Gambar yang saya upload menyembunyikan kecantikan Syafa... (^_^)
Bagi saya ianya merupakan satu perjalanan yg terindah dan menarik bagi kami berempat sementara kami masih lagi belum berkeluarga sendiri.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memudahkan urusan dan perjalanan serta melancarkan segala perancangan yang telah kami rancang selama ini..
Saya tidaklah terdaya untuk menulis kronologi perjalanan sepanjang di sana, Cuma lebih berminat untuk menulis mengenai pelbagai kenangan2 yg berlaku..
1) PENYAKIT:
Sesampai di sana, bermacam2 jenis penyakit telah wujud. Antaranya ialah:
Penyakit: Selesema dan pening kepala
Pelopor: Saya
Huraian: Saya sememangnya sudah kurang sihat sebelum perjalanan lagi. Mungkin serabut dengan minggu2 sebelumnya yg begitu serabut bagi saya.. Sampai sahaja di Penang, badan saya terkejut dengan perubahan cuaca yang lebih panas berbanding di sini (Bangi). Penyakit saya ini telah menjangkiti ‘Abid, dan hampir menjangkiti Irina dan Wan Ika.. Kasihan mereka..
Penyakit: Pelupa tahap Gila
Pelopor: ‘Abidah
Huraian: Sewaktu ingin check-in segala barangan yang ingin dibawa, Ab telah terlupa di mana dia meletakkan ICnya.. Ab membelek dompetnya sehabes baek bagi mencari IC tersebut.. Saya nampak reaksinya, saya juga nampak ICnya sambil berfikir, ”Kenapa dia x nampak IC kat situ? Terang2ngan ada kat bahagian hadapan..?” Kemudian, tanpa rasa bersalah kerana telah menyeksa beliau mencari ICnya itu, saya pun menunjukkan padanya, ”Kat sini je la Abid..”. Hehehehe..
Tapi saya rasa, sepelupa-pelupa dia, lagi teruk pelupa saya.. Macam mana teruknya tue? Teruk sampai, saya sedang menggunakan handfon berbual2 dgn kawan saya di hujung talian, tetiba saya berhenti berbual dan bertanya pada Abid, ”Eh Abid, mana handset org ek?”. Ini pelupa ke, gila ke ni? O__o
Penyakit: Kurang pendengaran tahap Impak Maksima
Pelopor: Wan Ika
Huraian: Kejadian ini lebih hebat berlaku dan ada bukti yg padu setelah kami pulang dari Reaksi Tupah. Wan Ika memberitahu bahawa setelah mandi-manda di sana, telinga beliau masih lagi rasa seperti tersumbat dengan air.. Kesumbatan ”perparitan” tersebut adalah disebabkan oleh kami bertanding siapa dapat menyelam lebih lama.. *Kanak2 sungguh kami! Hehehehe..* Kasihan dia.. Tetapi kasihan lagi Irina, kerana sewaktu bercerita-ceriti dengan kami, Wan Ika telah tersalah dengar.. Dialog:
Irina: ... bla, bla, bla.. Orang rasa sakit perut la..
Wan Ika: Apa? Cupcake?
Irina, Abid, Saya: Hahahahahahaha.. *Gelak sehingga menggegar dunia*
Penyakit: Tiada penyakit
Pelopor: Irina
Huraian: Alhamdulillah “pilot” kami ini tidak dijangkiti sebarang penyakit. Walaupun nyaris2 disebabkan oleh saya, tapi syukur, Rina masih sihat dan mampu jalankan tggjwab sbg “pilot” yang berwibawa tanpa “co-pilot”nya.. Maaf Rina.. Cian kamu drive sorg2.. Uwaaaa..
Mereka bertiga dan Irina yang sedang drive..
2) REUNION KECIL
Saya boleh katakan bahawa kedatangan kami di sana merupakan small reunion bagi ex-coursemate di UKM. Kami dapat berjumpa Nisa’, Ieda dan Leela juga sudi dtg.. Bak kata Syafa, “Tak sangka Leela sudi dtg!”. Hehehehe.. Kami juga dapat kawan2 baru dgn berkawan dengan kawan2 Nisa’ dan Ieda dari USM iaitu Zaikha dan Anis.. gila2 jugak budak dua org tue.. Ada je lawak2 dan suka betul mengenakan org ek? ;-p
Kami semua~~ (^_^)
Terima Kasih Syafa kerana sudi jemput kami dan layan kami di majlis tersebut.. Didoakan semoga perkahwinan bahagia dan diberkati sehingga ke akhir hayat.. Amiiin..
P/s: Bila ada org menyakat saya dengan mengatakan lepas nie giliran saya pula, saya hanya mampu tersenyum.. Mereka yang menyakat akan menyuruh saya meng”Amiiin”kan kata tersebut dengan harapan akan makbul dan menjadi kenyataan.. Saya diam je.. Tapi, sebenarnya saya tengah meng”Amiiin”kan doa tersebut dalam hati.. Lebih makbul meh..? Hahahahaha.. ;-D
Malu!! Ahaks!!!