Saturday, August 6, 2011

Passion

Passion.

Saya cemburu dengan orang yang sudah menemui passion mereka sendiri.

Seperti dalam Majalah 3 pada hari ini, seorang pak cik berumur 65 tahun, masih lagi melakukan aktiviti menyelam untuk memeriksa tiang jambatan Pulau Pinang.

Pak cik itu berkata, "Menyelam adalah minat saya."

Subtitle di bawah menayangkan, "Diving is my passion."

Saya cemburu pada pak cik itu, kerana beliau telah menemui passion nya.

Saya yang sudah berumur 25 tahun, setengah dekad; masih tidak tahu apakah passion saya. Sedih. Risau.

Dahulu sewaktu di alam persekolahan, saya buat segala2nya menggunakan otak (of course!) dan hati!

Saya bermain bola jaring dengan penuh passion. Walaupun kalah, tidak mengapa, kerana saya gembira dan saya melakukannya dengan penuh passion.

Saya bernasyid dengan penuh passion. Walaupun kalah, tidak mengapa, kerana saya gembira dan saya melakukannya dengan penuh passion.

Hati yang dikaitkan dengan passion.

Bila passion ada, sesusah mana sesuatu urusan itu, pasti dilakukan dengan gembira.

Di alam pekerjaan, saya hanya melakukan kerja menggunakan otak. Tidak tahu ke mana passion saya pergi.

Saya sedang dan masih mencari passion saya itu. Di manakah ia? Hanya pada Allah saya panjatkan pengharapan...
Sumber: Image Google

P/s 1: Gantikan passion dengan minat, suka atau yang paling sesuai.... ghairah.
P/s 2: Terima kasih wat sahabat Wan Ika atas perkongsian artikel ini =)

2 comments:

Anonymous said...

Nice! :) Seronk bila Zira kembali menaip. I wish I would find my passion too one day, and can contribute more with that passion :D

AziRa AziZ said...

Wan Ika,

Tq Wan! =D
Amiiiinnn...