Wednesday, November 19, 2008

Macam-Macam Hal!

Macam2 hal berlaku kat negara Malaysia terchenta skg nie.. Isu pengkid la, isu video kematian la, isu babi la..

Sebagai anak muda, meh sini saya bagi pendapat saya apa yang saya pikirkan dan apa yang ingin saya luahkan.. Jika berbaur kebudak2an, maka maafkanlah kerana saya masih muda dan sedang cuba menggapai kematangan.. Tetapi jika berbaur kedewasaan, maka maafkanlah saya juga kerana saya dewasa sebelum usia.. Cewah!


---------------------------------------------------------------------------------

Pengkid. Berpewatakan seperti lelaki, berjiwa dan berperasaan seperti lelaki, mempunyai perasaan terhadap wanita iaitu insan yg sama jenis dengan mereka.. Isu menjadi hangat selepas seorang wanita meninggalkan suaminya hanya kerana seorang pengkid.. Apa cer?? Majlis Fatwa telah pun mengharamkan pengkid tetapi ada juga bunyi2 langau yang mempersoalkannya.. Wei!! Sengal ke apa nak mempersoalkan hukum yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa?? Kalu mereka dah kata HARAM, maka HARAM laa!! Nie kan negara Islam! Kalu kat negara laen yg menghalalkan homoseksual, pondan dan pengkid, lantak negara korang laa.. Jangan nak sama kan sini dengan Malaysia.. Hampeh! Gila Hampeh! Hampeh pun tak gila macam org2 yg marah pasal pengharaman pengkid nie.. Hampeh seribu kali hampeh!


---------------------------------------------------------------------------------

Masa sekolah dulu, pernah tak kita dengar pasal kaset alam barzakh?? Rugi la kalu anda2 tak dengar.. Alaa, yang ada dialog "Mana doa anakku seorang lawyer? Mana doa anakku seorang doktor?" serta "Siapa Tuhanmu?" dan sekian macam dialog yang saya dah lupa.. Huhuhuhuhu.. Wah2, lepas kita dengar, konfem solat 5 waktu dijaga, kerana terngiang2 suara dalam kaset itu yang sungguh menggerunkan.. Umpama berada di alam barzakh.. Berupaya menginsafkan dak2 asrama yang liat solat serta suka solat akhir waktu serta laen2 lagi .. (Sapa la tue ek?? Sob.. Sob..) Sekali lagi saya ulangi, kaset tue berupaya menginsafkan sebahagian besar kami.. Lebih best lagi, kakak senior bukak kaset waktu malam, sebelum nak tido, tutup lampu lagi tuh.. Siap hujan ngan guruh sekali waktu tue.. Huhuhuhu..

Dan sebagai anak muda yang baru berusia 13 tahun waktu tue, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kandungan kaset itu berjaya menginsafkan saya.. Berusaha menjaga solat sebaek mungkin kerana hukuman bagi yg tidak mengerjakan solat sentiasa terngiang2 di telinga dan pikiran saya.. Penyampaian mereka (kaset alam barzakh) sungguh berkesan.. Ibu saya agak terkejut dengan perubahan saya pada waktu itu tetapi tidak menyatakannya.. Sehinggalah apabila saya ke sekolah laen, ibu saya menyatakan sekali lagi "Dulu Along menjaga waktu solat, sekarang kenapa?"

Mungkin dah lama tak bersihkan hati.. Hati dah makin hitam.. Hitam pekat mengalahkan warna kopi cap kapal api.. Huhuhuhuhu.. Tapi masa senior pasangkan kaset yg menakutkan tue, xde plak saya mengadu kat ibu bapa saya.. Dan xde plak mana2 ibu bapa pelajar2 laen yang mengadu kat TV3.. Mungkin kerana mereka gumbira melihat perubahan anak masing2 yg menjaga agamanya..

Tetapi laen plak cite skg nie.. Isu video kematian dikatakan mencetuskan kemurungan, ketakutan, dan segala macam "ke...an" di kalangan anak2.. Ye ke? Adek murung sebab apa?? Adek nak solat sebab takut kalu tak solat Tuhan murka, nnti dalam kubur kena belit ngan ular kan? Betul tak adik? Adek nak solat sangat2, tapi takde sejadah kat umah.. Eh, telekong (pakaian sembahyang untuk wanita) pun xde? Isk2.. Owh.. Tue rupanya masalah kemurungan tue.. Takpe.. Adek gi mintak kat ibu ngan ayah adek, mesti dapat punyer! Wokeh! Setel sudah masalah kemurungan! Hehehehehe..

Daripada kita risau2 pasal penayangan video kematian nie, baek kita risau2 pasal kandungan media sekarang nie yang lebih banyak menyangkan unsur2 seks.. Dilabelkan sebagai Tayangan Umum (U), tetapi ada aksi cium2 laa, aksi tue la, aksi nie laa.. Kat internet lagi senang nak cari.. Taip je apa2, akan keluar la entah apa2.. Dan budak2 zaman sekarang nie dah tak main dah lagi maen masak2, kawin2, power rangers, ultraman vs raksasa, panjat pokok rambutan dan sebagainya.. Tetapi mereka maen seks! Owh..

Semoga adek2 ku dan ahli keluargaku dilindungi oleh Allah s.w.t.. Semoga adek2 kat luar sana juga dilindungi oleh Allah s.w.t.. Amiiin..


---------------------------------------------------------------------------------

Satu teka-teki.. Kenapa anak babi, bila dia jalan belakang ibu babi, dia tunduk? Haa.. Kenapa? Jawapannya, sebab dia malu dia anak babi.. Err, teka-teki nie xde kaitan.. Sowi.. =X

Kepada Encik Penggantung Daging Babi yang menggantung babi di pagar rumah Encik Pemantau Babi.. Adalah dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa saya begitu kecewa dengan tindakan anda yang begitu hampeh itu.. Adalah tidak wajar anda bertindak sedemikian kerana anda telah sedia maklum bahawa Encik Pemantau Babi itu adalah seorang muslim, dan dia menjalankan tanggungjawabnya menjaga kebajikan muslim di kawasannya.. Adalah ingin sekali saya memaklumkan bahawa, babi bukanlah haiwan perliharaan kami (kami merujuk sebagai muslim) dan kami tidak makan babi.. Kami juga tidak pegang babi.. Jadi, bila Encik Penggantung Babi membuat tindakan hampeh begitu, maka kami (atau saya barangkali) merasa sangat dukacita.. Sangat2 dukacita.. Sehingga saya berangan2 bahawa jika saya tahu siapa Encik Penggantung Babi ini, maka ingin sekali saya gantungkan tubuh badan Encik Penggantung Babi di pagar kawasan ternakan babi..

Jika Encik Penggantung Babi mungkin tidak berpuas hati dengan tugas2 Encik Pemantau Babi yang barangkali (mungkin) ada menegur mengenai kegiatan penternakan babi yang menimbulkan keluh kesah di kalangan penduduk sekitar seperti bau busuk, air kotor, bunyi bising dan sebagainya; maka ambillah perhatian atas teguran itu.. Dan saya berharap semoga Malaysia bukanlah pengimport utama babi di dunia.. Kerana saya juga tidak mahu Malaysia terkenal dengan catitan kematian disebabkan J.E yang paling tinggi di dunia.. Owh..

Dan saya juga ingin melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat apabila Encik Pembuang Babi membuangkan anggota babi di kawasan pantai di Melaka.. Kesian pada pengusaha2 chalet di sana.. Mereka melahirkan kerisauan mengenai perniagaan mereka yg bakal terjejas berikutan kawasan pantai yg telah tercemar.. Pelancong2 pun takut untuk melancong ke pantai tersebut berikutan kebersihan yg tidak terjamin.. Maka, pelancong2 terpaksa melencong ke tempat laen.. Maka, saya rasa wajarlah pengusaha2 chalet di pantai tersebut melahirkan kerisauan mereka..

Encik Pembuang Babi, justeru saya berharap semoga pihak anda tidak membuang anggota babi di kawasan pantai tersebut serta mana2 kawasan yang bakal mengundang kemarahan penduduk sekitar.. Saya juga turut berangan2 sekiranya saya kenal Encik Pembuang Babi nie, maka adalah molek jika saya buangkan anggota badannya ke dalam kandang babi..

Dan saya ingin mencadangkan bahawa tutup sahaja kawasan penternakan babi yang terdapat di Malaysia ini, kerana penternakannya mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaekan..

Jika perbuatan tersebut dilakukan oleh penternak babi yang mungkin tak berpuas hati kerana ladang penternakan babi tidak dibenarkan untuk diperluaskan lagi atau sebab2 laen, maka ingin saya nyatakan bahawa penggantungan di pagar serta pembuangan di pantai bukanlah caranya..

Dan jika perbuatan tersebut dilakukan oleh org2 yg marah dengan pelbagai isu negatif dan sensitif berkaitan dengan penternakan babi ini, dan meminta supaya pihak tertentu mengambil tindakan tapi mungkin tidak diendahkan; maka sekali lagi saya nyatakan bahawa penggantungan di pagar serta pembuangan di pantai bukanlah caranya..

Apa caranya??

Lu Pikirlah Sendiri!!!


----------------------------------------------------------------------------------

P/s:
1) Saya akan meninggalkan kerja2 lab buat seketika bagi meneruskan aktiviti percutian di kampung halaman terchenta.. Di samping itu, saya juga mungkin sibuk menghadiri majlis2 kenduri kawen sempena musim cuti sekolah nanti kerana risau sekiranya saya tidak menghadiri majlis mereka, maka nanti majlis saya takde sapa nak hadiri.. Hehehehe.. =P

2) Penulisan blog akan berhenti wat seketika, dan kalu saya rajin masa cuti saya akan tulis jugak.. Err.. Saya tak janji.. Tapi, kalu rindu kat saya miskol la saya.. Ngeh3.. =P

3) Dan wat kenalan serta sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam jangkamasa terdekat nie, saya doakan semoga anda serta pasangan anda dan seluruh keluarga anda bahagia di dunia dan akhirat.. (",)

Chow!
Wassalam..

Monday, November 10, 2008

Ini Bukan Pilem P/s: I L.O.V.E Y.O.U

1) I.K.H.L.A.S

Hanya kita dan Maha Pencipta saja yang mengetahui..

Betul3 (Gaya Upin dan Ipin).. Saya pun pernah rasa perasaan tak ikhlas.. Rasa tak ikhlas nak tolong orang.. Apa saya dapat?? Habuk pun tarak.. Amboi3!! (Gaya Ehem2 sambil jari kelingking digedik2kan).. Syaitan dah berjaya pegang trofi nampaknya.. Berjaya hasut saya jadi tak ikhlas.. Hampeh! =(

Setiap kali muncul perasaan tak ikhlas bila tolong orang, maka saya akan cepat2 tepis dengan sesuatu yang dapat menyedapkan hati saya.. Atau secara tidak langsung, doa kecil yang datang dari hati yang kecil juga.. Saya doa semoga balasan ke atas kebaekan yang dilakukan itu, semoga Allah jualah yang membalasnya.. Jika tidak kepada saya,kepada ayah ibu saya atau adek beradek saya.. Tidak mahu mengharap kepada makhluk.. Kerana jika mengharapkan makhluk, tidak ikhlas lah jadinya, dan kebarangkalian untuk mengungkit2 adalah tinggi.. Hmmm.. Tapi kan, dalam Islam ada tiga orang yang boleh mengungkit dan sebarang ungkitan tidak mengurangkan sebarang pahala.. Siapakah mereka?? [Do waiting some respon here.. Ngeh3.. Nak tau kena tanya.. =P]

Ada orang kata ikhlas boleh dipaksa.. Boleh ke?? Saya percaya..Memang boleh.. Cubalah.. Tak boleh, cuba lagi.. Macam mana?? Hehehehe.. =)

2) M.A.L.U

Saya pun pernah rasa malu.. Err.. Sebenarnya selalu rasa malu.. Lebih2 lagi malu bila orang tahu pasal blog saya nie.. Malu sangat.. Rasa macam nak tukar universiti, tukar jabatan, tukar kursus, tukar wajah, tukar jantina (Err.. Stat merepek dah..) dan macam2 lagi la nak tukar.. Saya tahu macam mana perasaannya bila orang perhatikan kita dengan pandangan yang kita sendiri pun tak pasti.. Tak pasti apa yang mereka2 fikirkan mengenai saya.. Secara jujurnya, saya boleh katakan hidup waktu tue teruks! Sangat teruks..Lepas satu, datang satu lagi masalah.. Bak kata orang putih celup,"Down gile.."

Saya cuba bersabar.. Sebab sabar tue ganjaran Allah yang bagi.. Rasa2 macam sabar dah sampai batasan, saya gi foya2 lepaskan tekanan.. Makan coklat banyak2.. Dan saya tak tau berat badan saya dah naek berapa kg sekarang nie.. Coklat.. Coklat.. Huhuhuhu..

Walaupun malu, hidup mesti diteruskan juga (Gaya Nabil =P).. Saya malas nak peduli apa yang orang pikir pasal saya.. Biarlah saya menjadi diri saya.. Saya adalah pengkritik tetap kepada diri saya sendiri.. Saya mendengar segala macam pandangan yang diberikan dari sekeliling.. Memang benar tiada pandangan yang benar dan yang salah, justeru pilihan ditangan saya sendiri.. Saya berhak memilih dalam membuat keputusan.. Saya tidak mahu hidup saya menjadi lebih kucar-kacir apabila hidup semata2 mendengar pandangan orang dek kerana mahu menjadi sempurna.. Tidak..

Jika ada yang mengalami perasaan yang sama seperti saya atau lebih teruk lagi, maka bersabarlah.. Muhasabah diri, itu yang terbaek boleh dilakukan.. Biarlah malu itu ada sebagai batasan kepada kita untuk tidak melakukan perkara2 yang tidak baek.. Ok?? =)

Err.. Saya malu lah.. Ada abang hensem depan saya nie.. Malu la nak berkenalan.. Malu la nak wat ringan2.. Heh! Tak de kaitan.. Hehehehe.. Opps! =X

3) P.A.N.D.A.N.G.A.N

Saya terbaca (ke terdengar? ke termimpi? arghh..) tentang untuk mendapat pandangan yang paling jujur sekali adalah daripada orang yang tidak begitu rapat dengan kita.. Maksudnya, kita kenal dia, dia kenal kita.. Dia tau sket2 kita macam mana, kita pun tau dia sket2 macam mana.. Dan yang paling penting, pandangan diminta bukan di kedai makan.. Maksudnya, kita mintak pandangan dia, tapi sebagai menghargai dia jangan plak belanja makan ke atau apa2.. Nanti dia akan terhutang budi, dan terpaksa bertapis2 cakap dek kerana "karang-kalu-aku-cakap-jujur-ko-tarik-balik-belanja-makan-nie-abesla-aku-sapa-nak-bayar?" atau secara jelasnya(bagi yg tgh kerut2 tak paham) adalah rasuah.. Hahahaha..

"Eeh, wanita jelita nie cakap je.. Dia pernah wat ke?" [Wanita jelita = Saya]

Hehehehe.. Mestilah pernah.. Karang ada plak yang rasa saya cakap, err maksud saya tulis tak serupa bikin.. Saya pernah wat.. Saya mintak pandangan/ pendapat seorang rakan yang tak berapa rapat, tapi ley tahan kelaseran mulutnya mengenai beberapa tindakan saya.. Nak tau siapa? Tak payah la tau.. Bukan kenal pun.. Budak nie dari jabatan @*?& dari fakulti *&%$#@..

Pergh.. Menusuk kalbu! Saya wat muka cool je.. Walaupun hati hot.. Fikir2 logik, memang betul apa yang dia cakapkan.. Saya balik bilik, saya fikir2 semula.. Dan nah! Saya ikut pandangan dia.. Tapi dengan cara saya la.. Thank you, Allah!

Bukan saya tak nak minta pandangan kawan.. Bukan saya mengabaikan kawan2 saya.. Cuma, bila dengan kawan mereka lebih menjaga hati kita.. Mereka takut, jika mereka berikan pandangan sebenar saya marah, sedih, kecewa, dan macam2 lagi.. Kawan, mereka adalah insan yang sehabes baek cuba menjaga hati kita.. Kerana saya pasti, anda pun camtue.. Bila kawan wat salah, mesti kita serba salah nak tegur.. Kita takut, dengan teguran tersebut akan membawa bla, bla, bla [isi tempat bla dengan masalah yang dijangka sendiri.. ] Kawan, sudah pasti tak mau kesedihan melanda kawannya..

Jadi, saya cari alternatif laen.. Tanya orang laen.. Walaupun pahit untuk diterima, tapi ianya adalah kenyataan yang memberikan ruang penyelesaian..

Weh budak laser! Terima kaseh sangat2 kat ko! Hehehehehe.. =P

Nak cuba jugak cara nie?? Hmm.. Boleh2.. Kena berlapang dada dan yang paling penting, bagi wanita.. Pastikan anda tidak mengalami sebarang PMS ok?? Ngeh3..

4) S.E.N.Y.U.M

Saya rasa saya suka senyum.. Tapi ada orang kata sengih.. Eh?? Senyum ke sengih nie?? Hahahaha.. Apa2 je la.. Tapi pada pendapat saya, senyum tue bile kita berada di alam nyata dan sedar..Sengih plak, lebih khusus kepada alam maya, berangan2.. Setuju tak? Hehehehe..

Apa2 pun, senyum sedekah paling mudah..Senyum je la saya termampu wat.. Kawan saya kata, masa kenduri kawen adalah waktu untuk bersedekah.. Ye la, bagi orang makan2.. Pastue, kawan saya suruh saya hidangkan pizza masa kenduri kawen saya.. Amboi2! Senang hati nampak.. Perut saya perut Melayu.. Kena makan nasik jugak.. Apa kata saya hidangkan nasi goreng pattaya je? Bley? Nak pizza? Kenduri kawen awak nanti ok? Muahahahahaha.. Ok2, keluar tajuk dah nie.. Huhuhuhu..

Senyum?? Jiran sebelah rumah saya lelaki.. Semua bujang tue!! *sengih3* (stat gatai dah nie..).. Ada sekali saya dengar mak saya nasehatkan adek saya yang lelaki nie, "Adi kalu nampak abang2 kat sebelah tue, senyum la.. Tegur.. Jangan sombong plak.. Tue jiran awak.."

Saya dan adek2 perempuan saya menyampuk, "Ibu, kalu kitorang senyum? Kalu kitorang tegur ley tak?? Hehehehe.."

Ayah saya *geleng2 kepala sambil sengih2*

Mak saya *senyum2 pastue tergelak*

Dapat bezakan senyum dan sengih?? Hahahaha..

Sengih - gatai ke anak aku nie? (alam maya, monolog sendiri)
Senyum - gatai anak aku nie.. (kenyataan)

=P

K.E.S.I.M.P.U.L.A.N

Biarpun kita menerima pelbagai PANDANGAN manusia terhadap diri kita, jangan biarkan ia menerbitkan rasa MALU yang tidak bertempat.. Hidup mesti diteruskan.. Berikanlah SENYUMan dengan IKHLAS, kerana senyum itu sedekah paling mudah dan menggambarkan rasa hati kita.. (",)

P/s: I L.O.V.E Y.O.U

Thursday, November 6, 2008

Bubur, bolehkah menjadi nasi??

Kita selalu mendengar perumpamaan nasik sudah menjadi bubur.. Dek kerana terlebih sukat air, atau memang tuan empunya diri memang tak reti masak.. Apa2 je laa.. Perumpamaan nie selalu dikaitkan dengan perasaan menyesal..Di mana seseorang menyesal dalam melakukan sesuatu perbuatan dan yang paling sadis, perbuatan tersebut tidak boleh ditarik semula.. Kekal disitu.. Tidak berganjak..

(Kredit to Flickr)
Padam pos terdahulu ke, mintak maaf secara terbuka ke, saman-menyaman ke, tuntutan cerai atau fasakh ke, statement takkan maafkan orang sampai mati ke.. Lakukanlah apa saja untuk menyedapkan hati mengenai apa sahaja perkara yang berlaku.. Tapi apa yang pasti, bubur takkan berubah menjadi nasik!

Matlamat tidak menghalalkan sebarang cara.. "Azira, awak mempertahankan apa yang hak dan betul.. Tapi, cara awak salah..", ujar Ustazah Azizah sewaktu aku masih di zaman remaja.. Zaman jahiliah ku.. Terlampau mengikut emosi dan kebudak2an.. Terima kasih ustazah.. Kerana sampai sekarang, kata2 itu masih berbekas dan berkesan di hati saya.. Berkesan menjadikan saya berusaha untuk tidak menggunakan cara yang salah dalam mencapai apa yang saya hajati.. May Allah bless my lovely Ustazah Azizah always!

Cara Yang Salah??

Ya.. Kadang2 utk mencapai satu cita2 atau matlamat yg kita inginkan, kita sanggup berbuat apa saja, asalkan apa yang dicita atau dihajati tercapai tanpa memikirkan kesan dan akibat pada masa akan datang..

Sebagai contoh, seorang budak kecil yang melihat kawannya makan aiskrim yang sodap dan berwarna-warni.. Arghh.. Dia pun pasti teringin untuk menikmati dan memilikinya.. Justeru, beliau akan berusaha mendapatkan wang bagi memenuhi hajatnya tue.. Tapi, adakah wang yang diperolehinya itu dengan cara yang benar? Menolong ibu bapanya melakukan kerja rumah, lantas mendapat ganjaran berbentuk kewangan.. Lalu aiskrim dapat dimiliki.. Atau adakah dengan cara yang salah? Adakah dengan mencuri?? Berbohong?? "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 jadi pencuri".. Heh! Lagi satu peribahasa timbul.. Maka peluang perlu diberikan kepada budak kecil tersebut untuk memperbetulkan keadaan.. Mungkin dia tidak tahu yang mencuri itu salah.. Mungkin dia tidak tahu yang berbohong itu berdosa.. Yang lebih dewasa, yang lebih matang; tunjukkan jalan.. Jalan yang lebih jelas mengenai apa yang benar..

Peluang??

Sungguh bernasib baik seseorang itu apabila dia diberikan peluang untuk memperbetulkan apa yang salah.. Bukan semua orang diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan.. Itu menunjukkan masih ada yang sayang.. Masih ada yang memerhatikan.. Siapa?? Tuhan!

Kekadang, kita selalu melihat setiap dugaan yang datang dari sudut yang negatif.. Lalu timbul perasaan patah hati, lalu nekad bunuh diri.. Owh! [Opps! Sori Radja.. Lagi skali aku curi lagu kau..]

Kenapa nie berlaku?? Sebab mungkin kerana kita tidak memanjatkan keyakinan kita pada Allah, tapi pada makhluk.. Hipotesis: Semakin banyak makhluk, semakin hebat lah kita.. Hipotesis apakah ini?? Kepada Allah jualah kita mohon perlindungan, dan kepada Allah jualah kita mohon kekuatan..

Asek2 fikir negatif je, apa kata fikir positif plak.. Anggap apa yang berlaku sebagai cubaan pertama untuk menghadapi hari mendatang.. Bak kata ibuku terchenta, "Ni baru masa belajar, kalu masa kerja nanti, lagi jumpa macam2.." [Dalam loghat n9 campur Melaka.. Hehehehehehe..]

Orang yang bodoh adalah orang yang tidak belajar apa2 dari pengalaman..
Orang yang bijaksini adalah orang yang belajar dari pengalaman sendiri..
Orang yang bijaksana adalah orang yang belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman "sana" (pengalaman orang lain)..

Manakah tahap kita?? Eh, maksud aku.. Mana tahap aku?? Tepuk dada tanya iman.. Jangan tanya Aiman..Nanti dia jawab, "Aiman tak kisah.." Arghh, sudah.. Payah..

Apa yang dah terjadi, itulah realitinya.. Itulah keadaannya.. Air dah terlebih sukat.. Bubur la jadinya.. Uwaa.. Aku tak mau masak bubur..Aku nak masak nasik!!

Bubur2, ley tak ko jadi nasik semula??

P/s: Didnt like the fact dat Im d femes blogger in this....... world?? Heh!

Saturday, November 1, 2008

Tag 2

Kena tag ngan Patt.. Nakai eh Patt! Nak kena nie! =P


1. What’s your ambition?

Wearing high heels dengan konfidennya tanpa rasa nak jatuh dan rasa stabil gile.. TQ! And i know Patt, dis is one of ur cita2 too.. Muahahahahahaha..

***

2. Loves chocolate?

Very very very very much! ;P

***

3. How often do you think of committing suicide?

Membazir masa jah.. Baek fikir pasal...

***

4. Do you think you have enough confidence?

Untuk sesetengah perkara, YA!

**

5. How many babies you want?

Jumlah pemaen pasukan bola jaring.. Tidak termasuk simpanan.. Hahahaha.. =P

***

6. Do you believe in seeing a rainbow after the rain?

Yes, i do.. Cantek bangat.. Masa kecik2 dulu, kalu dah rindu sangat nak tengok pelangi aku akan wat pelangi buatan sendiri.. Rendamkan cermin dalam air.. Huhuhuhu..

***

7. What is your goal for this year?

Nak pakai baju kurung sekerap mungkin ke fak.. Tapi... Nampaknya tidak berjaya.. Huhuhuhu..

***

8. Do you believe in eternity love?

Yes, i do..

***

9. What’s a perfect girlfriend/boyfriend like to u? (List 10)

Watch Zettai Kareishi Series.. You will get d answer.. =)

***

10. What are you really afraid of?

KaTak.. Euuuu....

***

11.What is your bad habits?

Suka tido, berangan, makan, berfoya2.. Arghh!!

***

12. Is there anything you wanna tell the people who hates you?

Dun hate me, coz in the end u will love me.. Ahaks!! =P

***

13. Do you cherish every single friendship of yours?

Yup.. Luv u guys! (",)

***

14. What does flying means to you?

Escape from hostel during secondary skul. Hostel - Bosan!

***

15. What do you crave for the most currently?

Watching James Bond's Movie - Quantum of Solace

***

16. Most unexpected gift you received so far and when?

Masakan mak irina.. Masa hari raya terakhir.. =) Mekaseh mak cik!

***

17. Describe the person who tagged you in 5 words:

My coursemate + my friend since my 1st year, brave person and im proud of that, friendly, open minded, and suka tolong orang..

***

18. What have you done to yourself to make yourself happy?

Hanging out wif my frens, going back to my hometown..

***

19. What will you become in another 10 years to come?

Wanna keep it as a secret.. Muahahahahaha..

***

20. What have you achieved in life lately to make it better?

Frens, luv, trust..

***

Instructions: Remove 1 question form above and add in your personal question.

Make a total of 20 questions and tag 8 people. List them out at the end of the post.

Notify them in their cBox that they’ve been tagged.

Rina
MeeMa
and to anyone who feel free to tag themselves! Hahahaha..