Sunday, March 27, 2011

Gerak Hati

Setelah BERBULAN-BULAN saya tidak mengaktifkan blog ni, hari ini adalah hari pertama saya mengaktifkannya semula.. Maaf, jika ada yang mencari-cari, tetapi tidak berjumpa.. Saya sembunyikannya buat sementara untuk.....

Bermacam-macam perkara berlaku sepanjang BERBULAN-BULAN ketidak aktifan blog ini. Biar saya coretkan mengenai satu peristiwa iaitu mengenai GERAK HATI.

Saya pasti, semua orang ada GERAK HATI mereka masing-masing. Ada kalanya, GERAK HATI anda BENAR, dan ada kalanya TIDAK BENAR.

Mungkin saya boleh ringkaskan seperti:
1. GERAK HATI anda adalah mengenai perkara BAIK, dan jika ianya BENAR berlaku, anda GEMBIRA.
2. GERAK HATI anda adalah mengenai perkara BAIK, tetapi ianya TIDAK BENAR berlaku, anda mungkin rasa DUKA.
3. GERAK HATI anda adalah mengenai perkara TIDAK BAIK, dan jika ianya TIDAK BENAR berlaku, anda mungkin rasa LEGA.
4. GERAK HATI anda adalah mengenai perkara TIDAK BAIK, tetapi ianya BENAR berlaku, anda mungkin rasa MARAH/ SEDIH/ SAKIT HATI/ dan lain-lain lagi..

Saya terGERAK HATI untuk tidak menyenangi/ menyukai tiga orang hamba Allah ini pada pertama kali berjumpa.. Dukacitanya, GERAK HATI itu BENAR, dua antara mereka berjaya menyebabkan saya MARAH/ SEDIH/ SAKIT HATI dan lain-lain..

Saya jarang membenci orang. Jika benci sekalipun, saya cuba mencari kebaikan yang ada pada diri mereka, agar hilang kebencian saya itu.

Saya berdoa, agar orang ketiga itu adalah merujuk kepada ringkasan yang ke-3.. InsyaAllah..

Semoga gerak hati saya, tidak berlandaskan emosi,
Semoga gerak hati saya, sentiasa di bawah perlindungan Ilahi..


P/s: Kembali untuk mengaktifkan semula sel-sel otak bagi penulisan atau kreativiti yang hampir PUPUS...


4 comments:

Rina said...

Salam..

Cik, welcome back!! Hehe.. Jom kte sama2 memeriahkan blog2 kte.. =)

Hmm.. Gerak hati.. Betul2.. Selalu juga berperasaan camtu.. N mmg kebanyakan masa gerak hati tu betul..

Klah bebeh, take care! =))

AziRa AziZ said...

Rina,

Cepat giler komen.. Hahahaha.. Mari2, same2 meriahkan.. ;-)

Rina said...

Haha.. Mesti la cepat.. Td tgk2 blog sendiri, pastu tetiba kat updates kawan2, nampak Zira nye update paling atas.. Tu yg teruja tu.. hihi..

Anonymous said...

Zira!!! Welcome back :) Sukanya dapat baca blog dia balik hehe.

Kagum dengan orang2 yang dikurniakan gerak hati yang tepat dan biasanya mereka orang2 yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

Moga orang ketiga itu bakal menceriakan hidup Zira. Kalau tak, kitorang selalu ada untuk menceriakan Zira. Sangat rindu nak hangout lama2 dengan Zira.