Thursday, December 8, 2011

Eh, ada contest lagi!

Saya menjadi kreatif bila dalam keadaan sedih.

Juga kreatif dalam keadaan marah.

Juga kreatif bila simpati sebab orang disayangi dalam keadaan sedih.

Maka kebanyakan artikel di blog ini diperolehi pada masa keadaan sedih, marah dan simpati tersebut.

Tetapi artikel tidak ditulis dalam keadaan sedang marah. Artikel ditulis ketika segala perasaan negatif tersebut sedikit/ sudah reda.

Bila gembira, saya tiada idea. Saya kehilangan kreativiti. Yang saya tahu, bila saya gembira, saya suka menyanyi. Menyanyi dalam bilik tidur, dalam bilik air, menyanyi dalam hati, dan paling teruk menyanyi dalam kereta tetapi lupa tutup tingkap kereta. Malu I kat abang cumel dan muka syurga yang tengah bawak motor itu. Sekian.

Tapi, saya dapat rasakan ada satu perkara lagi yang boleh membuatkan saya menjadi kreatif iaitu menjadi kreatif apabila dicabar!

Ya! Jom masuk Writing Contest dari blog Encik Eqbal ini! Kalau tulisan anda menambat hatinya, dapat hadiah wo!!

Tidak perlu malu-malu masuk pertandingan ini. Kalau malu, ekau buat yo la artikel mantap2, dan ganti dengan namo eden. Okay secret2 admirer sekalian! *Secret admirer buku lali ekau la! Secret admirer imaginary!*

Oh, hampir terlupa. Untuk pemenang2 contest2 yang terdahulu dan akan datang, tahniah diucapkan! ^_^

Jom jadi kreatif!

P/s: Aween, jom masuk pertandingan ni lagi nak? Berfikir pun boleh jadi kurus gak. Banyak guna tenaga apa. Dengan syarat, xde cikedis, coki2, dan yang se"ci/ce/co" dengannya masa buat kerja. Hehehehehe.. Gurau jah! =)

3 comments:

eqbalzack said...

salam azira,
terima kasih join contest abg eq ni. yup! jangan malu2 masuk contest ni. abg eq suka blogger yg berani mencuba ni. insyaallah kalau ada rezeki lebih mmg nak bg semua hadiah kat blogger yang join.
terima kasih atas entry ni azira...

adinda awin said...

hampeh zira....xmawla leteh aku asek google translate OOPSSSSSS pecah rahsia haha

AziRa AziZ said...

Eqbalzack,

Terima kasih jugak sebab buat contest ni. Rezeki lebih bila dapat bonus nanti, bagi la semua hadiah kat peserta ye.. Heeee.. =)


Adinda Awin,
Hahahaha.. Kamus free ye? ;-)