Tuesday, April 28, 2009

Aplikasi

Apa guna belajar tapi tak reti nak aplikasi..

Owh... *Sedang mengutuk diri sendiri*

Keadaan 1:
Syareen: Irina, pinjam tanah..
Irina: Jap ek.. *sambil cari2 nota kanun tanah*
Aku: Pinjam? Urusniaga tanah ada 4.. Pindahmilik, pajakan dan tenansi, gadaian dan lien, ismen.. Pinjam dalam kategori apa ye? *Tanya aku yg tak faham BI yg diBMkan* Owh.. Sengal..


Keadaan 2:
Syafa: Irina jadi saksi ye Syafa dah bg duit kat Azira.. Kalu dia tak amanah, nanti bley saman dia..
Irina: *Angguk2, senyum2*
Aku: Eh, mana boleh.. Untuk perjanjian berkontrak, mesti ada balasan.. *Sambil wat mata gatal* Haa.. Apa balasan nye utk amanah?
Syafa: Tue, dah bg pinjam nset tue.. Balasan la tue..
Aku: Urghhh.. Baek!!! *Gaya Shin Chan*

P/s: Poning palo den baco.. Good Luck Everyone!

Tuesday, April 14, 2009

Kesulitan Perhubungan

Salam semua.. *Eh, ade ke yg baca? Arghh.. Lantak laa..*

Sume bz wat keje ye??

Sila2.. Bz kan diri anda..

Disini saya hanya ingin wat satu pengumuman..

Jika anda mesej saya di Maxis, dan saya tidak membalasnya sama ada menerusi Maxis atau Celcom; Maka saya berharap sgt2 anda akan mesej saya semula di nombor Celcom..

Ini berikutan kerana nset yg saya gunakan untuk Maxis (iaitu nset Cap Pisang) telah mengalami gangguan Parkinson dan kerabunan yg kronik di mana sebarang tulisan tidak dapat di baca..

Kalu ada orang call pun, saya akan main angkat saja dan jawab tanpa mengetahui sapa yg call.. *Cetttt!!*

Selain daripada itu, saya terpaksa menekan2 skrin nset saya dengan ibu jari saya yg tembam ini sehingga ibu jari saya mengadu kesakitan akibat dikenakan kerahan tenaga.. Kerana tidak mahu menyiksa ibu jari saya secara zahir dan batin, maka kadang2 saya akan ignore je mesej yg sampai sebab dah tak larat nak tekan skrin sampai boleh nampak tulisan..

Maafkan saya di atas keuzuran nset tersebut yang mana ianya telah menyusahkan urusan anda bersama saya..

Maafkan saya juga di atas kelemahan ibu jari saya yang tidak mampu lagi menerima tekanan dan memindahkannya pada skrin nset demi untuk saya membaca mesej2 yg diterima..

Maafkan saya atas segalanya..

Saya mohon kerjasama anda semua, jika tiada balasan di Maxis, silalah forward semula mesej yg sama tersebut ke Celcom.. Maaf di atas segala kesulitan yang terpaksa anda tempuhi..

Saya tak mampu beli nset baru.. Ada sesapa mahu tolong belikan? Ohohoho...

P/s: Aku yang dah tak larat nak tekan skrin nset, salahkan ibu jari plak.. Sengal!!

"Hidup jangan suka menyalahkan orang laen!!!!!"