Monday, March 2, 2009

Gangguan Seksual T___T

Tajuk post yg agak porno.. Jadi, kepada pencari2 cerita porno sekalian, jika anda tersesat ke blog ini mintak maap la ya.. Xde apa2 yg menarik.. Juz nak naikkan hit lawatan blog nie jah.. Yeehaa! Tapi, ye.. Nie memang kisah benar dan aku akan ceritakan.. InsyaAllah.. Semoga panjang umur!


Pada ari nie, group aku selaku group pertama membuat presentation projek, menanti dengan penuh debaran di hadapan studio.. Mencongak2 apakah soalan yang akan diajukan semasa Q&A session.. Sambil mencongak2 soalan, tibe2 aku rasa macam nak buang air kecil..


Daripada menanggung sengsara menahan pengeluaran toksik, baik aku pergi membuang.. Dapat jugak sihatkan badan dan tenangkan fikiran.. Lagipun presentation lum stat lagi.. Maka, aku dengan fikiran melayang2, menuju ke kawasan pembuangan toksik tersebut..


Setibanya kat tandas, aku tak dapat membuang terus.. Kena tahan.. Ada orang plak dalam tandas.. Tapi xpe.. Tunggu xlama.. Aku pun menanti dengan penuh kesabaran.. Pintu tandas dibukak perlahan2.. Aku terperanjat!! Gila punya terperanjat.. Walaupun terperanjat, tapi muka tetap maintain.. Korang tahu apa aku nampak?? Nak tahu tak apa yang aku nampak?? Apa yang aku nampak adalah..



Seorang MAMAT keluar dari tandas tersebut!!!



MAMAT? Aah, mamat.. Lelaki la tue!!


Dahi aku stat berkerut2.. Dia yang "pengkid" ke atau aku yang "pondan"??? Aku konfius.. Aku yakin aku PEREMPUAN! Tapi aku tak sure plak dia.. Nie kan akhir zaman.. Macam2 ada.. Laki jadi pompuan.. Pompuan jadi laki.. Haih! Aku konfius!


Dia pun perasan dengan kekerutan dan kekonfiusan aku tue maka bertanya, "Toilet perempuan mei?".. Lalu dia pun membuka pintu tandas, dan menunjukkan papan tanda "Tandas Lelaki"..


DAMN! Aku salah masuk tandas!! Sumpah! Aku tak nampak apa2 masa dalam tandas tue! o__O


Macam mana bleh salah masuk tandas nie? Malunyer!!!! Uwaaaaaaaaa...


Aku dengan fikiran yang masih lagi melayang2, terus keluar dan pergi ke tandas wanita yang terletak di sebelah.. Sambil bermonolog dengan diriku sendiri di hadapan cermin, aku menyumpah2 diri aku sendiri.. Macam mana laa aku boleh salah masuk tandas nie.. Serius!


Huhuhuhu.. Malunya saya... Awak, saya tak berniat nak buat gangguan seksual kat awak.. Saya benar2 salah masuk tandas.. Fikiran saya separuh sedar waktu tue.. Jika ada pemandu yang memandu dan kemalangan disebabkan pengaruh alkohol, maka saya adalah pejalan kaki yang berjalan dan tersalah tujuan disebabkan di bawah pengaruh fikiran melayang2.. Maaf, maaf, maaf, maaf.. (Background music: Lagu Maafkan Kami dari filem Pendekar Bujang Lapok)


Mungkin saya telah salah tafsir gambar kat depan tandas tue.. Gambar tandas lelaki, digambarkan seperti perempuan yang memakai seluar slack; manakala gambar tandas wanita, digambarkan seperti gambar lelaki yang memakai kain pelikat tetapi disingkatkan kainnya sehingga ke lutut! Owh.. Memandai jah aku nie.. Bley blah! Dah salah tue, salah je la.. Uhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.. =(


Itu sahaja kisah benar aku pada kali ini.. Kesimpulannya, jangan berjalan di bawah fikiran separa sedar! Grrrrr....


P/s: Aku harap mamat tue dah lupa muka aku dan peristiwa itu.. Fuhhhhhh! (Bunyi semburan jampi.. Ngeh3..)

4 comments:

Anonymous said...

zira!!! hahaha. mcm mne nih, jln pun x tgk sign board dpn tndas. =P

xpe, secara jujur nya, aku pun pernah tersalah masuk tndas lelaki..mesti ni yg kt bs 3 tu kan? sb tandas die terbalik dr yg lain. hoho.

tp nasib baik mse tu xde org..selambe je aku kencing then keluar then baru terperasan, "apsal signboard tandas kt dpn tu gmbr pmpuan?"

hahaha.

AziRa AziZ said...

Patt,
Yesszzz!!
10 markah utk ko..
Memang tandas kat situ..
Aku ingat ada org nak kenakan aku..
Masuk dalam rancangan "Bang Bang Boom" ka..
Atau rancangan "Juz for laugh" ka..
Atau rancangan "Wakena beb" ka..
Eiiuuu.. Malunya saya!
Ehehehehe...

'a'nnurhameema said...

Hehe, xtau apa perasaan if tekene gtue.. Tapi toilet tue mesti xder tempat buang toksik yang kat luar tue ek?? if ader, mesti ley prasan kan?? hehe

AziRa AziZ said...

MeeMa,

Nasib baek takde tempat membuang yg kat luar tue..
Kalu takde, pengsan la akak..
Huhuhuhuhu..
;P