Saya suka mendengar. Saya juga suka memerhati. Baguslah, kerana saya tidak suka membaca. Saya ada kekurangan di situ, kerana membaca adalah cabang ilmu paling besar. Mungkin kedua-dua kesukaan itu dapat menampung sedikit kekurangan yang ada akibat tidak suka membaca. Saya berusaha untuk suka membaca. Tetapi kesukaan bahan bacaan saya adalah:
Ruangan Gosip!
Itu yang akan dibaca dahulu. Saya sering ditegur Ibu. Dan saya masih lagi berusaha untuk SUKA GILA membaca. Saya cemburu dengan orang yang suka membaca. Serius!
Menjadi ulat buku adalah cita2ku yang tak kesampaian...
(Sumber Imej: Google)
Sahabat membeli buku, saya membeli buku. Akhirnya, buku itu hanya berfungsi sebagai "ubat tidur" buat saya. Ibu dan adek2 yang akan membaca bahan bacaan yang dibeli. Saya? Membiarkannya tanpa belas kasihan. Setelah dikutuk, "Apa ni, beli tapi tak baca?", barulah helaian diselak dengan kelajuan cahaya. Ataupun dengan kata lain, tak baca pun.
Owh! Ada satu lagi yang saya suka baca. Iaitu:
Status Facebook rakan2!
Seronok membaca status2 yang bernas. Seronok membaca status2 yang kelakar. Seronok membaca status2 yang mengingatkan tentang akhirat. Yang lagi seronok, ce teka, ce teka? Yang paling seronok adalah, jeng.. jeng.. jeng:
Diblok dari memberikan komen! Hahahaha...
Mungkin saya diblok kerana:
1. Memberikan komen gurauan secara kasar.
2. Memberikan komen bernas dan pedas.
3. Memberikan komen hampas.
4. Memberikan komen bernas dan berhemah.
5. Memberikan komen gedikss tapi tidak menjadi.
6. Lain-lain lagi
Apa2 je la. Tidak berkecil hati. Jauh sekali berdendam. Saya terima seadanya. Sebagaimana tegas dan keras perwatakan saya, begitu juga dengan penulisan saya. Tidak akan sekali-kali memberikan nasihat/pandangan bodoh kepada yang meminta/ tidak meminta, kerana bagi saya, pandangan yang saya berikan adalah pandangan yang mungkin akan saya ikuti jika saya berada di dalam kasut anda.
Terima kasih kerana sudi menjadi rakan Facebook saya. Itupun, saya sudah cukup bersyukur. Kerana? Di dalam penolakan anda untuk menerima saya sepenuhnya, anda masih menyediakan ruang kecil untuk saya. Terima kasih! =D
Saya sedang belajar menjadi hamba yang bersyukur: Hamba yang tahu bersyukur dan hamba yang sentiasa bersyukur.
P/s: Owh! Saya sudah suka membaca salah satu jenis buku... Tajuk buku itu adalah Muka Buku!