Friday, January 30, 2009

Mati itu pasti..

Aku terburu2 pulang ke rumah ari Khamis (22 Jan 2009, 25 Muharam 1430) yg lalu.. Xtau kenapa.. Tanpa alasan.. Tapi hati nie begitu meronta2 nak jugak balik ke rumah.. (background music: Aku ingin pulang; dari iklan Petronas)

Sesampai di stesyen komuter UKM, aku tipon mak aku..

Aku: Salam ibu.. Along balik tau ari nie..
Ibu: Ha?? Balik?? Dah katne nie??
Aku: Baru kat stesyen komuter UKM nie.. Ibu katne tue?
Ibu: Kat hospital ni ha.. Wan Ngah sakit.. Ibu tolong jaga..
Aku: Bla.. Bla.. Bla..
Ibu: Bla.. Bla.. Bla..

Aku sampai kat umah kol 2.30 petang.. Mak aku pun dah ade kat umah waktu tue.. Baru balik dari sepital katanya.. Aku pun tanya bila lagi mak aku nak lawat Wan Ngah.. Petang tue jugak pegi dalam kol 6.30 petang, mak aku nak suapkan makanan untuk Wan Ngah..

Kenapa aku nak sangat lawat? Sebab dulu, pernah masa kat matrik, masa tue Wan Ngah sakit masuk sepital jugak tapi aku tak gi lawat.. Bajet bagus aku nie!! Huh!! Bila mak ayah aku datang lawat aku, Tok Ngah ada sekali.. Rupa2nya mereka sume baru lepas lawat Wan Ngah kat sepital.. Tok Ngah, umur dah masuk 90 waktu tue; pendengaran pun tak berapa baek.. Pertuturan pun tak berapa lancar.. Orang akan kurang paham sket apa yang dia cakapkan..

Tapi, ntah nape tiba2.. Bila aku salam Tok Ngah dia pandang aku dan cakap sesuatu.. Pertuturannya memang aku tak berapa faham, tapi aku dapat tangkap apa yang dia cuba nak sampaikan.. "Kenapa tak gi lawat Wan Ngah?"

Aku terkelu.. Wajah aku mungkin dah semacam waktu tue.. Aku rasa sedih... Aku rasa aku jahat sangat waktu tue.. Aah, kenapa aku tak gi lawat?? Budus! Bajet bagus!

Sebab tue la, bila Wan Ngah sakit kali nie, aku betul2 teringin nak gi melawat.. Aku tak mau jadi orang budus, aku tak mau jadi orang bajet bagus.. Aku nak pegi lawat! Dan aku pegi..

Sesampai di sepital, aku tengok Wan Ngah.. Susut badannya.. Susah dia nak menghadamkan makanannya.. Mengalir air dari matanya..

Orang yang melawat di sebelah katil Wan Ngah berpesan, "Jangan ditinggalkan Wan nie.. Tanda2 dah ada.. Telinga dah rapat, hidung dah jatuh.."

Aku lihat Wan Ngah.. Aku berdoa dalam hati.. "Ya Allah, jika umurnya panjang lagi, maka Kau kembalikanlah kesihatannya.. Tetapi jika telah ditakdirkan tiba masanya untuk pergi, maka Kau ambillah dia.."

Sebelum balik, aku salam Wan Ngah.. Aku tahu, bukannya dia kenal aku pun waktu tue.. Ibu aku? Tinggal di sepital menjaga Wan Ngah..

Tanggal 25 Januari 2009, 28 Muharam 1430; Wan Ngah telah kembali ke rahmatullah.. Kami sekeluarga balik ke kampung.. Bacaan Quran dan Yasin dialunkan untuk arwah.. Serius.. Itu pertama kali aku melihat jenazah.. Ada sedikit perasaan takut dan cemas.. Tapi, aku lawan juga.. Aku bacakan Yasin buatnya.. Aku duduk di hadapan bahagian kepalanya..

Kami sekeluarga turut pergi sehingga ke majlis pengebumian yang berlaku keesokan harinya.. Itulah jugak pertama kali aku melihat jenazah dikebumikan (jauh sedikit), itulah jugak kali pertama aku mendengar talkin secara live..

Adek aku berkata, "Insaf dan tersedar aku tengok tadi.. Ko Long?".. Aku diam.. Aku rasa seperti mau demam..

Walaupun dah balik ke kolej, aku masih terkesan lagi dengan peristiwa yang baru berlaku.. Setiap kali tidur pada malam hari, aku pasti akan terjaga dengan tiba2.. Masih hidupkah aku? Owh.. Jika diambil nyawa aku ketika ini, sudah pasti amalan belum cukup untuk membela diri di alam yang satu lagi.. Akulah umat akhir zaman, yang cintakan dunia dan takutkan mati.. Owh..

Aku berdoa pada Allah agar aku mati dalam Iman.. Agar kedua ibu bapaku dan adek beradekku juga mati dalam Iman.. Penamat hidup penuh kebaekan.. Amiin..

"Aku diam" - Ye Angah, Alang and Adi.. Aku rasa insaf.. Aku rasa sedar.. Aku tak mampu nak luahkan..

Wan = Nenek
Tok = Atuk
Ngah = Angah = Anak ke-2

Wat rakan2 Muslim, mohon jasa baek sedekahkan Al-Fatihah wat beliau yang bernama Halimah Abd Majid.. Terima Kasih..

Palestin

Mungkin pos nie akan dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh sesetengah pihak, tapi arghhh.. Peduli apa.. Nak juga publish! Hee.. Bacalah dengan hati terbuka.. Semoga ianya dapat menjadi peringatan buat diri ini dan semua.. Peace No War!!

Sedang seluruh dunia bergembira menyambut suasana tahun baru 2009 dengan percikan bunga api, rakyat Palestin pula sedang berusaha mempertahankan tanah air mereka daripada percikan dan bedilan peluru bertubi-tubi daripada tentera Israel.. Sungguh kejam tindakan mereka itu.. Kenapa perlu kanak2 dikorbankan juga? Tidak terbayangkah mereka akan apa perasaannya jika perkara yg sama terjadi kepada anak2 mereka? Kepada ahli keluarga mereka? Sesungguhnya, bangsa Yahudi adalah bangsa yg sombong dan bongkak.. Cuba untuk menuntut sesuatu yg bukan hak iaitu tanah Palestin, dan cuba untuk meruntuhkan sesuatu yang mulia iaitu Masjid Al-Aqsa..





Sebagai seorang yg beragama Islam, pasti akan terbit perasaan marah, sedih, benci terhadap segala apa yg berlaku terhadap rakyat Palestin kerana mereka adalah saudara seagama kita.. Dan bagi orang yg bukan beragama Islam, pasti mereka juga akan turut merasai perasaan yg sama kerana tebalnya sifat kemanusiaan dalam diri mereka.. Semua agama mengajar penganutnya mencintai kebaekan.. Tiada agama yang mengajar penganutnya mencintai keburukan.. Itu sudah pasti.. Melaenkan penganut itu sendiri merosakkan ajaran yg dianuti..

Zionist – Yahudi yang merasakan hanya diri mereka yang terbaek, hanya diri mereka yang layak berada di tempat yang tertinggi dan mulia.. Yang laen? Hanya bagaikan anjing suruhan mereka.. Lihatlah Amerika.. Betapa Amerika telah berjaya menjadi anjing suruhan mereka yang paling taat setia tidak berbelah bahagi.. Sungguh malang.. Sungguh sia2.. Sedang seluruh dunia bersorak-sorai meraikan kemenangan Obama, aku hanya berpegang kepada tunggu dan lihat.. Apalah guna kalu pemimpin bertukar warna kulit tetapi warna hati tetap sama.. Peperangan perlu dihentikan.. Apakah akan ada perubahan?

Perubahan


Lihat sahaja barang2 yg berada di dalam bilik/rumah kita.. Daripada barang makanan, pakaian, barang mandian sehinggalah barang2 asas; semuanya telah memberikan sumbangan berupa sebutir peluru kepada saudara2 kita di Palestin.. Mungkin kita tidak dapat membantu dari segi tenaga untuk melawan tentera Zeonis kejam yg dilaknat Allah itu di dalam medan peperangan.. Tetapi ada satu perkara yg boleh kita lakukan – boikot.. Ya, BOIKOT!



Jadi, aku yang beragama Islam, yg mempunyai rasa perikemanusiaan dengan rasa rendah diri dan penuh simpati menyeru dan mengingatkan kepada diri aku dan semua yang sudi diingatkan dan sudi berjihad agar memboikot segala barangan keluaran atau yang ada kaitan dgn Israel dan Amerika.. Jika tidak mampu untuk berjihad secara besar2an (iaitu boikot semua produk sekaligus), maka boikotlah secara perlahan2 dan kecil2an tetapi kekal dan berpanjangan (boikot sikit2 lama2 jadi bukit).. Perjuangan ini tidak tertumpu kepada orang Islam sahaja, malah orang bukan Islam juga memainkan peranan.. Ini merupakan salah satu cara untuk menunjukkan bahawa tidak kira apa agama dan bangsa, kita membencikan peperangan.. Peperangan yg mengorbankan anak2 kecil yg tak berdosa.. Masih adakah rasa kemanusiaan dalam diri kita?

Boikot sahaja tidak mencukupi.. Bagi golongan yang cerdik pandai dan professional, inilah masanya untuk menghasilkan produk keluaran Negara sendiri.. Kita sekarang terlampau bergantung kepada Israel dan Amerika.. Segala barangan adalah buatan mereka.. Bukankah itu menyedihkan??







Gambar2 tersebut sudah cukup untuk membuktikan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin.. Tersangatlah kejam kerana hospital juga turut dijadikan tempat sasaran yang “tersasar”. Jika gambar2 dan tulisan pada post kali ini tidak berjaya menyentuh sedikit pun hati yg membacanya, maka ianya adalah kerana kekurangan diri aku sendiri.. Maaf dipohon.. Akhir kata, marilah kita sama2 berjuang, biarpun sedikit dan kecil, ia tetap digelar perjuangan jika dibandingkan dengan tanpa berbuat apa2.. JOM BOIKOT!!!!!!

“We do the best, Allah do the rest”


Berikut merupakan antara laman2 web yg boleh diikuti untuk mengetahui apakah barangan yg perlu diboikot:

Boikot 1


P/s: Ye.. Ye.. Aku pun rasa cam susah nak boikot barang2 tertentu.. Tp kita kena wat jugak.. Itulah jihad kecil yg mampu kita lakukan.. Huhuhuhu.. Selamat tinggal Kotex..

[Pos ini ditulis pada hari ke-23 tentera Israel menceroboh Gaza]

Tuesday, January 6, 2009

Tag 3

Hv been tagged by Wan Ika.. Nakai ek??!! Cubit kang.. =P

1) Do you think you’re hot?
Of course, I do.. *dgn mimik muka tak konfiden*

2) Upload your favourite picture of you.




3) Why do you like that picture?
Coz its not the real me?? Hahaha..

4) When was the last time u ate pizza?
Hujung bulan Oktober 2008, juz b4 final exam.. Makan kat foyer fak kejut.. Eh silap.. FKAB

5) The last song u listened to?
Situasi by Bunkface

6) What are u doing right now besides this?
Makan jambu batu cicah serbuk asam.. Nyum3..

7) What name would u prefer besides yours?
Ek?? *konpius*

P/s: Saya ada cita2 baru.. Saya ingin menjadi pengacara rancangan "Jalan2 Cari Makan". Ada bakat tak?? =P

Friday, January 2, 2009

Selamat Datang


Selamat Datang Tahun 1430 Hijriah

Selamat Datang Tahun 2009 Masehi

---------------------------------------------------------------------------------

Macam mana tahun 2008?? Ade yang kata, "Manyak ong punya!", dan tak kurang pula ada yang kata sebaliknya.. Bagi aku, 2008 merupakan satu tahun yang menguji kekuatan zahir dan batin aku.. Eeh.. Cam porno plak pernyataan tue.. Tapi, zahir di sini bermaksud kekuatan fizikal dan batin plak kekuatan emosi.. Ketahanan fizikal dalam menaiki tangga ke bilik aku di aras 4 dan ketahanan emosi aku dalam menangani stress.. Hehehehe.. *poyo je*

Dalam kita bersuka-suki, jangan lupa ada yang berduka-daki.. *sesuka hati buat imbuhan*

Buat yg muslim, jangan lupa doakan kesejahteraan muslim yang laen.. Yang teraniaya, terkorban, menjadi mangsa pihak yg tak bertanggungjawab.. (sila tgk ruangan berita dunia, jgn asek tgk ruangan hiburan je..) Tidak takutnya orang kafir kepada orang Islam kerana tidak takutnya orang Islam kepada Tuhan..

Mungkin kata2 "Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman" boleh ditukar kepada "Kurangkan maksiat dalam kehidupan, tambahkan amal untuk ketenangan"

*Poyo lagi*
Akhir kata,
Aim for something..
Do not aim for nothing..

STRIKE!!!!

P/s: Jom gi maen bowling! =P