Wednesday, November 19, 2008

Macam-Macam Hal!

Macam2 hal berlaku kat negara Malaysia terchenta skg nie.. Isu pengkid la, isu video kematian la, isu babi la..

Sebagai anak muda, meh sini saya bagi pendapat saya apa yang saya pikirkan dan apa yang ingin saya luahkan.. Jika berbaur kebudak2an, maka maafkanlah kerana saya masih muda dan sedang cuba menggapai kematangan.. Tetapi jika berbaur kedewasaan, maka maafkanlah saya juga kerana saya dewasa sebelum usia.. Cewah!


---------------------------------------------------------------------------------

Pengkid. Berpewatakan seperti lelaki, berjiwa dan berperasaan seperti lelaki, mempunyai perasaan terhadap wanita iaitu insan yg sama jenis dengan mereka.. Isu menjadi hangat selepas seorang wanita meninggalkan suaminya hanya kerana seorang pengkid.. Apa cer?? Majlis Fatwa telah pun mengharamkan pengkid tetapi ada juga bunyi2 langau yang mempersoalkannya.. Wei!! Sengal ke apa nak mempersoalkan hukum yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa?? Kalu mereka dah kata HARAM, maka HARAM laa!! Nie kan negara Islam! Kalu kat negara laen yg menghalalkan homoseksual, pondan dan pengkid, lantak negara korang laa.. Jangan nak sama kan sini dengan Malaysia.. Hampeh! Gila Hampeh! Hampeh pun tak gila macam org2 yg marah pasal pengharaman pengkid nie.. Hampeh seribu kali hampeh!


---------------------------------------------------------------------------------

Masa sekolah dulu, pernah tak kita dengar pasal kaset alam barzakh?? Rugi la kalu anda2 tak dengar.. Alaa, yang ada dialog "Mana doa anakku seorang lawyer? Mana doa anakku seorang doktor?" serta "Siapa Tuhanmu?" dan sekian macam dialog yang saya dah lupa.. Huhuhuhuhu.. Wah2, lepas kita dengar, konfem solat 5 waktu dijaga, kerana terngiang2 suara dalam kaset itu yang sungguh menggerunkan.. Umpama berada di alam barzakh.. Berupaya menginsafkan dak2 asrama yang liat solat serta suka solat akhir waktu serta laen2 lagi .. (Sapa la tue ek?? Sob.. Sob..) Sekali lagi saya ulangi, kaset tue berupaya menginsafkan sebahagian besar kami.. Lebih best lagi, kakak senior bukak kaset waktu malam, sebelum nak tido, tutup lampu lagi tuh.. Siap hujan ngan guruh sekali waktu tue.. Huhuhuhu..

Dan sebagai anak muda yang baru berusia 13 tahun waktu tue, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kandungan kaset itu berjaya menginsafkan saya.. Berusaha menjaga solat sebaek mungkin kerana hukuman bagi yg tidak mengerjakan solat sentiasa terngiang2 di telinga dan pikiran saya.. Penyampaian mereka (kaset alam barzakh) sungguh berkesan.. Ibu saya agak terkejut dengan perubahan saya pada waktu itu tetapi tidak menyatakannya.. Sehinggalah apabila saya ke sekolah laen, ibu saya menyatakan sekali lagi "Dulu Along menjaga waktu solat, sekarang kenapa?"

Mungkin dah lama tak bersihkan hati.. Hati dah makin hitam.. Hitam pekat mengalahkan warna kopi cap kapal api.. Huhuhuhuhu.. Tapi masa senior pasangkan kaset yg menakutkan tue, xde plak saya mengadu kat ibu bapa saya.. Dan xde plak mana2 ibu bapa pelajar2 laen yang mengadu kat TV3.. Mungkin kerana mereka gumbira melihat perubahan anak masing2 yg menjaga agamanya..

Tetapi laen plak cite skg nie.. Isu video kematian dikatakan mencetuskan kemurungan, ketakutan, dan segala macam "ke...an" di kalangan anak2.. Ye ke? Adek murung sebab apa?? Adek nak solat sebab takut kalu tak solat Tuhan murka, nnti dalam kubur kena belit ngan ular kan? Betul tak adik? Adek nak solat sangat2, tapi takde sejadah kat umah.. Eh, telekong (pakaian sembahyang untuk wanita) pun xde? Isk2.. Owh.. Tue rupanya masalah kemurungan tue.. Takpe.. Adek gi mintak kat ibu ngan ayah adek, mesti dapat punyer! Wokeh! Setel sudah masalah kemurungan! Hehehehehe..

Daripada kita risau2 pasal penayangan video kematian nie, baek kita risau2 pasal kandungan media sekarang nie yang lebih banyak menyangkan unsur2 seks.. Dilabelkan sebagai Tayangan Umum (U), tetapi ada aksi cium2 laa, aksi tue la, aksi nie laa.. Kat internet lagi senang nak cari.. Taip je apa2, akan keluar la entah apa2.. Dan budak2 zaman sekarang nie dah tak main dah lagi maen masak2, kawin2, power rangers, ultraman vs raksasa, panjat pokok rambutan dan sebagainya.. Tetapi mereka maen seks! Owh..

Semoga adek2 ku dan ahli keluargaku dilindungi oleh Allah s.w.t.. Semoga adek2 kat luar sana juga dilindungi oleh Allah s.w.t.. Amiiin..


---------------------------------------------------------------------------------

Satu teka-teki.. Kenapa anak babi, bila dia jalan belakang ibu babi, dia tunduk? Haa.. Kenapa? Jawapannya, sebab dia malu dia anak babi.. Err, teka-teki nie xde kaitan.. Sowi.. =X

Kepada Encik Penggantung Daging Babi yang menggantung babi di pagar rumah Encik Pemantau Babi.. Adalah dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa saya begitu kecewa dengan tindakan anda yang begitu hampeh itu.. Adalah tidak wajar anda bertindak sedemikian kerana anda telah sedia maklum bahawa Encik Pemantau Babi itu adalah seorang muslim, dan dia menjalankan tanggungjawabnya menjaga kebajikan muslim di kawasannya.. Adalah ingin sekali saya memaklumkan bahawa, babi bukanlah haiwan perliharaan kami (kami merujuk sebagai muslim) dan kami tidak makan babi.. Kami juga tidak pegang babi.. Jadi, bila Encik Penggantung Babi membuat tindakan hampeh begitu, maka kami (atau saya barangkali) merasa sangat dukacita.. Sangat2 dukacita.. Sehingga saya berangan2 bahawa jika saya tahu siapa Encik Penggantung Babi ini, maka ingin sekali saya gantungkan tubuh badan Encik Penggantung Babi di pagar kawasan ternakan babi..

Jika Encik Penggantung Babi mungkin tidak berpuas hati dengan tugas2 Encik Pemantau Babi yang barangkali (mungkin) ada menegur mengenai kegiatan penternakan babi yang menimbulkan keluh kesah di kalangan penduduk sekitar seperti bau busuk, air kotor, bunyi bising dan sebagainya; maka ambillah perhatian atas teguran itu.. Dan saya berharap semoga Malaysia bukanlah pengimport utama babi di dunia.. Kerana saya juga tidak mahu Malaysia terkenal dengan catitan kematian disebabkan J.E yang paling tinggi di dunia.. Owh..

Dan saya juga ingin melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat apabila Encik Pembuang Babi membuangkan anggota babi di kawasan pantai di Melaka.. Kesian pada pengusaha2 chalet di sana.. Mereka melahirkan kerisauan mengenai perniagaan mereka yg bakal terjejas berikutan kawasan pantai yg telah tercemar.. Pelancong2 pun takut untuk melancong ke pantai tersebut berikutan kebersihan yg tidak terjamin.. Maka, pelancong2 terpaksa melencong ke tempat laen.. Maka, saya rasa wajarlah pengusaha2 chalet di pantai tersebut melahirkan kerisauan mereka..

Encik Pembuang Babi, justeru saya berharap semoga pihak anda tidak membuang anggota babi di kawasan pantai tersebut serta mana2 kawasan yang bakal mengundang kemarahan penduduk sekitar.. Saya juga turut berangan2 sekiranya saya kenal Encik Pembuang Babi nie, maka adalah molek jika saya buangkan anggota badannya ke dalam kandang babi..

Dan saya ingin mencadangkan bahawa tutup sahaja kawasan penternakan babi yang terdapat di Malaysia ini, kerana penternakannya mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaekan..

Jika perbuatan tersebut dilakukan oleh penternak babi yang mungkin tak berpuas hati kerana ladang penternakan babi tidak dibenarkan untuk diperluaskan lagi atau sebab2 laen, maka ingin saya nyatakan bahawa penggantungan di pagar serta pembuangan di pantai bukanlah caranya..

Dan jika perbuatan tersebut dilakukan oleh org2 yg marah dengan pelbagai isu negatif dan sensitif berkaitan dengan penternakan babi ini, dan meminta supaya pihak tertentu mengambil tindakan tapi mungkin tidak diendahkan; maka sekali lagi saya nyatakan bahawa penggantungan di pagar serta pembuangan di pantai bukanlah caranya..

Apa caranya??

Lu Pikirlah Sendiri!!!


----------------------------------------------------------------------------------

P/s:
1) Saya akan meninggalkan kerja2 lab buat seketika bagi meneruskan aktiviti percutian di kampung halaman terchenta.. Di samping itu, saya juga mungkin sibuk menghadiri majlis2 kenduri kawen sempena musim cuti sekolah nanti kerana risau sekiranya saya tidak menghadiri majlis mereka, maka nanti majlis saya takde sapa nak hadiri.. Hehehehe.. =P

2) Penulisan blog akan berhenti wat seketika, dan kalu saya rajin masa cuti saya akan tulis jugak.. Err.. Saya tak janji.. Tapi, kalu rindu kat saya miskol la saya.. Ngeh3.. =P

3) Dan wat kenalan serta sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam jangkamasa terdekat nie, saya doakan semoga anda serta pasangan anda dan seluruh keluarga anda bahagia di dunia dan akhirat.. (",)

Chow!
Wassalam..

2 comments:

Anonymous said...

wah...insaf akak baca blog zira...pandangan y bagus...teruskan idea2 bernas mu...hehehe..
selamat bercuti...jumpa pas cuti ye...

-k.kinah

AziRa AziZ said...

Kak Sakinah,
Yeszz...
Akak dah pandai bagi komen.
Hehehehehe.. =)
Saya budak baru belajar,
Kalu salah tolong tunjukkan..
Syukran!