sedikit ketenangan dan keselesaan apabila studi menghadap tingkap yang terbuka.. Dapat menikmati keindahan malam, fikirnya dalam hati.. Duduk di aras 5 (bukan aras sebenar) di asrama adalah sangat disukainya kerana dapat menikmati pemandangan asrama keseluruhannya dari bilik tersebut.. Sedang sibuk mengulangkaji pelajaran, tiba2 tumpuan Nobita terganggu.. Dia melihat seorang perempuan tua terbongkok-bongkok membawa sebuah bakul berjalan melintasi kawasan tingkapnya.. Adalah mustahil begitu kerana Nobita duduk di paras 5.. Manakan boleh orang berjalan2 di situ.. Nobita berpura2 tidak nampak sedangkan beliau sungguh takut sebenarnya.. Tak semena2, perempuan tua itu menegur, "Dik, nak karipap?" Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Debummmmm.. Nobita jatuh pengsan..

>>End of Ghost Stories<<

Haaa!! Camne ngan cite2 hantu tersebut.. Seram tak? Ke aku tak reti nak tulis dia jadi seram.. Apa2 je laa.. Mesti korang pun pernah dengar kan..? Hmm.. Bagi yang dah biasa dok asrama dulu, nie la cerita2 yang akan selalu diceritakan oleh senior tentang keseraman sesebuah asrama tersebut.. Tapi napa la setiap kali ending cerita hantu, mesti jatuh pengsan.. Tiba2 aku teringat cerita kawan aku.. Dia tonton satu cerita nie.. Disebabkan takut ngan hantu tue, pelakon tue pura2 pengsan.. Tapi hantu tue tetap dok kat dia jugak.. Tak berganjak.. Disebabkan takut sangat, pelakon tue melafazkan skrip dia yang berbunyi:" Hey hantu.. Pergilah.. saya dah pengsan nie.... pergilah.. pergilah.. saya dah pengsan..". Muahahahahaha.. Ape cer?

Tapi, apa yang nak dibincangkan disini adalah perkara2 di sebalik cerita2 hantu tersebut:

Perkara dari Cerita 1:
Dak pompuan tue.. Kenapa la dia suka studi sorang2.. Kan bagus studi ramai2.. Wat studi group.. Boleh kita tahu camne orang laen punya cara belajar di samping kita juga dapat tahu tentang kesalahan kecil yang selalu kita lakukan pada waktu peperiksaan.. Kita juga mungkin akan dapat ilmu baru dan menambahkan lagi pemahaman kita tentang sesutau subjek tue sebab laen orang, laen cara pikirnya.. Patut dilakukan di awal2 tahun/ semester pembelajaran.. Hehehe.. Cakap orang je lebih.. Tengah perli diri sendiri sebenarnya.. Aku pun wat last2 minit.. Cet! Cet! Cet! *tarik telinga sendiri*

Perkara dari Cerita 2:
Haih Mizuki nie.. Tau tak amek supper yang berat pada lewat malam tak baek untuk kesihatan.. Boleh jejaskan sistem pencernaan kerana makanan belum habis tercerna sepenuhnya lagi, tapi kita dah baring dan tidur.. Ini perlakuan yang tak baek untuk kesihatan.. Tue la pasal Mizuki nie kena gosok gigi semula sebab dia dah makan sedangkan kawan2 dia yang laen sume nak jaga kesihatan.. Tak amek supper.. Ke diet? Ape2 je laa.. Sayangi diri anda jika anda sayangi keluarga anda.. Cewah!! Berkempen plak..

Perkara dari Cerita 3:
Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, Maria adalah seorang yang tidur dengan sangat lasak.. Maria akan membuat bermacam2 aksi sewaktu tidur seperti berenang, bersilat, bertaekwando dan laen2 lagi.. Memandangkan dia seorang yang tido lasak, maka tak mustahil segala yang berada di atas katilnya kan tercampak di sana sini.. Termasuklah surah Yaa-Sinn itu.. Adalah tidak baek kerana kita patut memuliakan ayat2 suci Al-Quran dan bukan meletakkan atau menyepahkannya di merata2 tempat.. Justeru itu, perempuan tua itu adalah mak cik jaga yang garang yang terdengar Maria mengigau lantas masuk ke dalam asrama tempat Maria dibuai mimpi.. Ternampak surah Yaa-Sinn tersebut yang hampir terjatuh, tetapi tidak dapat mengambilnya di bawah bantal kerana kepala Maria yang sangat berat.. Lantas, mak cik jaga mengejutkan Maria meminta surah tersebut.. Maria.. Maria.. Heh!

Perkara dari Cerita 4:
Haih.. Shizuka..Shizuka.. Tue la.. Napa tak wat awal2.. Suka sangat wat kerja last minit.. Tak bagus tau.. Tengok! Terpaksa stay up sampai lewat2 malam untuk siapkan kerja.. Huhuhu.. Shizuka.. Shizuka.. *tgh nasehat diri sendiri*

Perkara dari Cerita 5:
Kalu suka makan karipap, beli la karipap.. Kalu tak suka, beli kueh laen k! Err.. Dek, nak karipap?? Yee-Haa!

Hehehe.. Itu la perkara2 yang dapat ditafsir dari cerita2 nie.. Secara simplenya:
1) Studi berjemaah adalah lebih baek dimulakan dari awal
2) Jaga kesihatan diri
3) Meletakkan ayat2 suci di tempat yang mulia
4) Elakkan wat kerja last minit
5) Kalu suka cakap suka, kalu tak suka cakap tak suka

Itulah yang aku terpikir... Laen orang, laen tafsirannya mengenai cerita2 hantu tersebut.. Aku cuba memandang dari perspektif yang positif serta kurang menakutkan.. Hehehe..

Walau apapun, sebagai seorang muslim.. Apa yang paling kita perlu takutkan adalah Allah.. Ya, takut pada Allah.. Takut untuk melakukan perkara yang dilarang olehNya.. Allah nampak segala perlakuan dan perbuatan kita walau di mana pun kita berada.. Hatta di tempat yang kita rasakan paling tersorok dan dilindungi oleh tembok2 tebal yang sudah pastinya mungkin tidak dapat dilihat oleh mata sharingan Sasuke sekalipun.. Tapi, ketahuilah, bahwa Allah Maha Melihat.. Allah tidak sama dengan makhluk.. Tidak sama sekali!

Tapi, apa yang pelik.. Orang sekarang lebih takutkan hantu dari Tuhan.. Pengalaman aku, duduk bersama dengan budak2 kecik memang memerlukan kesabaran.. Ye la.. Mereka baru nak kenal dunia.. Nakal memanjang.. Penat nak melayan.. Tanya tue la.. Tanya nie laa.. Jahit mulut kang! Baru tahu.. Ngeh3.. Bila ditegah wat sesuatu menda/perkara.. Mesti tanya kenapa.. Kenapa? Kenapa? Haishhh.. Naseb baek anak orang.. =P

Lalu aku pun jawab, tak baek wat camtue nnti Tuhan marah.. Mereka dengar.. Tapi, tak lama lepas tue wat nakal balik.. Aku dengan geram tiba2 tercakap: "Hah! sapa wat nakal hantu suka kat dia! Cekik dia.. Hisap darah dia.. Hihihihi.. " Aku marah sambil wat gelak hantu.. Takut gile dak2 nie.. Aku pun terpikir, sifat apakah ini..? Lebih takutkan makhluk melebihi Pencipta Makhluk? Hmm.. Perlu diperbetulkan semula pemikiran ini.. Allah marah masuk neraka, Allah sayang masuk syurga.. Neraka sangat dahsyat siksaanya, syurga sangat ni'mat ganjarannya.. Boleh?

Sebagai rujukan, boleh baca artikel dari laman web Saiful Islam nie.. Artikel berkenaan takut Tuhan atau takut hantu? Sebuah laman web yang menarik.. Hehehe.. Jadi promoter plak.. =P

Memang benar, kita perlu beriman dan yakin dengan perkara2 ghaib.. Tetapi haruslah diterapkan keimanan dan keyakinan itu kena pada tempatnya.. Takut dan yakin pada Allah harus melebihi segala2nya.. Bukan pada makhluk.. Bukankah begitu?

Saturday, April 19, 2008

Ku Akui Kelemahan Diri..

Taubat Seorang Hamba [Irsyadee + Hafiz Hamidun]

Hati hiba mengenangkan..
Dosa-dosa yg kulakukan..
Owh Tuhan Maha Kuasa..
Terima taubat hamba berdosa..

Ku akui kelemahan diri..
Ku insafi kekurangan ini..
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah.. Terimalah.. Terimalah.. Taubatku ini..

Telah aku merasakan..
Derita jiwa dan perasaan..
Kerna hilang dari jalan..
Menuju redha Mu Ya Tuhan..

Ku akui kelemahan diri..
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
terimalah.. Terimalah.. Terimalah taubatku ini..

Di hamparan ini ku meminta..
Moga taubatku diterima..

Ku akui kelemahan diri..
Kuinsafi kekurangan ini..
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah.. Terimalah.. Terimalah.. Taubatku ini..

Ku akui kelemahan diri..
Kuinsafi kekurangan ini..
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah.. Terimalah.. Terimalah.. Taubatku ini..

P/s: Ku 'mencuri dengan izin' lagu ini dari rumetku, Miss Hidayah.. Hehehe..

Pengumuman 1: Blog ini bakal bersawang dan berhabuk selama beberapa minggu atau mungkin beberapa bulan disebabkan penulis bajet bz dengan Latihan Industri.. Huhuhu.. Ampun.. Maaf.. Sori.. Gome.. Mujhe Maaf Karthi Hai..

Pengumuman 2: Kepada semua rakan2, Selamat Menghadapi Peperiksaan.. Ampunkan salah dan silapku.. Halalkan makan minum dll.. Kalu mahu hutang dibayar, sila beritahu tanpa perlu segan silu ye.. Good Luck! Gambate! Semoga Berjaya!

Monday, April 14, 2008

Suka Nakatsu ke Suka Ikuta Toma??

Uwaaa... Sedihnya... Nape la saat2 begini baru gian nie nak datang.. Benci2.. Tak suka.. Tak suka.. Aku nak exam la wei.. Apsal byk wat perkara lagho (sia2) nie.. Uwaaa... *dush3x: tumbuk diri sendiri*

Aku seorang yang tak berapa layan sangat cerita Korea, Jepun or Taiwan sgt2 sebagaimana kawan2 aku yg laen sgt2 suka.. Untuk pengetahuan semua, tahu tak anda saya belum menonton Winter Sonata lagi? Tahukah anda bahawa saya juga belum menonton Full House? Tahukah anda bahawa saya belum menonton sekian banyak cerita Jepun, Korea atau Taiwan yang telah anda promote pada saya bagai nak rak.. Kalau anda tak mahu tahu pun saya nak bagitau jugak.. Tahu..? Semuanya kerana saya bosan dgn cerita2 romantik berunsur fantasi.. Argh... Semuanya cerita lebih kurang sama.. Mesti ada lelaki yg dingin/cool.. Arghh.. Sebab tue saya maleh nak tengok..

Tapi, semenjak tgk Hana Kimi (Versi Jepun) aku tersuka gila2 kat cite nie.. Erk, tak tau laa.. Tersuka cite ke tersuka pelakonnya? Ngeh3.. Kalu nak tahu pasal cite nie ley tgk kat blog Patt. Kisah aku tertengok siri Hana Kimi nie bermula apabila kawan aku, Nuraini Alias mempromotekan laman web crunchyroll, di mana kat laman web nie kite ley tgk cerita2 Jepun, Korea atau Taiwan secara online.. Jadi, aku pun try and error laa.. Dia promote kat aku suruh tgk cerita Romantic Princess.. Tapi, cite tue pun aku lum tengok lagi.. Hehehe.. Tengah belek2 and cari2 cerita apa nak tengok, tiba2 tergerak nak tengok cerita It Started With A Kiss (Taiwan Version). Masa tengok cerita tue, baru terpikir and teringat balik.. Owh.. Rupanya cerita nie laa yang Anem dok promote and cite kat aku selama nie.. Okey la jugak.. Jugak?Kelako.. Aah, klako.. (Tiba2 terpikir: Aku ke yang dingin? Huhuhu..).

Lepas tue, aku baca komen2 kat drama Taiwan nie, tiba2 ada satu komen sesat cakap dia suka gile kat drama Hana Kimi.. Jadi, aku pun g plak tengok cite nie.. Klako.. Best la jugak.. Tapi, aku suka gile kat pelakon dia.. Ikuta Toma a.k.a Nakatsu.. Kawaiii!!! Ngeh3.. Gatai! Napa ek aku suka dia? Ntah.. Sebab dalam cite tue dia bukan lelaki dingin kot.. Dia hepi go lucky nyer orang.. I Like! Maka terlahirlah artikel "Suka Nakatsu ke, suka Ikuta Toma?".. Hehehe.. Lepas aku tgk cite nie, baru aku teringat.. Owh.. ini rupanya cite yang Patt promote kat blog dia ari tue.. Hehehe..

Kalu Ikuta Toma yang sebenar adalah seperti Nakatsu, maka aku suka Toma.. Tapi kalu bukan, aku suka Nakatsu.. Nakatsu!! Hehehe.. *konpius2: ape ayat2 pusing2 nie..?*


Kawaii Nakatsu (",)



Lagu2 dalam cite nie pun sedap didengar.. Setelah didengar banyak kali.. Muahaha.. Terlambat sket nak suka lagu2 dia.. Cian komposer.. Ampun deh.. Gome.. Sori..

Salah satu lagu dalam siri nie adalah --> Tajuk: Ikenai Taiyou nyanyian Orange Range.. Lagu nie bermaksud.. err... Bermaksud.. Ntah.. Aku tak tau.. Aku tak paham Bahasa Jepun.. Muahahahaha.. *Gelak jahat*

Lagu yang laen plak --> Tajuk: Peach nyanyian Otsuka Ai.. Cari sendirik! Ngeh3..

Setelah berhari2 aku membuat keje2 lagho, sudah tiba masa aku membuat keje berfaedah.. Wei Azira!! Studi la wei!!

Sekian, kemarahan aku pada diri aku sendiri.. Sekian, terima kaseh..

Saturday, April 12, 2008

TraDeMarK??

Dunno wat to write.. Rasa very2 the lazy to update my blog.. Ngeh3.. Testing2.. Broken English is veri2 beautifool rite? =P

Rasa hepi sgt2 ari nie coz ibu ngan ayah nak datang lawat.. Hehehe.. Cian mereka.. Rindu kat anak2 yang dah lama tak balik.. Bajet bz bebenor la tuh! Ceh!! Amek kesempatan untuk tulis blog sementara tunggu kedatangan ayah dan bondaku.. =)

Masa borak2 ngan Pika n Pinaz, baru aku sedar.. Aku slalu wat ayat2 yang tak berapa segar.. Itupun diorg yg tegur.. Sambil gelak2.. Owh.. Sori la beb! Aku mmg tak perasan.. Rupa2nya, byk bebenor trademark sengal yang aku dah wat.. Nak tahu apa dia..?

Yang pertama:
Kalu aku terbuat salah, aku akan cakap seperti jugak org laen akan cakap iaitu "Sori..", "Ampun deh.." , "Maaf.." dan laen2 lagi.. Tapi, kdg2 dtg kesengalan yang tak diundang secara tiba2, maka jika aku terwat salah, maka aku akan tercakap "Ampunkan patik Tuanku.." ataupun "Ampunkan kami penunggu gua.. 2x" (Sila tgk cite P. Ramlee.. =P) Hehehe.. Maka, kdg2 org yg nak marah, tak jadi marah.. Ataupun mungkin bertambah marah.. Muahahaha..

Yang kedua:
Bila rumet aku atau kawan2 aku balik kampung.. Aku mula terbayang betapa boringnya kena dok sorang2.. Huhuhuhu.. Maka kalu tgh normal aku akan cakap "Alaa.. Boringnya nanti.." atau "Huhuhu.. Xde kawan laa nak borak2 nnti.." dan laen2 lagi.. Tapi, bila datang waktu abnormal aku, maka aku akan cakap "Alaa.. Menjanda la aku.." Hehehe.. Gatai!

Yang ketiga:
Bila ada nota atau tutorial yang baru, dan kawan2 tanya sama ada aku dah stat studi nota tue ataupun dah stat ke wat tutorial yang baru dapat tue.. Maka aku yang pemalas dan tak bukak buku atau tutorial ini akan cakap "Hehehe.. Belum lagi laa.." ataupun "Hehehe.. Aku tak tgk soklan pun lg.." ataupun "Err.. Bab berapa tue..? Hehehe.." Dalam konteks ini, gelak "Hehehe.." merujuk kepada gelak cover malu yang teramat sangat.. Hehehe.. Again! =P Tapi, kadang2 (Cam selalu je..? Hmm.. *kerut2 tanda ragu2*) aku akan cakap "Opps.. Korang salah tanya orang laa.. Buku/tutorial aku masih dara lagi.. Aku belum tgk pun lagi.. Hehehe.." Ngeh3..

Yang keempat:
Kalu aku tengah marah, tapi nak cakap jugak mende2 yg tak baek, maka aku dengan sendirinya akan tapis perkataan tak baek tue.. Contohnya, "Wat d tutttttttt!! Jahat betul la wat camtue.." Lebih kurang camtue la.. Hahaha.. Tak perlu Lembaga Penapisan Filem atau Finas untuk tapis ayat2 yang tak baek dari filem kehidupan aku.. Aku dah tapis sendiri dah.. Dengan perkataan tuttttttt!! Ngeh3.. =P

Itu je kot.. Ke ada lagi..? Ntah.. aku pun tak tau.. Nie pun kawan2 aku yg cakap.. Baru perasan kesengalan perangai sendiri yang owh.. Tak tau nak kata apa.. Tapi, aku juga nak berkongsi trademark kawan2 aku jugak.. Mana ley kutuk diri sendiri je.. Nak jugak kutuk org laen.. Muahahaha.. =P

Antara kawan2 ku yang turut mempunyai trademark yg tak berapa segar:

1) Dila Kechik - My coursemate. Bila kita risau atau cam nak tahu sesuatu maka kita akan tanya "Hey, wats wrong?" Tapi, bila dia risau atau cam nak tahu sesuatu, maka dia akan guna pengetahuan tajwidnya iaitu hukum sabdu dalam menyatakan kerisauannya.. Maka, si kechik ini akan bersuara "Hey, wats strong..?" Aku..? *konpius* Hahaha..

2) Anem - My coursemate. Selalunya bila kita bersemangat atau tengok org bersemangat, maka kita akan kata "Semangatnya sipolan tue!". Tapi, bila dia yang nak cakap pasal semangat, maka dia akan kata "Segamatnya sipolan tue!" Owh.. Segamat bkn di Johor kaa? Ngeh3.. Saje jek...! Lagik satu, Cik Anem nie suka melabel apa2 barang yang cikai sebagai cap pisang.. Contohnya "Ye laa.. Handset saya murah.. Xde kamera.. Cap pisang.. Baling anjing pun mati.." Hahaha.. Dan Anem, kadang2 mmg suka tercakap perkataan Jawa dgn aku.. Ngeseng laa.. Apa2 lg laa.. Tak ingat den.. Belajar bahasa baru aku. Huhuhuhu... =P

3) Awie - Kawan aku masa PKN. Nama je Awie.. Nick name.. Nama sebenar dia Rabiatul Adawiyah.. Pergh.. Sedap gile! Tapi panggil Awie jek.. Hehehe.. Dia nie suka cakap "Tahu tak pe..". Tapi aku selalu silap paham.. Tahu ke tauhu(makanan)? Maka setiap sekali dia cakap "Tahu tak pe", maka aku akan sambung "Taugeh tak mau, Ikan bilis banyak sket, Sambal kasi lebih.." Ngeh3.. Err.. Ingat nak beli nasik lemak?? Hmm.. Sapa yang sengal nie..? Aku ke dia..? Muahahahaha..

4) Nifi - Kawan masa matrik. Aku tak rasa dia baca blog nie.. So, bley la kutuk2 dak kechik bersuara besau nie.. Hahaha.. Trademark dia adalah, suka menunjukkan jari tengahnya(jari hantu).. Isy2.. Juga kawan aku masa kat Terendak.. Izan..(Kot..? Lupa plak nama.. Huhuhu.. Ampun deh.. ). Sama je perangai 2 orang mamat nie.. Ketagih dan terlampau suka menunjukkan jari tengah.. Urfff.... =(

5) Sam - My coursemate. Selalu cakap "Sepak kang!".. Err.. Kasau bebenor bunyi nyer Sam.. If ur future M-I-L tahu kamu selalu cakap camtue, maka dia akan terus rejek kamu dan amek saya yang sopan nie plak sebagai menantu.. Muahahaha.. Hati2! =P

Haa.. Itu je kot.. Kalu anda ada trademark yg menarik utk dikongsi bersama, sila2.. Jangan malu2.. Tambahkan nama anda dalam senarai di atas.. Hehehe.. =)

P/s: Bonda, ayah serta adek lelaki ku datang pada pukul 12.30 tghari. Penulisan ini tertangguh selama beberapa jam dan disambung semula pada pukul 7.00 ptg.. Pergh!! Lama gila berpoya2 ngan famili.. Windu.. Hepi.. Muaahhhh!!! Alhamdulillah..(",)

Untuk semua rakan2ku: Selamat Menghadapi Peperiksaan =)

Tuesday, April 8, 2008

9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W

Antara 9 Mimpi NABI MUHAMMAD S.A.W.

Daripada ABDUL RAHMAN SAMURAH R.A. berkata, NABI MUHAMMAD S.A.W. bersabda :
" Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan ........ "

1) Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul-maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2) Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3) Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T.

4) Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat-ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5) Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7) Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8) Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9) Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Bersabda RASULULLAH S.A.W. : " Sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat "

Sunday, April 6, 2008

Kuasa 3D

Err.. Aku ade keje.. Tapi nak wat keje yang tak masuk pekse nie dulu.. Owh.. Huhuhu.. Bila nak sedar diri nie!!??

Inilah kuasa 3D.. Tak ingat kat negara mana.. Tapi pelukis nie menggunakan bakat dia di atas jalan raya sekitar kat negara dia..
Sebenarnya, lukisan yang dia lukis adalah seperti kat bawah nie..

Gambar 2D yang dilukis oleh beliau si pelukis yang ku tak ingat namanya.. [Malas nak rujuk..]


Tapi, jika dilihat pada sudut dan jarak tertentu, maka lukisan tersebut nampak seperti betul2 ada kat jalan raya tue.. Inilah kuasa 3D! Hehehe.. Enjoy it!!


Heh!



Laptop di tgh jalan.. Free2.. Sapa mau??



Heh!


Err.. Cumey nyer haiwan tersebut..


Cam real jek!


Spiderman!!

Friday, April 4, 2008

Bersangka Baek..

Aku dapat merasakan aura ini.. Aura yang aku tak sukai.. Aura negatif.. Aura berwarna hitam.. Aura sisi gelap.. Dan juga aura2 yang seangkatan dengannya.. Bukannye nak mempromosikan Aura Seri mahupun Aura Genius keluaran syarikat2 tertentu, tapi nak memperkenalkan kepada aura2 yang terdapat di sekeliling aku pada kali ini..

Dengan sebab itu, aku teringin nak menulis tentang bersangka baek.. Mungkin ramai antara kita tak tahu bahawa bersangka buruk itu adalah berdosa.. Jika aku salah, maafkanlah aku dan perbetulkanlah aku.. Aku cuma mendengar.. Mungkin apa yang aku dengar silap, dek lantaran tidak membuang najis telinga terlebih dahulu sebelum pergi mendengar ceramah.. Ataupun mungkin kerana mata yang begitu layu dek kerana syaitan2 gemuk berjaya duduk di atas mata aku.. Ataupun mungkin kerana sibuk mencuci mata dan tersalah pasang niat sebelum pergi menimba ilmu.. Owh.. Maafkan aku.. Aku manusia biasa, yang kalah pada nafsu.. =(

Bersangka baek.. Aku cuba membentuk diri aku ke arah itu.. Berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang diredhaiNya.. Aku jadi pening2 lalat bila mendengar org laen memburukkan org laen.. Aku jadi mual2 bila org laen menceritakan keburukan org laen.. Mungkin kerana aku dalam proses nak memperbaiki diri, jadi bila perkara2 seperti penceritaan kisah negatif org laen diceritakan pada aku, simptom2 seperti org mengandung gamaknya itu datang kepada aku... Dan aku tak suka rasa mual2 dan pening lalat tue.. Huhuhu..

Menjadi pelajar harus belajar.. Bukan sahaja belajar dari buku, tetapi juga belajar dari sekeliling.. Mungkin ramai org tidak mahu melaksanakan konsep bersangka baek ini sebab bagi mereka tak ada faedah.. Tapi harus diingatkan.. Bukan faedah dunia yang kita cari, tapi faedah akhirat sayang.. Err.. Aku sedang mengungkapkan kata2 sayang pada diri aku sendiri.. Jgn perasan ye..

Satu pengalamn yang aku alami sendiri.. Seseorg bertanya pada aku, "Azira, ko satu group ngan Sipolan B/Bt Sipolan ek sem nie? Berhati2 sket ngan dia.. Dia tue pemalas sket.. Suka suruh org wat keje dia.." Kemudian aku mula mengalami simptom2 seperti yang disebut sebelum nie.. Aku cuma cakap, "Owh.." sebab aku dah tak tahu nak cakap ape.. Cuma, aku berusaha bersangka baek terhadap Sipolan B/Bt Sipolan tersebut dan berdoa agar itu hanya gosip2 yang tak masuk dalam Melodi aje.. "Aku tak kena, watpe aku nak percaya..?" Itu yang aku cakap dalam hati.. " Bukannya nak mengamalkan konsep "Dah terhantuk baru nak terngadah" tapi, aku lebih kepada kepercayaan doa itu senjata umat Islam.. Dan oleh kerana aku org Islam, maka aku berdoa dan aku lahirkannya dengan bersangka baek..

Maka, lahirlah post bertajuk Bersangka Baek ini kerana aku dan korg sume pun tahu bahawa Allah Maha Mendengar.. Maka dalam diam aku bersangka baek terhadap mamat/minah ini.. Alhamdulillah.. Setelah aku bekerjasama dengan dia, aku lihat dia ok.. Bagus.. Lebih bagus dari aku.. Aku plak yang sengal sebab K.O sem tue.. Wat keje yang senang2 je.. Asal susah sket, mamat/minah nie yang wat.. Allah tahu aku sedang sangka baek dengan mamat/minah nie.. Maka Allah kabulkan sangka-sangki aku tue..

Alhamdulillah.. Allah Maha Mendengar.. Walau dalam ceruk mana pun aku sembunyikan perasaan aku, Dia tetap dengar.. Walau macam mana hebat pun aku kutuk korang dalam hati aku, Dia juga Maha Mendengar.. So, daripada aku kutuk2 selaen menambahkan jumlah kerutan dimuka serta memburukkan lagi simptom2 penyakit yang sedia ada, lebih baek aku bersangka baek.. Tak rugi pun.. Tak kena bayar duit tol.. Dan itu adalah mengenai bersangka baek..

Mungkin juga kita terlupa, kalu kita bersangka buruk kat seseorg tue, takut2 lambat laun nanti benar sangkaan buruk kita itu.. Kerana Allah boleh ubah hati org yang kita sangka buruk tue menurut apa yang kita sangka.. Owh.. Kejamnya kita kerana bersangka buruk..

Sebab tue la wahai insan yang ceritakan keburukan Sipolan B/Bt Sipolan pada aku sebentar tadi, bila mamat/minah nie satu group ngan ko, dia jadi tak berapa segar.. Dia jadi sedikit sengal.. Kerana kau yang minta dia jd begitu.. Tak gitu? Dan aku bukan nak menunjuk2.. Aku menceritakannya lebih kepada niat supaya semua orang percaya pada faedah kebaekan dan pahala bersangka baek nie.. Macam aku tulis kat entri sebelum nie "Orang bagi kita tahi, kita terus bagi orang bunga.." Err.. Sila rujuk post CTRL C + CTRL V (previous post.. Tajuk: Im tired, Pay It Forward..)

Dan aku dapat merasakan aku mempunyai aura hitam.. Hitam pekat seperti kopi cap Kapal Api.. Aura negatif yang sungguh aktif sehingga aku tak mampu mempasifkannya.. Adakah ada antara kamu2 yang sedang bersangka buruk terhadap aku..? Owh.. Jangan.. Tolong hentikan.. Aku bukan sahaja mengalami pening2 lalat dan juga mual2, malah sekarang terasa seperti mau pitam.. Owh.. Hentikan.. Tolong.. Im begging u.. Betul.. Please.. =(

Seseorg tak mahu berkongsi apa yang dia dapat dengan aku.. Dah aku mesej + YM.. Tetap wat2 tak tahu.. Dah aku berkunjung ke kediaman rasmi beliau mengambil apa yang patut.. Tapi aku tersilap.. Aku telah mengambil sesuatu yang salah.. Sesuatu yang tak sepatutnya aku ambil kerana rupa2nya kamu telah memulangkan apa yang patut pada tempatnya sebelum aku sepatutnya mengambil apa yang patut itu.. Kamu berpura2 dengan aku.. Kamu berpura2 amanah dengan memulangkan perkara yang sepatutnya itu pada tempat yang patut sebelum aku mengambilnya.. Padahal, kamu telah berjanji hendak memberikannya pada aku.. Owh.. Aku terlupakah atau kamu yang terlupa..? Kamu sengaja berbuat begitu agaknya kerana mahu mengurangkan markah 10% aku untuk final exam nnti.. Aku, pada ketika itu memang sedang bersangka buruk.. Sangat buruk mengalahkan kaen buruk..

Tapi aku tepis cepat2.. Jahat nye syaitan.. Syaitan2 tersebut hampir berjaya memegang trophy akibat dari kegagalan aku pada awalnya dalam mengawal nafsu marah.. Cube untuk bersabar dan mencari initiatif laen.. Alhamdulillah.. Allah Maha Besar.. Dapat jugak apa yang aku nak.. Thanks untuk **** kerana bantu aku.. Allah Maha Adil.. Kalu ade 1 org cuba nak jatuhkan aku, Allah bagi 100 org untuk tolong aku.. Kena mintak.. Dengan doa.. Kalu tak mintak camne nak dapat kan..? Alhamdulillah sgt2.. Inilah dugaan yang datang dalam bentuk kebaikan.. Bersyukur dalam menerimanya..

Dan pada waktu laen, aku pula melakonkan watak kamu.. Dan kamu melakonkan watak aku.. Aku dapat lihat ketakutan pada wajahmu itu.. Ketakutan kerana mungkin kamu sdg fikir aku akan wat perkara yang sama kamu wat pada aku.. Owh beb.. Kita berbeza.. Aku tidak mahu menjadi seperti kamu.. Aku ingat kata2 Rasulullah bila sahabat bertanya pada Baginda " Kenapa perlu kita buat kebaekan pada org2 yang membuat kejahatan dan kezaliman terhadap kita..?".. Kamu tahu apa Rasulullah cakap? Baginda kata, "Adakah perlu aku membuang kebaekan ku semata2 kerana keburukan yang meraka lakukan terhadap aku..?" [Lebih kurang.. Tak berapa ingat sgt.. ] Owh.. Alangkah indahnya jawapan itu.. Dan jawapan itu juga aku tujukan pada kamu..

Aku sedikit jahat.. Aku biarkan kamu sedikit ketakutan.. Aku biarkan kamu sedikit was2..Aku biarkan kamu sedikit cemas.. Kerana aku mahu kamu tahu apa perasaanya diperlakukan begitu dan setelah kamu merasainya secara life, maka kamu tidak melakukannya lagi pada org laen.. Kerana kamu dah tahu, betapa susahnya dan sakitnya dan ngerinya berperasaan begitu.. Kamu mencari2 benda yang sepatutnya itu dari aku.. Aku cuba wat2 tak tahu.. Betapa serba salahnya hati aku wat2 tak tahu.. Aku bukan ingin mengurangkan 10% kamu itu.. Tidak! Takde niat.. Aku cuma ingin lihat kesungguhan kamu dalam mengambil benda yang sepatutnya itu daripada aku dan bagaimana reaksi kamu ketika itu..

Dan aku dapat rasai aura kemarahan kamu itu sewaktu mengambil perkara sepatutnya itu dari aku.. Dan aku sebenarnya boleh je nak memulangkan perkara sepatutnya pada tempat sepatutnya sebelum kamu sempat mengambilnya dari aku.. Sebagaimana kamu lakukan pada aku dulu.. Tak ingatkah kamu? Tapi aku tak mahu wat begitu.. Kerana aku khuatir, jika aku seorg cuba menjatuhkan kamu, akan ada 100 org plak cuba menjatuhkan aku.. Nauzubillahiminzalik.. Aku tidak mahu begitu.. Kerana aku pernah melihat kejatuhan tersebut di hadapan mata aku.. Aku cuba untuk menjadi bijaksana wahai kamu.. Dan aku juga berharap kamu juga cuba untuk menjadi bijaksana juga.. Er.. Jadi sila rujuk Post: Seringkali.. Hehehe.. =)

Jadi, aku sebenarnya ingin mengajak aku sendiri dan kamu yang terlibat serta kamu yang tak terlibat mengamalkan sikap bersangka baek.. Jangan terus percaya gosip2 yang datang.. Tak semestinya betul.. Lakukan ujikaji sebelum mempercayainya.. Cewah.. =P

Dan aku juga sebenarnya ingin mengajak aku sendiri dan kamu yang terlibat serta kamu yang tak terlibat agar jangan mengamalkan sikap dengki-mendengki sehingga berdaki.. Yeehaa!! Kerana bagi aku, kalu nak dengki2, jadi donkey laa.. Muahaha.. =X

Dan aku akhiri post kali ini dengan ucapan.. Maaf!

P/s: Dan memang ada satu keadaan atau tempat yang mana kita memang perlu bersangka buruk.. Keadaan apa tue? Keadaan bila lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua-duaan.. Maka yang ketiga adalah syaitan.. Macam2 ley terjadi.. Elakkan.. Cuba bersangka buruk dalam keadaan sedemikian.. Walau macam mana rapat atau kenalnya kita denga Sipolan tersebut, tetapi disebabkan perbezaan cas (jantina) yang nyata dan tiada hubungan kekeluargaan yang mengharamkan perkahwinan, maka elakkan.. Khuatir ada garpu terbang dari pinggannya.. *kerut2*

Wednesday, April 2, 2008

Seringkali..

Seringkali kita suka menyalahkan orang laen tanpa cuba mengkaji dan meneliti bahawa kemungkinan kesalahan tersebut adalah berpunca dari diri sendiri..

Seringkali juga kita memandang rendah keupayaan orang laen sedangkan orang tersebut mempunyai kelebihan serta kebolehan yang jauh lebih baek dari diri kita..

Seringkali juga kita memandang terlampau tinggi akan keupayaan dan kebolehan seseorg tetapi padahal kita dan mereka, sama sahaja..

Semua peristiwa itu memang seringkali terjadi dalam kehidupan kita di dunia ini.. Kehidupan yang merupakan pentas lakonan.. Setiap seorang memaenkan peranan dan watak masing2.. Pelakon yang berpewatakan antagonis.. Pelik dan menjelikkan.. Jika dilihat-lihat semula dalam kehidupan kita yang sebenar, memang ada segelintir manusia yang berpewatakan begitu.. Apa nak di kata.. Memang dunia adalah pentas lakonan.. Sebagaimana setiap pelakon yang melakonkan watak dalam filem/drama akan diberi ganjaran; begitu juga dengan lakonan kita di dunia yang sebenar ini.. Semuanya akan diberi ganjaran berupa balasan syurga atau neraka di akhirat nanti.. Pilihan di tangan kita.. Apa yang kita pilih? Tepuk dada, tanya iman..

Fitnah2 dan umpatan2 berleluasa di sana sini.. Mudah benar mulut menyebarkan umpat.. Lancar benar mulut menyatakan fitnah.. Semuanya dibuat tanpa rasa sedikit takut pun pada balasan akhirat.. Ada yang mengetahui mengenai pembalasan tersebut, tetapi terus-terusan juga melakukan perbuatan munkar tersebut akibat rasa seronok dan keghairahan dalam menceritakan perihal orang laen.. Lebih2 lagi perihal yang memburukkan.. Owh.. Hentikanlah perbuatan yang sia2 itu.. Tidak mendatangkan faedah.. Malah merosakkan hubungan sesama insan.. Tidak kira apa bangsa, apa agama.. Tidakkah kita sedar..?

Jauhkanlah diri dari sifat suka menyalahkan orang laen..
Jauhkanlah diri dari sifat suka memandang rendah pada orang laen..
Jauhkanlah diri dari sifat suka menyebarkan keburukan orang laen..
Kerana sifat2 ini tak memberikan sedikit faedah pun.. Bahkan merugikan..

Di sini, aku belajar erti "talam dua muka" yang sebenar..
Disini jugak, aku belajar apa erti "kambing hitam"..
Disini jugak, aku belajar erti "loves everyone, trust a few"..
Disini jugak, aku belajar erti "never neither overestimate nor underestimate people around u"..
Aku belajar segala2nya disini..

Bodoh la aku sekiranya aku tidak mengambil sebarang pengajaran daripada apa yang telah aku pelajari selama ini.. Mempelajari sesuatu yang tidak ada di dalam buku.. Mempelajari sesuatu yang seringkali kita dengar ianya merupakan guru yang TERHEBAT! Apa ia? Pengalaman..

Aku ingin sekali menjadi orang yang bijaksana.. Iaitu orang yang sentiasa memandang ke 'sana'.. Orang yang belajar daripada pengalaman orang laen.. Agar dapat menjadi lebih berhati2, agar kesilapan tidak terjadi pada diri sendiri..

Tetapi, seringkali aku menjadi orang yang bijaksini.. Iaitu orang yang sentiasa memandang di 'sini' tanpa mahu memandang ke 'sana'.. Orang yang belajar daripada pengalaman diri sendiri.. Atau dengan kata laennya, " Sudah terhantuk, baru terngadah".. Bilakah aku mahu mengangkat mukaku lalu memandang ke 'sana'..? Sendiri mau ingat! Allah takkan mengubah naseb sesuatu kaum, melaenkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka..

Aku khuatiri, aku sangsi, aku jadi takut.. Andai2 waktu dan tika ini aku tergolong dalam golongan ini.. Golongan orang2 yang bodoh.. Kenapa begitu? Ini kerana, org2 yang termasuk dalam golongan ini tidak memandang ke 'sini' apatah lagi ke 'sana'.. Tidak belajar apa2 melaenkan terus-terusan melakukan kesalahan.. Paling buruk, melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali.. Itulah yang dinamakan bodoh.. Bodoh kerana tidak mahu belajar.. Bodoh kerana tidak mahu di ajar.. Dan maafkan aku sekiranya perkataan ini berbunyi kasar bagi sesetengah orang.. Bukan maksud menyinggung sesiapa.. Tetapi lebih kepada memperingatkan diri sendiri.. Dan sekiranya ada yang tersinggung, MAAFKAN aku.. Ini bukan untuk kamu.. Ini untuk aku..

Hentikanlah menjadi bodoh, beralihlah kepada bijaksini.. Tetapi, jangan terus-terusan berpuas hati dengan diri sendiri.. Dari bijaksini pula, upgrade lah ia dengan kebijaksanaan..

Hentikanlah dari menjadi bodoh dengan asyik menyalahkan orang laen.. Satu jari kita tuding pada orang laen, ada 4 jari lagi yang menuding ke arah diri sendiri..

Hentikanlah menjadi bodoh dengan selalu memandang rendah orang laen.. Kerana mungkin orang itu, jika diberi peluang dan ruang membuat perubahan, maka mereka boleh menjadi lebih hebat dari diri kita sendiri..

Hentikanlah menjadi bodoh dengan selalu mengagung-agungkan kehebatan serta kebijaksanaan orang laen.. Mereka juga manusia biasa.. Apa yang di atas, pasti akan merasa keadaan dibawah suatu hari nanti.. Apa yang dibawah, pasti akan merasa keadaan di atas suatu hari nanti.. Ada perkara yang membezakan apa yang di atas dan apa yang di bawah.. Beza itu adalah usaha.. Ye, usaha!

Sayangnya Tuhan pada aku, kerana masih lagi memberikan aku kesempatan untuk membetulkan diri sendiri.. Berlipat kali ganda kasih Allah pada seorg hambaNya berbanding kasih seorg ibu pada anaknya.. Owh.. Maafkan aku Tuhan kerana seringkali terleka.. Maafkan aku.. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat kasih sayangNya.. Amiin.. InsyaAllah..

Ku Mahu!!

Ku mahu coklat bar.. Sapa mahu bagi aku? Ngehehehe.. Aku rasa pasnie mesti tiap2 ari aku tulih post utk blog sebab aku rasa tensen + bosan.. Banyak sket mende merepek2 agaknya.. Maaf.. Huhuhu.. Sebenarnya aku mahu tulis cite pasal Ku Mahu Tgk Anugerah Bintang Popular (ABP)!!! Huhuhuhu...

Masa Anugerah Bintang Popular yang lalu, aku tak dapat tgk.. Penat try free tv streaming dari UKM dan dari website laen.. Tapi, asal TV3 je mesti tak dapat.. Tensen den.. Setelah penat mencuba dan mencuba, akhirnya aku give up.. Baek aku edit slaid presentation(masa tue laa..).. Tapi, aku maleh jugak nak edit.. Memang aku maleh serba serbi malam tue sebab otak aku dah lama set, malam tue mesti tgk TV3, nk tgk ABP.. Tapi kempunan.. Uwaa..

Akhirnya.. Korg tahu tak pada malam korg enjoy2 tgk ABP aku enjoy2 tgk ape? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Aku enjoy2 tgk cite Agrotek kat TV1.. Muahahaha.. Sodey den.. Terpaksa aku tgk cite berilmu instead of cite hiburan.. Uwaa.. Sodey2.. Sob.. Sob.. Sob.. =(

Agrotek malam tue cite pasal industri kecil dan sederhana.. Mengisahkan perindustrian ikan keli (ke ikan sembilang.?) salai.. Aku pun tak tahu.. Adakah ikan keli dan ikan sembilang adalah ikan yang sama cuma nama panggilan yang berbeza? Entah.. Tak tahu aku.. Yang pasti, aku pun ada beberapa nama panggilan.. Kawan2 aku kat sekolah dulu ada panggil akak, Are-J, Ajira dan skg Azira atau Zira!! Auww!! Jangan termuntah ye.. Hehehe.. Sengal tol sapa reka nama Ajira nie! Nama aku ala2 versi Jawa la konon.. Tapi, aku ingat sampai skg.. Menjadi kenangan manes beb!! Hahaha.. =) [Ingat ikan je bley banyak2 nama?? *tunjuk penumbuk kat ikan* Ngehehe..]

Cari punya cari punya cari, Alhamdulillah.. Akhirnya aku jumpa gak klip lagu Ku Mahu nyanyian Ct Nurhaliza masa persembahan ABP tue.. Sape tak minat Ct, sila hentikan pembacaan anda setakat ini ye.. Takut ia mengundang keemosian yang tak terduga.. Hahahaha.. Xde la.. Saje je.. Teruskan membaca.. Kat bawah nie aku taruk klip videonya.. Saja suka2.. Kalu korg tak suka, jgn tgk k! Hehehe..

Enjoy it!! =)

Tuesday, April 1, 2008

Jerawat Owh Jerawat..

Jerawat Owh Jerawat.. Mari kita berkenal-kenalan dengan jerawat.. Apa itu jerawat? Jerawat adalah sejenis ketumbuhan kecil yang bila tumbuh di bahagian muka dan bentuknya rasa seperti mahu dikuis2 dan dipicit2 tetapi risiko akibat melakukannya adalah sangat besar.. Jika jerawat tumbuh di wajah, maka apabila anda memicit2nya, maka akan tinggallah bekas kenang-kenangan parut di wajah itu.. Owh.. Tidak mahu parut? Janganlah memicit jerawat.. Ngeh3..

Seterusnya, mari plak kita berkenal-kenalan dengan faktor2 yang menyebabkan tumbuhnya jerawat.. Antaranya ialah faktor pemakanan.. Mungkin makan makanan berminyak boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat? Ntah.. Tuan punya diri pun tak tahu.. Agaknya laa.. Tapi, bukankah makanan berminyak itu lazat?? Owh.. Mengapalah yang lazat itu berisiko? Huhuhu.. Tapi, yang selalu org cakap.. Makan kacang mengundang jerawat.. Err.. Ye ke?? Hehehe.. Sekali lagi.. Ntah.. Tuan punya diri kurang pasti.. Apa yang pasti, Tuan punya diri seorg yang kuat makan dan bedal sahaja apa makanan yang ada asalkan halal dan boleh dimakan.. Tuan punya diri suka makan kacang kuda.. Err.. Sama ke ngan kacang biasa? Ngeh3..

Jerawat juga boleh tumbuh akibat kesan daripada penyakit2 tertentu.. Contohnya resdung.. Rawatan lebih lanjut perlulah dilakukan kerana resdung apabila dibiarkan, lama kelamaan penyakit itu akan menjadi semakin teruk.. Huhuhu..

Selaen daripada itu, jerawat juga tumbuh disebabkan perubahan hormon.. Bagi lelaki dan perempuan, jerawat akan tumbuh dengan pesatnya sepertimana cendawan tumbuh selepas hujan apabila permulaan akhil baligh.. Kalu sesiapa yg tak tahu maksud akhil baligh tue.. Err.. Akhil baligh tue bermaksud.. Err.. Hmm.. Tanye kat org sebelah laa!! Hehehe.. Jadi, pada waktu dan ketika ini, gunakanlah produk yang bersesuaian ngan kulit anda agar produk itu dapat bertindak seperti racun kepada jerawat, tetapi bukan sebagai baja kepada jerawat.. Owh..

Jerawat juga boleh tumbuh akibat tekanan kesan daripada bebanan kerja yang melampau.. Kurang tidor, terlalu banyak berfikir serta kucar-kacir dalam menjaga diri sendiri pun boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.. Jadi, bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat akibat dari alasan yang ini, maka setelkan laa keje seawal yang boleh di mana kita masih lagi mempunyai kesempatan masa.. Yeehaa!! *terkena batang idung sendiri*

Mari kita imbau kembali segala kisah2 yang berkaitan dengan jerawat:

>>Begin of Kisah Benar<<

Kisah 1 (masa Form 3):
Tuan Punya Diri : Bersihnya muka ko? Apa petua? Hehehe..
Kawan Tuan Punya Diri: Owh.. Xde ape laa.. Cuma, bila org laen ade jerawat.. Jangan
tegur.. Diam je.. Kalu tegur, mesti tumbuh kat muka sendiri plak..
Tuan Punya Diri : Err.. Ye ke?
Kawan Tuan Punya Diri: Iye.. Hehehe..
Tuan Punya Diri : Owh... Huhuhu.. (sambil mengerutkan wajah..)

Kisah 2 (masa Form 3.. Lagik!)
Tuan Punya Diri : Bersihnya muka ko? Apa petua? Hehehe.. (soklan sama.. Lagik!!)
Kawan Tuan Punya Diri: Owh.. Xde ape laa.. Cuma, mak aku kata hati kena bersih.. Selalu
ada wudhuk.. InsyaAllah.. Ketenangan hati terlahir pada wajah
yang suci murni.. Hehehe..
Tuan Punya Diri : Owh.. Huhuhu.. (sambil muhasabah diri..)

Kisah 3 (masa Form 5.. Laen!! Hehehe..=P)
Tuan Punya Diri : Cikgu, saya dah tak minat budak tue la..
Cikgu Kepada Tuan Punya Diri: Kenapa plak??
Tuan Punya Diri : Hehehe.. Sebab saya nak minat budak laen plak.. Boring le..
Xde respon pun.. Ngeh3..
Cikgu kepada Tuan Punya Diri: Haih.. Tak setia! Bila tak suka, nak minat org laen la..
Benci laa.. Bila suka, jerawat pun nampak macam berlian!
Tuan Punya Diri : Owh.. Huhuhu.. (laser betul Cikgu aku nie.. Hehehe.. =P)

Kisah 4 (masa Form 5.. Lagik!! Hehehe.. )
Kawan Tuan Punya Diri: Banyaknye jerawat ko?
Tuan Punya Diri : Weh.. Jangan tegur laa.. Esok muka ko ade jerawat,
padan muka ko..
Kawan Tuan Punya Diri: Xde la.. Aku maen2 je..
Tuan Punya Diri : Aku tahu.. Ngeh3.. Tapi ko nak tahu tak?
Kawan Tuan Punya Diri: Err.. Apa dia?
Tuan Punya Diri : Bagi aku, satu jerawat tumbuh kat muka nie, aku akan consider ia
sebagai...
Kawan Tuan Punya Diri: Sebagai ape?
Tuan Punya Diri : Sebagai satu subjek yang bakal dapat 1A dalam SPM nnti.. Cuba
tgk.. Betapa byknye ia tumbuh pada aku.. Bermakna, tak
terkiralah terernya aku nnti.. Muahahaha..
Kawan Tuan Punya Diri: Muahahaha... (bermuka konpius.. Hehehe..)


>>End of Kisah Benar<<

P/s: Post ini ditulis bersempena dengan jerawat yang dah mulai naek di muka akibat tekanan kerja yang melampau.. Err.. Silap ayat tue.. Akibat daripada penangguhan kerja dan apabila kerja ingin dilakukan, fiuh tak terkira banyaknya walaupun Tuan punya diri tahu bebanan kerja adalah melampau.. Hehehe.. Sila baca dalam satu nafas sahaja.. =P