Thursday, December 8, 2011

Eh, ada contest lagi!

Saya menjadi kreatif bila dalam keadaan sedih.

Juga kreatif dalam keadaan marah.

Juga kreatif bila simpati sebab orang disayangi dalam keadaan sedih.

Maka kebanyakan artikel di blog ini diperolehi pada masa keadaan sedih, marah dan simpati tersebut.

Tetapi artikel tidak ditulis dalam keadaan sedang marah. Artikel ditulis ketika segala perasaan negatif tersebut sedikit/ sudah reda.

Bila gembira, saya tiada idea. Saya kehilangan kreativiti. Yang saya tahu, bila saya gembira, saya suka menyanyi. Menyanyi dalam bilik tidur, dalam bilik air, menyanyi dalam hati, dan paling teruk menyanyi dalam kereta tetapi lupa tutup tingkap kereta. Malu I kat abang cumel dan muka syurga yang tengah bawak motor itu. Sekian.

Tapi, saya dapat rasakan ada satu perkara lagi yang boleh membuatkan saya menjadi kreatif iaitu menjadi kreatif apabila dicabar!

Ya! Jom masuk Writing Contest dari blog Encik Eqbal ini! Kalau tulisan anda menambat hatinya, dapat hadiah wo!!

Tidak perlu malu-malu masuk pertandingan ini. Kalau malu, ekau buat yo la artikel mantap2, dan ganti dengan namo eden. Okay secret2 admirer sekalian! *Secret admirer buku lali ekau la! Secret admirer imaginary!*

Oh, hampir terlupa. Untuk pemenang2 contest2 yang terdahulu dan akan datang, tahniah diucapkan! ^_^

Jom jadi kreatif!

P/s: Aween, jom masuk pertandingan ni lagi nak? Berfikir pun boleh jadi kurus gak. Banyak guna tenaga apa. Dengan syarat, xde cikedis, coki2, dan yang se"ci/ce/co" dengannya masa buat kerja. Hehehehehe.. Gurau jah! =)

Wednesday, December 7, 2011

Wahai Kesayanganku

Wahai kesayanganku,
Telah engkau cuba sehabis daya,
Telah engkau berikan sehabis usaha,
Tetapi mengapa, bukan kecemerlangan itu yang engkau punya?

Wahai kesayanganku,
Engkau tangisi apa yang diperolehi,
Tanda bantahan daripada hati,
Tapi kau harus tahu, kau harus pasti,
Yang terbaik untukmu ada menanti,
Kerana itu janji daripada Tuhanmu, tidak pernah Dia mungkiri.

Wahai kesayanganku,
Jangan dibandingkan apa yang terjadi,
Kerana setiap kita telah ada ketetapan diberi,
Mohon kekuatan kepada yang Maha Pencipta, yang Maha Berdiri Sendiri,
Kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Wahai kesayanganku,
Menangislah untuk menghilangkan resah,
Menangislah untuk menghilangkan gundah,
Menangislah dan bermuhasabahlah,
Kerana selepas tangisan, pasti akan ada sesuatu yang indah.

Wahai kesayanganku,
Menangislah,
Kerana menangis itu tidak salah,
Malah ubat kepada rasa gundah,
Ubat kepada rasa bersalah,
Ubat kepada hati yang parah.

Wahai kesayanganku,
Ku titipkan sajak ini untukmu,
Kerana cintaku padamu atas nama Allah Tuhanku,
Kerana cintaku padamu atas nama Allah Tuhanmu,
Kerana cintaku padamu atas nama Allah Tuhan kita yang satu.

Wahai kesayanganku,
Hanya Allah sebaik-baik penjagamu,
Hanya Allah sebaik-baik pelindungmu,
Hanya Allah tahu apa yang terbaik untukmu,
Kerana hanya Dia yang memiliki segala ilmu,
Justeru, seuntai doa kutitipkan buatmu,
Ku sentiasa doakan hanya yang terbaik berlaku kepadamu,
Duhai kesayanganku...

Sumber Imej: Google Image

P/s: Who loves you? Allah do. I do. Everyone do. You just do still not..... discover it.