Saturday, September 25, 2010

Repekan..

Terdapat beberapa ayat atau perkataan yang acap kali apabila orang bertemu/ mengenal saya, mereka akan memperkatakannya..

Rock:

"Awak nia bagus la Zira.. Rock! Pastue tak berpura2 buat lemah lembut dan ayu.."

Errr.. Itu kata2 rakan sekerja saya.. Saya rock! Lebih ramai mengatakan saya selamba.. *betul tue!*

Dan saya rasa, saya garang.. *Memang tidak dapat dinafikan*


Anak Sulung:

Memang terpancar Nur wajah anak sulung pada muka saya nie kot.. Hehehehe.. Bila org tanya saya anak nombor berapa, saya minta diorang teka.. Kebanyakannya betul.. Saya anak sulung.. Yeay! Betul! Kamu dapat hadiah atas tekaan yang betul! Hadiahnya adalah, pergi melancong di NZ menggunakan duit sendiri.. Hahahahaha.. ;-p


Asal negeri:

Yang nie selalu salah.. Kebanyakan orang akan selalu teka saya orang utara.. Sama ada Kedah atau Penang.. Salah weh! Saya orang Negeri Sembilan! Tak tau kenapa.. Kebanyakannya mesti teka area2 utara nun.. Mungkin ada persis2 wajah Faizal Tahir kot.. Hahahahaha.. *Perasan*


Sempurna:

Hahahahaha.. Saya ada kesempurnaan tau! Arghhh.. Mesti kalu ada orang baca nie akan terdetik dalam hati,"Bapak riak budak nie..".

Oit.. oit.. dengar la dulu.. Apa kesempurnaan tue..

Ceritanya begini, adakah anda tahu Series True Blood? Kalau tak tahu, pergi search sendiri.. Haa, pada suatu hari di hari raya di rumah sendiri, saya sedang menonton cerita True Blood sambil meminum air sirap (eh, sirap je?).. Kemudian, datang adek ke tiga saya (Alang) menjoin saya sekali..

Tetiba dia bertanya, "Along ko minum apa?"

Saya memandang ke dalam cawan dan terus mengatakan,

"Aku minum........

. . .

. . .

. . .

. . .

. . .

. . .

. . .

. . .

"True Blood!"

Sambil menjelirkan lidah dan menunjukkan susunan gigi yang berterabur tetapi bentuk gigi taring yang SEMPURNA! SEMPURNA seperti memakai gigi palsu untuk watak vampire.. Hehehehe.. ;-p

Ye, saya rasa saya boleh jadi pelakon Twilight versi Malaysia tanpa memerlukan gigi palsu untuk jadi vampire pun.. Hahahaha.. Itulah keSEMPURNAan saya.. Jgn jeles deh! ;-p

Sekian saja repekan kali ini..

P/s: Mahu pergi beraya di rumah sahabat handai di kawasan Bangi selepas ini.. Tetapi, baju raya tertinggal di kampung halaman.. Aih! Marah dengan diri sendiri! Pakai je la baju raya dua tahun lepas.. Huhuhuhuhuhu...

2 comments:

Unidentified Sensei said...

ko mmg suke merepek!

AziRa AziZ said...

Unidentified Sensei,

Semua org suka merepek..
Sama ada terang-terangan, atau senyap-senyapan...
Heeeeee.....