Monday, October 31, 2011

Pendengar yang Baik

Sahabat/seseorang yang dikenali oleh anda berada dalam kesedihan yang teramat sangat. Anda tidak tahu untuk membuat apa. Saya juga tidak tahu untuk memberi tips bagaimana mahu menjadi pendengar yang baik.
Sumber: Image Google

Kalau ikut pengalaman, jika sahabat seseorang dalam keadaan yang teramat sedih, saya selalunya akan:

1. Menggunakan bahasa badan (Bahasa Penjajah --> body language) untuk memaklumkan pada sahabat yang, "Saya ada kat sini sebagai pengurang beban jiwa kacau awak". Caranya? Bergantung pada masing2. Jika yang ada masalah itu adalah yang haram dikahwini (Bahasa Baginda S.A.W --> mahram) atau halal disentuh, maka boleh dipeluk, diusap atau digenggam tangannya untuk berikan kekuatan pada mereka.

Sumber: Image Google

2. Jangan paksa mereka untuk bercerita. Lebih baik sekiranya mereka sendiri yang sukarela untuk bercerita. Ini adalah lebih baik. Kerana setiap orang ada masalah, dan setiap masalah pasti ada yang jatuh dalam kategori-kategori "Boleh Dikongsi" atau "Rahsia Persendirian dan Sulit (Bahasa Penjajah --> Private and Confidential)".

Sumber: Image Google

3. Mendengar dengan teliti setiap butir bicara yang diluahkan. Jangan menyampuk atau menyelit jika tidak perlu. Terlampau banyak menyampuk, menyelit dan menanya; perasaan untuk meluahkan masalah akan jadi terbantut.


Sumber: Image Google

4. Nasihat? Berikannya hanya jika perlu sahaja. Kebanyakan mereka meluahkan perasaan pada anda, adalah untuk meringankan beban hati jiwa kacau yang ditanggung. Sekiranya perlu nasihat, maka nasihatkanlah...

Sumber: Image Google

5. Ya, anda perlu menjadi amanah dengan menyimpan baik dan rapi permasalahan sahabat tersebut. Jaga ke'aiban mereka. Tidak perlu diheboh-hebohkan atau berbangga diatas rahsia yang telah diketahui tersebut. Tidak perlu menjadi mulut tempayan. Jika sahabat/ seseorang yang bersedih tadi bercerita kepada yang lain, biarkan. Tetapi, jangan cerita2 tersebut bermula dari mulut anda. 

Sumber: Image Google

6. Mendoakan kebaikan buat mereka. Doa sahabat/ seorang kepada sahabat seorang yang lain akan dimakbulkan oleh Allah (InsyaAllah) dengan syarat ikhlas. Doa yang baik, akan kembali balik kepada seorang yang berdoa untuk kebaikan itu.

Sumber: Image Google

Ini adalah cara dari saya, bukan seorang pakar psikologi tapi meminati psikologi, dengan harapan ilmu psikologi tidak berbayar (baca dari internet, borak2 dengan sahabat yang amek psikologi dll) tersebut dapat membantu saya menghadapi kehidupan yang psiko ini. 

Islam dan psikologi. Al-Quran sahaja, mengandungi banyak kata-kata motivasi buat kita. Sungguh beruntung umat Islam. Yakin dengan janji Allah, pasti akan bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah.

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperolehi ampunan dan pahala yang besar"
(Al-Mulk: 12)

P/s: 1. Allah adalah pendengar yang terbaik!  
2. Berusaha untuk menjadi pendengar yang baik...
3. Mahu benar memiliki buku "Body Language" tersebut. Selalu baca kat kedai buku jah... Kena kumpul duit ni~

No comments: