Saturday, October 25, 2008

Hmmm.. SeDapNya MaKan DaGinG..

Hmmm... Sedapnya makan daging..


Raya yang sepatutnya menjadi tempat bermaaf-maafan, telah menjadi gelanggang kutuk-kutukan.. Arghhh... Gila banyak dosa raya nie..

Daging yang dimaksudkan di sini bukanlah daging sate atau daging ayam atau daging lembu.. Tapi, perkataan "makan daging" tersebut lebih mempunyai persamaan kepada "menganyam ketupat"..

Arghhh.. Gila banyak dosa raya kali nie..

Makan Daging + Menganyam Ketupat = Aku

Arghh.. Stress!! *tampar diri sendiri bebanyak kali*

"Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan muka mereka ke dalam neraka"

Thursday, October 23, 2008

Nak Tengok Movie!!

---------------------------------------------------------------------------------------------
"Aku takkan maafkan ko sampai mati..", ujar seorang selebriti..

"Aku takkan maafkan ko sampai mati..", ujar seorang yang belum mati kepada seorang yang belum mati..

"Aku takkan maafkan ko sampai mati..", ujar seorang yang belum mati kepada orang yang dah nazak menunggu mati..

Amboi, amboi, amboi!! (sambil jari kelingking digedik2 kan)

Ntah ape2 ntah.. Kompem masuk syurga ke?? Haih! Suke ati ko le Labu..


P/s: Cerita di atas sekadar selingan bg perkara yg berlaku baru2 nie.. Penyelesaian?? Tepuk dada, tanya Iman..

>>End of Story<<
--------------------------------------------------------------------------------------------

Termenung.. Termenung lagi.. Termenung tak henti2..

Diam.. Diam lagi.. Diam memikirkan sesuatu..

Perubahan yang aku sendiri pun tak tahu.. Hehehe.. Maaf buat kawan2 yg mungkin rasa risau.. InsyaAllah.. Aku tak ape2.. Doakan aku kuat! Doakan aku tabah! Doakan aku ceria2 n hepi2 mcm selalu! Doa kawan kepada kawannya makbul tau.. Apalagi, doa la! Doa yang baek2 je tau! Hehehe.. (",)

Busan.. Dah lama tak berfoya2.. Haa!! Sapa2 yg nak g tgk cite nie:

Dan jugak cite nie:

James Bond: Quantum of Solace

Sila ajak aku ye! Hehehe.. =P

Friday, October 17, 2008

Cerita - Ceriti

Hari nie tgk cerita Troy kat tv3.. Salah satu cerita yang aku suka tengok.. Best!!

Tetiba teringat pasal cerita2 yang menarik yang berjaya mebuatkan aku terdiam dan berfikir dengan panjang lebar walaupun setelah abes menonton... Segan nak mengakui, tapi antaranya berjaya membuatkan aku bergenang (bukan berenang) air mata dan oppsss!!! Dah nangis dah... Hehehe..
Filem 1: Black (2005)


Filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada seorang kanak2 yang bernama Helen Keller. Sebagai seorang kanak2 yang pekak dan buta, adalah sukar baginya mempelajari sesuatu yang baru. Dididik oleh seorang guru yang berdedikasi dan penyabar, "Water" merupakan perkataan pertama yang difahami olehnya.


Filem ini juga merupakan adaptasi daripada kisah benar yang berlaku pada John Forbes Nash. Mengalami gangguan mental, sukar baginya untuk membezakan antara yang realiti dan fantasi. Cerita ini menunjukkan bahawa kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ahli keluarga mampu menyebabkan seseorang dapat menghadapi pelbagai rintangan dan seterusnya mencapai kejayaan yang tidak disangka2..



Cerita nie jugak pasal kisah yang sebenar.. Mengenai penyakit yang menimpa seorang kanak2 Jepun bernama Aya.. Jalan cerita digambarkan menerusi catatan yang ditulis olehnya didalam diari.. Aya hidup sehinga berusia 25 tahun..

Filem 5: Tom Hank's Movies


Kebanyakan orang pasti akan menyukai filem Tom Hanks.. Menerima anugerah sebagai pelakon terbaek, boleh dikatakan filem2 lakonan dia tak pernah mengecewakan.. Eh..? Ada yang tak suka dia..? Tak suka sudah!! Aku suka.. Muahahaha..

Kartun 6: Upin dan Ipin


Comey giler budak kembau dua orang dalam citer nie.. Mereka obses terhadap ayam, sebagaimana ada seorang kawan aku tue yang obses terhadap sup cendawan.. =P Obses jika tidak dirawat dari awal, akan mengundang penyakit serius yang sukar diubati.. Hehehe.. Betul tak Upin & Ipin..?? Betul.. Betul.. Betul..
Enjoy!

Friday, October 10, 2008

9 OkToBeR

Jika Fasha Sandha berlakon dalam filem 9 September, maka pada hari ini saya juga turut ingin menulis mengenai kisah hidup saya pada 9hb jugak.. Tapi 9 Oktober..

Filem 9 September
Pada hari kejadian bertarikh 9 Oktober 2008, sebahagian isi kandungan blog ini [sila klik sini] telah disiarkan di dewan kuliah besar.. Sewaktu kejadian tersebut, saya tidak berada di tempat kejadian kerana menunaikan solat Zohor lewat waktu.. Huhuhu..

Tapi, Alhamdulillah.. Wan Ika telah memaklumkan kepada saya mengenai perkara tersebut, dan reaksi saya pada kali pertama mengetahuinya adalah..

Wan, orang nak balik skg jugak.. Uwaaa...

"Alaa.. Bukannya orang tau pun sapa yang tulis.. Wat tak tau je la.."
Ujar kawan saya yang laen..

Wan Ika plak mencadangkan..
"Azira stay je.. Nanti nampak sangat macam wat salah.."

Saya stay dan berfikir2.. Perlukah saya mintak maaf.. ? Bukannya kenal muka pun.. Eeh.. Kenal2.. Saya dah letak gambar betul kat blog.. Perlukah saya mintak maaf..? Pos tersebut adalah mengenai kutukan pada diri saya sendiri, bukan pada pensyarah yang telah banyak berjasa menaburkan ilmu.. Perlukah...? Perlukah..?

Hmm.. Malaikat kata pergi (pergi mintak maaf), syaitan kata cabut lari..

Akhirnya, setelah menimbang2 dan berfikir bulat2, saya pun membuat satu keputusan.. Keputusan yang dibantu oleh Wan Ika dan Abid setelah mereka berfikir secara rasional kerana saya sedang dikuasai emosional.. (Mekaseh wat mereka berdua..!)

Setelah abes waktu kuliah dan semua pun beransur pulang.. Saya pun pergi berjumpa dengan pensyarah tersebut untuk meminta maaf dengan ditemani oleh Wan Ika.. Saya memaklumkan pada beliau bahawa bukan niat saya untuk berkata2 yg tak baek mengenai beliau, tetapi lebih kepada mengutuk diri saya sendiri.. Hati saya risau.. Risau sekiranya tidak dimaafkan.. Risau sekiranya kandungan pos tersebut disalah ertikan..

Tapi, Alhamdulillah.. Bila mendengar perkataan kemaafan dari pensyarah, saya rasa lega.. Walaupun tidak sepenuhnya, tapi saya rasa lega.. 50% kelegaan saya perolehi.. Mana lagi 50%? Saya pun tak pasti.. Bercampur baur dengan perasaan serba salah.. Serba salah sekiranya perbuatan yang tidak disengajakan itu meninggalkan kesan pada hati pensyarah.. Hati manusia siapa yang tahu..

Saya tidak mahu menjadi orang yang nomad pada hatinya.. Yang berpindah randah atau lari dari satu tempat kepada tempat yang laen akibat perbuatan sendiri.. Lantas, itu perkara terbaek yang saya fikirkan patut dilakukan..

Ada kawan bertanya, ”Haa.. Azira, ko ke yang kantoi tue!??!”

Heh! Saya yang mengkantoikan diri saya sendiri.. Saya yang dengan rela hati (sebenarnya memaksa hati untuk menguatkan diri) untuk pergi berjumpa pensyarah dan mengakui bahawa blog tersebut adalah kepunyaan saya.. Hanya Allah saja yang tau perasaan saya ketika itu.. Bergelora tsunami..

Pensyarah tersebut memberikan nasihat, bahawa apa yang berlaku memberikan pengajaran pada yang laen.. Benar.. Kerana kadang2 kita menulis mengenai perihal orang laen yang secara tak langsung menyentuh hidup peribadi mereka..

Tulisan itu pedang.. Jika tidak, bagaimana ada penulis2 blog yang dimasukkan ke dalam ISA akibat hasil tulisan mereka.. Jika tidak, bagaimana pula pihak polis sanggup bersusah payah menubuhkan skuad pemantau blog akibat hasil tulisan ini.. Dan jika tidak, bagaimana pula sesetengah negara mencapai kemerdekaan melalui tulisan2 yang menaekkan semangat untuk menuntut kemerdekaan.. Tidak dinafikan, tulisan itu pedang.. Terbukti!

Terima kasih Dr. kerana sudi memaafkan saya.. Akan menjadi satu kerugian pada saya sekiranya saya tak memperolehi kemaafan dari pensyarah, kerana merekalah yang memberi ilmu pada saya.. Gusar, perkara tersebut akan megundang ketidakkeberkatan dan ketidakkerahmatan pada ilmu yang diperolehi..

Sekiranya saya tidak meletakkan gambar saya, tapi gambar kartun ataupun sekiranya saya tidak meletakkan nama saya tapi nama yang laen, saya tetap akan berjumpa dengan Dr. pada waktu itu.. Walaupun Dr. berulang kali mengatakan bahawa tiada kesalahan apa2 yang perlu dimaafkan, tapi terima kasih sekali lagi kerana sudi memaafkan saya.. (”,) Terima kasih!

P/s:
1) Wat Alee: Sebagai seorang yang pelupa pasal tarikh2 birthday nie, sure pasni aku akan ingat gila2 birthday ko.. Kalu aku lupa jugak, sila miskol aku.. Hehe.. Hepi Birthday My Dear! (“,)
2) Wat Unknown: Someone is promoting my blog to the others. (That is how Dr. knows bout my blog). Whatever ur intention it is, juz wanna say thank you..
3) Wat Silence Reader: Thanks for reading.. Semoga dapat meninggalkan jejak satu hari nanti.. Betul ke bubur ayam McD sodap..?
4) Wat Kawan2 Blogger yg laen: Berhati2 di jalan raya.. Eh silap.. Berhati2.. Apa yang perlu di”berhati2”kan..? Bak kata Nabil, ”Fikirlah sendiri..”. Bley..?
5) Wat Wan Ika: Thanks! (”,)