Saya TERtonton rancangan "Law Kana Bainana" di TV AlHijrah. Rancangan tersebut adalah satu rancangan berbahasa Arab iaitu "Jika Baginda S.A.W bersama kita".
Sumber Imej: Google
Jika anda mempunyai Astro di rumah, dan ada menonton rancangan "Cubaan" yang dihoskan oleh Akhil Hayy; rancangan Law Kana Bainana ini lebih kurang seperti itu.
Pada pandangan saya yang jahil dan cetek ilmu ini, saya lebih menyukai rancangan berbahasa Arab tersebut kerana:
1. Setiap perbuatan yang dirakamkan ada kaitan dengan sunnah Baginda S.A.W. Contohnya; Untuk adab makan, Baginda akan ambil makanan ikut kemampuan dan bukan ikut nafsu, serta Baginda akan habiskan makanan kerana Baginda tidak suka pada pembaziran.
Maka kamera tersembunyi beserta beberapa pelakon akan merakam aksi beberapa orang yang bertuah, adakah habis makanan mereka?Adakah mereka tahu mengenai sunnah Baginda ini? Kenapa saya katakan aksi beberapa orang tersebut sebagai bertuah?
Ini kerana, selain pengacaranya yang kacak (OMG!), orang bertuah tersebut turut diingatkan mengenai sunnah2 Baginda tersebut. Mereka juga turut menerima hadiah. Dan mereka juga berpeluang berselawat bersama2 pengacara kacak tersebut (OMG!). MasyaAllah!
2. Rancangan tersebut juga memaparkan bahan bacaan yang ditulis berdasarkan Baginda S.A.W. Antaranya mengenai sunnah Baginda, akhlak Baginda, peribadi Baginda dan lain-lain lagi. Untungnya sesiapa yang memahami bahasa Arab (pertuturan dan penulisan) kerana buku2 tersebut adalah dalam bahasa Arab.
3. Selain daripada itu (sangat karangan SPM post ni), rancangan ini juga ada memberikan tazkirah. Tazkirah iaitu peringatan yang mengingatkan manusia ini betapa sayangnya Baginda pada umatnya sehingga mendahulukan umatnya dari dirinya sendiri.
Pertama kali TERtonton rancangan ini, saya dihidangkan dengan cerita yang cukup menyentuh hati.
InsyaAllah, akan saya tulis mengenainya pada kesempatan masa yang lain. Berharap emosi dan tatabahasa dan ayat yang digunakan adalah bersesuaian bagi post tersebut.
-----------------------------------------------------------------------
Dan cadangan saya pada stesyen televisyen yang ingin merebut peluang menerbitkan sesuatu yang berilmiah, terbitkanlah rancangan seperti ini.
Rancangan yang mengingatkan umat Muhammad tentang sunnah2 Baginda S.A.W dan betapa cintanya Baginda S.A.W pada umatnya.
Tidak perlu menerbitkan/ merangka rancangan yang baru, yang formatnya lebih kurang Law Kana Bainana. Tidak perlu claim, "Oh, kami sudah rancang untuk menerbitkan rancangan yang sama bertahun2 yg lepas, cuma tahun ini kesempatan yang ada untuk menerbitkannya", dan bermacam lagi alasan. Beli saja format mereka. Kenapa tidak?
Jika format dot dot Idol, dot dot Fantasia dan lain-lain lagi mampu dibeli, kenapa tidak format Law Kana Bainana ini? Beli, jangan tak beli okay?
Dan saya juga ingin mencadangkan pengacaranya kalau boleh Ustaz Don Daniyal. Kerana apa? Kerana demam Don Daniyal sedang bermula... Ramai yang meminati cara penyampaiannya. Secara jujur, saya belum pernah TERtonton penyampaian Ustaz di kaca TV. Saya berharap agar diberi kesempatan menontonnya dimana2 sahaja (Youtube kan ada =D).
"Jika Baginda S.A.W berada dihadapan anda, apakah yang anda akan cakapkan pada Baginda S.A.W dalam masa seminit?"
P/s:
1. Banyak sungguh sunnah Baginda S.A.W yang tidak saya tahu. Owh...
2. TER = tidak sengaja; TERtonton Law Kana Bainana ini merupakan perlakuan tidak sengaja yang indah buat saya =)
3. If Law Kana Bainana team ever read this post (berangan!), you've done a brilliant job! Thanks!
4. Boleh baca lagi komen mengenai rancangan tersebut di SINI.
No comments:
Post a Comment