Jika kita membuat kesalahan (atau kekurangan atau kelewatan atau nama kan apa sahaja yang boleh mengundang kemarahan bos), cara manakah kita paling dapat terima jika ditegur?
1 - Jika kita beruntung, kita akan dapat berbincang dengan bos kita dari hati ke hati dan dapat motivasi *berbayar dari bos kita...
2 - Ada juga yang dapat bertentang mata dengan bos dan dimarahi *secara berbayar...
3 - Tidak lupa ada juga yang di marahi dan dimalukan oleh bos di depan orang ramai *secara berbayar...
Pada hemat saya, diberi motivasi dan dimarahi (secara sendirian antara bos-anda) adalah cara teguran yang boleh diterima... Jika kita telah membuat kesalahan, kita harus berani menerima risikonya...
Tetapi, saya pasti ada antara kita pernah di marahi dan dimalukan oleh bos di depan orang ramai *secara berbayar... Inilah dinamakan 2 dalam 1...
Dimarahi, pasti mampu kita menanggungnya... Tetapi dimalukan depan orang ramai? Dimalukan - ianya melibatkan maruah dan harga diri seseorang... Seseorang pasti akan jatuh motivasinya, jatuh harga dirinya jika sebegitu ramai orang tahu mengenainya..
Saya tidak tahu apakah tips2 yang boleh dikongsi bagi meredakan perasaan setelah dimalukan dan dimarahi... Mungkin apa yang kita boleh buat adalah sabar... Ini kerana sudut pandang antara seorang bos dengan seorang pekerja adalah berbeza... Bos akan lebih memikirkan ke arah kelangsungan syarikat dan keuntungan, manakala pekerja memikirkan mengenai keupayaan melakukan tugasan dan periuk nasinya... Masing-masing mempunyai tahap ke"tension"nan yang berbeza-beza...
Bos dan pekerja - kedua-duanya adalah manusia biasa... Anggap saja lumrah dunia...
Pasti ada yang tertanya2, kenapa mesti semuanya di atas (nombor 1 - 3) adalah *secara berbayar..? Teringat kata2 sahabat saya, "90% daripada penerimaan gaji adalah untuk dimarahi, manakala selebihnya untuk kerja..". Saya hanya ketawa, sambil terdetik dalam hati, "Benar juga ya.." dalam slang Indonesia... Heeeee....
Mungkin ada yang akan kata, "Mana boleh bersabar! Sabar pun ada hadnya!". Saya telah terperasan satu perkara, sabar tiada hadnya.. Pahala bersabar Tuhan yang bagi... Malaikat mendoakan orang2 yang bersabar... Had itu kita yang letakkan...
Sentiasa berfikiran positif... Jika diberi dugaan sedemikian rupa, maka bersabarlah.. Ingatlah Tuhan sedang memakbulkan doa kita... Kerana kita pernah berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah daku kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi kehidupan ini...", Tuhan tidak akan berikan kita kekuatan dan kesabaran segedebuk jatuh pada kita... Tapi, Tuhan beri kita situasi yang membina kekuatan dan kesabaran kita... Hadapilah hidup dengan penuh pengharapan padaNya...
Bagi pekerja, kita mungkin boleh ubah sudut pandang kita kepada, "Kesalahan itu ada hadnya..". Tetapi sekiranya kita ditakdirkan satu hari nanti menjadi bos, antara nombor 1~ 3 itu, kita mahu buat cara yang mana?
Sumber: Imej Google
P/s: Saya rasa saya tidak geli pada lintah... Rasanya la... Errkkkk....
No comments:
Post a Comment