Friday, January 30, 2009

Palestin

Mungkin pos nie akan dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh sesetengah pihak, tapi arghhh.. Peduli apa.. Nak juga publish! Hee.. Bacalah dengan hati terbuka.. Semoga ianya dapat menjadi peringatan buat diri ini dan semua.. Peace No War!!

Sedang seluruh dunia bergembira menyambut suasana tahun baru 2009 dengan percikan bunga api, rakyat Palestin pula sedang berusaha mempertahankan tanah air mereka daripada percikan dan bedilan peluru bertubi-tubi daripada tentera Israel.. Sungguh kejam tindakan mereka itu.. Kenapa perlu kanak2 dikorbankan juga? Tidak terbayangkah mereka akan apa perasaannya jika perkara yg sama terjadi kepada anak2 mereka? Kepada ahli keluarga mereka? Sesungguhnya, bangsa Yahudi adalah bangsa yg sombong dan bongkak.. Cuba untuk menuntut sesuatu yg bukan hak iaitu tanah Palestin, dan cuba untuk meruntuhkan sesuatu yang mulia iaitu Masjid Al-Aqsa..





Sebagai seorang yg beragama Islam, pasti akan terbit perasaan marah, sedih, benci terhadap segala apa yg berlaku terhadap rakyat Palestin kerana mereka adalah saudara seagama kita.. Dan bagi orang yg bukan beragama Islam, pasti mereka juga akan turut merasai perasaan yg sama kerana tebalnya sifat kemanusiaan dalam diri mereka.. Semua agama mengajar penganutnya mencintai kebaekan.. Tiada agama yang mengajar penganutnya mencintai keburukan.. Itu sudah pasti.. Melaenkan penganut itu sendiri merosakkan ajaran yg dianuti..

Zionist – Yahudi yang merasakan hanya diri mereka yang terbaek, hanya diri mereka yang layak berada di tempat yang tertinggi dan mulia.. Yang laen? Hanya bagaikan anjing suruhan mereka.. Lihatlah Amerika.. Betapa Amerika telah berjaya menjadi anjing suruhan mereka yang paling taat setia tidak berbelah bahagi.. Sungguh malang.. Sungguh sia2.. Sedang seluruh dunia bersorak-sorai meraikan kemenangan Obama, aku hanya berpegang kepada tunggu dan lihat.. Apalah guna kalu pemimpin bertukar warna kulit tetapi warna hati tetap sama.. Peperangan perlu dihentikan.. Apakah akan ada perubahan?

Perubahan


Lihat sahaja barang2 yg berada di dalam bilik/rumah kita.. Daripada barang makanan, pakaian, barang mandian sehinggalah barang2 asas; semuanya telah memberikan sumbangan berupa sebutir peluru kepada saudara2 kita di Palestin.. Mungkin kita tidak dapat membantu dari segi tenaga untuk melawan tentera Zeonis kejam yg dilaknat Allah itu di dalam medan peperangan.. Tetapi ada satu perkara yg boleh kita lakukan – boikot.. Ya, BOIKOT!



Jadi, aku yang beragama Islam, yg mempunyai rasa perikemanusiaan dengan rasa rendah diri dan penuh simpati menyeru dan mengingatkan kepada diri aku dan semua yang sudi diingatkan dan sudi berjihad agar memboikot segala barangan keluaran atau yang ada kaitan dgn Israel dan Amerika.. Jika tidak mampu untuk berjihad secara besar2an (iaitu boikot semua produk sekaligus), maka boikotlah secara perlahan2 dan kecil2an tetapi kekal dan berpanjangan (boikot sikit2 lama2 jadi bukit).. Perjuangan ini tidak tertumpu kepada orang Islam sahaja, malah orang bukan Islam juga memainkan peranan.. Ini merupakan salah satu cara untuk menunjukkan bahawa tidak kira apa agama dan bangsa, kita membencikan peperangan.. Peperangan yg mengorbankan anak2 kecil yg tak berdosa.. Masih adakah rasa kemanusiaan dalam diri kita?

Boikot sahaja tidak mencukupi.. Bagi golongan yang cerdik pandai dan professional, inilah masanya untuk menghasilkan produk keluaran Negara sendiri.. Kita sekarang terlampau bergantung kepada Israel dan Amerika.. Segala barangan adalah buatan mereka.. Bukankah itu menyedihkan??







Gambar2 tersebut sudah cukup untuk membuktikan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.. Tersangatlah kejam kerana hospital juga turut dijadikan tempat sasaran yang “tersasar”. Jika gambar2 dan tulisan pada post kali ini tidak berjaya menyentuh sedikit pun hati yg membacanya, maka ianya adalah kerana kekurangan diri aku sendiri.. Maaf dipohon.. Akhir kata, marilah kita sama2 berjuang, biarpun sedikit dan kecil, ia tetap digelar perjuangan jika dibandingkan dengan tanpa berbuat apa2.. JOM BOIKOT!!!!!!

“We do the best, Allah do the rest”


Berikut merupakan antara laman2 web yg boleh diikuti untuk mengetahui apakah barangan yg perlu diboikot:

Boikot 1


P/s: Ye.. Ye.. Aku pun rasa cam susah nak boikot barang2 tertentu.. Tp kita kena wat jugak.. Itulah jihad kecil yg mampu kita lakukan.. Huhuhuhu.. Selamat tinggal Kotex..

[Pos ini ditulis pada hari ke-23 tentera Israel menceroboh Gaza]

4 comments:

Anonymous said...

rasa marah sangat bila ada sesetengah pihak memperlekehkan usaha memboikot ni. salah satunya wawancara 'point of view' kat ntv7 yang menjemput tun mahathir sebagai panelis.

berkesan atau tak, itu belakang kira. boikot sebenarnya salah satu mekanisma untuk kita menunjukkan bahawa kita tidak bersetuju dengan kezaliman yang berlaku, tak kira kita muslim atau bukan.

kalau susah sangat, fokus pada 3 produk dulu: mcD, coca cola dan starbucks. kita sebagai pengguna mampu memberi kesan pada ekonomi dunia kalau kita bersatu.

hehe, sowi, terpanjang pulak :P

AziRa AziZ said...

Wan Ika,
Hehehehe..
Xpe2 terpanjang..
Digalakkan..
Kita bertukar2 pendapat..
memang betul..
Ada pihak2 tertentu yg memperlekehkan usaha ini..
Tak tgk plak rancangan tue..
Apa isu2nya?
Bg org, Boikot sj la..
Itu saja termampu nak lakukan..
Nak pergi perang di Gaza??
Jangan harap..
Agaknya terkencing2 dalam seluar kerana takut nak berperang dan kerana takut mati nak tgglkan dunia..
Huhuhuhuhuhu..
Sikit2 lama2 jadi bukit..

Ada ustaz cdgkan wat list produk2 yg perlu diboikot serta produk2 alternatif..
Ada sesapa sukarela??

McD --> Ramlee Burger (ade benjo lg tuh! McD ade ker??)
Coca Cola --> Radix Cola/ Mecca Cola (kesedapan yg setanding!)
Starbuck --> kopi cap kapal api (saya x minum kopi dan yg sama waktu dgnnya.. Syukur..) dll

(",)

Komen org pun panjang jugak..
Heh!

Anonymous said...

xnk guna kotek lgi. skrng guna INTIMATE. produk Nibong Tebal, produk Malaysia. hehe.

dulu suka McD. skrng pasrah, mkn burger pasar mlm pun sedap juga.

starbucks? nasib baik ak bkn penggemar kopi. aku minum BOH je.

Coca Cola mmg kurang suka sb mmg x suka air berGas. lagi suka minum air putih. sedaapp..

tp mmg aku akui, susah klu nk boikot 100% sb byk benda yg kita perlu dlm kehidupan seharian merupakan produk amerika/penyokong israel. cth: intel. windows. internet. smua tu perlu utk projek projek dan projek.

tp xpa. kita boikot sikit-sikit...n if everyone's doing it, effect dia terasa jg tu.

AziRa AziZ said...

Patt,
INTIMATE? Hehehehe..
Kalu gitu,aku pun mau cuba juga..
walaupun aku mmg penggemar Kotex..
Huhuhuhu..
McD dah lama tak makan..
Setiap kali nampak lambang McD yang bertanda "M" tue, ia seakan2 memaanggil "Mari.. Mari.."
Hehehehehe.. Aku meng"hyperbola"kan cerita..
Betul tue, kita mmg tak mampu nak boikot sume produk..
Tapi bak kata Wan, kite boikot yg 3utama dulu..
Thanks Patt sebab turut mengambil bahagian dalam usaha memboikot nie..
Kita sume benci peperangan kan..
Thanks once again (",)