Tetiba teringat pasal cerita2 yang menarik yang berjaya mebuatkan aku terdiam dan berfikir dengan panjang lebar walaupun setelah abes menonton... Segan nak mengakui, tapi antaranya berjaya membuatkan aku bergenang (bukan berenang) air mata dan oppsss!!! Dah nangis dah... Hehehe..
Filem 1: Black (2005)
Filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada seorang kanak2 yang bernama Helen Keller. Sebagai seorang kanak2 yang pekak dan buta, adalah sukar baginya mempelajari sesuatu yang baru. Dididik oleh seorang guru yang berdedikasi dan penyabar, "Water" merupakan perkataan pertama yang difahami olehnya.
Filem 2: A Beautiful Mind
Filem ini juga merupakan adaptasi daripada kisah benar yang berlaku pada John Forbes Nash. Mengalami gangguan mental, sukar baginya untuk membezakan antara yang realiti dan fantasi. Cerita ini menunjukkan bahawa kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ahli keluarga mampu menyebabkan seseorang dapat menghadapi pelbagai rintangan dan seterusnya mencapai kejayaan yang tidak disangka2..
Drama 3: One Litre of Tears
Cerita nie jugak pasal kisah yang sebenar.. Mengenai penyakit yang menimpa seorang kanak2 Jepun bernama Aya.. Jalan cerita digambarkan menerusi catatan yang ditulis olehnya didalam diari.. Aya hidup sehinga berusia 25 tahun..
Filem 5: Tom Hank's Movies
Kebanyakan orang pasti akan menyukai filem Tom Hanks.. Menerima anugerah sebagai pelakon terbaek, boleh dikatakan filem2 lakonan dia tak pernah mengecewakan.. Eh..? Ada yang tak suka dia..? Tak suka sudah!! Aku suka.. Muahahaha..
Kartun 6: Upin dan Ipin
Comey giler budak kembau dua orang dalam citer nie.. Mereka obses terhadap ayam, sebagaimana ada seorang kawan aku tue yang obses terhadap sup cendawan.. =P Obses jika tidak dirawat dari awal, akan mengundang penyakit serius yang sukar diubati.. Hehehe.. Betul tak Upin & Ipin..?? Betul.. Betul.. Betul..
Enjoy!
4 comments:
zira, aku nk share dgn ko cerita yg konfirm buat air mata ko berlinang.
1. The Notebook
2. PS I Love You.
confirm kembang mata esok pagi. haha.
Patt,
Hah!
Aku lum tgk Notebook lagi..
Ada soft copy???
Ngeh3..
i looove Tom Hanks too...
Sleepless in Seattle just melted my heart...plus muke slumber die dlm citer Forrest Gump...mantap giler
Neway...org suke Adam Sandler's movies...lawak slumber nak mati
Anee,
Tom Hanks besh!
Cerita2 dia banyak wat kita berpikir pjg..
Adam Sandler! Kelakau!
Ngeh3..
Post a Comment