Saturday, April 3, 2010

Masih Sama

Alhamdulillah.. Seronok sangat hari ini.. Dapat jumpa kawan2 sekolah semasa di SMK Dato' Hj. Talib Karim.. Walaupun hanya kami berlima, tapi rasanya seperti ada 50 org gitu.. Fatin, Tommy, Zaimah, Zuliana dan saya.. Bayangkan, 9 tahun dah tak jumpa.. Macam2 cerita keluar..

Tommy tanya, "Akak, ko tgk muka aku, aku cantek tak dari dulu?". Hahaha.. Saya gelak je mendengar soalan dari dia.. Saya pun jawab, "Ko makin cantek Tommy. Jerawat pun dah kurang. Aku rasa macam nak cium je... Hahaha..".

Kemudian Zaimah pulak bertanya, "Akak, ko tgk aku sekarang camne?". Saya jawab plak, "Ko masih macam dulu, cuma mungkin ko dah matang sket kot. Kalu tak, dulu sama je perangai budak2 cam Tommy.. Hehehe..".

Fatin plak lebih banyak menceritakan kisah peribadi dan kontroversinya. Tak perlu saya ceritakan di sini. Tapi, bila mendengar kisahnya, kami simpati.. Alahai, hidup di dunia mmg byk cobaan.. Yang saya pasti, dia dah bertambah cantek skg nie, dan semakin matang hasil daripada pengalaman hidup..

Zuliana, yang datang dari Toronto.. Eh, silap. Datang dari Tronoh, Perak terlupa packing barang seorang dua jejaka2 dari U*P untuk saya..Ahai! Alzheimer sggh kawanku yg sorang nie.. Sepanjang cerita, kami berdua sentiasa "sentap" bersama setiap kali disentuh soal bf, kawen dan kisah2 yg sewaktu dgnnya.. Hahaha.. (Nasib baek ada geng single.. :-P)

Saya sangat gembira berjumpa mereka.. Alhamdulillah.. Wpun perancangan last minit, dapat juga kami berjumpa.. Kerana Allah kita bertemu, kerana Allah juga kita berpisah.. Panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi.. InsyaAllah.. MELAKA, Here I Come! (^_^)


Dan kami sempat gi timbang berat, ukur lemak and BMI selepas makan2.. Hasilnya? Berat saya turun a few kgs (from 5kg kenaikan akibat menanam anggur) bila dah bekerja selama sebulan nie.. Tapi, % lemak.. MasyaAllah!! *Oit, oit.. Aku simpan untuk bila pregnant nanti la.. Dasar pdg jauh ke hadapan neh!* Alasan! T__T


P/s: Dan bila saya tanya mereka, "Korang tgk aku ada apa2 perubahan tak?". Mereka jawab, "Ko masih macam dulu..". Err.. Aku dah gomokla kawan2.. My fat is "Slightly Highest". Hahaha.. Cet!