Sunday, December 9, 2012

Apa nak jadi....

Sedang berjalan-jalan di sebuah kawasan membeli-belah, terlihat seorang anak telah ditampar oleh ibunya di khalayak ramai... Saya pasti, anak itu ada meminta sesuatu daripada ibunya... Tetapi, permintaan si anak dibalas dengan tamparan...

Bila besar nanti, apakah dia akan menjadi seorang yang pendendam? Atau seorang yang mudah memaafkan? Saya tidak pasti...


Sedang memandu kereta menuju ke tempat kerja, saya perhatikan seorang abang yang masih kecil berjalan bersama adek2 perempuannya menuju ke sekolah rendah... Pada mulanya abang berjalan di hadapan, tetapi setiap kali berjalan, dia akan menoleh ke belakang... Mungkin risaukan adek2nya, beliau memilih untuk berjalan di belakang adek2nya... 

Bila besar nanti, apakah dia akan menjadi seorang yang bertanggungjawab? Atau merasakan beliau adalah seorang yang dibebankan dengan tanggungjawab? Saya tidak pasti...


Saya kagum dengan orang yang masih mampu bercakap dengan lemah lembut, tidak berdendam, penuh rasa tanggungjawab, rendah diri, bersabar, walaupun dia berada dalam keadaan yang paling menyakitkan...


Mungkin jati diri yang kukuh telah diterapkan sejak dari kecil lagi...

Mungkin perubahan ini juga tidak terlewat bagi saya... Mohon segala urusan dipermudahkanNya...



P/s: Ingin menjadi yang solehah agar dapat bertemu dengan yang soleh... Amiiiiiinnn.....



Friday, August 31, 2012

Cukuplah Allah Bagiku...

Bila orang yang sudah berpunya, tetapi tidak ingin mengakui dirinya sudah berpunya, aku terfikir..
Apa yang dia inginkan sebenarnya..?

Bila orang yang sudah berpunya, tapi ingin lagi mencari yang lain, aku terfikir..
Apa yang dia inginkan sebenarnya...?

Amat mudah bagi orang lain mencari dan meninggalkan cinta...

Main-main kah?

Test saham kah?

Jangan memberi harapan dan mempermainkan orang lain...

Cukuplah Allah bagiku... Kerana aku yakin, Dia mempunyai ketetapan yang terbaik buatku...

Wednesday, February 29, 2012

Girlfriend please~

Terlampau penat untuk menulis... Menumpulkan kembali kreativiti.. adooiiyaaiinyer pun...

Terlamapu tepu dengan pelbagai maklumat...

One thing:

Be the only one girl in my department, I feel..................... plain.

Nak kawan perempuan yang baek, please~ Huuuuuu...

Sunday, January 29, 2012

Penakut

Lirik daripada SINI.

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Ini tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan


Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku