Monday, July 11, 2011

Ayat-ayat Rukyah Penangkis Serangan Sihir

Semakin menghampiri akhir zaman, perbuatan sihir berlaku dengan banyaknya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan...

Apa itu sihir?
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
(Sumber: www.zamdurrani.dumei.com)

Sihir dan Syaitan (Sumber: Imej Google)

Berikut merupakan simptom2 mereka yang terkena gangguan jin (sihir/ saka):
1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar Al-Quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar Al-Quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
(Sumber: www.rawatanislam.org)

Untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit akibat terkena sihir ini, kita sebagai umat Islam haruslah mencari rawatan Islam yang berteraskan ayat-ayat Al-Quran.

Berikut merupakan tanda2 perawat tidak mengamalkan rawatan Islam:
1) Meminta barang jampian yang kotor2 seperti darah haiwan, bangkai haiwan dll
2) Menggunakan asap seperti asap kemenyan dll
3) Cas perkhidmatan yang dikenakan sangat tinggi
4) Perawat menjadi orang lain sewaktu merawat (iaitu menurun)
dan lain-lain lagi
(Sumber: Rancangan Al-Kuliyyah TV3)

Asap adalah makanan jin (Sumber: Imej Google)


Sebagai umat Islam, jangan mudahkan diri kita dikuasai oleh jin. Lakukan amal ibadah kepada Allah Ta'ala dengan ikhlas dan sebaiknya.

Berikut merupakan Ayat-ayat Rukyah berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian:
1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-569 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-918 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas
Al-Quran (Sumber: Image Google)

Terjemahan bagi Rukyah adalah jampi. Ayat-ayat Rukyah ini mempunyai pelbagai kelebihan antaranya ialah:
1) Menenangkan minda
2) Penerang hati
3) membersihkan aura diri
4) Menghalang dari gangguan jin
5) Mengurangkan pendarahan berpanjangan bagi wanita yang mengalami Istihadah (darah kotor yang datang 15 hari selepas kedatangan Haid)
(Sumber: Ruangan Eksentrik, Akhbar Kosmo)

Jadikanlah bacaan ayat-ayat Rukyah ini sebagai amalan yang sering dilakukan seperti amalan-amalan lain iaitu solat sunat, bacaan Al-Quran, zikir, Al-Mathurat dan lain-lain lagi.. Tiada rugi pelaburan yang dilakukan dalam mengingati Tuhan, kerana jika ikhlas dilakukan keranaNya, maka syurga akan menanti di akhirat sana...