Monday, October 31, 2011

Pendengar yang Baik

Sahabat/seseorang yang dikenali oleh anda berada dalam kesedihan yang teramat sangat. Anda tidak tahu untuk membuat apa. Saya juga tidak tahu untuk memberi tips bagaimana mahu menjadi pendengar yang baik.
Sumber: Image Google

Kalau ikut pengalaman, jika sahabat seseorang dalam keadaan yang teramat sedih, saya selalunya akan:

1. Menggunakan bahasa badan (Bahasa Penjajah --> body language) untuk memaklumkan pada sahabat yang, "Saya ada kat sini sebagai pengurang beban jiwa kacau awak". Caranya? Bergantung pada masing2. Jika yang ada masalah itu adalah yang haram dikahwini (Bahasa Baginda S.A.W --> mahram) atau halal disentuh, maka boleh dipeluk, diusap atau digenggam tangannya untuk berikan kekuatan pada mereka.

Sumber: Image Google

2. Jangan paksa mereka untuk bercerita. Lebih baik sekiranya mereka sendiri yang sukarela untuk bercerita. Ini adalah lebih baik. Kerana setiap orang ada masalah, dan setiap masalah pasti ada yang jatuh dalam kategori-kategori "Boleh Dikongsi" atau "Rahsia Persendirian dan Sulit (Bahasa Penjajah --> Private and Confidential)".

Sumber: Image Google

3. Mendengar dengan teliti setiap butir bicara yang diluahkan. Jangan menyampuk atau menyelit jika tidak perlu. Terlampau banyak menyampuk, menyelit dan menanya; perasaan untuk meluahkan masalah akan jadi terbantut.


Sumber: Image Google

4. Nasihat? Berikannya hanya jika perlu sahaja. Kebanyakan mereka meluahkan perasaan pada anda, adalah untuk meringankan beban hati jiwa kacau yang ditanggung. Sekiranya perlu nasihat, maka nasihatkanlah...

Sumber: Image Google

5. Ya, anda perlu menjadi amanah dengan menyimpan baik dan rapi permasalahan sahabat tersebut. Jaga ke'aiban mereka. Tidak perlu diheboh-hebohkan atau berbangga diatas rahsia yang telah diketahui tersebut. Tidak perlu menjadi mulut tempayan. Jika sahabat/ seseorang yang bersedih tadi bercerita kepada yang lain, biarkan. Tetapi, jangan cerita2 tersebut bermula dari mulut anda. 

Sumber: Image Google

6. Mendoakan kebaikan buat mereka. Doa sahabat/ seorang kepada sahabat seorang yang lain akan dimakbulkan oleh Allah (InsyaAllah) dengan syarat ikhlas. Doa yang baik, akan kembali balik kepada seorang yang berdoa untuk kebaikan itu.

Sumber: Image Google

Ini adalah cara dari saya, bukan seorang pakar psikologi tapi meminati psikologi, dengan harapan ilmu psikologi tidak berbayar (baca dari internet, borak2 dengan sahabat yang amek psikologi dll) tersebut dapat membantu saya menghadapi kehidupan yang psiko ini. 

Islam dan psikologi. Al-Quran sahaja, mengandungi banyak kata-kata motivasi buat kita. Sungguh beruntung umat Islam. Yakin dengan janji Allah, pasti akan bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah.

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperolehi ampunan dan pahala yang besar"
(Al-Mulk: 12)

P/s: 1. Allah adalah pendengar yang terbaik!  
2. Berusaha untuk menjadi pendengar yang baik...
3. Mahu benar memiliki buku "Body Language" tersebut. Selalu baca kat kedai buku jah... Kena kumpul duit ni~

Monday, October 10, 2011

Law Kana Bainana - Jika Baginda S.A.W bersama kita

Saya sepatutnya membuat kerja! Tapi, terus saya menaip di sini. Bukan kerana apa, takut saya terlupa apa yang ingin dicoretkan sebagai ingatan buat diri sendiri dan sesiapa sahaja.

Saya TERtonton rancangan "Law Kana Bainana" di TV AlHijrah. Rancangan tersebut adalah satu rancangan berbahasa Arab iaitu "Jika Baginda S.A.W bersama kita".

Sumber Imej: Google

Jika anda mempunyai Astro di rumah, dan ada menonton rancangan "Cubaan" yang dihoskan oleh Akhil Hayy; rancangan Law Kana Bainana ini lebih kurang seperti itu.

Pada pandangan saya yang jahil dan cetek ilmu ini, saya lebih menyukai rancangan berbahasa Arab tersebut kerana:

1. Setiap perbuatan yang dirakamkan ada kaitan dengan sunnah Baginda S.A.W. Contohnya; Untuk adab makan, Baginda akan ambil makanan ikut kemampuan dan bukan ikut nafsu, serta Baginda akan habiskan makanan kerana Baginda tidak suka pada pembaziran.

Maka kamera tersembunyi beserta beberapa pelakon akan merakam aksi beberapa orang yang bertuah, adakah habis makanan mereka?Adakah mereka tahu mengenai sunnah Baginda ini? Kenapa saya katakan aksi beberapa orang tersebut sebagai bertuah?

Ini kerana, selain pengacaranya yang kacak (OMG!), orang bertuah tersebut turut diingatkan mengenai sunnah2 Baginda tersebut. Mereka juga turut menerima hadiah. Dan mereka juga berpeluang berselawat bersama2 pengacara kacak tersebut (OMG!). MasyaAllah!

2. Rancangan tersebut juga memaparkan bahan bacaan yang ditulis berdasarkan Baginda S.A.W. Antaranya mengenai sunnah Baginda, akhlak Baginda, peribadi Baginda dan lain-lain lagi. Untungnya sesiapa yang memahami bahasa Arab (pertuturan dan penulisan) kerana buku2 tersebut adalah dalam bahasa Arab.

3. Selain daripada itu (sangat karangan SPM post ni), rancangan ini juga ada memberikan tazkirah. Tazkirah iaitu peringatan yang mengingatkan manusia ini betapa sayangnya Baginda pada umatnya sehingga mendahulukan umatnya dari dirinya sendiri.

Pertama kali TERtonton rancangan ini, saya dihidangkan dengan cerita yang cukup menyentuh hati.

InsyaAllah, akan saya tulis mengenainya pada kesempatan masa yang lain. Berharap emosi dan tatabahasa dan ayat yang digunakan adalah bersesuaian bagi post tersebut.

-----------------------------------------------------------------------

Dan cadangan saya pada stesyen televisyen yang ingin merebut peluang menerbitkan sesuatu yang berilmiah, terbitkanlah rancangan seperti ini.

Rancangan yang mengingatkan umat Muhammad tentang sunnah2 Baginda S.A.W dan  betapa cintanya Baginda S.A.W pada umatnya.

Tidak perlu menerbitkan/ merangka rancangan yang baru, yang formatnya lebih kurang Law Kana Bainana. Tidak perlu claim, "Oh, kami sudah rancang untuk menerbitkan rancangan yang sama bertahun2 yg lepas, cuma tahun ini kesempatan yang ada untuk menerbitkannya", dan bermacam lagi alasan. Beli saja format mereka. Kenapa tidak?

Jika format dot dot Idol, dot dot Fantasia dan lain-lain lagi mampu dibeli, kenapa tidak format Law Kana Bainana ini? Beli, jangan tak beli okay?

Dan saya juga ingin mencadangkan pengacaranya kalau boleh Ustaz Don Daniyal. Kerana apa? Kerana demam Don Daniyal sedang bermula... Ramai yang meminati cara penyampaiannya. Secara jujur, saya belum pernah TERtonton penyampaian Ustaz di kaca TV. Saya berharap agar diberi kesempatan menontonnya dimana2 sahaja (Youtube kan ada =D).



"Jika Baginda S.A.W berada dihadapan anda, apakah yang anda akan cakapkan pada Baginda S.A.W dalam masa seminit?"


P/s:
1. Banyak sungguh sunnah Baginda S.A.W yang tidak saya tahu. Owh...
2. TER = tidak sengaja; TERtonton Law Kana Bainana ini merupakan perlakuan tidak sengaja yang indah buat saya =)
3. If Law Kana Bainana team ever read this post (berangan!), you've done a brilliant job! Thanks!
4. Boleh baca lagi komen mengenai rancangan tersebut di SINI.

Wednesday, October 5, 2011

Kemanisan Yang Diidamkan

Jika ada orang memberi anda gula-gula, dan anda makan gula-gula tersebut, apakah yang anda rasa?

Anda rasa sweet sangat gula-gula tersebut dan menyukainya?

Atau anda rasa sweet sangat orang yang bagi gula-gula tersebut, walaupun gula-gula tersebut tak sweet sebab menthol nyer versi? *pedas lagi jahhh!*

Atau anda rasa gula-gula tersebut sangat sweet, begitu juga dengan pemberinya?

Okay. Sebenarnya soalan kat atas tu tidak ada kaitan dengan post kali ni. Hahahaha. Apa yang penting, jangan makan makanan/minuman manis banyak sangat, takut mengundang penyakit. Makan sekadar perlu.

2 Oktober lepas, selamatnya seorang dari sahabat saya diijabkabulkan. Alhamdulillah. ^_^

Pakaian yang cantik, solekan yang neutral, pelamin yang indah, makanan dari London. Hehehehe.. Tentang makanan itu, Ayahnya yang cakap ok (secara berseloroh). Walaupun makanan sebenarnya adalah ala makanan kampung Jemapoh (Jemapoh jugak... Jemapoh in my heart ok!). Hahahaha. Sangat memenuhi selera saya dan tetamu yang lain (saya rasa). Kerana bukan setakat saya sahaja, ada beberapa org tetamu juga yang makan sampai 2 kali round. Adusss! Heeee...

Semua yang hadir juga pasti bersetuju, Wan Ika sangat manis pada hari kejadian. Seri pengantin nampak pada wajahnya. Dengan satu kali lafaz, telah sah menjadi isteri pada seorang jejaka yang telah tertulis sejak di Luh Mahfuz akan menjadi suaminya. Alhamdulillah...

Satu perkahwinan yang dirancang oleh keluarga berlandaskan cara Islam. Tiada berdating2, tiada bercinta2 sebelum kahwin. Semuanya akan (telah pun kot. Skg pos ni ditulis pada 5hb. Hehehehe..) dilakukan selepas kahwin. Indahnya... Manisnya... 

Tahniah Wan Ika dan Ariff! Moga Allah melimpahkan kebahagian dunia dan akhirat buat kalian sekeluarga.

Wan Ika pada hari pernikahan beliau...
(Sumber Image: FB Wan Sumaiyah)

P/s: Ingin bercinta selepas kahwin juga. Sweetnya berdating ngan suami sambil makan gula-gula (walaupun gula-gula hacks hitam pekat tu okay...)