Wednesday, November 9, 2011

(Versi 1) Lecturer - Student Relationship, anything wrong?

Terima kasih kepada Aween kerana tag saya bagi pertandingan INI, yang boleh melatih otak saya menjadi kreatif dan berfikiran kritis. Okay. Feel free to tag yourself! Disebabkan bahasa Inggeris saya tidak begitu baik, saya sedikit terkeliru dengan tajuk tersebut. Macam mana pun, saya telah buat karangan bagi menyatakan pandangan saya dalam bahasa Malaysia. Okay.

Mula!

_____________________________________________________________________

Karangan 1: Hubungan Cinta Antara Pensyarah dan Pelajar.

Hubungan antara Pensyarah dan Pelajar boleh dibahagikan kepada dua; iaitu hubungan antara seorang pendidik dengan pelajar dan hubungan antara kekasih hati dan buah hati. (24)

Terdapat pelbagai perspektif mengenai hubungan cinta yang tejalin antara pensyarah dan pelajar ini. Bagi budaya Malaysia, ianya dilihat sebagai sesuatu yang janggal dan tidak manis dilakukan. Walaubagaimanapun, dari sudut pandangan agama Islam, hubungan tersebut tidak salah asalkan tidak melanggar batas-batas agama yang ditetapkan. (43)

Antara impak positif yang mungkin diperolehi hasil dari hubungan cinta ini antaranya ialah pensyarah akan menjadi lebih mesra kepada pelajar-pelajarnya. Kerana ingin memikat hati sang kekasih yang masih belajar, pensyarah perlu lebih mesra kepada pelajar tersebut untuk menarik perhatiannya. Selain itu, pelajar akan menjadi lebih bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu. Ini kerana, bagi menambat hati sang pujaan yang merupakan seorang pensyarah, perlulah ditambat dengan kesungguhan dalam menuntut ilmu yang diajarnya. Tambahan lagi, seorang pelajar boleh menjadi lebih matang kesan dari hasil hubungan cinta dengan seseorang yang lebih berumur. (87)

Walaubagaimanapun, kemungkinan wujud juga impak negatif hasil dari hubungan cinta tersebut. Antaranya ialah pensyarah mengamalkan dasar pilih kasih terutama dalam pembahagian gred peperiksaan kepada kekasihnya. Walaupun keputusan sebenar pelajar tersebut tidak seberapa, dek kerana cinta, pensyarah membutakan hatinya dengan memberikan gred yang baik. Selain itu, perlakuan selalu berjumpa berdua-duaan di dalam bilik pensyarah antara pelajar dan pensyarah yang bercinta akan menimbulkan pandangan serong orang ramai dan menimbulkan penilaian negatif pada kerjaya sebagai pensyarah iaitu, "Harapkan pagar, pagar makan padi". (79)

Kesimpulannya, hubungan cinta yang terjalin antara pensyarah dan pelajar adalah tidak salah untuk dijalinkan. Rakyat Malaysia juga semakin terbuka menerima bentuk perhubungan seperti ini selagi mana ianya tidak berlandaskan nafsu semata-mata, tidak mengganggu profesionalisme pensyarah dan tanggungjawab pelajar, serta hubungan dijalinkan berdasarkan landasan agama dan menghormati budaya setempat yang sedia ada. (51)

_____________________________________________________________________

Jumlah patah perkataan: ~284

Saya tag Noor Aini Yaacob a.k.a Anee.

Sekian, terima kasih.

P/s: 
1. Aween, ko xpayah nak bercinta dengan student. Ko dah bercinta dengan incik tunang, pensyarah jugak cam ko.. Hehehehe...
2. Otak dah berkarat.

5 comments:

adinda awin said...

haha....aku bg A++ utk essay ko..terbaik lah..hehe

aku sbnrnye setuju ngn tajuk ni..tp u noe me...i want to be different...
*selalu membangkang haha

apepon akulah student yg bercinta ngn pensyarah,.,....shhhhhhhhhhhhhh
*jgn bagitaw sesape ahakxxxxx
p/s jgn lupe antar kat penganjur pye blog taw....ko pye essay ade potensi utk menang....gud luck =

biar-hati-berbicara said...

salam BW from contest..
wahhh like2
gud luck.. BW yahh

AziRa AziZ said...

Aween,

Banyak la A++ ko.. Berkarat otak aku dah ni nak karang benda2 fakta. Tq Aween tag aku utk benda berfaedah. ^_^


Biar Hati Berbicara,
Tq and good luck for u too ^_^

fRaMe+LenSeS said...

Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.

moga berjaya. ;)

AziRa AziZ said...

Nadh,

Terima kasih kerana sudi melawat blog serba kekurangan ini! ^_^