Wahai kesayanganku,
Telah engkau cuba sehabis daya,
Telah engkau berikan sehabis usaha,
Tetapi mengapa, bukan kecemerlangan itu yang engkau punya?
Wahai kesayanganku,
Engkau tangisi apa yang diperolehi,
Tanda bantahan daripada hati,
Tapi kau harus tahu, kau harus pasti,
Yang terbaik untukmu ada menanti,
Kerana itu janji daripada Tuhanmu, tidak pernah Dia mungkiri.
Wahai kesayanganku,
Jangan dibandingkan apa yang terjadi,
Kerana setiap kita telah ada ketetapan diberi,
Mohon kekuatan kepada yang Maha Pencipta, yang Maha Berdiri Sendiri,
Kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Wahai kesayanganku,
Menangislah untuk menghilangkan resah,
Menangislah untuk menghilangkan gundah,
Menangislah dan bermuhasabahlah,
Kerana selepas tangisan, pasti akan ada sesuatu yang indah.
Wahai kesayanganku,
Menangislah,
Kerana menangis itu tidak salah,
Malah ubat kepada rasa gundah,
Ubat kepada rasa bersalah,
Ubat kepada hati yang parah.
Wahai kesayanganku,
Ku titipkan sajak ini untukmu,
Kerana cintaku padamu atas nama Allah Tuhanku,
Kerana cintaku padamu atas nama Allah Tuhanmu,
Kerana cintaku padamu atas nama Allah Tuhan kita yang satu.
Wahai kesayanganku,
Hanya Allah sebaik-baik penjagamu,
Hanya Allah sebaik-baik pelindungmu,
Hanya Allah tahu apa yang terbaik untukmu,
Kerana hanya Dia yang memiliki segala ilmu,
Justeru, seuntai doa kutitipkan buatmu,
Ku sentiasa doakan hanya yang terbaik berlaku kepadamu,
Duhai kesayanganku...
Sumber Imej: Google Image
P/s: Who loves you? Allah do. I do. Everyone do. You just do still not..... discover it.
2 comments:
Salam..
Cik Zira, sebak pulak baca sajak ni.. Mendalam maksudnya.. Bertuah betul org yg menjadi kesayangan kamu itu.. =)
ps : Nak request sajak jugak boleh? Hihi..
Rina,
Masa org buat ni pun org sebak jugak...
Rina nak request sajak? Sajak pasal apa ye? ;-)
Post a Comment