Monday, August 30, 2010

Susah nak Sabar, Mudah nak Marah

Housemate saya menegur saya.. "Gembira je Zira ari nie.. Dah dapat gaji ek?"

Saya tak percaya saya masih boleh nampak gembira. Padahal, saya dah menangis teresak-esak sebelum tue.. Kerana sedih sangat.. Sedih akibat beberapa perkara yang telah lama berlaku, dan yang baru saja berlaku..

Perkara pertama yang menyebabkan saya sedih adalah... saya rasa homesick sangat sekarang nie.. Saya memang mudah rasa homesick. Nak2 dah semakin tua nie, lagi senang nak rasa homesick. Baru seminggu tak balik pun, dah rasa homesick gila2.. Kalu boleh saya mahu tinggal di Jemapoh.. Biar, biarkan orang kata saya mahu tinggal di bawah ketiak mak ayah.. Ketiak mak ayah aku pun, bukan ketiak mak ayah kau.. Sekian.

Perkara kedua yang membuatkan saya sedih adalah... one of my rakan sekerja dah berhenti. Seronoknya dia dapat offer yang lagi best. I wish the best for him.. Bosan.. Tinggal berapa orang je lg nie.. Haih!

Perkara ketiga yang membuatkan saya sedih adalah... seorang pak cik, indirectly ingin menyatakan bahawa ayah saya makan rasuah. Tak sedih ke awak? Bila sesorang nyatakan begitu pada awak? Bukan mengenai awak, tetapi ayah awak.. Saya sedih.. Menangis teresak-esak di dalam hati.. Tapi saya tahan.. Mata saya mula bergenang.. Suara saya mula menggeletar..

Kalau ikutkan amarah saya, sudah pasti saya ingin mencapai sepucuk senapang dan menembak pak cik tersebut.. Tapi, itu marah..

Saya belajar bersabar.. Masih cuba belajar bersabar..

Kalu ikutkan saya yang dulu, pasti sudah saya cabut but seberat 500 gram tue dan baling ke mukanya.. Tapi, itu dulu.. Saya dah makin tua.. Tak larat nak marah..

Mak saya kata, anak dara tak baik bermulut jahat.. Bukan saya saja2 nak bermulut jahat.. Bila pakcik tersebut katakan begitu mengenai ayah saya, saya melawan balik cakapnya.. Salahkah?

"There is no bad student, but only a bad teacher"

Yang muda biasanya belajar daripada yang tua.. Jika anda menginginkan orang menghormati anda, anda sepatutnya memulakan dahulu.. Saya anak dara zaman moden.. Bermulut jahat itu jarang, tetapi jangan cuba dirangsang.. Itu amaran..

Saya dapat pengajaran yang pernah saya lupakan dulu iaitu, "Jangan LAYAN orang sebegitu". Buek abeskan boreh yo..

Saya tak kisah orang nak cakap buruk2 mengenai saya.. Malah saya pernah terdengar pun.. Orang ngumpat2 pasal saya, tanpa dia sedari saya cuma berada di belakangnya sahaja.. Saya gelak bahagia, mengenangkan, "Owh.. Patutlah berat je bahu kanan aku nie..".

Tapi orang mengatakan mengenai ayah saya.. Ahli keluarga saya.. Penat ayah saya bekerja siang malam mencari rezeki halal untuk kami. Jarang baju dan seluarnya berganti.. Semuanya lusuh.. Apa yang penting baginya, adalah makan pakai anak2 dan isterinya.. Kesenangan anak2nya.. Biarkan dia pergi bekerja berpanas dan berhujan, asalkan anak2nya selamat.. Sampai hati orang katakan begitu mengenai ayah saya.. Kasihan ayah..

Saya sayang ayah saya.. Ayah saya telah banyak berkorban untuk saya.. Bila ada orang mengatakan begitu mengenai ayah saya, saya betul2 rasa sedih dan teraniaya.. Teraniaya kerana dia menyatakan perkara begitu di hadapan rakan sekerja saya yang lain.. Rasa diaibkan.. Rasa difitnah dan diludah secara depan2.. Allah memakbulkan doa orang yang teraniaya.. Biarlah saya doakan sesuatu untuk orang kesayangan saya.. Dan biarkan saya doakan sesuatu juga untuk orang yang hampir jadi mangsa tembakan atau balingan saya..

Kalau ikutkan saya dah menangis di situ juga.. Tetapi memandangkan semua rakan sekerja saya lelaki, takkan diorang herannya kalu saya menangis.. Kalu ada perempuan, mungkin ada jugak orang nak pujuk saya.. Takpe lah.. Simpan je la air mata tue..

Saya sayang ayah saya!
Sekian.
P/s: Perkara keTIGAlah yang membuatkan saya benar2 sedih dan menangis teresak2.. Terima Kasih Pak Cik!

Sunday, August 15, 2010

Bersara atau Berehat?

Saya rasa saya dah ketandusan idea untuk menulis.. Ataupun mungkin disebabkan sesuatu, saya menghadkan ruang dan kebebasan penulisan saya nie.. Lama2, kemahiran menulis tue dah makin hilang..

Mungkin saya patut.......

1)Wujudkan "Invite Reader" sahaja yang boleh baca blog nie..?

atau..

2) Padam terus blog nie..?

atau..

3)Tukar pada wordpress yang perlukan password kalu nak wat protected post..?

atau..

4) Wat asainmen lagi bagus dari tulis blog..?

Huhuhuhuhu..

P/s: Berehat sebentar dari dunia blog..